Wednesday, June 30, 2010

PERTEMUAN BEKAS ROTU - 10 JULAI

(Sarjan Platun 3 (hujung kiri) yang tunduk sopan ketika makan. Siapa gerangan?)

PERTEMUAN BEKAS ROTU ITM/UITM AKAN DIADAKAN PADA 10 JULAI INI. SELAMAT BERTEMU, BERSEMBANG DAN MENGENANGKAN KISAH SILAM. YANG PASTI ADA YANG SUDAH BULAT DAN LONJONG. MAKLUMLAH SEMUA SUDAH JADI 'ORANG BESAR'. PEERRRGGH.

SALAH JUAL MAKLUMAT PERIBADI

KUALA LUMPUR 29 Jun - Suruhanjaya Perlindungan Data Peribadi (SPDP) yang akan beroperasi Januari tahun depan tidak akan membenarkan syarikat-syarikat rujukan kredit menyimpan data-data peribadi orang ramai tanpa kebenaran.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim memberitahu, syarikat rujukan kredit seperti Credit Tips Off Sdn. Bhd., (CTOS) akan diarahkan menghapuskan segala data-data peribadi yang terkandung dalam simpanan data syarikat tersebut.

"SPDP akan memastikan data-data peribadi orang ramai termasuk data kebankrapan, kewangan, perkahwinan dan kesihatan tidak disimpan mana-mana syarikat rujukan kredit tanpa kebenaran bertulis individu terlibat.

"Syarikat terbabit tidak lagi boleh bergerak seperti biasa. Suruhanjaya ini akan mengenakan beberapa syarat dan sebelum syarat ini dipenuhi maka ia tidak boleh beroperasi seperti sedia kala," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2009 kepada 772 kakitangan kementerian di sini hari ini.

Turut hadir dua timbalannya, Datuk Joseph Salang Gandum dan Datuk Maglin Dennis D'cruz serta Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Kamaruddin Siaraf.

SPDP dibentuk melalui Undang-Undang Perlindungan Data Peribadi yang diluluskan oleh Parlimen pada Oktober lalu.

Undang-undang itu bagi mengawal selia pemprosesan data peribadi mana-mana individu dan bagi menjaga kepentingan haknya daripada disalah guna oleh pihak tertentu.

Rais berkata, SPDP juga berkait rapat dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana ia menggunakan ilmu forensik komputer.

"Pesuruhjaya suruhanjaya itu pun bukan calang-calang orang, beliau perlu terlatih dalam soal-siasat, pemeriksaan balas dalam persoalan mahkamah serta lain-lain," tambah beliau.

Terdahulu, dalam ucapannya, Rais berkata, kakitangan awam tidak perlu berasa selesa dengan pencapaian pada masa kini tetapi apa yang penting adalah bagaimana untuk mengekalkan pencapaian tersebut di masa hadapan.

"Hendak kekal pencapaian bukan senang, tetapi sukar, dalam hidup kita sentiasa dilumbai, keadaan dalam perkhidmatan yang statik dan tidak perlu ditokok tambah adalah sifat yang tidak baik, jadi kita perlu taruh dalam diri bahawa bulan depan tentu kita lebih cemerlang lagi," katanya.

Rais berkata, setiap kali menerima ganjaran, kakitangan awam perlu berkhidmat dengan lebih lagi kepada kerajaan dan negara serta rakyat.

"Kita utamakan rakyat dan pencapaian kita, saya minta pegawai bangkit, berjuang bersatu dalam gagasan 1Malaysia, semestinya kita mesti garap bersama," katanya.

(Renungan Rimau : Kegiatan jual data peribadi ini perlu dihapuskan. Ini kerana mereka boleh membuat 1001 perkara terhadap maklumat peribadi kita. Ada yang kurang ajar memanggil kita pada waktu maghrib semata-mata untuk menjual barangan atau perkhidmatan mereka. Memang kurang ajar dan tidak memahami orang sibuk hendak solat ketika itu. Ada yang kacau ketika kita bermesyuarat. Tapi yang lebih teruk ialah menggunakan maklumat orang lain untuk membuat pinjaman wang atau membuat sesuatu yang tidak baik. Mari kita memerangi orang macam ini.)

Monday, June 28, 2010

TAKZIAH PEMINAT ENGLAND

Malam tadi, Rofee menghantar ucapan takziah kepada DIY. England bungkus. Jawapan kepadanya ringkas. 'Takziah diterima. Sudah mengetahuinya sejak azali lagi.'. DIY tahu pencapaian pasukan bolasepak England tidak akan sampai kemana. Cukup untuk memeriahkan Piala Dunia dan sekali sekala membuat kejutan dengan sentuhan emas. Kali ini, semuanya hancur. Rooney seperti badut yang lari ke sana ke mari.

Apapun, dalam perlawanan, pasukan bukan saja menghadapi lawan tetapi pengadil dan penjaga garisan. Jika pengadil tidak berapa cekap, maka merana badanlah kita. Jika penjaga garisan tidak berani dan buta, maka bengkaklah hati kita. Sudah nasib badan.

Malam tadi, jaringan Lampard tidak dikira walaupun bola sudah sah masuk ke dalam gol. Tayangan semula menceritakan segala-galanya. Tidak dikira. Ini gara-gara penjaga garisan tidak berani menyatakan bola itu sudah masuk. Wahai penjaga garisan, kamu tengok apa malam tadi? Pengadil dari Uruguay juga 'percaya sangat' dengan penjaga garisan walaupun beliau hampir dengan kotak penalti. Sudah nasib badan.

Jika gol itu dikira, ada kemungkinan keputusan mungkin berbeza terutama selepas separuh masa kedua. Ada kemungkinan England mampu untuk melangkah ke suku akhir. Semuanya tidak menjadi dan serangan pantas pasukan Jerman melenyapkan impian.

Bagaimanapun, pasukan Jerman yang menurunkan pemain muda beraksi dengan baik dengan serangan bertali arus dan sistematik. Pasukan ini, mampu menjadi juara kali ini jika mereka berjaya menaikkan tahap daripada pasukan muda kepada pasukan mantap. Pasukan ini akan terus 'menghantui' pasukan lain dalam dua lagi Piala Dunia akan datang. Ramai pemain mereka berumur antara 20 hingga 25 tahun saja. Malaysia? Alahai.

Sunday, June 27, 2010

BENGKEL TRANSFORMASI RTM

Selama dua hari pejuang RTM berkampung di sebuah hotel di Bangi untuk membincangkan pelbagai perkara yang membabitkan kelemahan, kekurangan dan kekuatan organisasi yang berusia 64 tahun dan dewasa bersama negara. Santai, adakalanya serius.

Sebenarnya RTM perlu memastikan kecemerlangan selama ini diteruskan dengan pendekatan terbaru yang lebih dinamik, kreatif, menarik, semasa dan idea di luar lingkungan terutama dalam menyebarluaskan program terbaru kerajaan iaitu Gagasan 1Malaysia.

Sebagai tonggak utama Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, RTM selalu diperhati dan dipantau dari setiap segi terutama Bahagian Berita dan Ehwal Semasa (BES) selain Bahagian Perolehan Filem yang menjadi tumpuan industri kreatif.

RTM mahu dilihat sebagai saluran penyiaran yang mampu mententeramkan rakyat ketika sesuatu dasar radikal dilaksanakan. Dasar yang tidak dipolitikkan tidak susah untuk disebarluaskan. Menceritakan kesulitan kerajaan jika amalan subsidi diteruskan di samping menangkis pembohongan yang sengaja dibuat terhadap kerajaan. Apalah kata...Felda Dah Bankrap. Ish...ishh..ishh.

Sejajar sebagai jurucakap kerajaan, RTM sentiasa dikehendaki mendokong progam terbaru kerajaan agar rakyat mengetahui, memahami dan mengamalkan dasar itu. Empat tumpuan utama kerajaan sekarang ialah Gagasan 1Malaysia, Pelan Transformasi Kerajaan (GTP), Model Baharu Ekonomi(MBE) dan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10).

BLACK STARS KE SUKU AKHIR

RUSTENBURG - Wakil tunggal Afrika, Ghana mencipta sejarah layak ke peringkat suku akhir buat kali pertama dalam sejarah bola sepak negara itu selepas cemerlang mengalahkan Amerika Syarikat (AS) 2-1 dalam perlawanan yang berlanjutan masa tambahan, awal pagi tadi.

Ghana terlebih dahulu mendahului pada minit ke-5 melalui jaringan Kevin Prince-Boateng namun AS menyamakan kedudukan selepas mendapat sepakan penalti yang disempurnakan oleh Landon Donovan pada minit ke-62.

Asamoah Gyan muncul wira Ghana pada masa tambahan apabila jaringannya pada minit ke-93 membantu Black Stars bertemu Uruguay pada 3 Julai nanti. - UTUSAN.

(Renungan Rimau : Semangat juang kental yang berjaya menghasilkan kejayaan di peringkat antarabangsa. Alangkah bagusnya jika semua pasukan sukan negara mempunyai semangat seperti itu. Alahai...)

Saturday, June 26, 2010

ULAMA MASUK UMNO

FADLAN Mohd. Othman mewakili 40 ulama menyerahkan borang keahlian UMNO mereka kepada Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak, di PWTC Kuala Lumpur, 26 Jun. Turut hadir, Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin (kanan). - Utusan/SHAIFUDIN MOHD. NOR.

Oleh MOHD. SAIFUL MOHD. SAHAK dan MOHD. FIRDAUS ISMAIL

KUALA LUMPUR 25 Jun – Seramai 40 orang terdiri daripada ulama muda dari seluruh negara hari ini menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Penyerahan borang keahlian dilakukan di hadapan Galeri UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini sebelum mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO bermula.

Ia turut disaksikan oleh Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Ahli MT yang juga bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim; Ketua Penerangan, Datuk Ahmad Maslan dan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

Wakil kumpulan ulama itu, Dr. Fadlan Mohd. Othman, 35, berkata, penyertaan mereka bertujuan untuk bekerjasama dengan parti itu dalam perkara yang berkaitan keagamaan dan kerohanian.

“Banyak perbincangan telah dibuat (mengenai persetujuan untuk menyertai UMNO), cuma kita berharap penyertaan ini akan dapat menyemarakkan lagi usaha-usaha keagamaan yang sedia ada dalam parti.

“Kemasukan ini bukan berlandaskan politik dan bukan bertujuan untuk melaga-lagakan mana-mana pihak.

“Kami optimis terhadap ruang-ruang yang boleh dilaksanakan untuk mendekati dan membina jati diri golongan muda,” kata Fadlan yang juga pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia pada sidang akhbar selepas majlis penyerahan borang itu.

Ditanya mengapa tidak memilih untuk menyertai Pas, Fadlan berkata: “Dalam Pas pun sudah banyak ulama.”

Turut menyertai kumpulan itu ialah dua anak kepada bekas Mufti Perlis, Datuk Mat Jahaya Hussin iaitu Fathul Bari dan Mohd. Khairi.

Dalam pada itu, Fathul Bari, 29, berkata, langkah mereka menyertai UMNO berikutan janji parti itu untuk memastikan pihak ilmuwan dapat meneruskan kerja-kerja dakwah mereka.

“Tawaran seperti ini memang dinantikan oleh sesiapa sahaja. Sebagai seorang penuntut ilmu dan pemberi ilmu memang menjadi tanggungjawab kita untuk menyampaikan ilmu kepada masyarakat,” katanya.

Beliau yang juga penasihat agama Institut Jantung Negara berkata, penyertaan mereka juga membolehkan kumpulan itu memberi cadangan kepada UMNO mengenai penambahbaikan program-program keagamaan yang sedia ada.

Sementara itu, Shahidan berkata, kehadiran ulama tersebut bukan bertujuan untuk mengancam mana-mana pihak tetapi patut dilihat sebagai platform membina golongan muda yang mempunyai jati diri positif.

“Ini sedikit sumbangan ke arah membina masa depan yang baik. Mereka masuk UMNO sebab diberikan ruang berdakwah yang luas dan kemas,” katanya.

Ditanya mengenai ura-ura bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin untuk menganggotai UMNO, Shahidan berkata, Mohd. Asri akan berbuat demikian dalam masa terdekat.

Beliau menambah, seramai 10 lagi ulama dijangka menyerahkan borang keahlian UMNO dalam tempoh terdekat. - UTUSAN.

(Renungan Rimau : Ulama muda lebih percaya UMNO daripada Pas? Mungkin kerana PAS bukan saja bersekongkol dengan DAP tetapi cakap sini lain, cakap sana lain. Jangan buat macam itu, nanti pasal politik, maruah agama pula dijual. Cuba fikir-fikirkanlah).

Friday, June 25, 2010

OH ENGLAND.....OH ENGLAND

England lepas juga ke pusingan kedua.

Walaupun permainan tidak konsisten, mereka bernasib baik berjaya ke pusingan seterusnya.

Tapi kali ini England mungkin tidak bernasib baik jika mereka terus bermain seperti itu. Main cantik tetapi tiada finishing touch. Maksudnya tiada gol, tiada kemenangan. Entah di mana Rooney atau Eskey. Ada.....macam tiada.

Kali ini mereka akan bermain dengan Jerman. Peerrgh. Pasti memedihkan.

England.....oh England.....tolonglah bangun dari tidurmu.

Thursday, June 24, 2010

TAK TEGANG LAGI - INILAH BAGUS



(Renungan Rimau : Inilah bagus. Jangan gaduh. Tidak payah ungkit mengungkit. Tiada siapa yang untung. Datuk Ibrahim dan Datuk Wee bergelak ketawa. Datuk Idris jadi apa? Pendamai kot. - Gambar AGENDADAILY)

KHAIRY PERTAHANKAN KA SIONG

KUALA LUMPUR 23 Jun – Dakwaan bahawa Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr. Wee Ka Siong telah mempersoalkan kontrak sosial dan tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan adalah keterlaluan dan tidak berasas.

Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin berkata, adalah tidak wajar untuk mana-mana pihak membuat dakwaan itu kerana kenyataan Ka Siong hanya bertujuan meminta supaya pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) diteruskan.

‘‘Apabila saya mendengar kenyataan asal yang direkodkan dan daripada penjelasan Ka Siong, saya rasa tidak ada ruang nak buat tafsiran bahawa kenyataan ini bersifat perkauman dan tidak menghormati hak serta kedudukan bumiputera,” katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini.

Sidang akhbar yang turut disertai Ka Siong itu bertujuan memberi penjelasan berhubung dakwaan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali semalam bahawa kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran itu adalah biadab, berunsur perkauman serta cuba mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu.

Kemarahan Ibrahim itu berpunca daripada kenyataan Ka Siong sewaktu mengulas pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz bahawa JPA akan menghentikan secara berperingkat pemberian biasiswa kepada 1,500 pelajar bagi mengikuti kursus ijazah sarjana muda di luar negara mulai tahun depan.

Akhbar The Star pada 16 Jun lalu melaporkan Ka Siong mempersoalkan adakah program biasiswa Majlis Amanah Rakyat (Mara) untuk pelajar bumiputera turut dihentikan seperti biasiswa JPA.

Kata Ketua Pemuda MCA itu, jika kerajaan hanya melakukannya kepada biasiswa JPA tetapi mengekalkan biasiswa Mara, ia tidak selari dengan konsep 1Malaysia yang dipromosikan kerajaan.

Khairy berkata, Ka Siong hanya ingin menyatakan bahawa biasiswa JPA itu adalah satu-satunya peluang untuk pelajar bukan bumiputera mendapat biasiswa daripada kerajaan.

‘‘Jadi dia kata, apakah perasaan masyarakat bumiputera sekiranya biasiswa dan pinjaman Mara ini ditarik balik,” katanya.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu berkata, Ibrahim mungkin tidak perasan bahawa tindakan Ka Siong itu juga adalah bagi mempertahankan pemberian biasiswa untuk orang Melayu kerana majoriti yang memperoleh biasiswa JPA adalah di kalangan kaum itu.

‘‘Saya tidak faham mengapa ini dipersoalkan Perkasa. Mungkin cara kenyataan ini dilaporkan (akhbar) boleh menimbulkan persoalan tapi apabila saya mendengar kenyataan asal, ia tidak mempunyai unsur perkauman,” katanya. - UTUSAN.

(Renungan Rimau : Ahh sudah. Apa sudah jadi?)

Wednesday, June 23, 2010

KA SIONG BIADAB - IBRAHIM

KUALA LUMPUR 22 Jun - "Orang biadab tidak layak berada dalam Kabinet."

Itu kenyataan keras Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali kepada Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong yang dianggapnya tidak memahami Perlembagaan negara.

Ibrahim juga mendakwa Ka Siong mempunyai sentimen perkauman tebal apabila mempertikaikan hak bumiputera untuk mendapatkan biasiswa.

Beliau berkata, Ka Siong sebagai Ketua Pemuda MCA memang berhak membuat desakan terhadap kerajaan namun beliau tidak boleh melanggar sempadan berhubung hak-hak orang Melayu.

"Kenyataan Ka Siong cukup biadab dan kurang ajar, jelas dia tidak layak berada dalam Kabinet kerana tidak memahami asas Perlembagaan negara di samping bercakap atas dasar perkauman.

"Ingatlah Ka Siong, janganlah anda mencabar hak orang Melayu yang telah banyak berkorban kepada kaum lain. Sikap biadab anda pasti tersemat dalam hati orang Melayu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kemarahan Ibrahim itu berpunca daripada kenyataan Ka Siong sewaktu mengulas pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan menghentikan secara berperingkat-peringkat pemberian biasiswa kepada 1,500 pelajar bagi mengikuti kursus ijazah sarjana muda di luar negara mulai tahun depan.

Akhbar The Star pada 16 Jun lalu melaporkan Ka Siong mempersoalkan adakah program biasiswa Majlis Amanah Rakyat (Mara) untuk pelajar bumiputera turut dihentikan seperti biasiswa JPA.

Kata Ketua Pemuda MCA itu, jika kerajaan hanya melakukannya kepada biasiswa JPA tetapi mengekalkan biasiswa Mara, ia tidak selari dengan konsep 1Malaysia yang dipromosikan kerajaan. - UTUSAN.

(Renungan Rimau : Takyahlah timbul perkara yang sudah dipersetujui bersama di bawah Perlembagaan. Jangan berperangai macam DAP yang mempunyai agenda mereka sendiri. Kita tahu siapa itu Lim Kit Siang, yang pernah bekerja dengan pemimpin utama Singapura. Kita tahu apa yang ada di dalam otak beliau. Oleh itu, tidak hairanlah beliau akan membuat apa saja untuk memastikan rakyat muak dengan BN atau UMNO. Kita perlu memahami mengapa UMNO ditubuhkan iaitu untuk menjaga kepentingan Institusi Raja-Raja Melayu dan memastikan negara ini terus aman sentosa. Satu lagi, kita perlu menentang Si Kitol yang mahu memporak-perandakan bangsa Melayu dan rakyat Malaysia. Mereka mempunyai banyak wajah dan sanggup berbuat apa saja demi kepentingan diri sendiri. Jagalah Malaysia baik-baik.)

Tuesday, June 22, 2010

SELAMAT TINGGAL PENJARA PUDU

Kini tinggal kenangan..

Walaupun bukan tapak warisan..penjara pudu nyata mencatat sejarah tersendiri sebagai salah satu mercu tanda penting ibu negara...

Setelah lebih seabad..Tembok dengan mural terpanjang di dunia itu akhirnya diroboh..

Tepat jam 10 malam tadi, ribuan warga kota dan pelancong asing menjadi saksi kepada detik bersejarah proses perobohan tembok itu...

Kawasan itu akan berubah wajah dan akan dibangunkan menjadi pusat komersial dan perumahan.

Perkarangan Penjara Pudu, di Jalan hang Tuah dibanjiri orang ramai bagi melihat buat kali terakhir lukisan dinding atau mural terpanjang di dunia itu, dirobohkan bagi memberi laluan kerja-kerja pelebaran jalan dan laluan bawah tanah.

Sebahagian tembok Penjara Pudu didirikan pada 1891...dengan ketinggian 4.5 meter sepanjang 394 meter.

Proses meroboh tembok berjalan lancar. Orang ramai tidak melepaskan peluang bergambar, malah sebahagian mereka membawa pulang batu bekas runtuhan tembok mural itu.

Pelbagai cerita warisan tersendiri mewarnai sejarah Penjara Pudu.

Antaranya ialah kejadian penawanan 2 orang awam oleh banduan, diketuai Jimmy Chuah pada 1985 ekoran kesesakan 6,550 banduan dalam penjara.

Penjara Pudu ditutup pada 1996 dan digantikan dengan Penjara Sungai Buloh, Selangor setelah 100 tahun beroperasi.

Ikuti kisah menarik dalam Berita Nasional RTM jam 8 malam ini.

Monday, June 21, 2010

PENGULAS PERLU BIJAK DAN BERILMU

Mendengar ulasan pengulas bolasepak luar negara berhubung perlawanan Piala Dunia 2010, DIY amat mengkagumi mereka. Kebolehan mereka bukan setakat menyatakan di mana 'kedudukan bola' di padang dan siapa yang menguasai bola ketika itu tetapi 1001 maklumat penting.

Ulasan yang baik membuat penonton perlawanan bolasepak mendapat pelbagai ilmu dan maklumat berhubung sesuatu perlawanan di samping pemain yang beraksi. Pengulas luar negara juga mampu mengaitkan sesuatu perlawanan itu dengan pencapaian pasukan yang bermain termasuk sejarah mereka.

Oleh itu, diperturunkan beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian oleh pengulas sukan di negara terutama di RTM agar ulasan bolasepak di negara ini bertambah baik dan memberi pelbagai maklumat kepada penonton.

Perkara dan maklumat yang perlu diketahui ialah:
1. Perlawanan - apakah kesan kepada keputusan perlawanan itu. Siapakah yang lebih memerlukan kemenangan? Apakah perlawanan itu tidak memberi erti kepada sesuatu pasukan?
2. Pasukan yang beraksi - bagaimana mereka boleh sampai ke Piala Dunia. Apakah pencapaian mereka sebelum ini? Umpamanya, Pasukan Piala Dunia Slovakia adalah penyertaan mereka yang pertama kali. Bagaimana mereka tiba-tiba boleh berjaya masuk ke Piala Dunia pada kali ini? Apakah bimbingan jurulatih atau program pembangunan bolasepak di negara mereka. Ataupun kenapa Pasukan Azzuri begitu teruk dalam persembahan mereka pada kali ini?
3. Pemain kedua-dua pasukan - latarbelakang dan sejarah mereka. Pasukan mana yang mereka sertai selepas Piala Dunia? Siapakah pemain yang tidak menyertai mana-mana kelab tetapi mampu menempatkan diri dalam pasukan piala dunia?
4. Sejarah pertemuan kedua-dua pasukan - berapa kali mereka bertemu. Apakah sesuatu pasukan mempunyai kelebihan dari segi menang berbanding pasukan yang lain.
5. Jurulatih - bagaimana jurulatih itu dipilih atau pencapaian mereka. Gelagat Diego Maradona yang sering membuat kenyataan pedas termasuk terhadap Pele dan Platini. Bagaimana jurulatih Perancis yang dikatakan tidak digemari oleh pemain Perancis.
6. Bagaimana kedudukan semasa Piala Dunia. - Pengulas perlu mengaitkan keputusan lain dengan perlawanan semasa.
7. Gol yang dijaring dalam perlawanan - gol yang ke berapa? Gol yang ke 50 Piala Dunia. Atau gol pertama oleh negara pertama yang menyertai Piala Dunia. Banyak lagi lah.
8. Gol yang dijaring oleh pemain - adakah gol pertama atau gol yang ke berapa dijaringkan oleh pemain itu? Adakah pemain itu pernah gagal menjaringkan tendangan penalti.
9. Sejarah mengenai stadium. Berapa kos pembinaannya? Apakah stadium ini akan menjadi gajah putih selepas itu? Siapakah yang menjadi pasukan pertama bermain di stadium itu? Siapakah yang akan bermain selepas perlawanan itu?
10. Ulasan berhubung kecaman terhadap bola jabulani. Mengapa penjaga gol England - Green dan Aljeria menyalahkan bola yang dikatakan tidak bulat? Apa pula pandangan pembuat jabulani itu?
11. Pandangan anda?.

Apapun tidak dinafikan ramai juga pengulas muda di negara ini menunjukkan keinginan membuat ulasan terbaik. Namun, mereka perlu bekerja keras untuk memastikan ulasan mereka terbaik seperti pengulas luar negara yang banyak membuat 'kerja rumah' terutama sejarah yang boleh dijadikan bahan ulasan menarik.

Sunday, June 20, 2010

SELAMAT TINGGAL CAMEROON

PRETORIA 20 Jun – Cameroon menjadi pasukan pertama tersingkir daripada pentas Piala Dunia 2010 apabila tewas 1-2 di kepada Denmark di Stadium Loftus Verfeld di sini awal pagi ini.

Samuel Eto’o bagaimanapun terlebih dahulu membuka jaringan buat Cameroon apabila menolak masuk bola hantaran gandingan penyerangnya, Pierre Webo melepasi penjaga gol Denmark, Thomas Sorensen pada minit ke-10.

Denmark pula membalas menerusi Nicklas Bendtner pada minit ke-33 dan Dennis Rommedahl pada minit ke-61.

Dengan keputusan itu, Belanda menjadi pasukan pertama mengesahkan tempat ke pusingan kedua Piala Dunia 2010 setelah mengutip enam mata hasil dua kemenangan ke atas Denmark dan Jepun. - UTUSAN.

(Renungan Rimau : Teringat Roger Milla (gambar - pemain veteran Cameroon berusia 38 tahun) yang memulakan tindakan 'berjoget' ketika Piala Dunia 1990 dulu sehingga selepas itu ramai juga yang mula 'berjoget'. Milla menjaringkan empat gol. Pasukan Malaysia 'berjoget' di rumah sajalah. Apa nak buat? Piala Dunia itu jadi impian macam cerita TS P Ramlee, Labu Labi. Nak cari kayu, nak cari kayu..nak cari kayu. Nak cari bola, nak cari bola...nak cari bola. Jangan tidur persatuan bola di negara ini.)

Friday, June 18, 2010

AZNIL NAWAWI IKON AEDES


PUTRAJAYA 18 Jun - Selebriti terkenal, Aznil Nawawi hari ini dilantik sebagai ikon antidenggi dalam kempen terbaru Kementerian Kesihatan

“Jom Ganyang Aedes” bagi menangani wabak denggi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd Ismail Merican berkata, Aznil dipilih untuk memikul tanggungjawab itu kerana beliau merupakan seorang pengacara televisyen dan radio berpendidikan dan popular, serta disenangi oleh pelbagai golongan masyarakat tanpa mengenal usia dan keturunan.

"Penglibatan beliau dalam kempen ini yang merupakan tanggungjawab sosial kepada negara diharap mampu menarik minat komuniti setempat khususnya golongan remaja untuk turut sama membanteras denggi,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara kedua-dua pihak, di sini hari ini.

Dr. Mohd. Ismail berkata, kementerian juga mengadakan projek khas “Jom Ganyang Aedes” khusus untuk membasmi demam denggi secara serius, konsisten dan bersungguh-sungguh. - Bernama

MARADONA SUKA GADUH?

Diego Maradona buat hal lagi. Mungkin untuk mencari publisiti, beliau mula 'menyerang' Pele dan Platini. Atau mempertahankan diri?

Kepada Pele, beliau mahu lagenda bolasepak dunia itu segera masuk muzium manakala kepada Platini, beliau menyifatkan jaguh Piala Dunia Perancis itu individu yang suka membangga diri. "Sebagai orang Perancis, Platini selalu merasakan dia lebih baik daripada orang lain." Bantailah apa saja labu.

Apapun, permainan Argentina malam tadi amat mantap dan berjaya membelasah Korea Selatan 4-1. Bakal juara?.

Thursday, June 17, 2010

JALUR LEBAR UNTUK RAKYAT

Program Promosi dan Penggunaan Jalur Lebar Nasional dilancarkan hari ini oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Penerangan (KPKK), Dato' Seri Dr Rais Yatim. Ia satu usaha untuk menggalakkan rakyat negara ini menggunakan kemudahan internet bagi mendapatkan pelbagai maklumat dan inovasi terbaru.

Usaha yang dilakukan oleh KPKK memberi sejuta komputer riba kepada mereka yang layak bagi mempromosi jalur lebar diharapkan dapat mencapai sasaran iaitu 50 peratus daripada matlamat asal pada akhir tahun ini.

RTM sebagai badan penyiaran kerajaan sudah lama membantu kerajaan dalam mempromosi jalur lebar dan yang terbaru ialah membuat promo bagi menggalakkan masyarakat segera mendaftar dengan syarikat telekomunikasi untuk mendapat kemudahan jalur lebar.

Selamat belayar.

NORZA ZAKARIA BEBAS

Datuk Norza Zakaria (gambar kiri) boleh menarik nafas lega apabila dibebaskan dan dilepaskan oleh Mahkamah Sesyen Temerloh Khamis atas dakwaan rasuah politik wang menjelang pemilihan UMNO 2009. Majistret Ida Rahayu Sharif membuat keputusan berkenaan selepas pihak pendakwa tidak mahu meneruskan kes kerana saksi belot.

Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan bekas Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan itu didakwa di mahkamah pada Mac 2009. Beliau menawarkan diri bertanding jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO. - AGENDADAILY/17/6/2010.

Wednesday, June 16, 2010

KISAH KERETA TIADA ENJIN

Malam tadi makan dengan Sdr Rama. Amat berselera dengan hidangan kepala ikan sambil mendengar pelbagai cerita dibawanya. Kami tersenyum dan tergelak bersama. Adakalanya terdiam memikirkan 'cerita moral' yang ingin dibawanya. Menyenangkan.

Antara ceritanya dibawanya ialah kisah rakannya ditipu di India. Setibanya di satu lapangan kapal terbang di India, rakannya, Raju terus mencari teksi. Lepas satu, satu teksi ditanya untuk mendapatkan harga yang berpatutan untuk balik kampung.

Katakanlah teksi pertama menawarkan 800 rupee, kedua 600 rupee dan ketiga 500 rupee. Raju tidak puas hati dengan harga itu kerana 'mengetahui' jumlah yang sepatutnya dibayar. Akhirnya beliau menemui pemandu teksi yang keempat yang menawarkan 400 rupee.

Setelah meletakkan beg ke bahagian belakang, pemandu teksi menguncinya agar beg itu tidak hilang. Kemudian pemandu itu cuba memulakan perjalanan tetapi malangnya enjin kereta tidak boleh dihidupkan. Pemandu teksi itu meminta Raju menolak sehingga ke pintu pagar di lapangan itu dan menyatakan kereta itu kehabisan minyak.

Pemandu itu meminta Raju membayar wang untuk membeli minyak dulu tetapi beliau tidak mahu memberinya. Raju meminta pemandu itu mengeluarkan beg beliau. Pemandu enggan berbuat demikian dan meminta tambang penuh atau separuh. Tambang penuh jika ingin meneruskan perjalanan dan separuh jika tidak mahu. Maka pertengkaran berlaku sehinggalah seorang 'lelaki berpakaian kemas' datang untuk memberitahu bahawa eloklah Raju membayar pemandu teksi itu untuk mendapatkan beg beliau.

Akhirnya Raju membayarnya dan menaiki kereta 'lelaki berpakaian kemas' yang hanya meminta tambang yang sama iaitu 400 rupee. Akhirnya mereka pun bertolak ke kampung halaman Raju yang lebih 15 tahun ditinggalkan.

Setelah tiga bulan balik ke Malaysia, Raju memberitahu Rama agar berhati-hati dengan teksi di India yang akan 'mengenakan' penumpang di sana. Beliau meminta Rama agar memeriksa setiap teksi sama ada mempunyai enjin atau sebaliknya.

Menurutnya, pengalaman beliau di India ialah teksi pertama tidak mempunyai enjin dan beliau terpaksa membayar 200 rupee. Kereta kedua milik 'lelaki berpakaian kemas' pula yang dibayar 400 rupee adalah kereta yang pemandunya baru saja menghantar 'boss' ke lapangan terbang. Daripada balik 'kosong' elok juga dapat duit sedikit. Dengan memodalkan 'kreativiti', pemilik kereta tanpa enjin mendapat 200 rupee dan 'lelaki berpakaian kemas' mendapat 400 rupee.

Cerita moral daripada Rama itu ialah bagaimana sukarnya untuk mencari makan di India sehingga rakyatnya perlu mencari idea yang inovatif untuk mencari makan. Ini amat berbeza di Malaysia. Di negara ini, seseorang itu hanya perlu bekerja kuat untuk berjaya. Negara yang penuh dengan rezeki jika sesiapa saja mahu berusaha. Yang mahu bekerja kuat, tidak kira kaum akan mendapat rezeki yang berada di mana-mana di Malaysia.

Hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih. Jangan menyalahkan orang lain.

Tuesday, June 15, 2010

1MALAYSIA BUKAN ASIMILASI

KUALA LUMPUR 15 Jun — Konsep 1Malaysia yang menekankan semangat perpaduan berbeza sama sekali daripada konsep asimilasi yang diamalkan negara-negara lain di mana identiti kaum-kaum etnik dilenyapkan dan digantikan dengan satu identiti nasional yang sama, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata beliau telah kerap kali menyebut bahawa pendekatan konsep 1Malaysia sentiasa mengambil kira roh dan semangat yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan dan juga prinsip-prinsip Rukun Negara.

"1Malaysia menghargai dan menghormati identiti etnik setiap kaum di Malaysia dan menganggapnya sebagai satu aset atau kelebihan yang patut dibanggakan,” katanya menjawab soalan Wee Choo Keong (Bebas-Wangsa Maju) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. — Bernama

ADUN DAP KELUAR PARTI

SHAH ALAM 15 Jun - Terlalu banyak berpolitik hingga mengabaikan tanggungjawab terhadap rakyat menyebabkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Malim Nawar, K.Keshvinder Singh mengumumkan keluar dari DAP berkuatkuasa hari ini.

Serentak dengan itu Keshvinder turut melepaskan semua jawatan dalam parti dan memilih untuk menjadi ADUN Bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN). - Utusan

PEMBINAAN MASJID, PEMBERIAN BIASISWA

Malaysiakini pagi ini muncul dengan laporan terbaru. Membabitkan kewangan negara. Mereka mahu membangkitkan isu kewangan negara yang mengaitkan antara pembinaan masjid, Istana Negara dan Parlimen serta pemberian biasiswa kepada pelajar cemerlang.

Membaca laporan itu sekali, mungkin ramai yang bersetuju dengan 'cerita moral' yang ingin dibawanya. Namun, mengaitkan pembinaan masjid dan Istana Negara itu dilihat sebagai satu usaha licik untuk membawa pembacanya mempersoalkan apa yang dibuat oleh kerajaan kini. Belanja besar untuk masjid atau istana tetapi tiada duit untuk rakyat.
Ini yang ingin dibawa. Ini ingin yang mereka mahu mendapat sokongan pembaca. Mendukacitakan menggunakan istilah 'pembaziran wang rakyat' atau 'gajah putih'. Pembinaan masjid bukan satu gajah putih. Perlu difahami. Ia tempat beribadat. Aduhai.

Pembinaan masjid atau istana bukan satu perkara baru. Sudah dilaksanakan sejak lama sejajar dengan usaha kerajaan memartabatkan agama Islam dan memuliakan Institusi Raja-Raja Melayu. Mengaitkan wang yang digunakan untuk membina masjid, istana atau Parlimen dengan 'ketiadaan' wang untuk memberi biasiswa mungkin dilihat strategi betul oleh Malaysiakini tetapi sebenarnya terselit 'agenda tertentu'. Boleh menimbulkan kemarahan rakyat kepada golongan tertentu. Ini tidak sihat dan berbahaya.

Laporan yang dihasilkan perlu menggambarkan bagaimana kerajaan sudah memperuntukkan beratus juta ringgit memberi biasiswa kepada rakyat. Mereka perlu melihat bagaimana peruntukan kerajaan dalam bidang pendidikan dan pelajaran sejak merdeka lagi. Mereka perlu menjelaskan bagaimana peruntukan pendidikan diberikan kepada semua pihak termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil. Jumlah peruntukan untuk pendidikan masyarakat di luar bandar. Rakyat di Sabah dan Sarawak.

Janganlah berusaha untuk mengembar-gemburkan isu pemberian biasiswa itu dengan mengaitkan pembinaan masjid atau istana semata-mata untuk menaikkan perasaan marah rakyat. Tidak betul dan tidak sihat. Belajarlah daripada kesilapan kita dulu yang suka mengungkitkan perkara kecil yang boleh mencetuskan tragedi. Tentu kita boleh tegur secara profesional. Umpamanya pembaziran atau penyelewengan. Jangan timbulkan isu membina masjid atau istana tidak tentu pasal. Tidak sihat. Fikirkanlah.

HASSAN SHUKRI MENINGGALKAN KITA

AL-Fatihah. Bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Hassan Shukri meninggal dunia di Hospital Selayang kira-kira jam 2 petang semalam.

Beliau dimasukkan ke hospital Selayang pagi ini, sebaik sahaja pulang dari Kota Bharu jam 10.30 malam sebelumnya selepas menyertai Muktamar PAS ke-56.

Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama-sama orang yang soleh.

BOLEH TONTON, JANGAN TIDUR

Semua bola ketika ini. Semua gila bola. Lelaki tonton bola, wanita tengok lelaki tonton bola. Suami sibuk tonton bola, isteri tidur berseorangan. Lelaki tidur lambat tengok bola, wanita 'tukang kejut' lelaki untuk bangun pergi kerja. Jika lelaki dan wanita tengok bola, pasti ponteng kerja atau lambat datang. Tragedi.

Di mana saja orang cakap pasal bola. Dalam bas, keretapi atau warong kopi. Semua cerita pasal bola. Ada yang pandai pasal bola, bagi pandangan bernas. Ada yang macam pandai mengenai bola, bagi pandangan entah apa-apa. Tiba-tiba semua pandai pasal bola. Kenal pemain dan jurulatih. Nama gelaran pasukan pun mereka tahu. Gelaran ikut nama binatang seperti gajah atau kangaroo. Apa saja asalkan sesuai.

Apapun, semua orang kena bijak mengaitkan bola dengan kehidupan. Umpamanya, bola perlu dilihat sebagai alat menyatupadukan rakyat. Bola perlu dilihat sebagai alat perpaduan. Di warong kopi atau lobi hotel, tanpa mengira fahaman politik, bangsa dan agama, semua boleh bercakap pasal bola. Mereka lupa persengketaan politik atau teropong kaum kerana bola.

Bola juga perlu dijadikan usaha menyemarakkan semangat cintakan negara. Tonton iklan yang dibuat oleh Maxis penuh makna iaitu Semangat dan Komitmen. Pemain dulu bermain kerana mahu menaikkan imej negara. Mereka sanggup berkorban dan berjuang. Tanpa menghiraukan kepenatan atau wang ringgit. Merekalah sebenarnya pejuang.

Dulu, mereka berlumba-lumba untuk mewakili negara. Jersi bola adalah satu kemegahan. Satu kejayaan, jika mewakili negara. Tidak kira sebagai pemain, jurulatih atau pengurus. Mereka megah mengenakan jersi kuning. Jersi keramat. Adakalanya berbelang seperti harimau. Tiada lagi yang lebih baik daripada mewakili negara.

Pemimpin pun tidak bergaduh. Mereka bersepakat untuk menerajui persatuan dengan baik. Tiada politik dalam persatuan sukan, begitu juga bola. Semuanya bekerjasama sebagai satu pasukan. Pemimpin persatuan mahu nama Malaysia sentiasa disebut orang. Mereka mahu pemain mereka seperti SuperMokh, Ghani Minhat, Chin Aun, James Wong, Hassan Sani, Namat Abdullah, Santokh Singh dan Arumugam menjadi hero sepanjang masa. Hero 1Malaysia, pejuang negara yang dikenang bangsa.

Apa lagi pejuang negara. Tanamkan semangat mulai saat ini untuk membawa negara lebih jauh dalam kejayaan bolasepak. Lebih maju dan terus maju. Bukan satu yang mustahil atau luar biasa. Pandanglah kejayaan pasukan lain dari Asia atau Afrika.

Lihatlah bagaimana Korea Selatan dan Jepun cemerlang dalam permainan ini. Mereka ini pernah dijadikan pasukan belasahan negara. Mereka dilihat seperti pasukan amatur ketika itu. Kini mereka jauh lebih baik daripada kita. Mereka di peringkat dunia, kita masih di peringkat kampung. Aduhai.

Sunday, June 13, 2010

JANGAN GOSSIP MENJADI FITNAH

Dalam perjalanan ke Perlis untuk menghadiri Malam Seninam malam ini. Hidup sekarang beginilah, sekejap di selatan sekejap ke utara. Mungkin esok ke Timur pula. Entahlah. Ini adalah semangat menyokong rakan-rakan lain dalam KPKK. Satu pengorbanan dan perjuangan.

Dalam pada itu, membaca ruangan gossip pagi ini, tersentuh juga hati. Apakan tidaknya membaca pengacara RTM ditegur. RTM sentiasa menerima teguran dan akan memperbaikinya. Teguran membina akan menguatkan RTM. Itu sebenarnya pesanan DIY kepada pejuang RTM. Yang ditegur bersabarlah. Ingat pesan DIY, jika anda intan walaupun dicampak ke dalam lumpur, anda tetap intan. Ada juga teguran sebelum ini yang dibuat kerana tidak faham dengan peranan RTM. Bukan untuk membela tetapi sekadar memberi pandangan. Hendak dengar, dengarlah jika tidak ikut suka hatilah.

Apapun, DIY pernah menjadi wartawan dan diajar supaya bercerita benar dalam tulisan. Jangan membohong kerana ia boleh menjurus kepada kita menabur fitnah. Dalam ertikata lain sumber yang memberitahu kita perlulah seorang yang mempunyai integriti dan boleh dipercayai. Jangan dengar daripada sumber yang diri mereka pun 'kacau' dan bercelaru. Orang begini hidup umpama pacat yang suka menghisap darah orang lain. Orang begini memang suka menyalahkan orang lain untuk hidup.

Apa yang DIY ingin nyatakan ialah ada orang yang suka menabur fitnah sehingga menyusahkan kehidupan orang lain. Ada juga yang membuat cerita demi untuk memastikan lawan mereka tersungkur ke bumi. Mereka suka melihat orang lain dimarahi, dibenci dan akhirnya dibuang. Sebenarnya orang yang membuat fitnah ini patut dibuang.

Saya pernah diberitahu mengenai kisah seorang individu yang ditolak oleh Menteri kerana perangainya yang suka memburuk-burukkan orang lain. Jika dia berjumpa A, dia akan memburuk-burukkan B dan begitulah sebaliknya. Menteri itu menolak untuk mengambil beliau bekerja kerana amat mengenali orang ini. "Tidak payah ambil, saya amat mengenali budak itu. Perangai tidak ubah-ubah, suka memburuk-burukkan orang lain. Nanti cerita saya pun dijualnya." Akhirnya beliau bukan saja tidak diterima bekerja tetapi diberikan satu arahan agar jangan naik ke tingkat tertentu bagi menyebarkan fitnahnya. Minta dijauhkan orang macam ini.

Bagi DIY, mereka yang bekerja di mana saja sebagai wartawan, penulis gossip atau apa saja perlu berhati-hati agar tulisan kita tidak menjadi fitnah dan merosakkan kehidupan orang lain. Tulisan gossip sekalipun, biarlah betul dan jangan hentam keromo mengikut sedap hati dan perasaan.

Mungkin kita berjaya menjatuhkan orang lain kerana fitnah kita atau cerita pembohongan kita tetapi jangan lupa diri kita di akhirat yang akan dihisab dengan teliti. Jangan pula satu hari nanti hendak bertemu orang tertentu semata-mata untuk meminta maaf terhadap fitnah yang dibuat. Ketika itu, barulah individu yang difitnah itu mengetahui siapa yang membuat fitnah. Minta dijauhkan.

Saturday, June 12, 2010

BINA TEMBOK, ELAK TENGOK

Dalam perjalanan menuju ke Melaka untuk menghadiri SUKMA malam ini. Minta maaf kepada Datuk Johan dan Datuk Mohamad kerana tidak dapat hadir majlis perkahwinan anak mereka malam ini. Hari Sabtu pun kena kerja untuk bertemu anak-anak buah yang bertugas di SUKMA Melaka.

Ketika mahu keluar ke Lebuhraya PLUS dari Sepang terpaksa menghadapi kesesakan di jalan menuju ke Melaka. Amat hairan dan mula berfikir bahawa 'ramainya' peminat SUKMA menuju ke Melaka. Tekaan meleset selepas 15 minit menempuhi kesesakan barulah tahu puncanya - kemalangan kereta.

Di Malaysia, jika ada kemalangan tidak kira kecil atau besar, pemandu akan berhenti atau memperlahankan kenderaan semata-mata mahu melihat 'siapa yang kena' atau mungkin hendak mengambil nombor kereta. Faham-fahamlah apa yang mereka akan buat dengan nombor itu.

Oleh itu, eloklah kerajaan membina tembok atau penghadang agar pemandu tidak memperlahankan kenderaan jika berlaku kemalangan. Jika tidak saman saja pemilik kenderaan yang 'melambatkan' perjalanan orang lain. Amacam? Dah pun hujan, sedap tidur. Sani jangan tidur, kalau tidak selaaammmat.

Friday, June 11, 2010

PARLIMEN BARU, SIKAP BARU?

Entah mengapa berita ini menarik perhatian DIY. Ini kerana DIY yakin tiada siapa yang akan percaya ada satu lagi Parlimen di negara ini setelah sekian lama kita menatap bangunan yang indah dan tersergam megah jika kita lalu lalang di situ.

Berita semalam mengenai cadangan pembinaan Parlimen itu mungkin sekadar cadangan. Minta-minta sekadar cadangan. Jika betul, mungkin ada sebab yang DIY tidak boleh fikir ketika ini mengapa bangunan demokrasi itu perlu dipindah.

Jika kita membina stadium baru kerana Stadium Merdeka yang bersejarah 'sudah kecil' mungkin boleh diterima. Adakah mungkin Parlimen kini terlalu sempit menyebabkan ada keperluan Parlimen baru dibina. Entahlah. Tuhan saja yang maha mengetahui.

Hakikatnya, bangunan Parlimen adalah satu tempat bagi wakil rakyat mengambil bahagian secara aktif untuk mengemukakan masalah rakyat dan cadangan membina negara bangsa. Mereka perlu mengemukakan idea bernas dan inovatif untuk membina Malaysia yang lebih makmur dan maju menjelang 2020.

Namun apa yang berlaku sekarang, ada pihak yang menggunakan Parlimen untuk 'melepaskan geram' terhadap pihak tertentu. Ada juga yang menggunakan dewan mulia itu untuk menunjukkan 'kehandalan' membuat bising atau mengganggu orang lain. Ada juga yang menggunakan Dewan Rakyat untuk memanggil nama gelaran yang menyakitkan hati orang lain. Mereka akan puas selepas berjaya memalukan orang lain.

Jika ruang menjadi ukuran, marilah kita lihat bagaimana Ahli Parlimen Britain duduk berhimpit-himpit untuk berhujjah demi kepentingan rakyat negara itu. Lagi dekat, lagi mesra. Amat menakjubkan sekali setakat ini tiada yang bertumbuk atau bergasak ketika berada di dewan yang mulia itu. Itu satu kekaguman.

Berbalik kepada Ahli Parlimen negara ini, mereka perlu bersikap lebih sopan dan manis ketika berhujjah jika ingin menjadi wakil rakyat di sebuah negara maju nanti menjelang 2020. Jika tidak, mereka yang tertinggal sedangkan negara sudah maju.

Thursday, June 10, 2010

RMK-10 : KECEMERLANGAN GLOKAL

Posting Kedua - 11.55 pagi
10 idea utama

1. Memacu ekonomi domestik dengan kepekaaan persekitaran luar negara
2. Memanfaatkan dan menuas faktor kepelbagaian etnik sebagai satu elemen kejayaan di arena antarabangsa.
3. Mentransformasi negara ke arah pendapatan tinggi menerusi pengkhususan.
4. Menjayakan pertumbuhan diterajui oleh produktiviti dan inovasi.
5. Memupuk, menarik dan mengekalkan modal insan unggul.
6. Memastikan peluang yang saksama dan melindungi golongan mudah terjejas.
7. Pertumbuhan bertumpu, pembangungan inklusif.
8. Menyokong perkongsian pintar yang efektif.
9. Menghargai khazanah alam sekitar.
10. Kerajaan umpama syarikat yang berdaya saing.

Posting Asal - 11.45 pagi
PM, DS Najib Tun Razak membentangkan RMK10 di Dewan Rakyat jam 11.38 pagi. RMK10 menetapkan satu lagi mercu tanda bersejarah dalam usaha kerajaan melaksanakan misi penting ke arah menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi sebagaimana yang dihasratkan dalam Wawasan 2020.

Wednesday, June 9, 2010

PIALA DUNIA DI I-CITY SHAH ALAM

Malam tadi DIY, Tan Sri Lim Kim Hong dan Datuk Bandar Shah, Dato Mazalan Md Noor bersama-sama mengumumkan Pesta Hebat Piala Dunia 2010 yang dibawa oleh RTM akan dapat ditonton di I-City.

Penonton boleh menyaksikan Piala Dunia dari Afrika Selatan di skrin besar yang disediaka selain menikmati pemandangan indah kerlipan lampu menarik di I-City yang amat memukau. Adalah dijangka lebih 10,000 orang akan bertandang setiap malam ke bandar lampu itu yang dibuka 24 jam selama sebulan mulai 11 jun ini.

Selain kerlipan lampu, penonton juga boleh menikmati makanan dan minuman di pelbagai tempat makan serta membeli barangan yang diminati di pusat jualan. Selamat mengunjung dan menonton.

Tuesday, June 8, 2010

RMK10 2011-2015 MENUJU 2020

Posting Kedua - 6.40 petang

Apakah idea utama yang ingin dikemukakan oleh kerajaan dalam RMK10? Apakah ia sejajar dengan agenda utama kerajaan sekarang iaitu menjayakan Gagasan 1Malaysia? Bagi DIY kepentingan gagasan itu pasti diberi perhatian oleh kerajaan kerana sejak menerajui kerajaan DS Najib sentiasa menekankan usaha mengagih-agihkan kemakmuran kepada semua pihak mengikut Perlembagaan. Selain itu, usaha mentrasformasikan kerajaan untuk menjadi lebih dinamik, inovatif dan meningkatkan produktiviti pasti menjadi agenda utama RMK10.

Posting Asal - 6.17 petang

Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Razak akan membentangkan Rancangan Malaysia Kesepuluh (2011-2015) pada 10 Jun ini di Dewan Rakyat. RMK10 amat penting kerana ia adalah fasa terakhir sebelum Malaysia menempoh 2020 iaitu menjadi sebuah negara maju.

Monday, June 7, 2010

KEGANASAN YAHUDI TERUS DIBONGKAR

Posting Kedua - 12.15

Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Razak mengemukakan usul kutuk serangan Israel di Dewan Rakyat sebentar tadi. Usul itu disokong oleh Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin. Ada 15 ketetapan dalam usul PM. Ia secara langsung menyaksikan Malaysia mengutuk kekejaman dan kezaliman rejim Israel. Mereka yang kurang ajar dan bebal ini, kini mula membunuh aktivis kemanusiaan dunia. Israel perlu dihadapkan ke mahkamah dunia dan membayar pampasan terhadap tindakan mereka baru-baru ini menyerang, membunuh dan menganiaya sukarelawan dunia termasuk Malaysia. Kerajaan menyanjungi keberanian sukarelawan negara.

Posting Asal - 10.31 pagi

Malam tadi, RTM secara langsung membawa 12 sukarelawan daripada pelbagai NGO Malaysia ke Studio 1 untuk berkongsi pengalaman dan cerita mereka diserang oleh askar rejim Yahudi yang menyebabkan ada yang terbunuh dan cedera parah. Mereka berterus terang.

Daripada maklumat yang disampaikan, sudah pasti kita lebih jelas bagaimana askar rejim Yahudi itu membuat serangan 'kurang ajar' dan sanggup menembak para sukarelawan dari seluruh dunia yang membentuk 'semangat kemanusiaan' untuk membantu rakyat Palestin.

Pertama kali mereka menyerang tanpa memberi 'salam' dan menyebabkan penghuni kapal tertanya-tanya 'siapakah mereka ini' yang mungkin lanun yang mahu merampas kapal kemanusiaan itu. Sudah tentulah apabila diserang, penghuni kapal tidak duduk diam dan berbuat sesuatu untuk mempertahankan maruah mereka.

Daripada cerita yang dibawa malam tadi, selepas pergelutan berlaku beberapa askar rejim Yahudi ditangkap. Perbalahan timbul sama ada untuk mengikat mereka dan mengambil keputusan untuk membiarkan mereka bebas. Tidak hairanlah apabila ada peluang 'komando pondan' itu terus terjun ke laut untuk menyelamatkan diri.

Selepas itu, askar rejim Yahudi datang dan menembak penghuni kapal. Berlakulah pertumpahan darah yang mengiakan bahawa rejim Yahudi memang kejam termasuk sanggup membunuh sesiapa saja tidak kira Islam atau agama lain.

Menjadi hairan daripada futej televisyen antarabangsa menunjukkan seolah-olah penghuni kapal mencampak askar rejim Yahudi itu sedangkan apa yang berlaku sebenarnya mereka membuat lompatan katak bagi menyelamatkan maruah. Perrrrggghhh.

Satu lagi gambaran futej televisyen antarabangsa memaparkan seolah-olah penghuni kapal memukul askar sedangkan dalam perbualan malam tadi sukarelawan menyatakan bahawa ada tambahan visual yang menunjukkan berlakunya pemukulan.

Apa yang berlaku ialah penghuni kapal ingin mempertahankan diri. Itupun mengambil besi yang sudah dipotong untuk dibawa ke Gaza Palestin bagi membina hospital. Bukan satu senjata menentang sesiapa sepergi yang digambarkan oleh rejim Yahudi.

Inilah antara pembohongan rejim Yahudi yang ingin membela diri dan berusaha mempengaruhi masyarakat dunia bahawa mereka tidak bersalah sedangkan umum tahu merekalah penyangak nombor satu dunia yang gemar 'membaling batu sembunyi tangan'.

Saturday, June 5, 2010

BERNIAGA BIARLAH JUJUR

Berniaga jangan membohong. Tidak baik apatah lagi jika tahu perbuatan itu menyakitkan hati pelanggan.

Apa yang terjadi ialah 'ikan bakar' yang DIY tempah lambat datang. Lauk lain hampir habis dan DRH tertanya-tanya 'kemana perginya ikan bakar kita?.

Maka apabila dipanggil pelayan gerai itu dia menyebut bahawa 'on the way' sedangkan kita nampak rakannya sudah tersalah bagi ke meja lain. Hairannya pelanggan itu baru duduk sudah dapat. Apa punya oranglah. Cakaplah bukan anda membuat tempahan. Duduk terus 'belasah' ikan orang lain. Ada juga manusia macam itu.

Malah apabila disebut bahawa ikan bakar kita tersalah 'alamat' pelayan gerai No 1 itu cuba menidakkannya dan berkata 'ia sedang dibakar'. Ditanya mengapa tiada ikan atas tempat membakar yang biasa digunakan, beliau cuba berdalih bahawa ikan itu dibakar di belakang. Belakang, bakar dengan air ke?

Apabila DIY kata tidak payah bakar kerana sudah hampir habis makan semata-mata hendak menguji pelayan itu barulah dia kata 'oklah encik, sebenarnya ikan itu tersalah hantar'. Tidak terkejut tetapi hairan mengapa orang Serkam hendak 'menipu' pelanggan.

Jangan buat lagi. Tidak elok. Buat malu orang Melaka saja.

Friday, June 4, 2010

POS MALAYSIA BUKAN SIME DARBY

Pos Malaysia Berhad tidak pernah mencatatkan kerugian operasi sejak dikorporatkan pada 1992.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Syed Faisal Albar, menjelaskan Pos Malaysia masih dan tetap membayar dividen kepada pemegang sahamnya setiap tahun.

Mengenai fakta yang ditimbulkan baru- baru ini, beliau menerangkan ia berlaku hanya pada 2007 dan 2008 setelah syarikat itu menggunakan piawaian perakaunan FRS139 yang telah menyebabkan peruntukkannya terjejas bagi pelaburan dalam Transmile Berhad.

Ia membabitkan nilai 141 juta ringgit pada tahun 2007 dan 87 juta ringgit pada 2008.

Ia susulan pengurusan kewangan Transmile yang tidak betul di mana Suruhanjaya Sekuriti telah mendakwa bekas CEO dan CFO syarikat itu.

Malah, pengurusan baru Transmile kini telah memfailkan saman sivil terhadap bekas pengurusan Transmile.

Pos Malaysia hanya memiliki 15 peratus saham dalam Transmile.

Kesan daripada insiden itu, Pos Malaysia turut merekodkan penurunan dalam nilai pelaburan yang dimilikinya dalam Transmile.

Bagaimanapun, tambah beliau, dalam tempoh tiga tahun ini, Pos Malaysia terus merekodkan keuntungan dari segi operasi iaitu 101 juta ringgit pada 2007 dan 86 juta ringgit pada 2008.

TANGLIN MACAM DI BANDUNG

Pagi ini, pergi sekolah anak untuk menemui Cikgu Asma. Pelbagai nasihat diberikan kepada saya agar anak tersayang boleh memperbaiki diri dan mencatatkan markah yang tinggi. Terima kasih Cikgu. Segala nasihat akan diambil perhatian dan tindakan.

Sebelum itu, minum pagi di Tanglin. Bertemu beberapa sahabat lama yang menjadi pengunjung regular Tanglin termasuk, Mr Z yang akan berangkat ke Australia untuk melihat lembu di sana. Kirim salam pada lembu di sana.

Dulu, jika anda mengunjung Tanglin untuk menikmati nasi lemak atau roti bakarnya, anda masih terasa berada di Malaysia. Tetapi, sekarang tidak. Anda akan terasa seakan-akan berada di sebuah medan selera di Indonesia mungkin di Jakarta atau Bandung. Apa sudah jadi? Perrrggggh.

Apakan tidaknya. Sampai saja, sambutan daripada lebih sepuluh gadis dan wanita Indonesia pasti mengejutkan anda. Ada yang bulat. Ada yang montel. Ada yang jernih sikit. Ada bertudung dan ada juga yang rambut dilepaskan. Macam-macam ada.

Mereka segera menyambut anda dengan 'lagu istimewa' yang dinyanyikan setiap hari. "Mari bang. Mari bang. Sini boleh duduk. Ramai pun boleh. Apa air mahu bang? Makan apa bang? Boleh order air sini bang, dan makan boleh order tempat lain." Macam-macam lagi lah kata-kata daripada pekerja gerai ini. Tauke gerai sibuk memasak.

Oleh itu, jika ingin mahu terasa macam berada di Indonesia, sila kunjungi Tanglin. Amacam Mr Z? Boleh ke macam tu?

Thursday, June 3, 2010

ADA DUA DNA LELAKI

KUALA LUMPUR : Seorang pakar bedah dari Hospital Kuala Lumpur memberitahu perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bahawa laporan kimia ke atas sampel yang diambil dari dubur bekas pembantu Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan, menunjukkan berlaku penetrasi.

Ketika memberi keterangan di Mahkamah Tinggi di sini di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, Dr Mohd Razali Ibrahim berkata analisis makmal menunjukkan kehadiran DNA dua lelaki.

Dr Mohd Razali, iaitu saksi pendakwaan kedua selepas Mohd Saiful, berkata semasa beliau dan dua lagi doktor menyiapkan laporan klinikal mereka pada 13 Julai 2008, tiada sebarang pendapat konklusif dibuat mengenai penetrasi seperti yang didakwa oleh mangsa memandangkan laporan itu disediakan tanpa analisis sampel daripada Jabatan Kimia.

Dua lagi doktor ialah pakar rawatan kecemasan Dr Khairul Nizam Hassan, dan pakar patologi forensik Dr Siew Sheue Feng.

Pakar forensik Australia, Prof Madya David Lawrence Noel Wells dari Melbourne, yang dilantik oleh pasukan Anwar, hadir di mahkamah hari ini. - BERNAMA.

Tuesday, June 1, 2010

ROMBAKAN JEMAAH MENTERI DAN TIMBALAN

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, mengumumkan pelantikan Datuk Wira Chor Chee Heung sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, dan Datuk Kong Chong Ha sebgai Menteri Pengangkutan dalam rombakan Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri petang ini.

Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz sebagai Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Senator Datuk G. Palanivel sebagai Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komuniti, dan Anggota Parlimen Serian Datuk Richard Riot sebagai Timbalan Menteri Luar Negeri.

Anggota Parlimen Labis Chua Tee Yong sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Senator Datuk Donald Lim Siang Chai sebagai Timbalan Menteri Kewangan, dan Senator Gan Ping Shou sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

Datuk Rohani Abdul Karim dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan; Jelaing anak Mersat dari Kementerian Dalam Negeri ke Kementerian Pengangkutan; Datuk Lee Chee Leong dari Kementerian Luar Negeri ke Kementerian Dalam Negeri.

Pengumuman ini menyaksikan penamatan jawatan Datuk Seri Ong Tee Keat sebagai Menteri Pengangkutan dan Datuk Wee Jeck Seng sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

GERAKAN ANTI ISRAEL (GAIS)

Walaupun kita hanya bersuara mengenai tindakan Israel, ini sudah cukup untuk menyatakan kemarahan terhadap perbuatan Yahudi yang biadab dan kejam. Menyerang di perairan antarabangsa dan kapal yang diserang pula ialah kapal bantuan kemanusiaan.

Jika kumpulan yang mahu DS S Samy Vellu turun menubuhkan GAS (Gerakan Anti Samy) maka bolehlah kita menubuhkan GAIS(Gerakan Anti Israel).

Singkatan ini lebih baik daripada Gerakan Anti Yahudi (GAY). Bunyinya macam orang yang suka perkara yang luar biasa. Pasti hanya beberapa orang saja yang mahu dikaitkan dengan GAY. Bagaimanapun, menjadi ahli GAIS, sudah tentu ramai rakyat negara ini bersetuju bersama-sama menentang Israel yang diibaratkan 'syaitan bumi'.

Perdana Menteri, Dato Sri Najib Tun Razak, mahu Wisma Putra menyelamatkan sukarelawan negara di sana. Menurutnya, usaha itu akan dilakukan menerusi PBB dan negara ketiga untuk mendapatkan maklumat.

Malaysia katanya, akan mengusulkan isu kezaliman Israel itu akan dibawa dalam Majlis Keselamatan PBB dan membawa isu kekejaman Yahudi itu peringkat antarabangsa.

Sementara itu, sekumpulan lagi rakyat Malaysia dari Perdana Global Peace Organisation (PGPO) yang menaiki kapal utama Rachel Corrie, selamat selepas tentera Israel hanya menaiki Marvi Marvara bagi menghalang konvoi itu.

Tiga wakil PGPO atas kapal itu ialah Shamsul Akmar Musa Kamal, Matthias Chang dan Ahmad Faizal Azumu serta Ahli Parlimen Parit, Mohd Nizar Zakaria. Mereka disertai wartawan TV3, Halim Mohamed dan jurukamera Mohd Jufri Judin.

Dalam SMS kepada PGPO, Shamsul berkata mereka berada kira-kira 1,000 batu nautika dari Gaza tahu Mavi Marmara diserang dan merancang untuk terus maju.