Sunday, June 27, 2010

BLACK STARS KE SUKU AKHIR

RUSTENBURG - Wakil tunggal Afrika, Ghana mencipta sejarah layak ke peringkat suku akhir buat kali pertama dalam sejarah bola sepak negara itu selepas cemerlang mengalahkan Amerika Syarikat (AS) 2-1 dalam perlawanan yang berlanjutan masa tambahan, awal pagi tadi.

Ghana terlebih dahulu mendahului pada minit ke-5 melalui jaringan Kevin Prince-Boateng namun AS menyamakan kedudukan selepas mendapat sepakan penalti yang disempurnakan oleh Landon Donovan pada minit ke-62.

Asamoah Gyan muncul wira Ghana pada masa tambahan apabila jaringannya pada minit ke-93 membantu Black Stars bertemu Uruguay pada 3 Julai nanti. - UTUSAN.

(Renungan Rimau : Semangat juang kental yang berjaya menghasilkan kejayaan di peringkat antarabangsa. Alangkah bagusnya jika semua pasukan sukan negara mempunyai semangat seperti itu. Alahai...)

1 comment:

jebat said...

Salam, DTY,

Ghana berjaya masuk pusingan Suku akhir. Begitu juga Korea Selatan.

Mana perginya MALAYSIA ?

Zaman DHI dulu Korea Selatan kalah dengan Malaysia. SCA, MD dan STS,hanya tinggal kenangan.

Tiadakah yang boleh menggantikan mereka ? Apa artinya profesional ? Cuma mahukan gaji sahaja besar.

Bangunlah FAM dan seluruh kakitangan nya. Atau letak Jawatan sahaja !!
Ganti orang yang berupaya !!
Apa guna jadi Ahli FAM kalau tendang boloa pun tak "kuat".