Friday, November 12, 2010

KALAU MACAM NI, SUSAHLAH NAK MAJU

Peristiwa terbaru mengenai kenyataan DS Dr Zahid Hamidi yang dikatakan 'menyinggung' perasaan sesetengah pihak amat merisaukan DIY.

Risau terhadap sikap rakyat sesetengah rakyat negara sekarang.

Apakan tidaknya, kerana setiap perkataan dan ayat yang dikeluarkan kini akan dianggap sensitif oleh sesetengah pihak.

Hakikatnya, perkataan dan ayat yang diluahkan sama maksud yang ingin disampaikan.

Sebagai contohnya, jika wartawan menulis skrip berita yang menyatakan 'anak yang kehilangan ibu bapa', kita boleh jelaskan dengan istilah 'anak yatim piatu'. Jimat perkataan dan ruang.

Hakikat, maksudnya sama.

Tetapi kini suasana sudah berubah di mana rakyat negara ini cepat melenting dan meletup. Entah apa-apa.

Siapa yang mahu dipersalahkan? Apakah kita sudah menjadi terlalu sensitif? Apakah jika ada orang panggil saya Harimau Melayu, DIY akan menjadi sensitif, sebab ada perkataan Melayu? Apakah DS Dr Chua Soi Lek amat tersinggung dengan perkataan yang dinyatakan itu? Apakah perkataan terbaik untuk digunakan?

Aduhai. Pening juga kepala hendak memikirkannya.

Bagaimana pula nama tempat? Mungkin ada orang yang mencadangkan ia ditukarkan jika mereka pergi ke Melaka. Kerana ada tempat yang menggunakan nama yang mungkin disifatkan sensitif atau perkauman oleh sesetengah pihak. Ahhhh.

Please grow up la.

8 comments:

BaitiBadarudin said...

memang sekarang kena berhati-hati dengan perasaan orang bukan Muslim atau Melayu.

Anonymous said...

memang sekarang kena berhati-hati dengan perasaan orang bukan Muslim atau Melayu.

Anonymous said...

memang sekarang kena berhati-hati dengan perasaan orang bukan Muslim atau Melayu.

Anonymous said...

memang sekarang kena berhati-hati dengan perasaan orang bukan Muslim atau Melayu.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

Allah juga murka kalau kita cakap tak kena.....kekadang dengan silap cakap boleh jatuh murtad.......

kalau silap tuleh pun orang akan melenting.Macam wartawan silap tuleh berita , atau buat berita bohong.Itu kerja haram.

Anonymous said...

Tiger,

Kau sepaptutnya 'think out of the box' sekali-sekala. Takkan asyik tengok menteri BN tu semua 'beyond reproach belaka.'

Aku pun pro BN tapi kekadang akur jugak dengan kelemahan dan kesilapan menteri macam nazri, zahid hamidi dan lain-lain.

Dalam hal ini aku hentam zahid sebab tidak buat analisis secara 'empirical' dan terus menghentam kata patriotisme kurang menyebabkan bukan Melayu tak ramai masuk tentera.

Lets grow up...lets open our eyes, even if we ARE with the govt.

Anonymous said...

DIY,
Kalau orang bukan Melayu tidak berminat jadi soldier, biar pi la. Yang kita sebuk-sebuk nak suruh mereka angkat senjata buat apa? Masa dulu kita berak dia orang akangkat tahi kita dia orang tak bising pun orang Melayu tak suka angkat tahi.Saya lagi suka mereka ni tak jadi soldier atau polis,senag kita ajar mereka bila berlaku 'perkara yang tidak diingini berlaku di dalam negara. siapa nak jagi harta mereka, anak bini mereka? Cuba kita lihat apa berlaku di negara jiran kita padsa 1999, mereka cabut lari bila jadui haru hara. Ini TaNAH Melayu, orang Melayu lah kena pertahankan negara ini. Negara Cina, orang Cinalah, India orang India, Englabd, orang Inggeris, bukan nak suruh orang Melayu pula pertahankan negara Cina, India, England dan seterusnya. Cuba kita tanya diri kita berapa banyak syarikat non-Malay menawarkan kerja penting kepada orang Melayu? Kerja-kerja yang tidak berimat oleh mereka baru diberi kapada orang Melayu i.e pemnandu, peon, depatch rider, kerani cabuk., pegawal keselamatan, jaga, cleaners, amah dan gundik. Perkataan PATRIOTISME tidak pula digunakan kerana ia tidak membawa erti dalam negara berbilang kaum. Ia hanya dibibir mulut sahaja tetapi di hati tidak sedikit pun terpahat.

IMelayu

jebat said...

Salam DIY,

Kata orang tua tua:

DENGAR CAKAP ENGGANG,
TELAN BUAH BELOLOK,
DENGAR CAKAP ORANG,
TERJUN MASUK LUBUK.