Kerajaan kini bercadang menubuhkan Majlis Perundingan Media Negara bagi membolehkan semua perkara berkaitan dibincangkan secara harmoni antara kerajaan dengan media, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim.
Beliau berkata Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) akan bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam mewujudkan majlis berkenaan, yang dijangka dibentang kepada kabinet tahun ini.
Ketika ini, kedua-dua pihak sedang dalam peringkat pertemuan serta perbincangan bagi merangka bentuk majlis berkenaan, sebelum satu rangka lengkap dapat disiapkan secepat mungkin.
"Kita akan membincangkan perkara berkaitan media, antaranya kebebasan media dan tanggungjawab wartawan untuk mematuhi undang-undang atau peraturan yang sudah sedia ada, supaya kebebasan media itu dapat diamalkan secara positif.
"Ia juga adalah hasil daripada hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang ingin melihat satu kerjasama yang lebih erat di antara media dan kerajaan, terutamanya dalam menghasilkan berita yang berkualiti, tepat dan kreatif," katanya.
Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan Hadiah Kewartawanan MPI-PETRONAS 2010 pada Malam Wartawan Malaysia 2011 di Kuala Lumpur malam semalam, DSU Dr Rais berkata penubuhan majlis itu juga bertujuan mengukuhkan profesionalisme wartawan yang dianggap satu kerjaya suci dan jujur.
Beliau berkata Majlis Perundingan Media Negara diwujudkan untuk kebaikan negara, terutama dalam proses melaporkan berita berkualiti serta mengikut peraturan yang ditetapkan.
"Kita sudah mengadakan perjumpaan dengan Institut Akhbar Malaysia (MPI), pengamal media arus perdana dan media baru untuk berbincang sistem dan rangka majlis berkenaan supaya ia dapat menghimpunkan seramai mungkin pengamal media di dalam negara ini.
"Pengamal media di dalam majlis ini akan dapat berbincang dalam satu forum yang lebih luas dan ia akan bergandingan erat bersama kerajaan," katanya.
DSU Dr Rais berkata penubuhan majlis itu diharap dapat mengukuhkan amalan etika kewartawanan yang tinggi, pemupukan tanggungawab sosial dan semangat nasional di kalangan pengamal media.
Terdahulu, DSU Dr Rais menyampaikan hadiah kepada 22 wartawan yang memenangi Hadiah Kewartawanan MPI-PETRONAS 2010 dalam 15 kategori bagi penerbitan berita sepanjang tahun lalu.
Sebanyak 512 artikel diterima bagi merebut anugerah kewartawanan paling berprestij negara yang menyediakan ganjaran wang tunai keseluruhan RM300,000.
Wartawan Berita Harian Norfatimah Ahmad dan Nor Fazlina Abdul Rahim menggondol Hadiah Kewartawanan Kajai melalui laporan muka depan akhbar itu bertajuk "RM60,000 Habuan Sebulan" yang mendedahkan kegiatan penguatkuasa imigresen di Jeti Pulau Ketam, Klang, Selangor yang disogok bagi membantu pendatang tanpa izin Indonesia memasuki negara ini. - Bernama
Saturday, April 30, 2011
Friday, April 29, 2011
AKU ADA ANU
Aku ada anu
Anu apa?
Anugerah
Oooooooohhhhhhhhh
Aku ada anu
Anu apa?
Anu tu la
Oooooooohhhhhhhhh
Aku ada anu
Anu apa?
Perang anu
Apa tu?
Terjemahlah
Anu tu apa...perang tu apa..
Isshhh ishhhh ishhhh
Anu apa?
Anugerah
Oooooooohhhhhhhhh
Aku ada anu
Anu apa?
Anu tu la
Oooooooohhhhhhhhh
Aku ada anu
Anu apa?
Perang anu
Apa tu?
Terjemahlah
Anu tu apa...perang tu apa..
Isshhh ishhhh ishhhh
PERANAN KPKK AMAT PENTING (1)
Oleh Ibrahim Yahaya
Apabila Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Abul Razak, mengambilalih tampuk kepemimpinan negara, beliau telah merombak Kabinet termasuk memperkenalkan kementerian baru yang lahir daripada gabungan beberapa kementerian. Salah satu ialah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK). Ia adalah kementerian kedua terbesar selepas Jabatan Perdana Menteri. KPKK adalah gabungan Kementerian Penerangan, KEKWA dan sebahagian daripada Kementerian Telekomunikasi yang merangkumi penerangan, komunikasi dan kebudayaan. Ia mempunyai 15 jabatan dan perbadanan, satu suruhanjaya iaitu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia serta dua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) iaitu Pos Malaysia Berhad dan Telekom Malaysia. Jabatan di bawahnya termasuk RTM, Jabatan Penerangan, JASA, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian (JKKN), Jabatan Arkib dan Istana Budaya. Tidak hairanlah PM meletakkan seorang Menteri yang berpengalaman untuk menerajuinya iaitu Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim.
Oleh kerana KPKK adalah sebuah kementerian yang besar, tidak hairanlah ia mempunyai pelbagai program yang meliputi kegiatan penerangan dan penyiaran sehingga membabitkan Program Merakyatkan Seni (PMS) yang diterajui oleh JKKN. Program yang dijalankan hampir setiap minggu itu bertujuan untuk memastikan rakyat mendapat pelbagai faedah dan manfaat termasuk perkhidmatan penghantaran surat, mendapat maklumat dan penyediaan jalur lebar. Sebagai Menteri bertanggungjawab, DSU Dr Rais bersama dengan dua timbalannya iaitu Datuk Joseph Salang dan Datuk Maglin D Cruz akan sentiasa turun padang untuk melihat, merasmikan dan mendapat pelbagai maklumat daripada kakitangan agensi terbabit. Beliau juga akan melawat projek-projek yang sedang dibina ataupun menerima taklimat dari semasa ke semasa mengenai program untuk rakyat. DSU Dr Rais juga turut merasmikan pelbagai program SKMM seperti pelancaran Kampung Tanpa Wayar dan penyerahan netbook 1Malaysia kepada kumpulan yang memerlukan termasuk pelajar. Yang terbaru ialah pelancaran Kampung Tanpa Wayar di Felda Pasoh 3, Jelebu pada 26 April lalu.
...bersambung.

Thursday, April 28, 2011
1MALAYSIA UNTUK RAKYAT
Oleh Ibrahim Yahaya
Bagi penulis, orang yang tidak menyokong 1Malaysia ini boleh dibahagikan kepada beberapa kategori. Pertama pembangkang yang tidak akan menyokong program kerajaan terutama yang boleh mengurangkan sokongan rakyat dan mengancam mereka dalam pelbagai sudut. Jika program kerajaan mendapat tempat di hati rakyat, sudah pasti sukar bagi mereka untuk mempengaruhi minda rakyat terutama mereka di atas pagar. Mereka yang sudah taksub itu, jika hati mereka dibasuh dengan 'clorox' sekalipun tidak akan berubah. Yang putih, putihlah dan yang hitam, hitamlah bagi golongan seumpama ini. Melainkan hati mereka seperti belakang parang. Oleh itu, pembangkang akan menjadi takut apabila ramai rakyat menyebut perkataan 1Malaysia dalam kehidupan mereka. Salam pun sudah diberikan Salam 1Malaysia. Tidak hairanlah, ketakutan pembangkang ini diterjemahkan dalam pelbagai arahan termasuk tidak boleh menggunakan logo atau terlalu sensitif jika ada pihak menyebutnya waima memberi salam 1Malaysia. Apabila perkataan itu diutarakan ibaratkan seperti ada duri yang mencucuk hati mereka dan adakalanya terus berdarah.
Kedua ialah golongan yang bimbang gagasan 1Malaysia itu digunakan oleh sesetengah pihak untuk menjayakan Malaysian Malaysia atau didorong ke arah itu. Golongan ini adalah di pelbagai peringkat termasuk ahli akademik dan sejarahwan. Kebimbangan mereka kerana sejak gagasan ini diperkenalkan ada pihak yang cuba untuk 'menculik' 1Malaysia mengikut perspektif atau pandangan mereka sendiri seperti menekankan isu mengenai hak atau perpaduan saja. Bagi mereka yang hanya mahu melihat kepentingan diri, 1Malaysia ialah mengenai hak sama rata kaum yang tinggal di negara ini di samping menggalakkan rakyat bersatu-padu. Tidak hairanlah apa saja yang diutarakan adalah berkaitan dengan 1Malaysia termasuk 'memohon pelbagai perkara daripada kerajaan untuk mereka' adalah 1Malaysia. Jika tidak diberi, maka tidak 1Malaysia. Mereka terlupa bahawa hak yang disebutkan dalam 1Malaysia adalah mengikut Perlembagaan dan bukannya berdasarkan gesaan apatah lagi ugutan. Ada antara mereka menyifatkan 1Malaysia itu adalah perpaduan saja sedangkan ia merangkumi aspek yang lebih luas lagi untuk rakyat iaitu memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Maka itu, rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan. Perlu faham dan hayati.
Golongan ketiga ialah mereka yang tidak faham apa itu 1Malaysia menyebabkan ada yang menganggapnya hanya sebagai satu lagi slogan kerajaan. Ada juga mereka yang terikut-ikut dengan kenyataan pemimpin pembangkang bahawa 1Malaysia ini adalah lesen untuk kerajaan sekarang mengabui mata rakyat bahawa ada sesuatu program baru dilaksanakan. Bagi golongan ini, mereka menyatakan ia lesen untuk menyapu semua kekayaan dan kemewahan negara sebaliknya berselindung di sebalik slogan untuk menggunakan wang rakyat. Kekeliruan golongan ini menyebabkan mereka sentiasa terpedaya dan mulalah berkempen mengenai keburukan gagasan itu. Keadaan ini amat berbahaya. Kumpulan ini ada antaranya mereka yang sentiasa turun ke bawah untuk memberi penerangan kepada rakyat seperti jabatan kerajaan, badan berkanun, suruhanjaya atau syarikat yang ada kaitan dengan kerajaan. Ini termasuk Jabatan Hal-Ehwal Khas, Jabatan Penerangan, Jabatan Penyiaran, Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara, Telekom Malaysia, Tenaga Nasional Berhad, Pos Malaysia Berhad serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.
Tidak hairanlah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan mengadakan program penyerlahan 1Malaysia untuk menyedarkan kumpulan petugas ini mengenai apa itu 1Malaysia dan diterangkan berterusan kepada rakyat. Ia telah dan sedang berjalan bagi petugas TM, TNB, Pos Malaysia dan SKMM. Menteri KPKK, Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim ketika melancarkan program itu pada 26 April lalu mahu penyerlahan ini diperluaskan kepada maktab perguruan dan pasukan keselamatan. Ia bertujuan untuk memastikan kakitangan ini memahami dasar kerajaan dan tidak membuat pelbagai tuduhan di samping terpengaruh terhadap dakyah pembangkang. Bagi Dr Rais, 1Malaysia adalah program yang diperkenalkan oleh negarawan ulung sejak zaman Tunku Abdul Rahman dan kini didokong oleh Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Segala usaha yang baik untuk rakyat dan negara terkandung dalam 1Malaysia itu.
Kumpulan keempat ialah golongan yang sering melupakan budi kerajaan tetapi menempelak setelah berjaya dibantu dari sekolah rendah sehingga ke universiti. Malah golongan ini sentiasa mencari kesalahan terhadap semua program kerajaan dan bertindak seolah-olah mereka peminat setia pembangkang. Mereka yang tidak ada prinsip ini adakala akan menghilang begitu saja mengutuk kerajaan kerana sudah mendapat habuan tertentu daripada pembangkang.Mereka adalah golongan pelupa atau sesetengah orang berkata 'orang yang tidak mengenang budi.'
Hakikatnya usaha perlu diadakan untuk menyerlahkan Gagasan 1Malaysia di semua peringkat di tanahair bagi membolehkan mereka menggerakkan minda untuk membantu rakyat terutama golongan yang memerlukan. Usaha membantu rakyat sepanjang masa ini dengan turun padang ini bersesuaian dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa 'zaman kerajaan tahu semua sudah berakhir." Rakyat perlu menerangkan kepada kerajaan apa yang masih tidak dilaksanakan atau perkara yang tidak ambil peduli. Keperluan rakyat.
DSU Dr Rais mahu semua kakitangan yang mengambil bahagian dalam Program Menyerlahkan 1Malaysia berfikiran terbuka dan mempunyai perasaan sayangkan negara. Mereka perlu berfikir bahawa Malaysia ini untuk rakyat Malaysia. Untuk itu, rakyat perlu didiik dengan semangat yang menebal terhadap gagasan ini. Mereka boleh membantu segera kumpulan ini tanpa bertangguh. Untuk itu, janji-janji kerajaan sekarang mempercepatkan perkhidmatan seperti penyediaan pasport dan kad pintar pasti dikenang oleh rakyat sepanjang masa. Selain itu, penyediaan jalur lebar di kawasan luar bandar, pemberian netbook kepada pelajar miskin dan penubuhan perpustakaan desa telah menyediakan medan dan medium untuk rakyat berkomunikasi.
Selain itu, KPKK juga berusaha ke arah mencapai tahap yang lebih baik bagi kefahaman keseluruhan Gagagan 1Malaysia. Menurut DSU Dr Rais, kefahaman itu sudah mencapai 84.4peratus sehingga Julai tahun lalu. Beliau berkata hasil kajian dan kefahaman dan penerimaan masyarakat terhadap Gagasan 1Malaysia itu juga telah melebihi sasaran indeks prestasi utama (KPI) kementerian iaitu 71.9 peratus.

Wednesday, April 27, 2011
MALAYSIA BERSATU VS dap
Oleh Ibrahim Yahaya
Sebelum tulisan mengenai 1Melayu 1Bumi disiarkan ramai yang mahu Melayu bersatu. Tetapi kemahuan itu setakat mahu tetapi tiada apa apa yang bergerak. Tidak bergerak kerana tiada siapa yang mahu menggerakkannnya. Jika ada pun, orang itu segera dicop sebagai seorang yang chauvinist Melayu termasuk penulis yang menyeru agar 1M 1B dilaksanakan. Kesannya, kemahuan, keinginan, hasrat dan cita-cita seperti kabus yang hilang apabila timbulnya sang matahari. Hilang dan lesap dari pandangan.
Selepas gerakan untuk Melayu bersatu mula diperkatakan terutama selepas 1M 1B ada pula pihak yang mahu memulaukan akhbar Utusan Malaysia yang dikatakan terlalu perkauman. Entahlah otak cap apa mereka yang memikirkan perkara sedemikian. Mungkin cap ayam atau cap itik atau binatang lain. Entahlah. Namun, pokoknya ialah seruan agar Melayu perlu bersatu untuk menentang mereka yang tidak mahu melihat negara ini maju ke hadapan dan menjayakan 1Malaysia - rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan. Maka semua mata berpalinglah kepada dap, parti perkauman yang bukan saja membenci 1Malaysia tetapi mahu dikuburkannya sekali.
Lihatlah betapa angkuh mereka mengarahkan Menteri Besar Selangor untuk mengharamkan penggunaan logo 1Malaysia. Lihatlah bagaimana dap menyamakan Satu Malaysia sebagai Sapu Malaysia. Penulis malas untuk bertanya adakah dap menolak 1Malaysia kerana jawapannya sudah ada. Mereka memang menolak Gagasan 1Malaysia yang mendahulukan rakyat dan menetapkan pencapaian diutamakan. Mengapa dap menolak usaha mendahulukan rakyat sedangkan dalam ceramah merekalah 'superhero' yang dapat menyelamatkan Malaysia. Pirrraahh.
Superhero untuk siapa, rakyat Malaysia atau segelintir pemimpin Cina yang membenci usaha untuk mendahulukan rakyat yang memerlukan - sudah pasti yang ramai ialah bangsa Melayu. dap tidak mahu menolong Melayu kah? dap mahu memainkan sentimen perkauman berterusan kah semata-mata untuk mendapat undi yang 'ada bau' perkauman. Mereka patut malu untuk mengaku superhero jika ekor mereka sendiri bergelumang dengan taik dan sifat tebal perkauman. Superhero apa jika dalam ceramah hanya menyebut 'jika pilih dap, masalah akan selesai'. Pirrrahhh. Seorang calon di Sarawak ada hati hendak menjadi calon dan bongkak mengatakan semua akan selesai jika pilih calon dap. Pirraahh.
Dalam poster di Miri, dap dengan bongkaknya menyamakan Satu Malaysia sebagai Sapu Malaysia. Jika dap memainkan semangat perkauman menyatakan Sapu Malaysia, tolong tanya diri mereka sendiri siapa yang Sapu Malaysia sekarang. Tolong jawab. Siapa yang menguasai ekonomi Malaysia sekarang? Janganlah berselindung di belakang Sapu Malaysia yang ingin membawa kontosi bahawa ada pihak tertentu yang sapu. Atau Sapu Malaysia itu ada kaitan dengan tindakan mereka berarak membawa penyapu besar sebelum berlakunya 13 Mei 1969. Ramai orang tidak ingat tetapi cuba baca bahan arkib sebelum ini yang menampakkan keangkuhan mereka yang apabila sudah menang, semua dicanang dan orang lain perlu berenang dan air mata berlinang. Pirraaah.
Ini tidak perlu dijawab oleh pemimpin Cina dap kerana mereka mempunyai beribu jawapan untuk mengiakan apa yang mereka kata. Malah kekalahan pembangkang di sesuatu tempat di Sarawak baru-baru ini disalahkan kepada kerajaan termasuklah web portal yang menyokong mereka digodam dituduh ada konspirasi pihak terentu. Siapa pula yang mengodam web portal AgendaDaily yang selama ini bercakap benar mengenai apa yang kerajaan buat? Ada konspirasi dari kerajaan jugalah tu. Jika perut mereka buncit, mereka juga akan menyebut ada konspirasi dalam menjual makanan yang boleh membuncitkan perut mereka. Pirraahh.
Umum tahu kaitan dap dengan pap di Singapura yang mempunyai cita-cita besar untuk memerintah Malaysia. Lihatlah bagaimana pap yang memerintah Singapura meminggirkan golongan tertentu di sana dan ini diikuti oleh dap di Pulau Pinang. Semua orang tahu dan tidak payahlah hendak memberi alasan bodoh dan bongkak. Sebagai wartawan sudah sudah melihat apa yang dilakukan oleh dap dan suara-suara keangkuhan mereka sejak dari bapa hinggalah kepada anaknya. Sebagai rakyat negara ini, penulis boleh melihat betapa tebalnya sifat perkauman mereka. Cuma mereka pandai bermuka-muka apabila ingin menjalinkan hubungan dengan Pas dan PKR. Itupun sesekali mereka tersasul dan telanjur dengan membuat kenyataan 'Anwar tidak layak memimpin pembangkang lah' dan kemudiannya menjilatnya balik untuk membela DSAI. Hanya kerana politik dan wang yang diperolehi. Heii..pirraahh. Jangan suka bermuka-mukalah dan berjuanglah secara ikhlas.

Monday, April 25, 2011
TERUS CERITAKAN YANG BENAR
(Poster Biadab)
Oleh Ibrahim Yahaya
Propaganda, satu perkataan sentiasa dianggap negatif. Namun, bagi penulis mereka yang berjaya menjalankan propaganda dengan sempurna akan memenangi peperangan minda. Inilah peperangan sebenar yang kita hadapi sekarang. Jika BN lemah dari segi propaganda pada masa akan datang, maka pembangkang yang berjaya menggunakannya akan menang dalam peperangan minda itu.
Lihat sajalah bagaiamana pembangkang menggunakan strategi propaganda yang bertalu-talu sehingga membentuk pemikiran rakyat untuk menolak BN. Bukan kerana dasar BN yang tidak baik tetapi propaganda yang mengambarkan sebaliknya. Awal-awal lagi, DSAI sudah membuat propaganda bahawa pembangkang akan memerintah Sarawak. Malah beliau sudah menamakan Baru Bian sebagai bakal Ketua Menteri jika Sarawak berjaya diambialih. DSAI dan gerombolannya menjalankan tugas menyerang kubu kuat BN di kawasan pendalaman terutama di mana ramai orang Melayu dan Melanau. Propaganda bahawa jika mereka mendapat tempat dalam PRU12 di Semenanjung maka tidak ada sebab rakyat Sarawak tidak memilih mereka dalam PRN ke 10 ini dijalankan. Yang tidak diceritakannya ialah kegagalan pembangkang memerintah selepas diberi peluang.
Ditugaskan pula parti perkauman DAP untuk menggunakan strategi agresif di bandar dengan memburuk-burukkan TS Taib Mahmud dengan konotasi sudah lama dalam politik. Hakikatnya pemimpin pembangkang yang lama dalam politik tidak menjadi kebimbangan kepada mereka untuk diserang balik. Maka ditambah pula 'sudah lama di tampuk' yang menunjukkan seolah-olah TS Taib terlalu lama dan tidak buat apa. Mereka tidak sekali-kali menyebut sumbangan TS Taib sebaliknya melabelkan beliau sebagai orang yang sudah terlalu lama dan perlu turun. Kit Siang dan Karpal pun perlu turun. Adakah mereka hendak tunggu kapal tenggelam baru hendak terjun ke dalam air? Atau bersedia untuk memindahkan kepakaran berpolitik di dunia ke akhirat?
Propaganda DAP agar rakyat terutama orang Cina membenci TS Taib dijalankan hampir setiap hari. Dalam ceramah mereka, TS Taib diperlihatkan sebagai seorang yang rakus, tamak dan hanya memikirkan kepentingan diri. Dalam poster mereka, apa yang dibuat oleh BN tidak betul dan merugikan rakyat. Bayangkan mereka boleh memutarkan "Satu Malaysia menjadi Sapu Malaysia" semata-mata pertama untuk memburuk-burukkan 1Malaysia itu sendiri dan kedua mengaitkan dengan tohmahan rasuah. Apakah mereka sudah lupa 1Malaysia itu untuk mendahulukan rakyat?
Inilah propaganda pembangkang paling berjaya sehingga memikat hati pengundi Cina di Sarawak yang selama ini banyak mendapat faedah daripada BN seperti wujudkan kestabilan politik dan pertumbuhan ekonomi sama ada di Kuching, Miri, Bintulu atau Sibu. Melainkan mereka yang menyokong DAP ini adalah dari kumpulan pelupa atau tidak mahu mengenang budi pemimpin BN termasuk dari kaum mereka.
Pendekatan propaganda agresif ini ditujukan kepada kumpulan di atas pagar yang belum membuat keputusan untuk memilih calon parti yang bertanding. Maka pembangkang terus mendodoikan kumpulan atas pagar ini dengan cerita buruk sehingga pengundi menterjemahkan dalam undi mereka. Lebih malang mereka sanggup memainkan sentimen perkauman termasuk mempersoalkan mengapa TS George Chan tidak berkahwin dengan Cina sebaliknya berkahwin dengan bukan Cina semata-mata untuk menambat hati pengundi Cina. Apa salahnya berkahwin dengan orang Bidayuh atau Iban? Apakah ini bertentangan dengan masyarakat Cina yang tidak boleh berkahwin dengan kaum lain? Sebenarnya inilah permainan DAP yang mahu menimbulkan rasa kurang senang pengundi Cina termasuk kepada pemimpin BN dari kaum Cina sekalipun.
Usaha pembangkang ini dipermudahkan lagi dengan strategi propaganda The Star yang sejak PRN ke 10 menulis kebaikan DAP termasuk artikel yang menampilkan calon muda yang berkelayakan. Apa BN tiada calon yang hebat ke? Malah mereka juga sentiasa menulis DAP akan menang banyak. Inilah bantuan tidak rasmi yang diperolehi oleh DAP daripada akhbar yang dimiliki oleh MCA sehingga apabila Awang Selamat dalam tulisan di Mingguan Malaysia menyentuh mengenai tindakan terhadap orang yang tidak mahu mengenang budi, wartawan The Star berani pula bertanya soalan kepada DS Hishamuddin Tun Hussein terhadap sikap akhbar berbahasa Melayu itu. Hairan bin ajaib bagi sesebuah akhbar yang dimiliki oleh parti komponen BN bertindak seperti akhbar penentang BN. Jika sesekali dibuat begitu boleh difahami kerana seperti kata Tun Dr Mahathir Mohamad semalam agar media menegur kerajaan tetapi jika keterlaluan menyokong pembangkang atas apa sebab sekalipun, maka timbul pula tanda tanya yang besar, apa sudah jadi dengan The Star.
Oleh itu, media arus perdana dan media elektronik perlu meneruskan agenda untuk menceritakan yang benar mengenai kerajaan BN terutama usaha yang dilakukan dalam mendahulukan rakyat. Jangan takut dan harus berani seperti yang dibuat oleh Kumpulan Utusan. Walaupun, ada pengarang yang menyatakan bahawa ini menyebabkan akhbar mereka tidak laku, maka mulalah bertanya kepada diri sendiri apakah mendapat keuntungan adalah KPI sebagai Ketua Pengarang. Telah terbukti sebelum ini bahawa kerajaan sentiasa membantu mereka dalam semua keadaan termasuk ketika tiada duit untuk membayar gaji kakitangan kerana sikap pengiklan yang tidak mahu membantu akhbar Melayu atau RTM atau TV3. Tepuk dada tanyalah selera.
MAMAT MABUK MERENG
Ada mamat Penang ni
Lepas PRN menyalak lagi
Marah BN
Marah semua orang
Parti tukang karut
Kalah
Semua salah
Web portal kena godam
Salahkan kerajaan
Elektrik terputus
Kata Ada konspirasi
Menyalak kata BN
Amalkan 'fear factor'
Apa ni?
Bebal betul
Kalau fear factor
Mengapa parti perkauman
Kau
Boleh menang
Apalah mamat Melaka ni!
Eh eh mamat Penang
Cakap kosong
Piraaah
Lepas PRN menyalak lagi
Marah BN
Marah semua orang
Parti tukang karut
Kalah
Semua salah
Web portal kena godam
Salahkan kerajaan
Elektrik terputus
Kata Ada konspirasi
Menyalak kata BN
Amalkan 'fear factor'
Apa ni?
Bebal betul
Kalau fear factor
Mengapa parti perkauman
Kau
Boleh menang
Apalah mamat Melaka ni!
Eh eh mamat Penang
Cakap kosong
Piraaah
Friday, April 22, 2011
HARI INI TDM BERCAKAP LAGI
Oleh Ibrahim Yahaya
Hari ini, Tun Dr Mahathir Mohamad (TDM) bercakap lagi. Kisah lama tetapi disampaikan dalam nada bersahaja tetapi serius. Mengingatkan mereka di dalam dewan Al-Bukhary jangan terikut-ikut dengan amalan dunia. Bukan semuanya amalan itu baik, apatah lagi dari negara maju.
Hari ini, TDM bersuara lagi. Kisah perang yang amat malang. Jutaan nyawa diragut tetapi kurang disebut. Mengingatkan mereka di dewan, jangan jadi pak turut tetapi sentiasa sanggup meredah lautan untuk satu perubahan. Bukan semua pemimpin dunia baik, apatah lagi mereka yang mengaku polis dunia tetapi bunuh manusia.
Hari ini, TDM buka cerita. Kisah orang yang bernama Soros menjawab suratnya. Mengingatkan mereka yang hadir hari ini bahawa orang yang bernama Soros yang menentang Bush kerana berperang pusing 360 darjah apabila diminta menyokong anti-peperangan, jangan jadi macam dia. Bukan semua yang Soros buat itu bagus, apatah lagi ramai yang tahu dia rakus.
Hari ini, TDM tetap bersemangat. Menceritakan kisah pemimpin yang membunuh ratusan ribu manusia diangkat dan dibina tugu. Mengingatkan pelajar UITM dan LimKokWing agar apabila menjadi pemimpin jangan tersilap langkah dengan budaya ini. Bukan semua pembinaan tugu itu baik, apatah lagi mengagungkan mereka yang tangan dilumuri darah.
Hari ini, TDM melancarkan satu lagi peperangan minda. Bukan peperangan untuk membunuh orang tetapi peperangan untuk menentang orang yang bunuh orang. Mengingatkan manusia di dalam dewan yang mulia itu, peperangan adalah satu jenayah. Keamanan adalah satu-satunya jalan penyelesaian.

Tuesday, April 19, 2011
PRU KE 13 TAHUN INI? (9)
KAUM CINA PERLU RASIONAL
Oleh Ibrahim Yahaya
PM, DS Najib Tun Razak berulangkali mengingatkan orang Melayu dan Bumiputera bahawa mereka tidak boleh memerintah bersendirian dan memerlukan sokongan kaum lain. Ingatan ini ikhlas kerana sebagai pemimpin nombor satu, beliau tahu bahawa kaum lain yang terbesar iaitu Cina dan India perlu diberi tempat dalam kerajaan. Dalam ertikata lain mereka perlu dilantik menjadi Menteri, Timbalan Menteri atau dulu Setiausaha Parlimen. Hakikat ini yang berlaku pada PRU12 di mana ramai calon MCA, Gerakan dan MIC kecundang terutama di kawasan majoriti kaum Cina dan India. Pemimpin UMNO merasakan satu kemestian untuk melantik calon MCA dan MIC yang menang untuk memegang jawatan Menteri dan Timbalan Menteri walaupun mereka bukan presiden atau timbalan presiden parti. Malah, Presiden Gerakan, TS Dr Koh Tsu Koon turut dilantik menjadi Menteri diJabatan Perdana Menteri. Hakikat kongsi kuasa inilah yang diamalkan oleh Perikatan dan BN selepas merdeka.
Dalam PRN Sarawak ke 10, PM sekali mengingatkan kaum Cina agar memastikan mereka mempunyai calon dalam kerajaan negeri itu. Mereka perlu memastikan ada calon dari kaum Cina yang mewakili SUPP dipilih agar mudah melantik mereka menjadi Timbalan Ketua Menteri atau Menteri Kabinet Sarawak. Ingatan ini penting kerana beliau percaya pendekatan pembangkang yang menggunakan cara berkempen begitu agresif dengan menabur fitnah, hasutan dan provokasi menarik minat pengundi yang kemudian ramai di antara mereka akan menterjemahkan dalam undi setelah dipengaruhi bertubi-tubi. Namun ingatan PM itu seolah-olah dilupakan oleh kaum Cina dengan memberi muka kepada calon DAP dan yang paling tragik ialah membenamkan Presiden SUPP, TS Dr George Chan di Piasau yang majoritinya pengundi Cina. Pemimpin Cina lain bernasib baik kerana kawasan yang ditandingi mereka mempunyai pengundi bukan Cina yang masih yakin bahawa hanya BN saja yang boleh meneruskan politik pembangunan di Sarawak.
Ingatan PM kepada Melayu dan Bumiputera itu sudah pasti dipegang kuat oleh kumpulan itu. Mereka sedar bahawa dengan memenangkan calon BN di tempat mereka sama ada di Sarawak atau Semenanjung, kerajaan boleh meneruskan agenda pembangunan dan membawa Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi. Melayu dan Bumiputera Sarawak yang diasak bertubi-tubi dengan kempen yang diketua oleh DSAI di kawasan pendalaman nampaknya faham bahawa hanya BN saja yang boleh memberi jaminan kemakmuran dan pembangunan. Mereka juga tahu bahawa PKR atau PAS hanya memberikan janji-janji kosong yang tidak mampu ditunaikan seperti yang berlaku di negeri yang diperintah oleh mereka. Mereka juga bimbang pemimpin PKR dan PAS ini dperkudakan oleh DAP seperti biasa. Ini permainan sebenar DAP yang mereka bimbang akan menular di Sarawak dan akhirnya boleh mendatangkan malapetaka kepada politik pembangunan. Hanya tiga kawasan yang terpengaruh dakyah dan tohmahan oleh pembangkang memberi peluang kepada calon PKR termasuk orang yang dikatakan akan menjadi KM iaitu Baru Bian.
Jika Melayu dan Bumiputera boleh berfikir rasional dan tidak berdasarkan semangat perkauman untuk memberi peluang kepada calon BN yang baik dan hebat, tidak ada sebab kaum Cina membuat sebaliknya. Mereka perlu berfikir secara rasional untuk memilih calon yang mampu diketengahkan bagi menyuarakan pandangan atau membantu mereka. Bukan memilih semua dari DAP yang ketika berceramah sudah memainkan sentimen perkauman apatah lagi setelah menang menjadi ADUN di kawasan itu. Penolakan calon Cina dari BN memperlihatkan bahawa strategi kempen agresif pembangkang membuahkan hasil di samping kegagalan parti orang Cina di Sarawak yang gagal memahami denyut nadi mereka. Ahli Dewan Tertinggi Perkasa, Mohd Zahid Md Arip, menegaskan kegagalan memahami denyut nadi ini menyebabkan kaum Cina menolak calon BN bukan disebabkan dasar BN. Katanya, penolakan orang Cina terhadap BN juga disebabkan kegagalan parti-parti komponen seperti MCA, Gerakan dan SUPP menangkis serangan berunsur sentimen perkauman yang dipalu oleh DAP sejak 2008.
Untuk itu, SUPP, MCA dan Gerakan perlu bekerja keras lagi bagi memastikan mereka layak mewakili kaum Cina dan bukannya DAP, parti cauvinis yang sentiasa memainkan sentimen perkauman sejak dulu lagi. Bagi Yang DiPertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah, politik menggunakan sentimen perkauman ini tidak sihat dan DAP bertanggungjawab jika tindakan itu akan menimbulkan rasa kurang senang rakyat Malaysia yang lain. Menurutnya, membangkitkan sentimen perkauman di kalangan masyarakat Cina boleh menjejaskan keharmonian antara kaum.

Sunday, April 17, 2011
PRU KE 13 TAHUN INI? (8)
PRN Sarawak ke 10 sudah selesai dengan BN mendapat 55 kerusi dan pembangkang 16 kerusi. Hakikatnya inilah jumlah yang diramalkan oleh ramai pihak termasuk pasukan-pasukan geraksaraf yang sudah menjangka kaum Cina akan menolak SUPP. Alasan mereka SUPP terlalu lemah untuk mewakili kaum Cina dan pemilihan seorang peguam muda yang membuat latihan guamannya dengan seorang pemimpin DAP menewaskan Presiden SUPP menceritakan segalanya. Orang baru mengalahkan orang lama. Ini tidak berlaku kepada pemimpin PBB atau parti komponen lain tetapi SUPP. Kekalahan itu membolehkan seorang pemimpin SUPP menunggu peluang untuk dilantik menjadi salah seorang Timbalan Ketua Menteri. Atau hasrat itu akan berkubur kerana kaum Cina tidak mahu wakil dalam kerajaan.
Kemenangan BN walaupun tidak gah seperti 2006, perlu diteliti dengan sedalam-dalamnya terutama pertambahan undi pembangkang. Apa yang menyebabkan rakyat mengundi pembangkang sedangkan mereka mengetahui politik pembangunan sudah dilaksanakan sejak 30 tahun lalu di bawah pimpinan TS Taib Mahmud. Apakah mereka mahu pembangunan tetapi mahu disegerakan peralihan kuasa kerana faktor lain seperti peluang dan ruang lebih banyak? Apa yang mereka mahu diperbaiki? Adakah dari segi pengagihan projek negeri dan Persekutuan? Peluang penulis bersama dengan ramai usahawan Sarawak mendapati ramai yang inginkan perubahan ini segera bagi membolehkan mereka terus 'bernyawa' dan terselamat daripada terpaksa gulung tikar. Strategi DAP membuat ceramah berhampiran Bangunan Platinum yang dikaitkan dengan keluarga pemimpin utama Sarawak berjaya memberikan isyarat kepada pengundi untuk menolak pemimpin yang mengamalkan kronisme. Pengundi Cina mengikut arahan pemimpin DAP dalam ceramah mereka.
Selain itu, usaha berterusan pemimpin pembangkang terutamanya DSAI menggunakan apa saja kaedah termasuk Radio Free Sarawak menggunakan rakan karibnya, Jamban untuk memburuk-burukan TS Taib dilihat berjaya menerjah ke sanubari penduduk beberapa kawasan. Hakikatnya PKR berjaya menerobos 3 DUN menunjukkan benih-benih kebencian itu hidup subur untuk menolak BN. Sudah tentu ia tidak akan berhenti di situ dan langkah yang lebih agresif pasti disusun untuk mempengaruhi rakyat menolak calon BN.
Sepertimana disebut penulis sebelum ini PRU 13 akan diadakan dalam masa terdekat kerana PM yakin inilah masa terbaik untuk mengadakanya, selepas keputusan pemilihan penduduk Sarawak. Mungkin ada yang bertanya bagaimana pula pengundi Cina? Sudah tentu jawapannya ialah mereka sudah membuat keputusan iaitu apa yang dibuat mereka tetap memilih pembangkang. Dalam hal ini, MCA dan Gerakan kenalah kerja kuat dan bersungguh-sungguh. Tiada alasan dan tiada sandiwara. Oleh itu, jika ditunggu lagipun dalam beberapa bulan sehingga tahun depan pun kaum Cina sudah membuat keputusan. Melainkan mereka mahu memikirkan mengenai kestabilan Dan keharmonian untuk terus menjalankan perniagaan dengan selesa. Ini menagih usahawan Cina yang berjaya mendapat kontrak kerajaan beratus juta memujuk rakan mereka memilih BN dan menolak parti yang memainkan sentimen perkauman.
Oleh itu, semua pihak perlu bersiap sedia kerana semboyan PRU akan ditiupkan tidak lama lagi. Ini penting kerana dalam keadaan ekonomi dunia yang agar stabil, tidak mustahil ia adalah masa yang sesuai untuk PRU13.

Saturday, April 16, 2011
PRN SARAWAK KE 10
Keputusan Tidak Rasmi
Jam 9 malam
BN - 56 , DAP - 11, PKR- 3, Bebas - 1'
Jam 8 malam
BN - 54 kerusi
Jam 7.40 pm
TS Taib Mahmud, TS Alfred Jabu, TS Adenan Satem, DA Abang Johari Abang Openg dan DS James Masing - menang.
Jam 7.30 malam
BN - 50
Pembangkang - 14 kerusi
(Ada 7 kerusi lagi)

Friday, April 15, 2011
PANTUN PRN SARAWAK (2)
Oleh MediaUmno
BN katanya tiada kecekapan
Pembangkang kononnya tiada kesalahan
ISA kononnya akta drakonian
Dalam fikiran sebenarnya nak teruskan.
BN menjulang semangat Perlembagaan
Pembangkang merakus ibarat pencukur
Royalti minyak konon nak ditinggikan
Petanda umat tak tahu bersyukur.
Pembangkang nak banyakkan peluang kerja
Negeri sendiri pun rosak binasa
Kalau semua nak Suruhanjaya Diraja
Apa kata skandal seks sebagai pemula.
Islam di Malaysia agama rasmi
Masa pembangkang tak tahulah nanti
Rasuah barah yang ingin dibasmi
Rupanya tercalit diri sendiri.
BN katanya tiada kecekapan
Pembangkang kononnya tiada kesalahan
ISA kononnya akta drakonian
Dalam fikiran sebenarnya nak teruskan.
BN menjulang semangat Perlembagaan
Pembangkang merakus ibarat pencukur
Royalti minyak konon nak ditinggikan
Petanda umat tak tahu bersyukur.
Pembangkang nak banyakkan peluang kerja
Negeri sendiri pun rosak binasa
Kalau semua nak Suruhanjaya Diraja
Apa kata skandal seks sebagai pemula.
Islam di Malaysia agama rasmi
Masa pembangkang tak tahulah nanti
Rasuah barah yang ingin dibasmi
Rupanya tercalit diri sendiri.
PANTUN PRN SARAWAK (1)
Oleh MediaUmno
Suruh budak bawak bendera
Ahli yang tua tak boleh diharap
Kononnya nak membaiki negara
Organisasi sendiri punah tak siap.
Pas ibarat kuda tunggangan
Terperangkap ibarat sardin dalam tin
Kronisme nipotisme ingin dihapuskan
Rupanya bercakap di depan cermin.
Anwar berkempen sampai ke Kukup
Usaha gigih nak bersih nama
100 hari manalah cukup
Idea populis takkan ke mana.
Berpendidikan tinggi tidaklah tolol
Sayang pembangkang fikirannya rancu
Bising mencanang nak hapus tol
Rupanya BN dah mula dahulu.
Karpal menjamu ayam kari
Anwar suka hotdog spageti
Wifi negara 100 hari
Mimpi yang kalut di siang hari.
Wan Azizah menguli bergedil
Digoreng atas kuali berbara
Konon menuntut election yang adil
Election PKR pun caca marba.
Suruh budak bawak bendera
Ahli yang tua tak boleh diharap
Kononnya nak membaiki negara
Organisasi sendiri punah tak siap.
Pas ibarat kuda tunggangan
Terperangkap ibarat sardin dalam tin
Kronisme nipotisme ingin dihapuskan
Rupanya bercakap di depan cermin.
Anwar berkempen sampai ke Kukup
Usaha gigih nak bersih nama
100 hari manalah cukup
Idea populis takkan ke mana.
Berpendidikan tinggi tidaklah tolol
Sayang pembangkang fikirannya rancu
Bising mencanang nak hapus tol
Rupanya BN dah mula dahulu.
Karpal menjamu ayam kari
Anwar suka hotdog spageti
Wifi negara 100 hari
Mimpi yang kalut di siang hari.
Wan Azizah menguli bergedil
Digoreng atas kuali berbara
Konon menuntut election yang adil
Election PKR pun caca marba.
Thursday, April 14, 2011
JANGAN BAWA BUDAYA BURUK
Oleh Roslan Bian ( AgendaDaily )
Sayang Sarawak sungainya sempit,
Nakhoda kapal bersusah hati,
Pilihanraya Sarawak semakin sengit,
Pembangkang dan BN berkempen tak henti.
Jika lirik lagu Sayang Sarawak boleh diubah, pasti lirik di atas sesuai dan amat menarik bagi menggambarkan suasana pilihanraya negeri ke-10 itu.
Berbaki dua hari menjelang hari pengundian pada Sabtu, Barisan Nasional (BN) dan pembangkang kini sudah di tahap gear empat dalam kempen masing-masing.
Segala modal dan strategi kempen hampir pasti digunakan sama ada oleh BN yang berusaha mengekalkan majoriti dua pertiga mahupun pembangkang yang kekal dengan misi bagi menafikan majoriti tersebut.
Seperti dijangka, pilihanraya ini amat sengit malah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut mengakuinya pada Rabu.
Bagaimanapun, Pengerusi BN itu masih yakin, komponen BN mampu mempertahankan majoriti dua pertiga daripada 71 kerusi Dewan Undangan Negeri yang ditandingi sepenuhnya.
Pembangkang pula cuba gembar gembur mereka yakin konon dapat merampas sehingga 30 kerusi, berbanding sembilan yang dimenangi pada pilihanraya lalu.
Para pemerhati yang faham sangat mengenai rentak politik Sarawak menilai congak ikut mana sekalipun angka itu adalah mengarut.
Nampaknya setakat ini paling yakin ialah DAP yang bertanding 15 kerusi berbanding 49 kerusi oleh PKR manakala lima lagi PAS.
Jika memasang telinga di kem-kem pembangkang, mereka percaya DAP dapat 13 kerusi, PKR lapan dan PAS, dua kerusi.
Mereka dakwa jumlah 23 itu adalah jangkaan ‘paling sedikit’ .
Dalam perang saraf pilihanraya ada juga yang dakwa angka itu berubah kepada 28 atau 30 sekaligus akan menafikan majoriti dua pertiga BN.
Ini termasuk beberapa kerusi daripada 26 yang ditandingi SNAP yang buat keputusan tidak mahu bergabung dengan pembangkang setelah tidak capai persefahaman dalam pengagihan kerusi dengan PKR.
Perang saraf ini adalah sebagai usaha untuk menarik sokongan golongan atas pagar untuk menyokong DAP, PKR, PAS mahupun SNAP.
Strategi kempen pembangkang amat berbeza kerana sebelum ini mereka kerap menyatakan ‘tidak ada peluang menang’ demi raih simpati pengundi-pengundi bagi menyokong mereka.
Di pihak BN pula, kempen menarik golongan Cina yang dikatakan masih menolak BN giat dilakukan selain menjawab isu penentangan rakyat terhadap kepimpinan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri selama 30 tahun.
Tidak hairanlah, Najib ketika berkempen di Sadong Jaya mahu jentera BN tumpu perhatian mendapatkan sokongan pengundi di kawasan bandar yang dikatakan lebih memihak kepada pembangkang.
Isu sensitif seperti isu agama juga mencengkam BN dan pertemuan Najib dengan pemimpin Kristian pada petang Rabu dijangka menjernihkan suasa keruh berhubung isu itu.
Bagaimanapun di sebalik semua itu, BN melalui parti PBB yakin dapat memenangi kesemua 35 kerusi yang ditandingi.
Manakala SUPP pula bertanding 19 kerusi, PRS (9) dan SPDP (8) kerusi.
Tiga parti itu ini diharap menyumbangkan sekurang-kurangnya 17 kerusi lagi bagi membolehkan BN menang dua pertiga.
Sebenarnya, selain satu pilihanraya yang sukar dan sengit, baik BN mahupun pembangkang, masing-masing menanti ‘gelombang’ oleh lebih 900,000 pengundi pada 16 April.
Tandatanya yang semua orang menunggu jawapan adakah isu Taib yang paling rancak dimainkan pembangkang akan menjadi ‘perangkap‘ kepada BN atau tidak.
Di celah-celah berbagai-bagai spekulasi biasa semasa musim pilihanraya, kesungguhan Najib dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin yang terus menerus turun ke serata ceruk Sarawak sepanjang kempen 10 hari telah menjadi pendorong kepada jentera BN untuk memastikan majoriti dua pertiga tetap dalam gengaman. - 13/4/2011.

Wednesday, April 13, 2011
CALON BN BAIK DAN HEBAT
Oleh Ibrahim Yahaya
Pembangkang tidak boleh menipu rakyat Sarawak dengan mendakwa mereka mentadbir lebih baik daripada BN kerana telah terbukti kegagalan mereka di Selangor, bukan saja banyak janji yang tidak ditepati malah banyak anak syarikat negeri rugi termasuk hasil pasir yang dijanjikan RM150 juta setahun tetapi yang mereka perolehi tidak sampai RM6 juta. Ini kenyataan ADUN Semenyih, Datuk Johan Abdul Aziz. Beliau layak berkata begitu kerana sebagai wail rakyat dari Selangor segala kepincangan yang dilakukan oleh kerajaan negeri PKR sentiasa diperhatikan dan diawasi satu persatu. Oleh itu, tidak ada sebab penduduk Sarawak menaruh segala harapan tinggi terhadap pembangkang yang sejak diberikan 'peluang' dalam PRU 12 lalu gagal menunjukkan kebolehan mereka. Malah apa yang dilakukan ialah mempersalahkan orang lain dan memberikan 1001 alasan. Mereka boleh berjanji tetapi tidak boleh memberi jaminan seperti kerajaan BN.
Malah Timbalan Perdana Menteri, TS Muhyiddin Yassin, mengingatkan pengundi Sarawak menolak 'hantu dan jembalang' yang kononnya datang ke negeri itu untuk melakukan 'perubahan' tetapi tidak menyatakan dengan terperinci apa yang mereka mahu ubah. Bagi beliau, pembangkang membuat manifesto dalam bilik sejuk sedangkan BN sudah membelanjakan berbilion ringgit untuk membangunkan Sarawak. Pembangkang katanya, hanya ada cita-cita politik untuk mendapat kuasa. Selepas mendapatnya mereka akan 'terkial-kial' untuk mentadbir negara selain perbalahan antara mereka yang tidak berkesudahan. Inilah pembangkang yang berani bercakap besar dan menabur segala macam janji yang kebanyakannya hanya sedap didengar tetapi sukar dilaksanakan.
TS Muhyiddin mahu pengundi Sarawak bersatu bagi membolehkan BN mempertahankan majoriti dua pertiga dalam PRN ke 10. Semangat 'Gelombang Biru' semakin meningkat dan mahu ia terus melanda negeri itu serta membawa kemenangan kepada BN. Beliau berkata demikian ketika menghadiri jamuan tengahari bersama 900 ketua masyarakat di sekitar Bandaraya Miri, baru-baru ini.
Bagi Perdana Menteri, DS Najib Tun Abdul Razak, BN perlu meningkatkan usaha untuk memenangi kerusi di bandar-bandar pada PRN Sabtu ini kerana calon yang diketengahkan adalah baik dan hebat. Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Bersama Rakyat di Sadong Jaya hari ini. Kenyataan PM itu seharusnya diberi perhatian berat oleh pejuang BN kerana mereka ada 'produk baik' untuk dipasarkan kepada pengundi demi kelangsungan hidup pembangunan mapan di Sarawak. Pejuang BN tidak boleh putus asa atau hilang pedoman melihat keupayaan pembangkang menarik minat orang ramai dalam ceramah mereka yang penuh dengan pelbagai tuduhan Dan tohmahan. Jika pejuang BN dapat memaparkan apa yang sudah dilaksanakan oleh kerajaan dalam membangunkan negeri ini tidak Ada sebab rakyat menolak BN. Pembangkang berusaha menimbulkan rasa benci rakyat terhadap TS Taib Mahmud yang selama ini mendapat sokongan padu penduduk di luar bandar. Mereka menggunakan isu lama memerintah TS Taib sebagai alasan untuk menolak BN sedangkan mereka mengetahui bahawa banyak jasa dan pembangunan dilaksanakan oleh BN.
Pembangkang hanya pandai mengaku merekalah yang terbaik, kata Menteri Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim sedangkan pencapaian itu adalah kejayaan kerajaan BN lalu. Lihatlah Pulau Pinang yang dimajukan oleh kerajaan negeri pimpinan BN dan Ketua Menteri ketika ini mengaku mereka berjaya membawa kejayaan itu, katanya dalam satu majlis bersama pemandu teksi di Bintulu semalam. Malah kata Dr Rais, jambatan yang sering digunakan oleh KM sekarang pun dibuat oleh BN. Oleh itu, usahlah mengaku ada saham dalam pembangunan yang dibawa oleh BN. Ingatlah pengundi Sarawak, BN memberi jaminan tetapi pembangkang hanya pandai menabur janji.

PETER JAMBAN BURUKKAN TAIB
JANGAN PERANGKAP SAYA....
Oleh Roslan Bian ( AgendaDaily )
Jika pembangkang ingat boleh gertak atau desak Pehin Sri Abdul Taib Mahmud supaya segera lepaskan jawatan Ketua Menteri dan tidak bertanding pada pilihan raya negeri Sarawak, lupakan sahaja acah-acah seumpama itu.
Senang kata, Taib bukan anak kecil yang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin DAP serta PAS boleh ‘gigit’ walaupun tempoh 30 tahun Taib jadi Ketua Menteri modal besar pembangkang dalam kempen mereka di bumi Kenyalang ketika ini.
Taib sendiri sedar perangkap yang dipasang pembangkang dan beliau tidak mudah makan umpannya.
Ketika diasak wartawan untuk mendapatkan komen berhubung isu itu, Taib yang bertanding mempertahankan kerusi di DUN Balingian berkata, beliau juga tidak akan tunduk desakan seumpama itu.
“ Pembangkang tidak boleh perangkap saya. Kita bukan bodoh . Kita akan lakukan dengan cara yang betul,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri satu majlis di sebuah hotel di Kuching.
Malah, ramai wartawan kecewa kerana Taib terus tutup mulut dan beredar tanpa mahu memberi ruang soalan-soalan lain diajukan kepadanya.
Bukan rahsia lagi setelah beliau mengumumkan pelan peralihan kuasa selepas pilihan raya negeri ke 10 bahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga beri jaminan mengenai proses pertukaran pucuk pimpinan Sarawak.
Bagaimanapun, apabila Taib dalam ucapan di Konsert 1 Malaysia di Padang Bandaran Kuching malam tadi menyatakan akan melepaskan jawatan itu ‘beberapa tahun’ lagi, ramai wartawan memburunya pagi ini untuk dapatkan komen lanjut.
Apapun, Taib yang berjumpa dengan sekumpulan media awal pagi tadi juga tidak menyatakan bila akan melepaskan jawatan.
Ada sumber menyatakan kepada Agendadaily, beliau mungkin berbuat demikian pada pertengahan penggal DUN Sarawak iaitu sekurang-kurangnya dua tahun lagi.
Ini bagi membolehkan beliau memastikan penggantinya kelak dapat meneruskan pembangunan Sarawak.
Agendadaily difahamkan, Taib sudah memutuskan siapa penggantinya dikalangan pemimpin PBB yang seangkatan dengan beliau.
Antara nama yang disebut-sebut adalah Tan Sri Adnan Satem yang bertanding di DUN Tanjong Datu, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan (DUN Bukit Sari) dan Datuk Amar Zohari Tun Abang Openg yang mempertahankan kerusia DUN Satok.
Ketika banyak pihak berteka taki siapa antara mereka bertiga, Taib dalam pertemuan itu membayangkan penggantinya sudahpun dikenalpasti dan berada dalam saf pimpinan beliau.
Pemimpin itu berusia 50 hingga 60 tahun, tidak pernah menentangnya dan paling muda dalam kepimpinan yang seangkatan dengannya.
Malah, pengganti tersebut khabarnya sudah mendapat sokongan pemimpin lain dalam PBB dan komponen BN di Sarawak.
Justru itu, pembangkang tidak perlu bimbang Taib tidak mengotakan katanya untuk melepaskan jawatan cuma kini BN perlu kekal dua pertiga di Sarawak dan masa akan menentukan siapa bakal menduduki kerusi Ketua Menteri Sarawak kelak.-12/4/2011.

Tuesday, April 12, 2011
BESTARI DASURY (2)
Intipati ucapan DSU Dr Rais Yatim di Majlis Perasmian Stesen RTM Bintulu di Bintulu pagi ini.
1. Radio mempunyai peranan penting dalam memberi pelbagai maklumat kepada rakyat selain menyediakan hiburan dan program interaktif kepada pendengar.
2. Maklumat yang dihidangkan pula perlu dijiwai oleh pendengar. RTM perlu mencari kaedah terbaik untuk menarik pendengar terutama golongan remaja.
3. Apa berita penting di Sabah dan Sarawak perlu diketahui oleh rakyat seluruh negara. Semangat kekitaan menerusi kewilayahan.
4. Tanggungjawab menyebarkan maklumat bukan dalam bentuk propaganda tetapi perlu dirobah supaya digemari pendengar.
5. Ingatkan rakyat Sarawak supaya mengingati jasa pemimpin yang banyak membangunkan negeri ini. Jangan terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang sentiasa mahu menidakkan jasa BN.

Monday, April 11, 2011
PERALIHAN AKAN BERLAKU
Oleh Ibrahim Yahaya
Salah satu kepakaran pembangkang ialah mengelirukan orang ramai. Kaedah mengelirukan rakyat ialah menceritakan perkara yang 'separuh benar' atau membuat serkap jarang atau tohmahan. Adakalanya teknik ini berkesan dengan mengambil contoh 'separuh benar' sebelum ini yang secara tidak langsung mengiakan apa yang dihamburkan. Salah satu isu yang kini giat dikempenkan ialah isu pemerintahan 30 tahun Tan Sri Taib Mahmud menerajui Sarawak.
Dalam poster yang disebarkan di seluruh Sarawak, pembangkang mahu rakyat memilih mereka semata-mata untuk menunjukkan rakyat bersetuju TS Taib sudah terlalu lama. Malah bagi mereka usaha menurunkan TS Taib itu perlu dilaksanakan agar Sarawak terus maju. Usaha menanam kebencian terhadap BN ditumpukan kepada ketua di peringkat negeri kerana mereka tahu tindakan menidakkan apa yang dibuat oleh BN selama ini tidak akan berkesan. Dalam ceramah mereka, pembangkang sering mengaitkan tempoh lama TS Taib dan sesekali memasukkan elemen menyerang pemimpin Persekutuan.
Bagi rakyat Sarawak, mereka harus memahami bahawa proses peralihan yang disebut oleh TS Taib benar-benar akan berlaku. Yakinklah. Tidak seperti yang diwar-warkan oleh pembangkang yang sepanjang masa mahu mengaitkan elemen 'tempoh' kepada 'kelemahan' sedangkan pemimpin mereka juga sudah lama di tampok seperti buah yang tidak mahu gugur. TS Taib dalam sidang media di hadapan PM sebelum ini menyatakan beliau akan berundur selepas PRN Sarawak. Ini juga dimainkan oleh pembangkang yang menimbulkan istilah 'bila' dan mengajak rakyat supaya tidak terpedaya dengan janji itu. Yang mereka tidak tahu bahawa rakyat tahu BN sentiasa memberi jaminan tetapi pembangkang memberi janji yang adanya janji kosong dan berkabus - hilang entah di mana.
PM, DS Najib Tun Razak dalam satu majlis Rakyat Bersama Pemimpin di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) malam tadi, menasihatkan rakyat Sarawak tidak terpengaruh desakan pembangkang yang mahu TS Taib segerakan peralihan kepemimpinan negeri. Menurutnya, beliau telah berunding dengan TS Taib mengenai proses peralihan bagi memastikan ia berjalan lancar. "Oleh itu, jangan terpedaya hasutan pembangkang. Banyak lagi pemimpin mereka juga berumur."
Jika ini kata-kata seorang pemimpin tertinggi Persekutuan iaitu seorang Perdana Menteri, sudah tentu rakyat Sarawak seharusnya merasa lega dan yakin bahawa peralihan ini benar-benar akan berlaku. Usah dipesongkan oleh pemimpin pembangkang yang mahu rakyat terus membenci kepemimpinan TS Taib yang sudah banyak berjasa kepada Sarawak. Memanglah ada kelemahan tertentu tetapi mereka perlu mengimbangkan apa yang BN lakukan selama ini dengan tohmahan dan tuduhan pembangkang. Buka mata dan minda untuk melihat bagaimana Sarawak mengalami transformasi sehingga kini menuju menjadi antara negeri termaju di Malaysia. Ia tidak dapat dilakukan tanpa urustadbir yang baik dan perancangan yang bijaksana. Tiada perbalahan, maka pembangunan dapat dilaksanakan untuk rakyat. Jika bergaduh di peringkat awal lagi, maka kemajuan negeri ini tidak dapat dilakukan. Yakinlah.
Pembangkang sentiasa menggunakan perkataan 'beri peluang' atau 'cuba mereka' sedangkan rakyat tahu apa yang mereka sudah lakukan di negeri yang 'diberi peluang' di mana bukan saja pelbagai masalah tetapi janji tidak ditunaikan sehingga ramai yang menyesal dan kecewa. Oleh itu, sudah sampai masanya rakyat Sarawak membuka mata apa yang berlaku di negeri Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan di mana kerajaan negeri dipimpin oleh PAS, DAP dan PKR kini menghadapi masalah sehingga penduduk tidak segan silu membuat demonstrasi menyatakan perkara ini. Pembangkang tidak akan memberi jaminan tetapi memberi 1001 janji kepada rakyat. Apabila mereka 'berkuasa', kelemahan urustadbir dan tindakan menyusahkan rakyat berlaku. Ini akan melenyapkan kejayaan yang dibawa di negeri-negeri berkenaan melainkan penduduk di situ memberi peluang semula kepada BN. Di Sarawak mereka perlu memikirkan semasak-masaknya agar apabila terlepas segala yang dilakukan oleh BN tidak lenyap begitu saja. Jika ini berlaku, maka amat sukarlah untuk meneruskannya semula kerana ini sudah terbukti di negeri yang mereka terajui - terus longlai dan lemah.

Sunday, April 10, 2011
TURUN PADANG TEMUI RAKYAT
Oleh Ibrahim Yahaya
Portal berita Malaysian Insider hari ini menyiarkan berita bahawa kedatangan Perdana Menteri ke Sarawak untuk menjelajah seluruh Sarawak sebagai petanda jelas BN sudah merasai kehangatan kempen pilihan raya. Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dikatakan berada di sini untuk membantu BN bagi mengekalkan pemerintahan di Sarawak yang selama ini dianggap sebagai deposit tetap BN.
Menurut portal itu lagi, BN dilihat berhadapan dengan tekanan hebat daripada pembangkang khususnya di kawasan-kawasan majoriti pengundi Cina di mana pengundi-pengundi dilihat sudah mula menerima agenda “undi untuk perubahan” yang dibawa pembangkang. Di Kuching, Sibu dan Miri, ceramah-ceramah kendalian DAP menarik ribuan hadirin - keadaan yang jarang dilihat di Sarawak di mana pengundi-pengundi lazimnya dianggap sebagai berhati-hati dan konservatif dalam menunjukkan sikap mereka.
Di pihak lain, PKR — satu lagi komponen PR, kelihatan yakin akan menerokai laluan lebih baik di sekurang-kurangnya 12 kerusi khususnya Batu Lintang, Saribas, Ba’kelalan, Layar, Krian, Opar, Bengoh, Tarat, Batang Ai, Engkilili, Senadin dan Batu Danau.
Laporan itu menyebut di sebalik taktik kempen pembangkang yang membadai kali ini, parti-parti Sarawak kelihatan memulakan kempen yang agak menjemukan dalam usaha mempertahankan pentadbiran negeri, menggunakan cara lama — mengadakan majlis bertemu rakyat yang formal dan pertemuan yang diserikan dengan kehadiran menteri-menteri persekutuan. Malah, kempen BN juga dikatakan dibayangi laporan dan dakwaan rasuah membabitkan TS Taib Mahmud — ketua menteri Sarawak paling lama memegang jawatan.
Laporan seumpama ini sudah tentu tidak menghairankan pembaca di seluruh negara. Laporan 'separuh benar' ini boleh merosakkan pemikiran masyarakat.
Pertama kedatangan PM ke Sarawak perlu dilihat bagaimana pemimpin tertinggi kerajaan turun padang untuk menemui rakyat. Ini bukan satu perkara yang pelik kerana sudah dibuat selama ini di seluruh negara. Apa salahnya PM turun padang bertemu rakyat? Kedua, dengan bertemu rakyat ini segala persoalan atau pertanyaan boleh dikemukakan terus kepada beliau ini secara langsung mengetepikan tuduhan atau tohmahan pembangkang yang sentiasa menaburkan perkara yang menguntungkan mereka. Ketiga, inilah masa yang paling baik bagi PM untuk turun menjelaskan apa yang akan berlaku kepada Sarawak pada masa hadapan termasuk peralihan pemerintahan daripada TS Taib Mahmud kepada pemimpin baru. Hanya PM saja yang mampu untuk menerangkan segala-galanya kerana beliau adalah pemimpin tertinggi BN yang mahu melihat rakyat di seluruh negara mendapat faedah daripada pemerintahan Kerajaan BN.
Selain itu, kedatangan rakyat ke ceramah pembangkang sebenarnya untuk mengetahui apa yang ingin 'dihamburkan' kali ini seperti juga ceramah yang mereka lakukan selama ini. Antara perkara yang menarik perhatian orang ramai sudah tentu usaha untuk 'memalukan' sesetengah pemimpin dengan mengatakan mereka sudah lama memerintah negeri ini. Pembangkang tidak sekali-kali menyatakan apa yang sudah dibuat oleh pemimpin itu demi untuk memajukan negara ini. Sudah tentu orang ramai ingin mengetahui 'rahsia' lain mengenai pemimpin BN. Mereka seterusnya menyatakan mempunyai bukti-bukti kukuh sebanyak beberapa kotak untuk mensabitkan pemimpin tertentu. Hakikatnya sehingga hari kiamat, bukti itu tidak ada malah kotak itu pun sudah hilang oleh tsunami yang melanda kehidupan mereka.
Gambaran bahawa kempen pembangkang mendapat perhatian manakala kempen BN tidak ramai perlu diperbetulkan. Ini adalah satu kenyataan rambang dan dilihat bertujuan untuk menidakkan kehadiran orang ramai di kempen BN. Sebenarnya mereka lupa bahawa dalam setiap pilihan raya termasuk pilihan raya kecil, ramai penduduk akan tertumpu di kempen pembangkang untuk mendengar apa yang ingin disampaikan dan seterusnya membuat keputusan mereka. Sudah tentulah mereka pun mengetahui apa yang sudah dilaksanakan oleh BN yang pasti akan disampaikan dalam kempen BN. Sudah pasti mereka akan ramai jika ada pemimpin BN yang membawa 1001 macam cerita mengenai pemimpin pembangkang. Namun, ini bukan strategi pemimpin BN untuk memburuk-burukkan pemimpin lawan tetapi menyatakan yang benar apa yang sudah dilakukan selama ini untuk Sarawak. Bagi yang menghadiri kempen BN yang dihadiri oleh bekas penyokong DSAI, mereka akan dapat melihat bilangannya ramai untuk mendengar cerita DSAI selama ini termasuk video seks yang dikaitkan dengan beliau baru-baru ini. Ini memaparkan kempen memburuk-burukkan pemimpin dan bercakap 'separuh benar' digemari masyarakat dan ia adalah perkembangan yang tidak sihat untuk negara.
Apa yang menarik ialah portal berita itu sudah mengetahui 'perjalanan' Perdana Menteri di negeri itu. Persoalannya daripada mana mereka mendapat maklumat ini sehinggakan lengkap dengan tempat yang ingin dilawati. Ini pelik kerana perjalanan PM adalah satu perkara rahsia demi keselamatan beliau.
Di bawah ini, dinyatakan 'perjalanan' PM dengan terperinci yang disiarkan oleh portal berita berkenaan.
DS Najib yang berada di sini Khamis lalu akan mengetuai kempen di Sarawak dengan jadual yang ketat mulai hari. Beliau dijadual akan berada di kawasan-kawasan yang dilihat panas seperti Kuching, Miri dan Sibu. Pengerusi BN ini akan tiba di lapangan terbang antarabangsa Kuching di sini pada pukul 7.40 petang ini sebelum mengadakan pertemuan dengan para pemimpin di Majlis Perbandaran Kuching Selatan pada pukul 8.30 malam.
Esok, presiden Umno ini akan menghadiri majlis gotong-royong di Pasar Rakyat Stutong pada pukul 8.10 pagi sebelum bergerak ke Pekan Saratok di Betong, pukul 9.15 pagi dan kemudian menghadiri majlis bertemu rakyat di Masjid Kampung Beladin dan majlis seterusnya di Betong, Bandar Sri Aman dan Lubok Antu.
Najib akan kembali ke Kuching untuk menghadiri majlis makan malam 1 Malaysia dan kembali ke ibu negara pada pukul 10 malam.
Beliau akan kembali ke Kuching pada Selasa.
Rabu ini, Najib akan memulakan lawatan pada pukul 8.30 pagi di Engkili dan disusuli dengan kunjungan ke Sebuyau, Sadong Jaya, bandar Bau di Tasik Biru, KMC Flats di Kuching, dan menghadiri solat dan makan malam di Masjid Darul Farhanah dan kemudian menghadiri majlis Lembaga Pembangunan 1 Malaysia di SK Merpati Jepang sebelum bertolak ke Miri pada pukul 10 malam.
Keesokan hari, Najib akan melancarkan klinik bergerak bot 1 Malaysia di Sungai Baram, Marudi seawal 8.15 pagi dan kemudian bergerak ke Bario, Ba’Kelalan, Lawas, Limbang dan menghadiri majlis makan malam di Dewan Dato Permaisuri, Permyjaya di Miri dan seterusnya terbang ke Sibu pada pukul 10 malam. Sehari sebelum pengundian, Perdana Menteri akan mengadakan pertemuan dengan penduduk Kapit pada pukul 9.30 pagi dan kemudian menyertai majlis di Masjid Nurul Islam, Song.
Pelbagai persoalan boleh dikemukakan hasil daripada penulisan 'perjalanan PM' di portal berkenaan. Bagaimana portal berita ini mengetahui jadual PM dengan begitu terperinci? Siapakah yang menyerahkan maklumat perjalanan itu? Adakah dengan melaporkan secara terperinci perjalanan PM akan membantu meramaikan orang?

Saturday, April 9, 2011
KADAR PREMIUM TANAH TERENDAH
MENJAMIN hak rakyat Sarawak terhadap tanah mereka dan kadar premium tanah terendah terus terpelihara, adalah antara janji Barisan Nasional (BN) dalam Manifesto bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10 yang dilancarkan di sini, semalam.
Manifesto bertemakan ‘Jaminkan Masa Hadapan Anda Dengan BN’ itu menggariskan sembilan teras utama dalam usaha untuk mengekalkan kemenangan dalam pilihan raya negeri pada 16 April ini, dengan slogan ‘Rakyat Makmur Kehidupan Selesa Negeri Aman’. Pelancaran manifesto itu dilancarkan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud pada satu majlis pemimpin bersama rakyat di Dewan MUC, di Sibu, Khamis lalu.
Abdul Taib berkata, manifesto dalam bahasa Melayu, Iban, Cina dan Inggeris itu jelas serta mudah untuk difahami kerana BN mempunyai rekod baik dan jentera tersusun untuk melaksanakan transformasi untuk negeri ini.
“Tidak ada pihak lain yang dapat melakukan seperti yang dilakukan oleh BN selama ini dan inilah janji yang kami mahu teruskan,” katanya.
Berdasarkan manifesto itu dan bertepatan dengan gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, BN Sarawak berjanji untuk meningkatkan kualiti hidup golongan miskin dan kurang bernasib baik serta memastikan mutu jalan raya, bekalan air dan elektrik, khidmat kesihatan dan perumahan sentiasa dipertingkatkan, selain perancangan jelas untuk memastikan Sarawak muncul negeri terkaya di Malaysia.
Bagi tanah NCR yang dijadikan isu oleh pembangkang, ia menyatakan bahawa BN komited untuk melaksanakan pendaftaran 1.5 juta hektar tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) dalam Sistem Pendaftaran Tanah.
Kerajaan BN juga memberi jaminan akan meneruskan pengukuran keliling tanah NCR dalam mengatasi kebimbangan pemilik tanah terbabit.
Setakat ini, seluas 499,625.93 hektar kawasan sudah diluluskan bagi pelaksanaan Konsep Baru Pembangunan Tanah NCR dan 15,442 pemilik tanah bakal mendapat manfaat.
Manifesto berkenaan turut mendedahkan fakta betapa kerajaan BN sentiasa berusaha memberikan keselesaan dan tidak membebankan rakyat, dengan rakyat Sarawak menikmati kadar premium pembaharuan tempoh surat hak milik terendah di Malaysia.
Malah, secara perbandingan penduduk di negeri yang diperintah pembangkang, terpaksa membayar kadar premium sehingga 41 kali ganda lebih tinggi, turut dimuatkan dalam manifesto berkenaan.
Selain menjamin hak rakyat ke atas tanah mereka, BN turut memberi jaminan akan terus memelihara keamanan, keharmonian, kestabilan dan tadbir urus baik untuk Sarawak; memelihara alam sekitar, budaya, warisan dan kepercayaan semua kaum; menyedia peluang pekerjaan untuk semua dan menyediakan peluang pendidikan sempurna bagi anak negeri ini. (Sumber : 1Sarawak.com.my)

PEMIMPIN PEMBANGKANG TERLALU LAMA?
Oleh Ibrahim Yahaya
Nampaknya pembangkang terutama DAP memainkan isu Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud yang terlalu lama dalam politik iaitu 30 tahun. Pemimpin pembangkang mengajak rakyat untuk menurunkan TS Taib kerana mereka merasakan 30 tahun itu terlalu lama. Apa yang mereka tidak nyatakan bahawa dalam 30 tahun itu, TS Taib telah banyak membuat perubahan kepada lanskap pentadbiran dan ekonomi negeri itu. Melainkan jika 30 tahun itu digunakan untuk memporak-perandakan negeri itu atau sentiasa berlaku perbalahan sehinggakan pembangunan tidak dapat dilaksanakan.
Secara bandingan, ramai pemimpin pembangkang sekarang juga sudah lama dalam politik dan ada yang tidak mahu melepaskan jawatan atau memberi peluang kepada orang baru. Mereka terus menjadi Ahli Parlimen sedangkan boleh menyerahkan kepada golongan muda yang lebih berwibawa dan mampu menjadi pembangkang yang berakal dan bukannya memainkan sentimen perkauman. Mereka terus berada dalam politik dan mempengaruhi pemimpin politik pembangkang yang muda untuk berperangai seperti mereka.
Lim Kit Siang yang kini berusia 70 tahun dipilih pada 1969 di Parlimen Kota Tinggi sudah berada dalam politik selama 42 tahun. Selama itulah beliau memainkan politik perkauman dan berselindung di balik parti yang dikatakan dianggotai oleh pelbagai kaum. Kebanyakan calon DAP termasuk di Sarawak inipun ramainya dari kaum Cina, apa pulak Kit Siang kata DAP parti pelbagai kaum - anggota saja, calonnya masih Cina.
Karpal Singh yang berusia 71 tahun dipilih di DUN Alor Star dan berada dalam politik 37 tahun. Beliau yang pernah menyatakan DS Anwar Ibrahim tidak layak menjadi pemimpin pembangkang kerana masalah tertentu masih terus berada dalam politik dengan melompat ke sana ke mari seperti yang dilakukan oleh Kit Siang. Kedua-dua pemimpin - Kit Siang dan Singh - mempunyai anak yang kini berpolitik ala bapak mereka.
DS Nik Aziz Nik Mat, yang kini berusia 80 tahun, dipilih di Pengkalan Chepa pada 1967juga sudah berada dalam politik selama 44 tahun. Beliau yang suka membuat 'fatwa politik' pernah berkata kepada kawan DIY bahawa adakala apa yang dikatakan terutama menjawab isu penting selama ini bertujuan politik dan semua orang tahu kecuali pengikutnya yang taksub membabi-buta. DS Hadi Awang yang berusia 64 tahun dan dipilih di DUN Marang pada 1982 kini berada dalam politik selama 29 tahun.
Hakikatnya ialah pemimpin pembangkang ini tidak berjaya menjadi pemimpin di peringkat negeri dan jika diberi peluang sudah tentu mereka juga akan 'bergayut' di jawatan mereka demi untuk menyemarakkan politik perkauman bagi pemimpin DAP dan politik agama bagi pemimpin PAS. Perbezaannya ialah apa yang dilaksanakan oleh pemimpin BN sudah jelas dengan pelbagai pembangunan dilaksanakan di seluruh negara yang memberi banyak manfaat kepada rakyat. Jika tidak, negara ini tidak dijadikan contoh oleh negara membangun lain. Itupun dimainkan oleh pemimpin pembangkang bahawa memang tanggungjawab kerajaan untuk menyediakan kemudahan dan infrastruktur kepada rakyat. Jika kerajaan lemah dan urustadbir yang tidak cekap, segala pembangunan tidak dapat dilaksanakan seperti di negara yang sudah merdeka lebih awal dari Malaysia. Rakyat perlu buka mata dan minda. Jangan dengar tohmahan mengikut sedap mulut pembangkang.
Pemimpin pembangkang yang telah diberi mandat memerintah di beberapa negeri 'terkial-kial' untuk mentadbir negeri dan sering menuding jari kepada orang lain demi untuk menutup kelemahan mereka. Kerajaan Negeri PAS Kelantan yang sudah memerintah lebih 20tahun menyebabkan negeri itu terus menjadi mundur dan penduduknya mencari peluang pekerjaan di negeri lain atau bandar-bandar besar. Mereka yang tinggal di negeri itu hidup sengsara kerana pelbagai masalah termasuk bekalan air dan juga pembangunan yang tidak sekata. Ini termasuk menggondolkan Lojing yang satu ketika itu dulu indah dan menawan.
Di Pulau Pinang, Kerajaan Negeri DAP menjalankan pemerintahan ala negara jiran yang tidak mempedulikan nasib rakyat terutama orang Melayu dengan merobohkan gerai-gerai walaupun mereka memohon dan merayu agar dipertimbangkan tindakan itu. Tindakan yang diambil terhadap peniaga Melayu itu ala negara jiran yang menyebabkan penduduk negeri itu menyesal memilih parti pembangkang. Apa hendak buat, nasi sudah menjadi bubur. Kini rakyat perlu sedar bahawa janji-janji manis pembangkang sebelum pilihan raya perlu diamati betul-betul kerana BN memberi jaminan tetapi pembangkang memberi janji. Tepuk dada, tanyalah selera.

Friday, April 8, 2011
PRN SARAWAK KE 10 (3)
Oleh Ibrahim Yahaya
Dua pemimpin tertinggi - satu pusat dan satu negeri - meminta rakyat Sarawak pada 16 April ini memberi mandat kepada BN untuk memerintah semula negeri itu. Alasannya mudah iaitu untuk memastikan Sarawak terus stabil dan menjadi negeri termaju.
Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak ketika melakukan tinjauan mesra di bazaar Kota Sentosa semalam, mahu penduduk di DUN Kota Sentosa yang kebanyakan menjalankan perniagaan memilih BN bagi memastikan mereka terus menikmati keuntungan dengan persekitaran yang stabil dan harmoni. Menurutnya, pelbagai usaha dibuat untuk menjadikan kawasan itu yang hanya mempunyai 40 rumah kedai kepada lebih 500 buah sekarang. Ini tidak boleh dilaksanakan tanpa kerajaan negeri yang baik dan komited untuk membantu rakyat negeri ini tidak kira di bandar atau kawasan pendalaman. Walaupun berucap di Kota Sentosa namun ingatan beliau itu ditujukan kepada semua penduduk Sarawak terutama golongan ahli perniagaan yang telah menikmati keuntungan daripada kesejahteraan di negeri itu hasil urustadbir yang cekap dan mantap. Tanpa kecekapan urustadbir ini, negeri akan bergolak dan lemah apatah lagi berlaku perbalahan di antara pemimpin pelbagai kaum dan etnik.
Bagi Tan Sri Taib Mahmud, beliau yakin kerajaan negeri BN yang akan diberi mandat pada 16 April ini akan komited untuk menjadikan Sarawak sebagai negeri yang termaju di Malaysia. Menurutnya, tiada pembangunan dapat dilakukan tanpa komitmen dan pengalaman kepemimpinan yang prihatin terhadap keperluan dan aspirasi rakyat. Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri bertujuan untuk memastikan Sarawak melangkah menuju ekonomi berpendapatan tinggi. Hasrat beliau mahu melihat Sarawak terus maju seharusnya disokong oleh penduduk negeri itu yang akan melihat peralihan kepemimpinan daripada TS Taib kepada pemimpin yang lebih muda dan dinamik untuk membawa Sarawak menjadi negeri maju.
Kenyataan kedua-dua pemimpin ini sudah pasti akan menjadi ingatan kepada penduduk Sarawak jika mereka mahu memastikan negeri itu terus maju dengan persekitaran yang stabil dan harmoni. BN yang telah memerintah negeri itu sentiasa komited dan berpandangan jauh untuk membawa pembangunan di seluruh Sarawak.
Pengalaman selama ini sebenarnya membantu mereka untuk menyusun langkah dari tahun ke tahun terutama dalam menyediakan pelbagai kemudahan terutamanya pendidikan, perumahan dan pekerjaan kepada rakyat. Politik pembangunan yang dibawa selama ini membuahkan pelbagai hasil dengan pembinaan infrastrukutur secara berperingkat-peringkat di negeri itu. Kesungguhan ini penting kerana walaupun ada sesetengah tempat lambat mendapat kemudahan itu kerana faktor geografi dan perbelanjaan yang tinggi, kerajaan negeri tetap membuat rancangan jangka panjang agar tiada pihak yang tertinggal. Manifesto yang dilancarkan oleh KM di Sibu semalam menyaksikan bahawa BN mahu terus memberikan pelbagai kemudahan kepada rakyat di samping berjanji untuk menjalankan urustadbir yang bersih dan teratur.

TV-i UNTUK REMAJA
Oleh Ibrahim Yahaya
Pelancaran TV-I Ahad ini adalah manifestasi kesungguhan KPKK khasnya RTM untuk mendekati golongan remaja yang sudah mula tertumpu ke stesen lain yang menyajikan program remaja yang digemari mereka. Usaha untuk menyediakan saluran untuk remaja ini bermula apabila Menteri KPKK, DSU Dr Rais Yatim meminta RTM pada tahun lalu agar melihat kesan kepada saluran Muzik Aktif yang disiarkan di Saluran 180 Astro. Daripada kajian dijalankan saluran itu mula mendapat sambutan baik daripada generasi muda namun usaha untuk menyediakan pelbagai maklumat selain muzik perlu diadakan sejajar dengan peranan KPKK dan RTM untuk menyebarkan program dan dasar kerajaan yang bermanfaat untuk rakyat. Antaranya ialah Gagasan 1Malaysia, mencegah jenayah, budi bahasa, nilai murni dan memartabatkan bahasa Kebangsaan,
Pelancaran Muzik Aktif pada 16 Mac 2009 oleh Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebenarnya bertujuan untuk menyediakan sumber tenaga ke arah Program Pendigitalan RTM yang akan dimulakan pada 2012. Apabila bermulanya program itu, sebanyak 18 saluran baru akan disediakan dan RTM akan mengambil 7 saluran termasuk 1 saluran HD. Saluran lain akan digunakan oleh pemain utama penyiaran iaitu dari Kumpulan Media Prima atau syarikat telekomunikasi yang berminat untuk memiliki satu saluran. Hub penyiaran tv digital ini sudah tentulah ditadbirkan oleh sebuah organisasi yang berkecuali atau neutral untuk melihat kepada kandungan bahan yang akan disiarkan. Menuju ke arah itu, RTM memulakan saluran Muzik Aktif untuk memastikan apabila program itu dilaksanakan sumber tenaga mencukupi dan yang penting ia terlatih untuk melaksanakannya.
Saluran 180 mendapat sambutan remaja dan golongan yang gemarkan muzik di mana kita boleh melihat bagaimana gerai dan restoran membuka Saluran Muzik Aktif untuk menonton video klip penyanyi tempatan termasuk dari Sabah dan Sarawak. Setelah hampir dua tahun dilaksanakan maka kementerian merasakan bahawa perlu dilihat bagaimana saluran itu boleh digunakan untuk mendekati remaja. Beberapa program remaja disediakan bermula akhir tahun lalu dan kini berita yang dikenali sebagai I-U sudah mula disiarkan. I-U dipersembahkan dalam bentuk yang lebih santai di mana dua penyampai akan menyampaikan pelbagai berita dalam keadaan 'berdiri' sambil berbual mengenai topik-topik menarik. Ini sudah tentu berbeza dengan penyampaian saluran RTM yang lain di mana dilihat begitu formal dan serius.
Selain itu, sempena sambutan ulangtahun ke 50 Orkestra RTM, pelbagai program hiburan diadakan termasuk Program Flash Mob dan persembahan di stesen LRT. Program hiburan ini dibuat begitu santai membabitkan pemain muzik dan penyanyi yang mengadakan persembahan di stesen LRT sekitar Lembah Klang. Program ini mendapat sambutan baik di mana orang ramai terhibur dengan persembahan yang diadakan secara santai di samping memberi peluang kepada masyarakat mendekati penyanyi tempatan seperti Alyah, Sarah dan Anna Rafali. Flash Mob pula membabitkan penyertaan pelajar yang bermain pelbagai peralatan muzik di sekolah untuk mengadakan persembahan bersahaja di kompleks beli-belah di mana ia boleh dinikmati oleh pengunjung di situ.
Oleh itu, pelancaran TV-I ini diharapkan akan dapat menarik lebih ramai penonton remaja melihatnya selain menikmati pelbagai program termasuk hiburan dan muzik. Banyak program sudah dirancang untuk disiarkan dalam TV-I termasuk program membabitkan masyarakat di Sabah dan Sarawak. Ia juga memberi ruang kepada karyawan yang terbabit dalam penerbitan video klip untuk berkarya dengan lebih baik di samping memberi peluang kepada karyawan tempatan menjual program bagi golongan remaja ke TV-I. Apa yang lebih menarik pelancarannya akan diadakan di RTM Sarawak sempena Pilihan Raya Negeri Sarawak ke 10 selain perlantikan Ketua Pengarah RTM yang baru dari Sarawak iaitu Datuk Norhyati Ismail. Tahniah kepada KPKK dan RTM.

Thursday, April 7, 2011
PRN SARAWAK KE 10 (2)
Oleh Ibrahim Yahaya
Menang? Menang. Berapa kerusi? Adalah..mungkin macam dulu atau bertambah. Kalah? Kalah. Berapa kerusi? Adalah...ia bergantung kepada apa yang berlaku dalam 10 hari ini. Pelbagai soalan, pelbagai jawapan. Berapa kerusi yang akan dimenangi oleh BN? Berapa kerusi pula yang akan dimenangi oleh pembangkang? Persoalan sekarang daripada 71 kerusi itu, berapa yang akan dimenangi oleh BN. Soalan seterusnya adakah BN akan mendapat majoriti dua pertiga.
Jika ditanya pemimpin BN, sudah tentu mereka yakin bahawa BN akan tetap mendapat majoriti dua pertiga. Berapa? Sudah tentulah yang paling minimum iaitu 48 kerusi. Yang paling tinggi...cakap betul-betul? Boleh mencapai 63 kerusi. Yakin? Aukk. Jika BN mendapat 63 kerusi maka pembangkang pula akan mendapat 8 kerusi. Macam sekarang? Tak tahulah. Dua pertiga melambangkan pelbagai perkara dan signal. Dua pertiga juga membolehkan segala yang dirancang boleh dilaksanakan jika diadakan undian di DUN. Hakikatnya, BN mahu dua pertiga selepas mendapat mandat daripada rakyat.
Bagi pembangkang, mereka yakin jumlah kerusi yang akan dimenangi akan bertambah. Berapa rasanya....mungkin beberapa kerusi lagi. Berapa? Mungkin empat..lima kerusi? Atau sekali ganda....15 atau 16 kerusi. Persoalannya...Apa alasan rakyat mengundi pembangkang? Apakah politik pembangunan yang dibawa oleh BN tidak laku di negeri ini? Ataupun, rakyat mahu perkara lain termasuk kepemimpinan. KM Sarawak sudah menyatakan akan berundur selepas PRN Sarawak ini. Jadi..bagaimana? Ini persoalan yang perlu dilihat oleh BN bagi memastikan bahawa ada jalan penyelesaian terhadap isu yang dibangkitkan oleh rakyat terutama di bawah. Inilah yang perlu dijawab dalam Manifesto BN yang akan diumumkan oleh KM di Sibu pada 2.30 petang ini.
Antara perkara yang selalu dibangkitkan ialah mengenai isu rasuah, NCR dan juga peluang-peluang pekerjaan dan perniagaan untuk rakyat dan usahawan. Sudah pasti isu itu akan dijawab dalam manifesto BN pada petang ini di samping idea baru yang dapat membantu melestarikan kehidupan rakyat pada masa akan datang. Isu tanah yang sering dibangkitkan oleh pembangkang terutama dengan memainkan isu sensitif yang membuat ada kumpulan yang tidak puas hati perlu ditangani dengan baik. Jaminan kerajaan negeri sejak sekian lama perlu diperkukuhkan lagi terutama dengan memberikan pemahaman kepada rakyat bahawa nasib mereka akan dibela.
Di bidang pekerjaan, rakyat sudah tentu mengharapkan kerajaan negeri menyediakan pekerjaan kepada mereka, terutama anak-anak lepasan sekolah dan universiti. Dengan harga barang yang berbeza dengan 10 tahun lalu, rakyat sudah tentu mahu kerajaan negeri membantu mereka dalam menyediakan pekerjaan. Usaha memperkenalkan SCORE yang menjanjikan pekerjaan dan perniagaan sudah tentu disokong oleh rakyat terutama golongan usahawan. Ini perlu dipamerkan agar keikhlasan untuk melihat rakyat mampu hidup mengharungi pelbagai cabaran pada masa akan datang dirasai dan dijiwai.

Wednesday, April 6, 2011
TAIB MAHMUD HADAPI DUA CALON
Ketua Menteri,Pehin Seri Taib Mahmud akan berentap dengan calon bebas yakni sepupu beliau, Datuk Salleh Jafaruddin yang juga bekas Timbalan Menteri Pelajaran dan calon PKR, Suraiti Abdullah di kerusi DUN Balingian di daerah Mukah.
Pagi ini, PS Taib diiringi oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Menteri Sabah, DS Musa Aman serta beberapa pemimpin BN lain ke pusat penamaan calon.

PRN SARAWAK KE 10 (1)
Oleh Ibrahim Yahaya
PRN Sarawak yang akan berlangsung daripada 6 hingga 16 April ini sudah pasti menarik perhatian ramai pihak termasuk kumpulan dari luar negara yang sejak kebelakangan ini berusaha memburuk-burukkan Pehin Seri Taib Mahmud. Keputusan PRN sudah pasti memberi indikasi mengenai kehendak rakyat negeri itu pada masa hadapan, yang selama ini menikmati pelbagai pembangunan.
Pengalaman penulis sejak menjadi wartawan pada 1980an, yang melawat Sarawak dari semasa ke semasa, memaparkan pembangunan pesat yang dijalankan di negeri ini amat menakjubkan. Malah ada tempat tertentu lebih maju berbanding di negeri-negeri lain di Semenanjung terutama daripada kemudahan infrastruktur termasuk jalan raya. Perjalanan penulis dari Kuching ke Lundu semalam, menyaksikan bagaimana jalan raya yang baik dan teratur menghubungi kedua-dua tempat itu yang memudahkan orang ramai berulang-alik.
Selain itu, kerajaan negeri juga telah membina kawasan baru yang menyediakan pelbagai kemudahan di samping pekan-pekan satelit yang membangun begitu pesat. Tidak hairanlah ini akan menggalakkan rakyat negeri itu terus tinggal di tempat mereka kerana penyediaan kemudahan berkenaan. Jika sesuatu tempat itu tidak banyak kemudahan atau peluang pekerjaan seperti di Negeri Cik Siti Wan Kembang, penduduknya akan segera berhijrah ke bandar-bandar besar untuk mencari sesuap nasi.
Pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri pimpinan Pehin Seri Taib sudah tentu menggembirakan rakyat negeri itu. Walaupun ada tempat perlahan kerana pelbagai faktor seperti jarak dan bentuk mukabumi tetapi ia berjalan. Yang penting, mereka akan membalas budi jasa yang diberikan oleh pejuang bangsa ini dengan terus memberi mandat kepada parti pimpinannya. Isu bahawa beliau sudah begitu lama memerintah sentiasa didodoikan oleh pembangkang semata-mata untuk menidakkan jasa beliau yang berjaya menyatupadukan rakyat di negeri itu. Malah PM, DS Najib Tun Razak turut memuji usaha yang dibuat oleh kerajaan negeri dan menjadikannya contoh sebagai negeri yang sudah lama mengamalkan Gagasan 1Malaysia di mana penduduk bukan saja pelbagai kaum tetapi pelbagai etnik dapat hidup bersatu padu dan menjalankan kehidupan sebagai satu bangsa. Ini bukan mudah untuk dicapai tanpa usaha keras dan bersungguh-sungguh.
Pengalaman Pehin Seri Taib sebagai pemimpin di peringkat Persekutuan sudah tentu memberi rahmat kepada beliau untuk memimpin negeri itu ke tahap yang amat membanggakan ketika ini. Keikhlasan dan kesungguhan beliau selama ini berjaya menutup mulut mereka yang sentiasa mencari kesalahan dan membuat pelbagai tohmahan terhadap beliau dan keluarganya. Mereka bukan saja melakukannya di negara ini tetapi turut bersekongkol dengan pihak luar menerusi RSF semata-mata untuk menghasut rakyat negeri itu mengetepikan pemimpin dari kaum Melanau yang banyak menabur jasa.

Tuesday, April 5, 2011
BESTARI DASURY (1)
Intipati ucapan DSU Dr Rais Yatim ketika merasmikan Pelancaran Kampung Tanpa Wayar, Posmen Komuniti danPMS di Kampung Sileng Dayak, Lundu, Sarawak.
1. Kerajaan telah banyak membantu semua lapisan rakyat tanpa mengira kaum dan asal usul termasuk di Sarawak. Budi ini perlu dikenang kerana pemimpin dan pejuang negara bertungkus-lumus memberikan sumbangan. Pembangkang sentiasa menidakkan budi dan jasa pejuang negara semata-mata untuk memperkecilkan kerajaan.
2. Perpaduan yang sudah terjalin perlu dikekalkan demi masa depan negara. Gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh DS Najib Tun Razak adalah manifestasi keikhlasan kerajaan BN mendahulukan rakyat. Jangan dihancurkan perpaduan Dan keharmonian ini.
3. Pelancaran Kampung Tanpa Wayar adalah kesinambungan usaha memastikan rakyat negara ini tanpa di mana mereka berada mendapat kemudahan jalur lebar. Menerusi kemudahan ini rakyat akan mendapat pelbagai maklumat dan melestarikan kehidupan mereka.
4. Janji kerajaan adalah benar dan bukan boleh dipetik dari kayangan seperti janji-janji manis pembangkang. Sejak dari dulu lagi kerajaan BN telah melaksanakan tanggungjawab.

BUKAN SEBARANG JAM
Mana jam?
Ini dia.....
Jika jam biasa
Boleh dibeli
Di mana-mana
Kat kedai jam
Kat kompleks beli-belah
Kat Petaling Street
Kat kedai bundle
Mana jam?
Ada....
Kat mana?
Adalah....
Ada di mana?
Ada kat saya
Tunjuklah...boleh?
Tak boleh
Mengapa?
Suka hati sayalah.
Semua orang nak tengok....boleh?
Tak boleh.
Mengapa?
Bukan jam sebarangan
Jam apa?
Jam khas
Khas macam mana?
Khaslah
Yelah...jam tu biasalah kan?
Tak...
Takde?
Tak.....
Tak apa?
Tak payah tanya banyak soalan
Mengapa?
Sebab jam halal
Halal?
Yelah....
Jam pun ada yang halal?
Jam Arab
Ohhhhhh...jam Arab, jam halal. Jam Petaling Street?
Jam haram.

Monday, April 4, 2011
WARNA DAN HITAM PUTIH
Ketika isu video seks itu timbul, ada pihak cuba menggelirukan orang ramai.
Mereka kata video itu mula mula warna kemudian hitam putih.
Nak cerita sikit. Video itu warna kerana mungkin lampu belum tutup.
Video itu jadi hitam putih kerana lampu ditutup dan rakaman menggunakan infrared.
Jadi, itulah jawapan mengapa ia bertukar.
Cerita moralnya ialah dalam gelap pun kita kena berselimut. Perrrggghh.

Saturday, April 2, 2011
JIKA ANDA BOSAN, ANGKAT TANGAN
Jika anda rasa pelik
Angkat tangan
Jika anda pening
Angkat tangan
Jika anda bosan
Angkat tangan
Jika anda meluat
Angkat tangan
Pelik mungkin kerana macam macam perangai manusia - lurus dan bengkok
Pening kerana ada saja kes membabitkan seorang manusia
Bosan kerana ada kes terus menerus seperti tiada penghujungnya
Meluat kerana ada pula 'kes sedap' tetapi buat rakyat pelik, pening, bosan dan meluat
Sila angkat tangan
Angkatlah tangan

Friday, April 1, 2011
VIDEO SEKS TULEN?
Ejen kenit memberitahu Dunia Tiger bahawa video seks itu tulen. Ertinya tiada pihak yang memalsukannya.
Persoalannya sekarang siapa pemainnya? Atau orang yang sedang bermain-main?
Video seks ini menyedapkan pemain tetapi menyusahkan negara.
Satu, ada orang kena tengok.
Dua, hendak pastikan siapa pemainnya.
Ketiga, kalau tahu macam mana hendak beritahu sebab semua orang dah tahu.
Keempat, ada pihak yang tidak mengaku sedangkan ada orang nampak dia melakukannya.
Dan senarainya akan berterusan.
Bukankah baik buat kerja senyap-senyap dan tidak menyusahkan orang.
Jangan ingat bilik gelap orang tidak nampak.
Kalau tiada orang nampak sekalipun...tuhan nampak.

PEDULI APA AKU
Peduli apa aku
Kau nak tipu
Isteri kau
Anak kau
Menantu kau
Cucu kau
Orang terdekat kau
Penyokong kau
Pengampu kau
Penjilat kau
Mereka yang terpukau
Mereka yang mengigau
Aku peduli
Jika kau nak tipu
Isteri tercintaku
Anak tersayangku
Keluargaku
Saudara maraku
Rakan taulanku
Rakyat di negaraku
Aku peduli
Jika kau
Bercita cita jadi pemimpinku
Berminat teraju negaraku
Gelojoh mahu jatuhkan kerajaan
Matlamat halalkan cara
Berlakun marhain tapi kaya
Ayat Al-quran suka dijaja
Dapat sokongan pemimpin dunia
Yang bengkok belaka
Merasuk rakyat
Pandai bermain ayat
Pamer baca khutbah Jumaat
Kata orang khianat
Pakar minta talian hayat
Pentaskan sembahyang hajat
Kau nak tipu
Isteri kau
Anak kau
Menantu kau
Cucu kau
Orang terdekat kau
Penyokong kau
Pengampu kau
Penjilat kau
Mereka yang terpukau
Mereka yang mengigau
Aku peduli
Jika kau nak tipu
Isteri tercintaku
Anak tersayangku
Keluargaku
Saudara maraku
Rakan taulanku
Rakyat di negaraku
Aku peduli
Jika kau
Bercita cita jadi pemimpinku
Berminat teraju negaraku
Gelojoh mahu jatuhkan kerajaan
Matlamat halalkan cara
Berlakun marhain tapi kaya
Ayat Al-quran suka dijaja
Dapat sokongan pemimpin dunia
Yang bengkok belaka
Merasuk rakyat
Pandai bermain ayat
Pamer baca khutbah Jumaat
Kata orang khianat
Pakar minta talian hayat
Pentaskan sembahyang hajat
Subscribe to:
Posts (Atom)