Friday, April 1, 2011

PEDULI APA AKU

Peduli apa aku
Kau nak tipu
Isteri kau
Anak kau
Menantu kau
Cucu kau
Orang terdekat kau
Penyokong kau
Pengampu kau
Penjilat kau
Mereka yang terpukau
Mereka yang mengigau

Aku peduli
Jika kau nak tipu
Isteri tercintaku
Anak tersayangku
Keluargaku
Saudara maraku
Rakan taulanku
Rakyat di negaraku

Aku peduli
Jika kau
Bercita cita jadi pemimpinku
Berminat teraju negaraku
Gelojoh mahu jatuhkan kerajaan
Matlamat halalkan cara
Berlakun marhain tapi kaya
Ayat Al-quran suka dijaja
Dapat sokongan pemimpin dunia
Yang bengkok belaka
Merasuk rakyat
Pandai bermain ayat
Pamer baca khutbah Jumaat
Kata orang khianat
Pakar minta talian hayat
Pentaskan sembahyang hajat

No comments: