Tuesday, April 5, 2011

BESTARI DASURY (1)

Intipati ucapan DSU Dr Rais Yatim ketika merasmikan Pelancaran Kampung Tanpa Wayar, Posmen Komuniti danPMS di Kampung Sileng Dayak, Lundu, Sarawak.

1. Kerajaan telah banyak membantu semua lapisan rakyat tanpa mengira kaum dan asal usul termasuk di Sarawak. Budi ini perlu dikenang kerana pemimpin dan pejuang negara bertungkus-lumus memberikan sumbangan. Pembangkang sentiasa menidakkan budi dan jasa pejuang negara semata-mata untuk memperkecilkan kerajaan.

2. Perpaduan yang sudah terjalin perlu dikekalkan demi masa depan negara. Gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh DS Najib Tun Razak adalah manifestasi keikhlasan kerajaan BN mendahulukan rakyat. Jangan dihancurkan perpaduan Dan keharmonian ini.

3. Pelancaran Kampung Tanpa Wayar adalah kesinambungan usaha memastikan rakyat negara ini tanpa di mana mereka berada mendapat kemudahan jalur lebar. Menerusi kemudahan ini rakyat akan mendapat pelbagai maklumat dan melestarikan kehidupan mereka.

4. Janji kerajaan adalah benar dan bukan boleh dipetik dari kayangan seperti janji-janji manis pembangkang. Sejak dari dulu lagi kerajaan BN telah melaksanakan tanggungjawab.

No comments: