Wednesday, February 29, 2012

TAHI LEMBU DAN F...K

(gambar blog Jebat Berkokok)

KUALA LUMPUR : Keputusan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan membatalkan konsert penyanyi Amerika Syarikat, Erykah Badu semalam sudah pasti menimbulkan pelbagai pertanyaan dalam masyarakat negara ini.

Bagi yang mahu konsert ini dibatalkan sudah tentu rasa lega manakala bagi mereka yang mahu menontonnya pula pasti akan rasa kecewa. Apatah lagi kepada penganjur yang sudah membelanjakan sejumlah wang untuk membawa penyanyi itu ke sini.

Sudah pastilah keputusan Puspal yang dianggotai oleh pelbagai agensi termasuk Jakim dan KDN yang menasihatkan konsert itu dibatalkan mempunyai segala alasan terutamanya kemarahan masyarakat Islam dengan paparan grafik Allah di badan penyanyi itu.

Dalam ruang FB ada menyatakan bahawa paparan grafik itu sebenarnya dilakukan ketika sesi pengambaran sebuah medium tetapi hakikatnya selepas disiarkan oleh sebuah akhbar tempatan, ia menimbulkan kemarahan masyarakat Islam.

Bagaimanapun blogawan Jebat Berkokok pula mempunyai butiran lain iaitu perkataan yang digunakan oleh penyanyi itu tidak sesuai untuk masyarakat di negara ini seperti bull..t dan f..kin. Keratan akhbar itu disertakan dalam blog beliau.

Anda boleh fikirkanlah keputusan Puspal itu.

No comments: