Wednesday, June 20, 2012

KSN ORANG JOHOR

KUALA LUMPUR : Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta JPM, Datuk Seri Dr Ali Hamsa akan menjadi KSN yang baru berkuatkuasa 24 Jun ini. Tahniah kepada pemimpin  dari Kluang, Johor dan selamat bertugas sebagai numero uno perkhidmatan awam.

Pengumuman itu mungkin memeranjatkan ramai pihak tetapi bagi PM sendiri inilah calon yang terbaik untuk melakukan transformasi sektor perkhidmatan awam sejajar dengan pelbagai transformasi yang dibuat oleh kerajaan dalam tempoh lebih tiga tahun lalu.

Sebagai orang penting dalam UKAS, sudah pasti DS Dr Ali akan berusaha untuk meneruskan budaya mencemerlangkan sektor awam dengan penambahbaikkan terutama dari segi memastikan rakyat sentiasa didahulukan terutama dalam kaitan kehidupan harian.

Dalam pada itu, semua pihak terutama pegawai kanan kerajaan perlu memberi sokongan padu kepada DS Dr Ali bagi memastikan segala penambahbaikan dapat dijalankan dengan sempurna tanpa sebarang halangan yang tersurat atau tersirat sehingga sukar mencemerlang dan menginsankan sektor awam.


No comments: