Sunday, June 24, 2012

PEMANDU TEKSI SOKONG BN

KUALA LUMPUR : Kawasan letak kereta Stadium Nasional hari ini dipenuhi oleh pemandu teksi dan keluarga mereka sempena Program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma) yang dihadiri oleh Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak.

Sejak pagi lagi, pemandu teksi sudah berkumpul untuk menyatakan sokongan kepada kerajaan pimpinan DS Najib yang telah melakukan pelbagai transformasi yang memberi faedah kepada rakyat.

Ini selaras dengan Gagasan 1Malaysia di mana rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan selain slogan Janji Ditepati yang juga menjadi tema sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia pada 16 September ini.

Kesabaran mereka menunggu dengan penuh setia kedatangan DS Najib berbaloi dengan pengumuman PM iaitu pemberian baucar RM500 untuk membeli tayar buatan tempatan setahun sekali dan perlindungan insurans pemandu teksi.

Pengumuman PM itu mendapat tepukan gemuruh daripada 10,000 pemandu teksi yang juga ahli Persatuan Teksi Malaysia (PETEKMA) di majlis itu. Turut hadir ialah Penaung Petekma, DSU Dr Rais Yatim dan Pengerusi SPAD, TS Syed Hamid Albar.

1 comment:

man dego said...

Aaala dapat duit, Yeop... siapa tak nak ... undi belum tau? BN ingat dia boleh rasuah semua orang ke? Atas nama bantuan la ni BN asik aluk RM RM RM aja.
Beza dgn BN dulu. Bantuan diberi dgn cara mengawal harga barang, pemberi subsidi, kurangkan tax dll.
La ni nak beli rumah pun tak berkemapuan kalau gaji kurang RM 4000.00 Lihat saja harga rumag sekarang.