Wednesday, February 5, 2014

BULU SEBENAR FRAN SUDAH KELIHATAN

KUALA LUMPUR : Tweet terbaru penyanyi Fran mengenai isu kalimah Allah tidak memeranjatkan penulis. Penggunaan kata-kata mungkin bagi sesetengah orang tidak enak dalam tweet yang dipaparkan dalam blog Helen Ang, yang sudah pasti ditujukan kepada pemerintah memperlihatkan siapa Fran sebenarnya.

Ini bukan pertama kali penyanyi ini menjadi isu apabila dikaitkan dengan agama yang dianutinya.

Satu ketika dulu, ketika beliau disanjung oleh peminat terutama orang Melayu, beliau memakai salib dalam gambar albumnya.

Apabila ada kritikan terhadap tindakan itu, beliau terus melenting dan melabelkan wartawan Berita Harian, Saodah Ismail ketika itu tidak rasional dan sengaja membesar-besarkan isu mengenai salib itu.

Daripada kawan baik dan saling bertepuk tampar, Fran menganggap Oda sebagai orang yang tidak faham apa yang dilakukan, walhal wartawan hanya menegur sikap beliau yang perlu menghormati peminatnya yang kebanyakan Melayu ketika itu.

Selepas itu, beliau menghilang diri ke luar negara dan balik semula ke negara ini dengan beberapa jemputan sambil mendendangkan lagu-lagu lamanya.

Kini apabila timbul isu kalimah Allah, Fran memaparkan bulunya yang sebenar.

Tidak pasti berwarna apa tetapi kurang wajar jika beliau mahu dianggap sebagai 'public property' membuat ulasan sedemikian seolah-olah kerajaan ini begitu zalim dengan penganut agama minoriti. 

5 comments:

sentil tembakau said...

bulu dia itam atau putih, lurus atau kerinting?

inilah contoh rakyat tak kenang budi!

Anonymous said...

Yang orang Islam sibuk pasal Fran pakai salib tu kenapa? Itu ugama dia biarlah dia amalkan cara ugama dia.
Hanya kerana peminatnya ramai orang Melayu, dia harus sembunyikan ugama dia sedangkan memang umum sudah tahu dia penganut ugama Kristian. Janganlah melebih2. Ini bukan dari ajaran Rasullulah s.a.w. Pasal kalimah ALlah.... ini adalah tindak balas Fran kerna marah tentang isu salib. Sebab itu musuh jangan dicari.

Anonymous said...

Melayu yang bodoh, dulu masa Malaysia Idol undi kat dia, India kata kalau dia kalah Melayu Rasis,sanjung sangat dia ,perangai kurang ajar baru nak menyerlah, Melayu hanya pandai gaduh sama sendiri aje, dengan bangsa lain jilat tak habis.................

SolitaireHunter said...

RTM jugalah yang bagi muka asyik ulang tayang progmram nanyian dia

Anonymous said...

Pulaukan....