Thursday, February 6, 2014

PERKATAAN DARURAT TIMBULKAN TANDA TANYA

KUALA LUMPUR : Apakah semua pemimpin pembangkang yang menggunakan kemudahan media sosial sekarang seperti twitter atau facebook benar-benar faham apa yang mereka utarakan?

Adakalanya mereka kelihatan pandai tetapi pada banyak masa mereka seperti anak ayam yang mengikut ibunya. Apa yang diperkatakan oleh ketua akan disambut atau bersahut-sahutan sehingga ke luar negara.

Perkataan yang digunakan oleh pemimpin pembangkang ini bertujuan untuk menyatakan sesuatu bahawa kerajaan ini rasuah dan lemah.

Tidak hairanlah istilah yang digunakan amat menarik seperti rasuah, kronisme, sapu harta rakyat, hutang negara sedangkan kerajaan masih terus mengenegahkan isu perpaduan, negara maju, ketenteraman awamm negara pelbagai bangsa atau negara bangsa.

Namun yang terbaru penggunaan perkataan DARURAT oleh Rafizi apabila memperkatakan mengenai tujuan DS Anwar Ibrahim bertanding di Kajang pasti menarik perhatian ramai.

Apakah ini ada kaitan dengan kes mahkamah? Apa rancangan pembangkang?




1 comment:

Anonymous said...

Kalau tidak ada angin, takkan pokok bergoyang. Kemungkinan ini satu petunjuk dari Rafizi perancangan Anuar dan budak2 jambu untuk adakan huru-hara besar-besaran jika Anuar tidak menang dalam PRK Kajang atau, tidak dapat jadi MB Selangor atau, kalah dalam rayuan kes liwat Saiful. So rakyat dan pihak berkuasa perlu berjaga-jaga "to read between the lines".....