Monday, May 5, 2014

MCA KHIANAT KESATUAN BN

Oleh Ibrahim Yahaya

KUALA LUMPUR : Ikrar MCA untuk tidak mengambil jawatan dalam Kabinet jika mereka gagal memberikan yang terbaik kepada BN pada PRU13 yang lalu adalah satu pengkhianatan kepada kesatuan BN yang diwujudkan sejak dari dulu lagi.

Ikrar ini sebenarnya manifestasi bahawa mereka sudah putus asa jika gagal membawa masyarakat Cina untuk menyokong BN dan sudah tentu ia adalah satu malapetaka kepada pemerintah.

Sepatutnya, ikrar seumpama ini tidak sepatutnya diadakan apatah lagi di saat-saat BN memerlukan semua parti komponen memainkan peranan untuk membawa pengundi untuk terus menyokong BN. MCA sepatutnya berikrar untuk terus membantu BN sehingga ke tititsan darah terakhir.

Oleh itu, langkah PM untuk menawarkan semula jawatan kepada MCA ibarat memberi peluang kepada pengkhianat atau petualang mendapat tempat di persada utama selepas mereka 'lepas tangan' dengan kekalahan yang dialami oleh BN. Apatah lagi melihat sokongan UMNO semakin meningkat.

Sehubungan itu, MCA sepatutnya terus memastikan mereka bekerja keras untuk membawa pengundi Cina untuk memberi undi kepada BN pada masa akan datang terutama pada PRK Jelutong dan Teluk Intan walaupun telah gagal sekali di PRK Kajang.

Tidak payahlah heboh untuk mengambil jawatan dalam Kabinet dan tanpa segan-silu menyebut untuk menggunakan peruntukan kerajaan untuk membantu masyarakat Cina.

Jangan terus jadi pengkhianat dan petualang sebalinya bersungguh-sungguh jadi seorang yang sanggup berkorban untuk membawa masyarakat Cina mengundi BN.

2 comments:

Anonymous said...

Perjuangan UMNO kan ABN? MCA pun serupa. Apa bedzanya? Kan BN bagitu.

Ni kan Negara majmuk?

Cahaya Al Majid said...

Salam. Yang pandai bermuka-muka cina, yang bangang dan suka menjilat UMNO (Melayu). Kan ke bangang namanya tu..Dah tahu MCA gagal nak beri jawatan balik buat apa? Najib ni 'specis' otak udang.