Thursday, May 22, 2014

PAS SOKONG MELAYU TENTANG HUDUD

Oleh Ibrahim Yahaya

KUALA LUMPUR : Sepanjang ingatan penulis dalam hampir setiap ucapan di Perhimpunan Agung UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad, mengingatkan kepada ahli dan pemimpin parti mengenai bahayanya fahaman PAS yang mampu memecah-belahkan umat Islam di negara ini.

Ingatan yang acapkali oleh negarawan uluang itu menyebabkan ada pemimpin parti yang menyatakan 'tiada cerita lain ke' kerana sebenarnya pemikiran mereka begitu cetek dan tidak pandai melihat gambaran yang lebih besar mengenai apa yang dimainkan oleh pemimpin Pas yang mahu dikaitkan dengan Islam.

Tidak sukar untuk melihat perkara lebih besar yang ingin diutarakan oleh Tun M. Pemimpin dunia ini mahu semua ahli UMNO khasnya orang Melayu bahawa pemimpin Pas akan buat apa saja untuk memastikan hayat politik mereka berpanjangan dengan berjubahkan Islam dan perjuangan suci.

Ada pemimpin yang memahaminya akan segera turut serta dalam rentak Tun M untuk mengingatkan ahli dan pemimpin UMNO. Ada juga yang mengambil kesempatan untuk rapat dengan pemimpin Pas untuk mengingatkan mereka. Tidak kurang juga yang bersabahat dengan pemimpin Pas, manalah tahu boleh masuk Pas satu hari nanti apabila parti menolak mereka.

Namun, seperti kenyataan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, malam tadi di Kampung Sungai Kerawai, Teluk Intan sempena PRK Teluk Intan memaparkan bahawa apa yang disebut-sebut oleh Tun M selama ini benar-benar terbukti. Ia membuka tembelang sebenar pemimpin Pas yang berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan hayat politik mereka kekal.

Jika dulu, pemimpin Pas akan menerima pemimpin DAP walaupun mereka menolak hudud kerana bagi Pas pemimpin DAP adalah kafir dan tidak memahami apa itu hudud walaupun mereka mengisytiharkan perang dengan menyatakan 'langkah mayat kami jika mahu melaksanakan hudud'. amat sedih sekali.

Tetapi dalam PRK Teluk Intan, calon DAP seorang Melayu terang-terang menyebut bahawa beliau akan menolak hudud jika menang dalam PRK. Maknanya sebagai ahli Parlimen baru, Dyana akan menolak cadangan Pas untuk mengemukakan hudud sepertimana yang disebut oleh sifunya, Lim Kit Siang selama ini.

Apakah Pas akan menyokong Dyana? Demi kepentingan politik, pemimpin Pas tetap menyokong calon DAP dan ini secara langsung membuka pekung Pas selama ini yang hanya bermain-main dengan cadangan melaksanakan hudud demi kepentingan politik mereka.

2 comments:

CMCPoker.com AGEN JUDI POKER ONLINE, AGEN JUDI DOMINO ONLINE INDONESIA TERPERCAYA said...

http://defaonlineshops.blog.com/pokerkiukiu-com-agen-judi-poker-dan-domino-uang-asli-indonesia-html/
http://dunia-bissnis.webs.com/cmcpoker.htm
PokerKiuKiu.com Agen Judi Poker dan Domino Uang Asli Indonesia
CMCPoker.com AGEN JUDI POKER ONLINE, AGEN JUDI DOMINO ONLINE INDONESIA TERPERCAYA

Anonymous said...

Bagaimana pula Parti Pendokong Melayu terbesar yang majoriti nya Islam tetapi juga tidak mahu melaksanakan HUDUD...tidak kah sama macam DAP jugak..?????
Begitu kata bidalan menepok air didulang terpercik kemuka sendiri juga...!