Sunday, June 28, 2009

MALAM SERIBU BINTANG RTM


(Jacklyn Victor pernah menyertai pertandingan RTM)

Posting Kedua - 5.25 petang

Saya ingin mengingatkan rakyat negara ini. Jika ada jemputan, tolonglah jawab sama ada pergi atau tidak bagi memudahkan penganjur menyediakan tempat. Jika datang tetapi tidak menjawabnya, jangan masam muka jika tiada tempat. Mudah saja, sms kata datang atau sebaliknya. Inilah perangai yang perlu diubah pada masa akan datang. Jangan menyusahkan orang lain.

Posting Asal - 4.45 petang

Stadium Negara malam ini akan bergegar dengan persembahan lapan finalis Bintang RTM yang bermula jam 8.30 malam. Ia akan disiarkan secara langsung menerusi TV2 selama dua jam.

Malam Seribu Bintang yang dibawa oleh TM (terima kasih pengurusan TM diketuai Dato' Zam) akan turut menampilkan penyanyi jemputan iaitu bekas peserta pertandingan nyanyian yang dianjurkan oleh RTM termasuk Jamal Abdillah, Jacklyn Victor, Candy Cheah, Dia Fadilla dan Rey, penyanyi Sabah yang menjuarai Bintang RTM 2007.

Pertandingan nyanyian RTM berbeza dengan pertandingan stesen televisyen lain kerana ia mementingkan mutu suara penyanyi.

Tidak hairanlah peserta pertandingan yang dianjurkan oleh RTM termasuk Bintang RTM seperti Datuk Sudirman Haji Arshad, Jamal Abdillah, Datuk Siti Nurhaliza, Ramlah Ram, Rohana Jalil dan Misha Omar mampu mengekalkan kedudukan mereka walaupun munculnya bakat-bakat baru. Tiada 'mi segera'. Bagaimanapun, RTM masih kurang mempromosi 'bintang-bintang' mereka. InsyaAllah diperhebatkan lagi.

Dalam ertikata lain suara yang bermutu membolehkan mereka kekal di persada seni nyanyian.

Semoga RTM mampu mengetengahkan lebih ramai bakat baru pada masa akan datang sesuai dengan tanggungjawabnya untuk menyemarakkan bakat tempatan selain menjadi perakam waktu dan peristiwa. RTM juga adalah institusi yang menyemarakkan budaya, kesenian dan warisan.

Selamat bertanding.

4 comments:

orgkpgdoha said...

salam Datuk Tiger...

Apabila baca ada pertandingan Akhir Bintang RTM ..teringat penyanyi-penyanyi yang berbakat hasil keluaran RTM, ramai yang berjaya sehingga kini seperti Jamal Abdillah dan Siti...

Hati ingin bersama didalam pertandingan akhir ini tetapi masih berada di luar negara..Bila cuba tengok melalui internet...tiba-tiba tak boleh buka sbb bukan dalam kawasan ..Rakyat Malaysia di Qatar semuanya sedih...sedih dan tak sangka RTM tak ada kemudahan ini..
Bagi RTM seharusny mempunyai kemudahan ini sbb inilah satu-satunya erhubungan yang baik bagi rakyat Malaysia yang tinggal dan berkerja diluar Negara utamanya di GCC ini...

Anonymous said...

Salam Dato

Saya setuju atas usaha mempromosikan bintang RTM. Namun usaha RTM tidak cukup. Melangkah ke hadapan:

a. Promosi kini wajib bertunjangkan serta di dahului oleh laman web. Saya tidak nampak laman web hiburan RTM di ketengahkan dgn meluas. Usaha perlu di adakan, saya cadangkan satu unit mengepalai tugas laman web ini di RTM.

b. Siapa peserta bintang RTM ni. Tak tahu? itu je jawapan paling cepat. wajah wajah mereka tak kelihatan di akhbar. Iklan mereka di akhbar begitu menyedihkan, baju macam pengantin dan latarbelakang unggu. Tidak menarik Dato. Unit Grafik RTM mestilah peka dan kreatif untuk hasilkan kerja lebih bermutu.

Ikhlas

Bendahara KL

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

ada cerita menarik di Manik Urai...

ikan, ikan..pemborong ikan..

kenapa PAS pilih abang UJI sebagai calon PAS walaupun hanya kelulusan SRP (PMR) yang lulus bahasa Melayu sahaja?

Anonymous said...

"Bagaimanapun, RTM masih kurang mempromosi 'bintang-bintang' mereka. InsyaAllah diperhebatkan lagi." Datuk, hargailah juga bakat dan personaliti RTM yang "loyal" Jika perlu buat keputusan biarlah secara professional bukan emosional. Ukurlah dengan bijaksana bukan dengan dengar sini dan sana, Ikon bukan lahir dengan semulajadi, tetapi dibentuk dan diangkat oleh majikannya. Stesen swasta ada juga personaliti yang menghadapi racun mulut ke mulut tetapi, tetapi pengurusan swasta tidak melatah dgn melakukan "transformasi"(transfer. Sy masih ingat syarahan datuk di Ap.Ramlee tetang "transformasi"...namun sebagai pemimpin jab Penyiaran...datuk sudah jauh dari berdamping dengan "frontliner" serta bakat2 yang besar di RTM...Datuk mampu kritik ttg masa ahli politik yakni pemimpin yang tidak turun padang melawat kawasan...tetapi datuk juga tidak mampu melakukan seperti apa yang pernah datuk pernah kritik ahli politik. datuk sudah menjauhkan diri dengan kami...semoga datuk berjaya...al Fatihah!