Semalam saya mendapat banyak panggilan mengenai kenyataan Ahli Parlimen berhubung liputan siaran langsung Dari Parlimen jam 10 pagi. Ada Ahli Parlimen yang menyatakan RTM membuat liputan secara berpilih-pilih dan tidak melambangkan apa yang berlaku di dalam Dewan Rakyat, dewan yang mulia.
Bagi saya, RTM mempunyai peranan penting dalam menyiarkan apa yang dilakukan oleh Ahli Parlimen di Dewan Rakyat. Ini yang dilakukan sejak dari dulu lagi. Tumpuan yang diberikan ialah untuk memaparkan apa yang disuarakan oleh MP untuk kepentingan rakyat. Untuk kepentingan pengundi di seluruh negara.
Malah laporan Parlimen bukan saja pada waktu pagi tetapi dipersembahkan juga pada waktu tengah hari, petang, Berita Nasional dan berita-berita lain. Berita Parlimen juga disiarkan pada jam 10 malam khusus untuk membincangkan apa yang berlaku di dalam dewan termasuk perkara yang mencuit hati. Cerita kemanusiaan.
Oleh itu, RTM tidak mahu menunjukkan gelagat Ahli Parlimen yang tidak senonoh dan menjerit-jerit. RTM juga tidak mahu dewan yang mulia itu digunakan oleh Ahli Parlimen sebagai tempat untuk bertempik atau melaungkan perkataan yang tidak sesuai. Ahli Parlimen tidak seharusnya bertindak sedemikian. Ada juga yang bertindak seperti 'budak-budak' dengan memanggil nama tertentu sesama sendiri.
Ikutilah perangai Ahli Parlimen yang berhemah tinggi dan beretika ketika di Dewan Rakyat. Mereka benar-benar menggunakan dewan mulia untuk kepentingan rakyat. Ini yang ingin ditonton oleh rakyat dan bukan satu sarkas atau zoo yang memalukan. Bukan menjerit-jerit dan memanggil nama. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
Ramai kalangan pemimpin kerajaan terutamanya Jemaah Menteri dan pembangkang yang beradab di Parlimen. Antara Ahli Parlimen pembangkang beradab dan beretika ialah Haji Hadi Awang, Sallehuddin Ayub dan Tan Seng Giaw.
Tepuk dada, tanya selera.
Thursday, July 2, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
19 comments:
Salam dari Melayu Bersatu
http://kitaanakmelayu.blogspot.com
Dengan kerana BABI--- DAP tikam belakang PAS
DAP sanggup tikam belakang PAS hanya kerana satu rumah lapah babi
Mula Mula Lim Guan Eng memecat Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai Johari Kassim yang dikenali sebagai seorang ahli majlis yang ikhlas bekerja keras untuk membersihkan MPSP yang dikatakan begitu kusut dengan pelbagai permasalahan.
Johari dipecat walaupun PKR Pulau Pinang memohon agar belau tidak dipecat kerana beliau seorang yang kuat bekerja. Malah TKM1 yang baru dilantik pun meminta agar johari tak dipecat...
Tak layan.. pecat juga... malah katanya kalau suka, boleh suruh PKR cuba lantik Johari semula... begitulah bongkaknya Lim Guan Eng dari parti Roket.
Kemudian dituduhnya, kaum India yang bakal kehilangan rumah mereka sebagai bodoh dan katanya Hidraf sudah menjadi boneka BN...
Eh wahh sedapnya mulut,
dulu masa nak kan sokongan Hindraf, langit dan bumi bulan dan bintang dijanjikan,
Penduduk Kampung Buah Pala a.k.a. High Chaparral yang marahkan Lim Guan Eng - jawab Lim Guan Eng: merekalah yang bodoh kerana tak ambil pampasan- sekarang nak susahkan aku pulak..Gambar oleh Star Online
Tak cukup dengan itu, DAP sanggup keluar dari pakatan Rakyat demi kerana rumah lapah babi YANG DIDIRIKAN SECARA HARAM di kedah dirobohkan. Ait satu rumah lapah babi punya pasal pun boleh tinggalkan pakatan... macamana ni... BACA RENCANA THE STAR DI PENGUHUJUNG POSTING INI
Bila PAS nak berbincang dengan Umno untuk satukan Melayu dia kata macam macam kat PAS, sampai ada yang suruh PAS keluar dari pakatan kerana khianat... NI DAP sorang kat kedah to tak Khianat Pakatan Rakyat ke.. or more specifically, tak khianat PAS ke?
DAP bukan sekadar memaki hamun pas tapi meninggalkan pakatan hanya kerana sebuah rumah lapah babi, apa agaknya reaksi mereka kalu PAS betul betul mahukan negara Islam
DAP begitu lantang menghina Haji Hadi Awang kerana mahukan orang Melayu dan Islam bersatu kononnya ia mengguris perasaan Cina dan bukan Melayu yang lain, tetapi di Kedah mereka tak hiraukan langsung perasaan orang Melayu. Yang peliknya Nik Aziz setuju cakap DAP pulak tu... entahlah
pikir pikirkanlah wahai orang Malaysia
Salam Datuk Tiger..
Bagus buat liputan sebegini..RTM perlu menunjulkan kelakuan yang beretika sahaja..Tidak kira lah sama ada dari parti pembangkang mahun pun dari Pihak Kerajaan..Etika menunjukkan keperibadian seseorang dan jangan dewan parlimen menjadi seperti Zoo atau kandang kera...
Salam untuk kawan-kawan di RTM
Saya sokong apa yang diperkatakan oleh Saudara mengenai liputan di Parlimen. YB-YB merupakan pemimpin yang dilih oleh rakyat, maka adalah penting bagi mereka menampilkan imej proffesional dan bersih ketika memberikan pembahasan. Buat apa kita menampilkan YB-YB yang bercakap dengan emosi dan terpekik-pekik, kerana ianya bakal mempengaruhi minda penonton disamping memberikan imej buruk Ahli Parlimen Malaysia di mata masyarakat dunia.
Salam DIY
" Silence Is Golden "
RTM crew you have done a good job
DIY,
Memang tepat, hanya yang beradab sahaja patut mendapat tempat.Ramai yg mahu menjadi HERO bila berada di dewan yg mulia. Kunun nya akan mendapat perhatian. Hanya berani bercakap dalam dewan kerana ada kekebalan.
Patutnya sekarang ini rakyat dapat pulangan dgn apa yang di pilih. Buktinya org d Puchong, apa yg Ahli Parlimennya buat d dewan. Mcm gangster kg, ckp banyak tp kosong.
Hampeh dibuatnya...
fikir-fikirlah
*DIY - knapa lambat update?
Saya betul2 peliklah Datuk ...
Untuk sesi pagi jam 10 ...
Jika soalan itu dari pihak pembangkang, RTM takkan siarkan. Tapi, bila ada soalan tambahan dari BN, RTM terus siarkan.
Berbeza pulak jika soalan tu dari BN, mmg lah RTM siarkan. Tapi bila ada soalan tambahan dari pembangkang, RTM tak siarkan pulak ...
Nampak sangat Datuk! Walaupun ada soalan2 dari pihak pembangkang yg ingin membela nasib rakyat, RTM tak siarkan ....
RTM ni punyalah takut sampai muka2 pemimpin pembangkang nak keluar TV pun tak dapat! Apa daaa ....
p/s: YB Seri Gading membuat soalan tambahan sambil mengeluarkan kata2 sinis kepada Timb. Menteri Dalam Negeri, tak apa pulak RTM siarkan. Kata tak nak tunjukkan imej Parlimen yg buruk ...
Lagi tambah pelik Datuk!!
Elok dilaporkan dan dipaparkan semua supaya rakyat dapat melihat dan menilai semuanya. Inilah masanya pengundi melihat wakil mereka bekerja dan memberikan penilaian yang lebih tepat.
Kalau diharapkan masa musim mengundi, wakil-wakil rakyat ini semua buat benda yang kelihatan baik. Mereka bercakap dengan baik semata-mata untuk memancing undi.
Apabila menang, rupanya ada yang hanya pandai melawak dan mencarut di dalam dewan. Tiada idea bernas yang mampu diketengahkan.
Apabila rakyat dapat melihat segala macam gelagat dalam dewan, para wakil rakyat akan lebih cenderung melakukan yang terbaik dan rakyat dapat membuat pilihan lebih baik di masa-masa akan datang.
Lalu akhirnya Malaysia akan terus bertambah baik, bukan sahaja pada tahap persepsi tetapi lebih baik pada hakikatnya.
sekadar pendapat:
datuk, apa kata selepas ini, jika ada staf mengadu mengenai keadaan mereka disebabkan tindakan ketua jabatan,(sama ada mengenai tugas, disiplin) usah terus dipercayai dan pihak teratas (sumber manusia?) terus saja mengambil tindakan tanpa pengetahuan ketua jabatan si pengadu. Sepatutnya penjelasan dari pihak ketua jabatan juga perlu didengar.keadaan sedemikian telah berlaku sekian lama di RTM. harap zaman datuk ini tak akan berterusan.
"mencari kebaikan dan kesempurnaan itu amat perlu, bukannya bertindak secara melulu, tanpa mengetahui apa cerita sebenarnya terlebih dulu".
Datuk....
Kata orang-orang tua, jangan percaya pada seseorang tapi percaya dengan semua orang dengan fikiran yang bijaksana dan waras..... fikir-fkirkan lah... kerana apa yang datuk lakukan selama menjadi kp penyiaran (walaupun tak secara tetap)adakah untuk kebaikan RTM atau untuk kepentingan individu tertentu yang datuk sendiri baru kenal @ tak kenal lansung di sebalik bayang-bayang yang selalu menunujukkan wajah berbeza. Kata orang-orang tua lagi, kalu tak tau hendaklah bertanya, jangan segan dan ikut kata hati sendiri, lebih baik bertanya dari 'lu pikirlah sendiri' (pimjam kata2 nabil), org tua jugak berkata kalu kita asyik dapat maklumbalas dari org yang sama, lambatlaun kita pun sama dengan mereka, jadi bertanya lah pada semua untuk kebaikan RTM bersama, jangan nanti gambar datuk pun di buang setelah meninggalkan RTM...Sekian
sokong anon4.48 & 2.01.... diy perlu kerap ke bawah....menyelami permasalahan golongan bawahan yang keras bekerja........"penduduk pprt" bilik berita semakin tertekan dan di tekan...harap dapat luang massa seminit dua bersama kami........
datuk,
RTM memang punya misi nasional. tapi sekarang ni, nampaknya RTM telah menjadi lambakan bekas2 penyiar TV3, sampai ada yang diambil buat 'consultant'. Bekas2 penerbit TV3 turut berleluasa di RTM sekarang.
Berapa agaknya kos program 'pencarian ikon RTM' yang menjelajah dari hotel2 5 bintang di seluruh negara tu?
Berapa agaknya kos yang dibayar kpd. Yusanani ye...?
datuk,
saya amat sedih mendengarkan perkhabaran bahawa meja sukan rtm akan ditutup dengan kos sebagai faktor dan alasan.
sebagai orang yang biasa dalam dunia bisnes media, saya percaya datuk faham betapa persekitaran media malaysia cenderung kepada dua faktor yang jadi tarikan utama - hiburan dan sukan.
perlu diterima hakikat bahawa rtm, di sebalik segala usaha yang sudah dijalankan, amat jauh ketinggalan daripada stesen-stesen televisyen lain daripada segi kualiti pengisian program dan liputan berita membabitkan perkembangan hiburan.
apa yang ada, dan jadi kekuatan rtm, ialah liputan dan program bertunjangkan sukan, ketika tiada stesen lain berupaya untuk meyaingi apa dipaparkan rtm - sudah tentunya diterajui oleh rakan-rakan di meja sukan.
datuk,
saya mohon pertimbangan, kebijaksanaan dan budi bicara datuk untuk memperhalusi dan melihat secara lebih tepat mengenai langkah penutupan itu...apakah ianya sesuatu yang wajar dilakukan - sacrificing the asset thay you have?!.
let common sense and wisdom prevail, not something else, sir!
Ahmad Khawari Isa
DATUK,
RTM sejak kebelakang ini ada macam2 juru - termasuklah jurulatih pembaca berita baru. usaha yg bagus - tp nampak gayanya, hasilnya taklah seberapa. gaya bacaan berita yg masih tidak mantap2. tiada daya tarikan.
nampaknya sekadar satu pembaziran.
di tv - sebutan perkataan masih banyak juga yg salah. antara contohnya;(dalam slot peristiwa) cendekiawan tp disebut cendiakawan. terlalu kerap. di mana penerbit, penolong penerbit, penerbit penyelaras..? macam kerja lepas tangan aje...
betul tu saya sokong..agenda siapalah agaknya..ades...bawak masuk veteran tv3 yang gaji nya..hmmm fikir sendirila....
Datuk,
Minta perhatian iklan Satu Malaysia masih gagal memaparkan kaum-kaum lain di Sabah dan Sarawak. Apa kata orang iban, melanau, dusun, bidayuh, penan di sana bila tengok TV tapi hanya tunjuk yang 1 Malaysia hanya untuk Melayu, India dan Cina semata.
Iklan berkaitan di radio RTM pun masih dengan 3 kaum terbesar tersebut. - AEX2121(yeop mantap)
please come over to my blg and watch my video report on Anwar's sodomy trial
dari 5,000 yang diharapkan... 150 aje yang datang bersorak
http://marahku.blogspot.com/2009/07/anwars-sodomy-trial-starts-today.html
Salam Tok,
Pada hemat saya elok disiarkan semua perangai samada pemimpin BN atau Pembangkang, teruatam yang tidak beradab sopan itu. Tindakan beradab memang satu keperluan dan itu rakyat dah maklum. Tetapi kita kenalah perlihatkan kepada rakyat betrapa kurang ajarnya pemimpin pembangkang ( tidak semua ) apabila berhujah di Parlimen, dewan yang mulia itu. Dan semua itu rakyat mestilah dibertahu melalui paparan TV1.
salam datuk... dari wartawan kerdilll
Dato,
Thank you for your prompt action on the issues surrounding the sports desk. Appreciate it
ahmad khawari isa
Post a Comment