Oleh Yusof Haron (AgendaDaily)
Tiga tahun memerintah Pulau Pinang, DAP bukan saja gagal menunaikan manifesto lampu Aladin pilihanraya umum Mac 2008 tetapi lebih sibuk berpolitik dari mentabir negeri itu dengan cekap.
Kesimpulan ini tidak memerlukan memerlukan mikroskop ajaib.Cuma buka mata dan nilai sendiri.
Apa lagi buat anak watan Pulau Pinang seperti Datuk Zainal Abidin Osman yang tahu serata ceruk negeri itu.
Cuma masalahnya bila Ketua Perhubungan UMNO negeri Pulau Pinang ini bercakap begitu pasti dicop oleh pembangkang ia tembakan politik.
Zainal yang kerap berulang alik naik pesawat dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang mengaku salah satu kegemarannya ialah melihat negeri keliharannya dari udara bila pesawat nak mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas.
“Kalau kita melihat Pulau Pinang dari udara kita dapati negeri ini memang maju dan dipenuhi dengan kilang-kilang bertaraf dunia. Cuma jangan lupa semua kemajuan yang ada adalah hasil usaha kerajaan Barisan Nasional dulu.
Beliau tidak nampak langsung adanya pembangunan baru “ Jambatan kedua yang sedang dibina juga kita dapat lihat dari tingkap pesawat.Ia tidak ada kena mengena dengan DAP ...itu projek kerajaan pusat,” katanya dalam interbiu dengan Agendadaily di pejabatnya di Putrajaya Rabu.
Tolak sebelah sentimen politik.Katanya pergilah ke mana-mana tempat di negeri itu kalau ada nampak sesuatu yang special dibuat oleh kerajaan DAP selama ini.
“ Semua orang sudah tahu sejak perintah sampai sekarang satu pun rumah murah mereka tidak bina.
Bagi Zainal Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng lebih banyak bermain wayang dari mentadbir negeri itu.
“DAP ternyata gagal menunaikan janji.”katanya berkali-kali.
Beliau berkata lojiknya takkanlah dalam tempoh tiga tahun mereka memerintah kilang-kilang yang beroperasi di negeri itu dapat dibangunkan.
Semua itu mengambil masa yang relatifnya agak lama dan pemimpin yang bertanggungjawab mencetuskan pembangunan pesat negeri ini ialah mendiang Tun Dr. Lim Chong Eu.
Datuk Zainal juga menganggap selain dari seorang negarawan yang sukar dicari ganti dalam konteks membangunkan Pulau Pinang, Chong Eu seorang yang kuat bekerja dan mempunyai wawasan tersendiri.
Chong Eu katanya sanggup berkompromi dengan mengenepikan prinsip peribadi dan parti (Parti Gerakan) semata-mata kerana mahu melihat Pulau Pinang dan rakyat dari berbagai latarbelakang dan agama hidup menikmati hasil kemajuan.”
“Dia sedar Pulau Pinang tidak mungkin boleh maju seperti hari ini jika Gerakan kekal sebagai pembangkang di sana. Kerana faktor inilah Gerakan bersetuju untuk bergabung dengan lain-lain parti membentuk Barisan Nasional dan memerintah negeri ini secara bersana-sama.”
Ketika ditanya, Datuk Zainal berkata Pulau Pinang bernasib baik kerana usaha Chong Eu diambil alih dan diteruskan oleh penggantinya Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dan hasilnya Pulau Pinang di zaman Barisan Nasional menerajuinya kekal maju dan menjadi negeri contoh.
Beliau hairan ada orang yang ‘gelap mata’ khususnya yang taksub menyokong pembangkang boleh mendakwa Pulau Pinang seperti yang ada hari ini adalah berkat lampu Aladin DAP.
Menurut Zainal DAP hanya ‘ cuci kaki’ masuk bawa beg kosong ke sebuah negeri yang sudah pesat maju ketika mereka menang dalam PRU 12.
“Nak buat macam mana Guan Eng popular dikalangan orang-orang Cina walaupun dia banyak buat salah,”katanya.
Beliau menilai kerajaan DAP Pulau Pinang masih bermentaliti pembangkang sekalipun mereka memerintah.Sebab itu masa lebih banyak terbuang berpolitik dari membangunan negeri.
“Agak lucu DAP setelah tiga tahun memerintah Pulau Pinang, mereka bersikap sama seperti dulu, asyik membangkang saja. Mereka terlupa sebagai kerajaan, tugas mereka membantu orang ramai dan membangunkan negeri.
”Lihat kes Kampung buah pala, janji lain dan perbuatan lain,yang menjadi mangsa akhirnya ialah penduduk yang pernah memilih mereka dulu,”katanya.
Beliau juga ‘ kesian’ melihat cara kerajaan DAP perlakukan PAS yang rakan sebantal mereka dalam pakatan rakyat.
“Apa yang menyedihkan ialah PAS turut terlibat, setidak-tidaknya membantu membawa kemenangan kepada kerajaan PR di negeri tetapi ia gagal mendapat sebarang jawatan penting.”
“Calon mereka dijanjikan oleh tokoh utama PKR jawatan yang dipertua majlis ugama lslam negeri, namun ini tidak berlaku.
“Jawatan EXCOpun PAS tak dapat. Lihatlah cara DAP layan PAS, itupun mereka tetap menyokong membukta tuli.Gunalah fikiran, gunalah kewarasan. Jangan kerana politik, mereka sanggup gadaikan prinsip dan juga agama”katanya.
Lebih teruk lagi PAS seperti bersetuju dengan label Khalifah Umar Abdul Aziz pada Guan Eng.
“Fikirlah, betul ke dia macam khalifah lslam itu, janganlah main politik lebih-lebih, jangan tipu rakyat.
Seperti mesejnya ditujukan kepada PAS, Zainal mendedahkan beliau merasa hina ,sedih dan sangat keciwa kerana ada kejadian pemberian peruntukan untuk rakyat miskin dibuat ditokong dan orang lslam turut beratur untuk menerimanya.
”Sampai saya kata, tak payah pergi ambil dimasa hadapan, datang jumpa saya dan saya akan ikhtiar untuk mencari dana bagi membantu orang-orang miskin ini,”katanya.
Menjawab satu soalan, Datuk Zainal berkata perubahan mood rakyat di negeri ini terutama pengundi-pengundi Cina adalah kerana “dasar, ketelusan serta wawasan dan perlaksanaan transformasi politik dan ekonomi yang dibuat Perdana Menteri”
“Rakyat di negeri ini melihat kesungguhan Najib dalam usaha pembangunan dan dasar-dasarnya untuk semua. Dan konsep 1 Malaysia terbukti diterima dan sangat releven serta disenangi oleh semua orang.
“Saya setuju Datuk Seri Najib adalah satu faftor perubahan mood rakyat . . .mereka (pengundi Cina) mulai memberikan sokongan kepada kita terutama usahawan Cina yang dapat melihat prestasi ekonomi kita dibawah kepemimpinan Najib sejak beberapa tahun kebelakangan ini”katanya lagi.
Datuk Zainal baru enam bulan menjadi Ketua Perhubungan UMNO negeri mengantikan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Untuk rekod, Datuk Zainal ialah bekas Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.Bekas ahli parlimen Nibong Tebal ini ialah Penasihat khas Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
Interbiu penuh Zainal dengan Rosli lsmail dan Yusof Harun akan disiarkan dalam ruangan Eksklusif Bersama Agendadaily kelak.- AgendaDaily.
Thursday, May 26, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment