Kejadian semalam di mana Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (KuNan) menerima kecelakaan kerana rumahnya terbakar adalah satu berita sedih. Penulis berasa syukur kerana KuNan dan keluarga terselamat. Ini kerana KuNan telah banyak berjasa kepada bangsa dan negara. Oleh itu, parti masih memerlukan khidmat beliau untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai. Perjuangan lain termasuklah melawan pembangkang yang kini semakin rancak memainkan isu yang boleh menarik perhatian orang ramai menyokong mereka.
Setiap parti mempunyai tugas masing-masing iaitu menarik perhatian orang Islam, Cina dan bukan Cina. Mereka boleh bercakap apa saja di bawah matahari untuk memalukan UMNO atau Barisan Nasional. Mereka juga boleh bercakap tidak senada termasuklah hanya memperjuangkan sesuatu kaum dalam ceramah mereka. Dalam ceramah ini diselitkan dengan apa saja yang terlintas di fikiran tanpa perlu memikirkan apa yang sudah dipersetujui selama ini. Oleh itu, penulis yakin PDRM mempunyai anggota untuk memantau mereka yang sengaja memainkan sentimen perkauman untuk menarik sokongan. Siasat mereka dan jika mempunyai bukti, maka teruskan usaha untuk memastikan mereka dihadapkan ke muka pengadilan.
Penulisan mengenai kecelakaan KuNan itu ingin dikaitkan dengan sumpah laknat oleh Datuk T dengan kepercayaan rakyat. Andai jika kecelakaan itu menimpa salah seorang atau ketiga-tiga orang yang menggelarkan mereka Datuk T sudah tentu sesetengah pihak akan menganggap bahawa tuhan sudah memberi petunjuk. Mereka akan berkejaran ke sana sini untuk menyatakan bahawa tuhan sudah melaknat mereka yang membuat sumpah. Kita berdoa agar Allah SWT akan melindungi mereka yang benar dan jujur dalam kes ini.
Bagi Datuk Sri Mohd Shafie Apdal, musibah yang menimpa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak disingkirkan daripada kerajaan sehingga sekarang adalah petunjuk bahawa Allah tidak reda beliau menjadi Perdana Menteri. Naib Presiden UMNO berkata, semua kejadian itu perlu direnungi oleh rakyat kerana segala yang berlaku adalah ketentuan-Nya. "Ini semua menunjukkan Allah tidak reda Anwar menjadi Perdana Menteri. Banyak petunjuk yang diberikan tetapi kenapa masih ada kumpulan yang fanatik dan taksub dengannya? "Mengapa sampai sekarang masih ada lagi yang tidak nampak (kebenaran)," katanya semasa merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Batu Pahat semalam. DS Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, rakyat perlu sedar dan tidak lagi diperbodohkan dengan sikap Anwar yang 'depan cakap lain, belakang cakap lain'.
Jika itulah petunjuk selama ini yang diberikan oleh Allah SWT, maka tiada sebab lagi untuk penyokong PKR terutama mereka yang datangnya daripada UMNO untuk segera balik ke pangkal jalan bagi memperkuatkan barisan. Apakah mereka mahu tunggu sedikit masa lagi untuk Allah SWT menunjukkan malapetaka lain? Hakikatnya sejak dipecat pada 1998, DSAI sentiasa dirundung malang dan pengikut taksubnya segera mengabadikan perkataan KONSPIRASI untuk menunjukkan ketua mereka menjadi mangsa. Tidak terfikirkan mereka bahawa apa yang berlaku itu sebenarnya petunjuk Maha Kuasa untuk menyedarkan manusia bahawa DIA masih menyayangi hambanya untuk membenarkan mereka membuat taubat nasuha. Ini perlu difikirkan masak-masak oleh DSAI dan pengikutnya agar mereka tidak terlambat. Jangan biarkan nasi menjadi bubur. Itupun masih boleh dimakan dan janganlah nasi jatuh ke dalam tandas yang hanya sesuai dimakan oleh ulat-ulat saja.
bersambung.....
Monday, May 9, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment