Tuesday, May 3, 2011

PENGAKUAN TAK KUNJUNG TIBA (1)

Oleh Ibrahim Yahaya

Ketika ramai pihak yang berusaha menampilkan bahawa orang yang berlakon dalam video seks seperti yang dikemukakan oleh Datuk T beberapa ketika dulu adalah Datuk Sri Anwar Ibrahim, eloklah kita lihat implikasi jika perkara itu benar dan betul. Ini penting kerana ia akan mengubah perjalanan politik di negara ini terutama menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 yang akan diadakan tahun ini awal tahun depan. Penulis lebih cenderung untuk mengulas jika DSAI membuat pengumuman bahawa 'sayalah lelaki tersebut' seperti yang dilakukan oleh Datuk Sri Dr Chua Soi Lek.

Apa akan berlaku jika DSAI membuat pengakuan itu? Pertama rakyat akan tahu bahawa selama ini satu sandiwara tahap tinggi sudah berlaku dalam politik negara terutama pelakon utamanya DSAI yang diperlihatkan selama ini sebagai seorang yang alim, berbudi bahasa dan bermoral, setidak-tidaknya oleh keluarga dan pengikutnya. Sandiwara ini pula pasti tidak terlepas daripada kaitan dengan pemimpin pembangkang lain seperti Datuk Seri Hadi Awang dan DS Nik Aziz Nik Mat yang selama ini menyifatkan DSAI adalah pemimpin yang boleh membawa Malaysia ke hadapan atau dalam ertikata sebenar pemimpin yang dianugerahkan oleh tuhan. Bagi pemimpin DAP, itu tidak penting kerana apa yang tercalit dimuka mereka bukan satu perkara memalukan kerana yang maha penting ialah dapat memerintah negara ini menerusi DAP atau pepatung yang bersedia untuk menggerakkan kepala, tangan dan kaki mereka.

Kedua, pengakuan DSAI akan merupakan satu bom atom kepada pembangkang yang selama ini menyusun strategi, menghendap dan menyerang segala kepentingan BN yang menjadi kerajaan pada bila-bila masa dan ketika. Malah ulama juga digunakan untuk melabelkan UMNO sebagai parti tengkorak kering. Ini dilabelkan oleh seorang penceramah yang sering membuat ceramah mengenai agama Islam terutama di masjid-masjid di Terengganu. Setiap kali ceramahnya orang akan terhibur dengan lawaknya termasuk lawak UMNO itu. Bom ini akan menghancurkan parti pembangkang yang selama ini mempertahankan 'anugerah tuhan' dan beria-ia menyatakan ia adalah satu konspirasi UMNO yang mahu terus memerintah.

Momokan konspirasi ini dilihat sebagai satu usaha untuk menyatakan UMNO sebuah parti yang berniat jahat dan sentiasa berusaha untuk memalukan pemimpin pembangkang. Apa yang dibuat oleh BN adalah konspirasi sehinggakan membawa pemimpin yang ditangkap rasuah pun dikatakan konspirasi. Rakyat juga sudah mual dengan tindakan mengaitkan konspirasi dengan segala-galanya termasuklah jika seseorang pemimpin pembangkang terjatuh dalam bilik air juga dikatakan konspirasi UMNO. Umno yang melicinkan bilik air itu atau tidak menasihatkan agar bilik air itu tidak dipasang alat pemegang bagi membolehkan seseorang pemimpin pembangkang itu berpaut. Atau jika ada pemimpin pembangkang mendapat buasir, ini adalah konspirasi UMNO untuk menolak 'bahagian tertentu' dalam alat membuang air pemimpin pembangkang. Bagi penulis, tanpa konspirasi ini, rakyat tahu parti yang terbaik untuk memerintah negara ini dengan melihat apa yang dilakukan oleh BN yang diwakili oleh pelbagai kaum.

Bezanya, BN dianggotai oleh parti-parti komponen yang 'tidur dan mimpi sama' sedangkan pembangkang yang dianggotai oleh parti cacamerba yang 'tidur ayam dan mimpi berlainan'. Tidur ayam takut ditikam dari belakang atau mudah lari jika pengikut parti menuduh pemimpin membuat kesilapan dalam penggabungan itu. Mimpi yang sama itu bermaksud walaupun mereka mewakili pelbagai bangsa dan kaum, mereka mempunyai satu matlamat untuk memastikan Malaysia terus stabil dan makmur. Terbaru Gagasan 1Malaysia yang mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian. Semua parti komponen BN bergerak ke arah itu bagi memastikan rakyat mendapat perkhidmatan terbaik daripada kerajaan selain memastikan semua pihak bekerja kuat untuk memastikan pencapaian sentiasa menjadi keutamaan. Mereka yang lemah perlu diketepikan terutamanya dalam memilih calon-calon BN pada PRU13 ini.

Namun bom itu akan segera menjadi bom plastik bergantung kepada ketangkasan 'unit pemusnah bom' pembangkang untuk melancarkan propaganda menyerang balik seperti menyatakan inilah pemimpin yang baik dan bagus kerana sanggup 'mengaku' dan 'bertanggungjawab'. Persoalannya apakah setelah sekian lama membabitkan jutaan wang, tenaga dan masa terbung begitu saja dan nama Negara dilihat serong oleh orang luar apatah lagi mereka yang selama ini memandang tinggi terhadap Malaysia. Oleh itu, penulis sudah tentulah mahu melihat bagaimana pula unit pelancar propaganda kerajaan membuat serangan selepas pengakuan itu dibuat. Jika tiada serangan bertubi-tubi sudah tentu ramai pengikut parti pembangkang terutama yang taksub akan segera memaafkan DSAI jika pengakuan itu dibuat. Ibarat buang yang keruh, ambil yang jernih. Kalau dah terbakar dan hitam legam, nak buang yang mana?

bersambung...

3 comments:

Anonymous said...

sekiranya anwar mengaku, sy x heran.tp beranikah dia bersumpah?sy pcaye org di keliling anwar tau itu adelah anwar dn sekiranya pengakuan dibuat,ini hanya akan melemahkan kepimpinan pmbgkang yg brsemangat mnghentam krajaan slame ini.confession and oath bring different weight as evidence.ingt,die seorg muslim.jgn main2 brader.

Anonymous said...

sekiranya anwar mengaku,apakah tindakan yang akan diambil oleh kerajaan?.tp benarkah itu anwar sy pcaye org di keliling anwar tau itu adelah anwar dn sekiranya pengakuan dibuat,ini hanya akan melemahkan kepimpinan pmbgkang yg brsemangat mnghentam krajaan slame ini.confession and oath bring different weight as evidence.

Anonymous said...

tertanya2 siapakah anwar ini?hanya manusia biasa...tiada pangkat mungkin ada harta...tapi kenapa hampir saban hari dibicarakan soal moral beliau???apakah Malaysia tidak punya isu yang lebih utma?dimana rakyat kini terlalu susah dengan kenaikan harga brg,masalah sosial,jenayah dan sbgnya...renung2kan....kenapa Datuk SK bersumpah menyatakan beliau ada dlm video tersebut,tetapi sebagai orng islam bertuhan ALLAH,tidak terasa malukan beliau bersumpah didalam rumah ALLAH,tetapi tidak melarang Ds Anwar(jika benar)melakukan zina?mana lebih mulia disisi ALLAH mencegah atau bersumpah???cuba kita renung dan kita fikir-fikirkan sejenak.....