Oleh Ibrahim Yahaya
Setiap kali penulis menghadiri Majlis Pelancaran Kampung Tanpa Wayar (KTW) oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato Seri Dr Rais Yatim, suasananya amat menyegarkan dan berinformasi. Walaupun majlis itu diadakan di pelusuk kampung sama ada di Kelantan, Johor, Melaka atau di Sarawak, ia sentiasa membawa satu transformasi maklumat kepada penduduk setempat.
Sebelum pelancaran pelbagai kegiatan diadakan termasuk pameran dan pendedahan kepada golongan remaja mengenai usaha menggunakan kemudahan internet. Ini termasuk mengajar mereka membuat satu persembahan video mudah yang membabitkan pelajar-pelajar sekolah. Mereka diajar mengenai teknik untuk membuat video secara berkumpulan dan di akhir program itu, hasil karya mereka akan dinilai. Pendidikan sehari itu berjaya mencerna pemikiran yang kreatif dalam menghasilkan klip video yang menarik dan berinformasi.
Bahagian Pembangunan Kandungan dan Bidang Pertumbuhan akan membawa pakar mereka untuk memberikan pendidikan kepada pelajar mengasah bakat mereka. Mereka juga digalakkan menggunakan kreativiti dan imaginasi untuk menghasilkan klip video yang bermutu. Bayangkan dalam sehari mampu menghasilkan video klip yang baik, sudah tentu jika diberikan tempoh masa yang panjang, pasti video amat kreatif akan dihasilkan.
Pameran yang diadakan juga menyedarkan pengunjung untuk memahami peranan SKMM dalam menyemarakkan industri kreatif selain membuat pemantauan dan penyeliaan. SKMM juga bertanggungjawab dalam membangunkan industri kandungan dengan mengadakan pelbagai program yang dapat menarik minat orang ramai terutama golongan muda. Mereka mengadakan kerjasama dengan RTM dan Filem Negara untuk satu pertandingan produk video yang mendapat sambutan hangat daripada golongan remaja.
Ketika majlis pelancaran KTW, Menteri KPKK akan menyerahkan netbook 1Malaysia kepada golongan yang memerlukan terutama pelajar cemerlang dalam bidang pelajaran. Menerusi pemberian netbook ini, pelajar boleh menggunakannya untuk melayari internet apatah lagi setelah kampung mereka mempunyai kemudahan jalur lebar. KPKK juga menyerahkan netbook kepada ketua-ketua kampung bagi kemudahan urusan pentadbiran kampung di samping menggalakkan mereka menggunakan teknologi baru terutama dalam mendapatkan pelbagai maklumat. Projek penyerahan netbook ini akan diteruskan sehingga satu juta rakyat negara ini mendapat kemudahan hasil dasar mendahulukan rakyat sepanjang masa.
Thursday, May 12, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
video sex ke?
Transformasi Palsu - Politik BN Politik Setan. Undi BN Undi HARAM. Adik2 wajib bersumpah tidak akan mengundi BN.. Sayang adik :-)
>>>>>http://blog1malaysia.blogspot.com/<<<<<
Post a Comment