Friday, December 30, 2011

PEMIMPIN POLITIK DITAHAN

COLOMBO 29 Dis. - Seorang pemimpin politik dari parti pemerintah ditahan berkaitan pembunuhan seorang pelancong Britain di sebuah resort pantai di selatan Sri Lanka pada minggu lalu.

Pemangku Menteri Pembangunan Ekonomi, Lakshman Yapa Abeywardena berkata, pemimpin politik itu menyerah diri dalam satu usaha memburu orang yang bertanggungjawab ke atas pembunuhan Kuram Shaikah Zaman, seorang warganegara Britain yang berketurunan Israel.

Tambah beliau, lapan pasukan polis ditugaskan untuk menyiasat pembunuhan Zaman serta rakannya yang mengalami kecederaan dan sedang dirawat di sebuah hospital di Colombo. - AFP.

(Renungan Rimau : Minta dijauhkan di negara ini)

Wednesday, December 28, 2011

BN TELUS, PEMBANGKANG BOLOS.

Ada blog menulisnya. Ada ruangan facebook turut mengutipnya.. Ini mengenai dakwaan pegawai pejabat TPM yang menerima sogokan daripada pihak tertentu untuk memudahkan mereka bertemu TPM. Ertinya, 'tidak payah beratur' dan boleh potong barisan. Betul ke?

AgendaDaily melaporkan TSMY berkata beliau sendiri membacanya di blog dan tidak tahu apa-apa mengenainya.

Namun kata Timbalan Perdana Menteri beliau akan menyiasat dakwaan blogger berkenaan bahawa seorang setiausaha sulitnya menerima sogokan.

"Saya akan melihatnya. Saya akan meneliti apa jua yang dikatakan mempunyai kaitan dengan saya. Tapi sekarang saya tak akan mengulas lanjut tentang ini," katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada wartawan di kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Puncak Alam Selasa ketika diminta mengulas tulisan blogger Whistleblower 771 bahawa setiausaha sult berkenaan menerima lebih RM100,000 sebulan.-27/12/2011.

(Renungan Rimau : Siasat untuk mengetahui kebenarannya bukan perkara asing dalam UMNO dan BN. Malah ada yang didapati bersalah atau dilihat terpalit segera diminta mengundurkan diri atau automatik terus tergelincir dari pimpinan parti. Dalam parti pembangkang, bukan saja pemimpin itu terus menegak tetapi yang anehnya perundangan negara dipersalahkan. Malah ada yang menggalakkan demonstrasi menegakkan benang yang basah. Alahai).

Tuesday, December 27, 2011

SANDIWARA ANAI-ANAI

(Utusan Malaysia)PULAU PINANG 26 Dis. – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, RSN Rayer hari ini mencabar Prof. P. Ramasamy menunjukkan bukti siapa yang meminta pertolongan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang itu untuk mendapatkan projek.

Rayer berkata, kenyataan Ramasamy berhubung perkara berkenaan jelas menjatuhkan imej parti serta memberi persepsi buruk kepada masyarakat terhadap DAP.

Beliau turut mencabar Ramasamy mengemukakan nama individu dan projek yang terlibat serta melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Kenyataannya yang mengatakan ada beberapa individu dalam parti (DAP) meminta projek daripada beliau adalah tidak benar. Jika benar, saya cabar beliau kemukakan bukti.

“Saya berasa dukacita kerana tindakan beliau memalukan parti dengan membuat tuduhan melulu sedangkan semua orang tahu kita mengamalkan sistem tender terbuka bagi semua projek,’’ katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Menurut Rayer, tindakan Ramasamy itu jelas menunjukkan sikap tidak menghormati pucuk pimpinan parti.

Rayer turut ditanya ditanya mengapa beliau terpanggil untuk memberi kenyataan balas terhadap dakwaan itu sedangkan Ramasamy tidak menyebut sebarang nama.

Kepada soalan itu, beliau menegaskan, walaupun Ramasamy tidak menyebut nama, namun kenyataan ‘kepada yang mengkritiknya’ adalah merujuk kepada dirinya, ADUN Bagan Dalam, A. Tanasekharan dan Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh berikutan hanya mereka bertiga yang mengkritik Ramasamy selama ini.

“Karpal sudah memberi kenyataan balas pada Sabtu lalu manakala Tanasekharan pula sehari sebelumnya. Saya terpanggil untuk memberi kenyataan pada hari ini berikutan merasakan Ramasamy memberi kenyataan tidak benar,’’ katanya.

(Renungan Rimau : Mula-mula macam gaduh tetapi inilah sandiwara pembangkang yang akan berbaik semula apabila ketua anak-anai beri amaran kepada mereka. Ingat tak Karpal Singh minta DS Anwar Ibrahim bertaubat? Lepas tu, Kapal jadi peguambela DSAI. Ini sandiwara saja. Ingat itu.)

Sunday, December 25, 2011

ADA SUKA BUAT BUSUT

Oleh AgendaDaily

Ramai yang fikir isu perang mulut antara Pengerusi DAP Karpal Singh dan Timbalan Ketua Menteri 2 Dr P. Ramasamy semakin reda dengan komitmen jawatankuasa DAP Pusat tubuh badan khas selesaikan isu tersebut.

Tiba-tiba pagi Sabtu, Karpal Singh meletup lagi, apabila mengeluarkan kenyataan supaya Ramasamy meletak jawatan dari parti tersebut.

Semalam, media melaporkan, Ramasamy memberitahu bahawa wujud golongan yang sedang berkomplot untuk menggulingkan beliau.

Karpal berkata bekas ahli akademik itu perlu meletakkan jawatannya selepas membuat berbagai-bagai tuduhan serius terhadap pemimpin-pemimpin parti.

"Kedudukan Dr Ramasamy dalam kerajaan negeri tidak lagi dapat dipertahankan kerana dia telah mencabar keputusan jawatankuasa tiga anggota parti itu tidak merujuk masalah dalaman parti kepada pihak media," katanya dalam satu sidang akhbar pagi ini.

Karpal Singh berkata Dr Ramasamy telah mendedahkan dakwaan mengenai pemimpin-pemimpin parti dan ahli-ahli mana-mana tanpa asas.

Beliau merujuk kepada laporan dalam akhbar berbahasa Inggeris pada Jumaat yang memetik Dr Ramasamy sebagai berkata pengkritiknya berkomplot terhadapnya kerana dia tidak bertindak balas terhadap rundingan mereka untuk mendapatkan projek.

"Ini adalah satu tuduhan yang serius. Sehingga kini, Dr Ramasamy tidak menafikan membuat kenyataan itu," katanya.

Ramasamy yang juga Timbalan Setiausaha Agung DAP terlibat dengan pergaduhan dengan Karpal selepas mengeluarkan kenyataan "godfather" yang patut beri laluan kepada calon lain dalam pilihanraya akan datang.

Karpal kemudiannya membalas keras kenyataan tersebut dalam Konvensyen DAP Pulau Pinang.
 
DAP Pusat pada 15 Disember mengeluarkan kenyataan bahawa pergaduhan kedua-duanya telah diselesaikan.-24/12/201.

(Renungan Rimau : Orang Melayu jangan terpedaya dengan sandiwara ini. Dap dari dulu parti perkauman Cina. Jika ada yang nampak kuat, mereka akan dibiarkan bergaduh sehingga reput. Maka bolehlah mereka buat busut seperti kesukaan anai-anai.)

Saturday, December 24, 2011

BERPIJAK DI BUMI NYATA

(Utusan Malaysia) KUALA LUMPUR 23 Dis. - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengambil masa dua jam untuk menyiasat pejabat Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) di Jalan Solaris, Bukit Kiara di sini bagi membantu siasatan dakwaan penyelewengan isu dana membabitkan syarikat itu dan pembelian kondominium mewah di ibu negara.

Lapan pegawai SPRM, diketuai Penguasa Wan Abdul Rahman Wan Mohd. Salleh dilihat memasuki pejabat NFC itu sejak pukul 3 petang dan keluar kira-kira pukul 5 petang bagi mencari bahan yang boleh membantu siasatan.

Sebaik sahaja keluar, mereka dilihat membawa bersama empat sampul surat mengandungi dokumen-dokumen berkaitan termasuk sebuah unit pemprosesan pusat (CPU).

Sementara itu, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, pemeriksaan yang dilakukan petang ini mendapat kerjasama baik daripada semua kakitangan NFC.

"Tiada tangkapan dilakukan hari ini, hanya beberapa dokumen yang berkaitan disita bagi membantu siasatan berhubung isu NFC.

"Masih terlalu awal juga untuk SPRM memaklumkan status siasatan. Saya minta semua pihak beri ruang kepada SPRM untuk menyiasat secara terperinci berhubung isu ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

SPRM baru-baru ini memaklumkan, tindakan pengumpulan bukti dan keterangan telah bermula sejak isu berkenaan dilaporkan dalam Laporan Audit Negara 2010 yang menyatakan projek tersebut tidak mencapai sasaran yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

SPRM telah menerima aduan daripada satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mendakwa berlaku penyalahgunaan wang pinjaman yang diperolehi oleh NFC bagi membeli kondominium mewah berharga RM9.8 juta yang dibeli di Lembah Klang.

(Renungan Rimau : Ada rakan sudah menjangka bahawa pembangkang akan buat pentas ceramah dekat kondo yang dibeli oleh NFC jika DS Sharizat bertanding di Lembah Pantai pada PRU13. Pembangkang memang pandai buat gimik politik seperti dalam pilihan raya negeri Sarawak yang memilih bangunan yang Ada kaitan dengan TS Taib untuk buat pentas ceramah. DS Dr Khir Toyo didapati bersalah oleh mahkamah, pembangkang kata hooray, jika DSAI yang bersalah nanti, apa pulak kata pembangkang.)

Friday, December 23, 2011

EJEN 007 PAS BERAKSI

(Utusan Malaysia) KUALA LUMPUR 22 Dis. - Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali mendakwa beliau mempunyai bukti untuk mengaitkan Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali dengan agenda UMNO.

Sambil merujuk kepada satu pertemuan antara Hasan dan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa di sebuah hotel bersama sekurang-kurangnya tiga individu lain pada Ramadan lalu, Mustafa menegaskan, Hasan tidak boleh beranggapan pergerakan beliau tidak diketahui oleh pemimpin Pas lain.

Malah katanya, selain pertemuan itu, beliau juga mempunyai 'peristiwa' lain yang boleh mengaitkan Hasan dengan agenda UMNO.

"Saya mahu tanya apa yang dibincangkan pada pertemuan itu.

"Adakah ia berkaitan dengan politik atau ekonomi?

"Tapi saya tidak memaksa beliau untuk menjawab atau menafikannya.

"Terpulanglah kepada beliau," katanya pada sidang media di Bangunan Pas di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada desakan Hasan supaya beliau mengemukakan bukti bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia itu terperangkap dalam agenda UMNO yang mahu melemahkan parti tersebut.

Mustafa membuat kenyataan itu dengan merujuk kepada pelbagai kenyataan yang dibuat Hasan berhubung kontroversi yang melanda Pas ketika ini.

Ketika ditanya siapakah tiga individu lain yang turut serta dalam pertemuan itu, Mustafa bagaimanapun enggan mendedahkannya.

Malah, beliau juga menolak untuk mengulas lanjut ketika ditanya sama ada tiga individu itu adalah ahli perniagaan, ahli politik atau orang UMNO.

''Saya tidak akan mendedahkan lebih daripada itu, tetapi cukuplah untuk Hasan tahu bahawa kita (Pas) tahu pergerakan beliau," katanya.

Mustafa menambah, Hasan juga perlu mengetahui bahawa perjuangannya ketika ini tidak mendapat sokongan daripada mana-mana sayap parti.

Malah kata beliau, ahli di peringkat akar umbi juga tidak menyokong Hasan seperti mana yang didakwa beliau sebelum ini.

"Pada mesyuarat semalam, Dewan Ulama Pas dan Dewan Pemuda Pas Pusat telah menyatakan bahawa mereka tidak pernah berada di belakang Hasan," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Mustafa berkata, Hasan dan Nasharuddin serta Ketua Penerangan Pas Selangor, Saari Sungib akan dipanggil dalam satu mesyuarat khas bersama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, beliau menolak ketiga-tiga mereka dipanggil menghadap Jawatankuasa Disiplin Pas, sebaliknya menjelaskan ia hanyalah pertemuan biasa bagi mendapatkan penjelasan.

"Pertemuan itu juga akan diadakan secara berasingan," katanya.

Bercakap mengenai masa depan politik Hasan ekoran kontroversi itu, Mustafa berkata, beliau tidak berkeyakinan Hasan akan menyertai UMNO dan tidak pula beranggapan UMNO akan menerima Hasan.

Ini kerana kata beliau, dalam kedudukan Hasan ketika ini yang dilihat sedang 'diperangkap' UMNO, maka adalah menjadi kelebihan kepada UMNO untuk Hasan kekal di dalam Pas.

''Jika Hasan bercakap dari dalam Pas, orang (ahli-ahli Pas) akan percaya, tetapi jika Hasan menyertai UMNO dan menghentam Pas, ahli-ahli Pas tidak akan mempercayainya," kata beliau.

Mustafa menambah, dalam keadaan seperti ketika ini, adalah lebih baik untuk Hasan tidak lagi membuat sebarang kenyataan.

Malah, beliau turut menasihatkan Hasan supaya mencontohi sikap Nasharuddin yang memilih untuk menjauh daripada perangkap UMNO.

"Jika Hasan berhenti membuat kenyataan, maka pemimpin Pas lain juga tidak perlu menjawab, jadi kontroversi ini pun boleh berakhir,'' katanya.

Ditanya mengenai kedudukan Hasan sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Ke-13, Mustafa berkata, tiada siapa pun ahli Pas ketika ini yang dapat memastikan akan terpilih menjadi calon atau sebaliknya.

(Renungan Rimau : jaga-jaga ada ejen 007 ikut mana kita pergi. Nanti gambar masuk suratkhabar. Jika ejen Pas tahu, Kit Siang mesti tahu kerana Pas sekarang bekerja untuk Kit Siang. Alahai)

Monday, December 19, 2011

1MALAYSIAIPTV UNTUK RAKYAT

Utusan Malaysia - KUALA LUMPUR 18 Dis. – Sejarah media baru negara telah terukir hari ini dengan pelancaran televisyen Internet dan mobil pertama negara, 1Malaysia TV oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Televisyen interaktif yang boleh dilayari menggunakan telefon pintar dan tablet itu merupakan wadah dan sumber terbaharu bagi belia mendapatkan maklumat, berita dan mesej meliputi isu-isu semasa yang melibatkan golongan tersebut.

Dengan melayari www.1malaysiaiptv.com.my atau www.erama.tv/mobiletv, pengguna boleh mengakses rangkaian saluran menarik seperti RTM1, RTM2, TV3, TV AlHijrah, My Youth TV (MyTV), CCTV1, e-Korea TV dan Documentary TV.

Penasihatnya, Datuk Md. Afendi Hamdan, berkata pelancaran saluran Internet itu adalah sejajar dengan galakan kerajaan dalam membawa gagasan 1Malaysia ke dalam media baru yang canggih merangkumi dunia Internet, peralatan komunikasi digital dan telefon mudah alih pintar.

“Lebih membanggakan Malaysia Book of Records (MBOR) turut mengiktirafkan 1Malaysia TV sebagai saluran media baru pertama yang berkonsep 1Malaysia.

“Ia bertepatan dengan cita rasa golongan muda yang mahukan maklumat terkini dengan lebih pantas selain mampu meletakkan negara pada kedudukan dalam kalangan yang terbaik.

“Ini kerana, penyebaran maklumat menerusi media baru ini mampu menjamin kebolehan media tempatan menyebarkan pengisian maklumat ke dunia yang lebih luas tanpa sempadan.

“Dunia media baru mampu mencapai sasaran terutamanya bagi golongan muda yang amat bergantung kepada Internet dan peralatan telekomunikasi mudah alih pintar dalam kehidupan seharian mereka,” katanya pada majlis Pelancaran 1Malaysia TV di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Senator Datuk Maglin Dennis D’cruz serta pengarah filem Ahmad Idham.

Pada majlis berkenaan, Rosmah mendapat kejutan berupa sebuah kek sempena hari kelahirannya ke-60.

Tambah Md. Afendi, perkembangan pantas teknologi baharu yang telah mengubah cara hidup dan berfikir generasi masa kini kepada kehidupan yang serba canggih turut selari dengan pendekatan kerajaan selama ini.

“Justeru, bagi menyahut usaha-usaha kerajaan ini, kita wujudkan kesinambungan di antara segenap lapisan generasi yang berbeza agar masyarakat bergerak pada aliran masa yang sama dan tidak ketinggalan,” ujarnya.

Aplikasi 1Malaysia TV juga boleh dimuat turun melalui iTunes App Store bagi iPhone, Blackberry App World (Blackberry) dan Android Market (Android) secara percuma selama tiga hari iaitu bermula hari ini dan akan mengenakan bayaran RM3 selepas itu.

Sunday, December 18, 2011

ELOKLAH BERSUMPAH KALI INI

Oleh AgendaDaily

Kalau dalam bab dakwaan liwat dan video seks Datuk Seri Anwar Ibrahim mengelak bersumpah di masjid...sekarang bagaimana dengan cabaran terbaru daripada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Cabaran itu bukan libatkan isu seks seperti sebelum ini tetapi ekoran dakwaan yang beliau buat sendiri terhadap bekas Perdana Menteri itu melibatkan surat Bank Dunia.

Anwar mendakwa semasa krisis kewangan tahun 1999 Dr Mahathir menulis surat kepada Bank Dunia untuk memohon bantuan pinjaman.

Ketua Umum PKR itu membuat dakwaan berkenaan dalam ucapannya di satu majlis makan malam yang tutut dihadiri oleh para duta asing Khamis malam.

Dakwa Anwar beliau mengetahui hal berkenaan selepas dibebaskan dari penjara kes liwat pertama semasa membuat kerja perundingan untuk Bank Dunia.

Bercakap pada satu majlis di Butterworth Sabtu, Dr Mahathir menegaskan tunjuk surat berkenaan jika dakwaan itu betul.

"Saya cabar dia bersumpah junjung Al-Quran di sebuah masjid dan saya sedia berbuat demikian jika perlu," katanya.

Bekas Perdana Menteri itu sebaliknya mendakwa bekas Menteri Kewangan itu yang selalu menguar-uarkan langkah-langkah yang diperkenalkan oleh Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dalam menyelesaikan krisis kewangan waktu itu.

Sementara itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Mohamad Nor Yakcop yang hadir sama di majlis itu mengesahkan bahawa Dr Mahathir telah menolak bantuan pinjaman Bank Dunia.

Katanya ada wakil Bank Dunia datang jumpa Dr Mahathir untuk bincang cara Malaysia dapat elak krisis kewangan pada tahun 1999.

Namun katanya bekas Perdana Menteri itu suruh dia meninggalkan pejabatnya.

Anwar ialah Menteri Kewangan dari tahun 1993 hingga 1998 semasa pentabiran Dr Mahathir.-17/12/2011

(Renungan Rimau : Mengapa negarawan ulung perlu bertindak sedemikian? Jawapannya mudah. Beliau tidak mahu Ada orang buat dakwaan tanpa bukti. Rakyat perlu tahu apa yang sebenarnya berlaku).

Saturday, December 17, 2011

MASIH BERMIMPIKAH KITA?

GEORGETOWN 17 Dis. – Seramai 310 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahagian Bukit Gelugor di sini keluar parti hari ini untuk menubuhkan sebuah badan dikenali sebagai Pertubuhan Kebajikan Sahabat Islam Pulau Pinang.

Timbalan Ketua Bahagian, Roslan Rahman Shah yang turut keluar parti itu berkata, pertubuhan itu akan dinaungi Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim.

Roslan yang menyertai parti itu sejak tiga tahun lalu, berkata, keputusan meninggalkan perjuangan mereka bersama PKR dibuat kerana kecewa terhadap parti itu yang “gagal membela nasib dan kebajikan rakyat”.

"Kami bertindak untuk keluar parti kerana tidak lagi mempercayai pucuk pimpinan parti di peringkat negeri serta pusat, dan tindakan mungkir janji yang ditonjolkan mereka (pemimpin) kepada kami di peringkat akar umbi,” katanya kepada pemberita di sini.

"Kami akan memperjuangkan nasib orang Islam di negeri ini khususnya orang-orang di Bukit Gelugor dan Pertubuhan kami adalah mesra BN,” katanya. – BERNAMA

(Renungan Rimau : Better late than never. Bilalah lagi ahli PKR hendak keluar beramai-ramai dari parti itu setelah mereka sedar dari tidur? Apakah mereka masih tidak nampak dengan apa yang berlaku dengan parti itu? Apakah mereka menunggu sehingga bulan jatuh ke riba? Atau rocket mencari orang Melayu untuk terus diperkudakan? Sukar untuk memahami orang sebegini.).

Friday, December 9, 2011

APAM - ANWAR PEMBELOT MELAYU?

Dengar cerita DS Anwar Ibrahim hendak melancarkan ABU - Asalkan Bukan UMNO untuk memastikan rakyat negara ini menolak UMNO pada PRU13.

Majlis pelancaran itu akan diadakan di seluruh negara.

Rasanya tindakannya itu sudah semesti menimbulkan kemarahan bangsa Melayu yang mengetahui bahawa UMNO lah parti keramat yang banyak menolong orang Melayu dan rakyat di negara ini sejak merdeka. Beliau juga dibantu oleh UMNO untuk menjadi orang penting di negara ini.

Oleh itu, ada pihak yang mencadangkan agar eloklah diadakan pelancaran APAM iaitu Anwar Pembelot Melayu. Mungkin ada bahagian UMNO di Selangor yang akan melancarkan perkara itu.

Dalam satu blog ada juga menyebut supaya pelancaran DAM iaitu DAP Anti Melayu dan kemudiannya MADAM iaitu Melayu Anti DAM.

Nampaknya banyak pelancaran singkatan akan diadakan.

Apapun, ABU tu nama rasmi untuk ASIA PACIFIC BROADCASTING UNION yang dianggotai oleh agensi penyiar negara-negara di Asia Pasifik.

Pasti anggota ABU tidak suka DS Anwar atau sesiapa saja menggunakan ABU untuk kepentingan politiknya.

BUANGLAH YANG KERUH

Pada 25 Ogos lalu, DuniaTiger ada menyiarkan bahan berita mengenai perlantikan Naguib Razak sebagai Ketua Pengarah Finas yang baru berkuatkuasa 1 September menggantikan Mahyiddin Mustakim yang tamat kontrak pada akhir Jun lalu.

Dalam tulisan itu, DT ada menyebut "perlantikan Naguib ini adalah satu perkara yang memeranjatkan bagi sesetengah pihak kerana sebelum dua nama disebut akan memegang jawatan itu ialah pengarah Ahmad Idham dan seorang ahli akademik, Dr Megat Al-Imran dari Universiti Putra Malaysia.

Itulah yang dikatakan rezeki di tangan tuhan. Bagaimanapun, Naguib bukan orang asing dalam bidang perfileman dan dokumentari kerana beliau pernah menghasilkan dokumentari seperti Anak Duyung, The Boatmaker & the Sea Glass Enclosure: Tokyo Invisible dan Becoming A King: Inside The Coronation of The Agong yang pernah disiarkan di saluran TV antarabangsa, Discovery Channel
."

Bagaimanapun, selepas tiga bulan ARTIKEL itu disiarkan, masih ada pihak yang membuat pelbagai komen dengan perjalanan Finas sekarang.

Adakah yang membuat komen itu datangnya daripada orang yang sama atau pun mereka yang benar-benar mahu menyatakan 'ada permasalahan' di Finas?

Bagi DT, eloklah mereka yang ada masalah itu bertemu dengan KP untuk 'menjernihkan air yang keruh', itupun jika ada. Jika tidak, berilah peluang kepada KP baru untuk menjalankan tugas dengan selesa.

Wednesday, December 7, 2011

APA TUNGGU LAGI?

Setiausaha DAP Perak Nga Kor Ming dianggap menghina kedaulatan Perak dan Institusi Diraja kerana mengeluarkan kenyataan "Perak Darul Kartun", kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Beliau berkata Anggota Parlimen Taiping itu tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana sebagai seorang pemimpin beliau perlu menunjukkan keperibadian yang baik kepada rakyat.

"Dengan sikap Nga ini, rakyat boleh menilai sendiri pemimpin macam inikah yang perlu diikut? Kata-katanya yang menggelar "Perak Darul Kartun" ini telah menghina Perak," katanya kepada pemberita selepas Hari Bertemu Pelanggan di Dewan Serbaguna Bangunan SUK pada Selasa.

Bernama melaporkan DS Dr Zambry diminta mengulas lanjut tindakan Nga yang mengeluarkan kata-kata seperti itu termasuk menghina Zambry pada majlis ceramah 9 Sept lepas.

Setelah dibidas pelbagai pihak termasuk ahli politik dan badan-badan bukan kerajaan, Nga baru-baru ini telah memohon maaf kepada DS Dr Zambry kerana menggelarkannya "hitam metalik". - AGENDAILY.-6/12/2011.

(Renungan Rimau : Daripada satu penghinaan kepada satu lagi penghinaan. Perkara ini tidak akan berhenti kerana pemimpin dap dididik untuk melakukan perkara seumpama itu bagi membuat provokasi. Inilah kejayaan parti rasis itu dalam memberanakkan lebih ramai pemimpin muda yang akan mengeluarkan apa saja yang terfikir di kepala mereka untuk menghina orang lain. Apa tunggu lagi?).

Tuesday, December 6, 2011

DAP BERANAK PEMIMPIN RASIS

Tahniah kepada dap, sebuah parti rasis kerana berjaya melahirkan ramai pemimpin yang rasis. Mereka sanggup menghina sesuatu kaum dan pemimpin.

Kali ini, mereka tidak boleh lari lagi kerana dengan kecanggihan media sosial ini apa yang dicakapkan oleh pemimpin muda rasis ini dipaparkan dalam Youtube.

Sidang media yang dibuatnya baru-baru ini sudah tentu diarahkan oleh pemimpin tua dalam parti dan tiada pula disebut mengenai maaf berhubung perkataan 'haram jadah'.

Inilah kejayaan dap untuk meniupkan semangat perkauman dan selalu menghembuskan perasaan rasis kepada rakyat di negara ini.

Baca lagi blog Bujai untuk mengetahui apa yang diutarakan mengenai pemimpin rasis ini.

Monday, December 5, 2011

AKTA UNTUK KEPENTINGAN SEMUA

SEMALAM ketika menonton Perlawanan Badminton Persahabatan di antara Pasukan D'Sury dan RTM di Politeknik Merlimau, Melaka, Dato Seri Utama Dr Rais Yatim (DASURY) menyebut kepada penulis bahawa beliau ada menghantar artikelnya ke Utusan Malaysia berhubung pemansuhan tiga Akta oleh DS Najib Razak pada 15 September 2011.

Penjelasan ini penting, kata DASURY, untuk menerangkan pengumuman Perdana Menteri itu, sehari sebelum perayaan Hari Malaysia, adalah rentetan Program Transformasi Kerajaan dan kali ini akan melibatkan perubahan dari sudut perundangan.

Pengumuman DS Najib di Angkasapuri membabitkan pemansuhan semua pemasyhuran undang-undang eksekutif yang menyebabkan Malaysia diprasangkakan sebagai negara yang masih di bawah pemerintahan darurat, pemansuhan ISA atau Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Buang Negeri 1959.

Artikel DASURY disiarkan oleh Utusan Malaysia hari ini.

Dalam tulisanya, DASURY menjelaskan undang-undang ini telah sekian lama dipertikai dan diprasangkakan oleh pelbagai golongan hak asasi manusia sejagat lantaran tidak memberi peluang penghakiman yang bertauliah.

DS Najib juga mengumumkan penilaian dan kajian semula terhadap beberapa Akta lain yang didapati tidak lagi selari dengan perkembangan hak-hak asasi manusia. Antara undang-undang dalam kumpulan ini ialah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Seksyen 27 Akta Polis 1967 (AP).

Tiga pemasyhuran darurat pada 1966, 1969 dan 1977 dimansuhkan bersekali dengan Akta Buang Negeri 1959 dalam sesi Dewan Rakyat yang baru berlangsung. ISA dan Akta Kediaman Terhad 1933 telah diumum untuk dibubar menjelang Mac 2012.

Tempoh sehingga Mac itu diperlukan kerajaan untuk membuat persediaan berkaitan kerja-kerja dan kuat kuasa peralihan. Selepas Mac 2012, Malaysia akan bebas dari perundangan kuasa eksekutif yang mengecualikan peranan penghakiman mahkamah biasa.

Langkah dan dasar berani DS Najib itu lantas menerima reaksi yang amat positif sekalipun pembangkang yang mulanya menyokong baik langkah realistik kerajaan itu tiba-tiba memilih untuk membantah Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 dengan tindakan keluar dewan pada sesi Dewan Rakyat tanggal 29 November 2011 sebaik sahaja Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengusulkan bacaan kali ke-3 untuk kelulusan mutakhir.

Reaksi secara ‘sokong-kemudian-bantah’ itu menampakkan ketidaksungguhan pembangkang menerima realiti keadilan bahawa kerajaan BN bimbingan DS Najib sesungguhnya berjaya membuktikan sifat dan peranan prihatinnya terhadap undang-undang lapuk yang perlu ditiadakan demi mewujudkan keseimbangan antara hak asasi manusia dengan tanggungjawab memelihara ketenteraman awam dan kepentingan majoriti rakyat.

Ikutilah tulisan Dr Rais Yatim dalam Utusan Malaysia hari ini di blog Akhbarcyber .

Friday, December 2, 2011

ORANG UMNO LAWAN PEMBANGKANG

Apabila Presiden UMNO sekarang mahu menekankan konsep ORANG UMNO dalam Ucapan Dasarnya semalam, sudah tentu ramai ahli UMNO tertanya-tanya mengenai tindakannya itu. Apakan tidaknya, kerana selama ini setiap pemimpin dalam ucapannya menyebut ahli UMNO yang bermaksud individu yang menjadi ahli parti itu tidak kira mereka berbangsa Melayu atau Bumiputera dari Sabah.

Perhimpunan kali ini, Presiden UMNO mahu ahli UMNO menjadi ORANG UMNO. Dalam ucapannya DS Najib berkata, "....pada perhimpunan kali ini, setelah saya belek-belek dan saya kaji-kaji pengalaman secara aktif selama 35 tahun dalam parti, bersempena pula UMNO sudah menjangkau satu umur yang sangat dewasa, berpengalaman dan matang yakni 65 tahun, elok rasanya kalau dikupas pula siapakah dan apakah ertinya menjadi orang UMNO.

Maksud saya, bilamana memperkatakan tentang parti, kita semua, sebenarnya, tidak cukup sekadar didefinisikan sebagai ahli UMNO. Sebaliknya, kita perlu menjadi orang UMNO. Makna kata, orang UMNO yang tergambar dan terpamer perwatakannya melalui tindak tanduk serta sistem nilai yang dipegang.


Tiga perwatakan yang dijelaskan dalam ucapan DS Najib ialah 1. Pertama sekali, orang UMNO itu adalah, orang yang taat dan setia kepada parti. Orang UMNO tidak akan sekali-sekali mengkhianati parti. 2. Nilai kedua orang UMNO itu adalah, orang yang cinta dan kasih kepada perjuangan parti. Seperti dimadah oleh Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, dalam lagunya… itulah kasih mesra, sejati dan mulia. 3. Orang UMNO itu adalah orang yang sanggup berkhidmat tanpa jemu dan sanggup berkorban. Pengorbanan adalah satu sifat yang harus bersebati dalam diri orang UMNO. Bersandarkan prinsip persalingan, orang UMNO harus menunjukkan keikhlasan berkhidmat kepada rakyat.

Daripada pengamatan penulis, Presiden UMNO mahu menekankan bahawa ORANG UMNO adalah individu yang terus menjadi ahli UMNO sehingga ke akhir hayat. Mereka ini akan tetap setia kepada parti dan sentiasa berkorban untuk memastikan parti terus relevan sehingga ada bulan dan bintang.

Orang UMNO adalah mereka yang mengutamakan parti daripada kepentingan diri. Mereka ini tetap memperjuangkan UMNO sepanjang masa walaupun tidak lagi memegang jawatan dalam parti. Orang UMNO adalah mereka yang seharusnya menjadi Khalid Al-Walid yang sanggup berkorban untuk parti walaupun ketika kemuncaknya.

Inilah ciri-ciri Orang UMNO yang ditagih oleh Presiden UMNO. Bukan ahli parti yang cepat merajuk dan membawa diri. Bukan ahli parti yang sanggup membelot dan menghancurkan parti semata-mata tidak terpilih menjadi calon pilihan raya. Bukan ahli parti yang bersekongkol dengan ORANG BUKAN UMNO yang mahu menjatuhkan parti demi mencapai cita-cita mereka.

Bukan orang UMNO yang memburuk-burukkan parti setelah mereka dipecat atau diketepikan kerana salah laku atau dikenakan tindakan rasuah. Mereka ini, walaupun didapati bersalah dari segi undang-undang bukanlah mempunyai lesen untuk memburuk-burukkan parti yang telah memberi tempat kepada mereka. Golongan ini harus bertanya mengapa mereka dikenakan tindakan. Adakah kerana sikap dan perangai yang tidak senonoh maka dikenakan tindakan? Atau parti keramat sengaja mengambil tindakan secara suka-suka? Mereka perlu bermuhasabah diri sebelum mahu menghancurkan parti keramat yang telah banyak berbudi kepada Malaysia.

Tindakan Presiden UMNO mahu menggunakan istilah Orang UMNO ini secara tidak langsung boleh memaparkan perbezaan besar antara parti keramat dengan parti pembangkang. Jika ahli PKR eloklah dipanggil Orang Anwar dan ahli DAP pula elok dipanggil Orang Kit Siang. Bagi Pas pula agaknya elok dipanggil Orang Haji Hadi ata Orang Nik Aziz. Ini memudahkan rakyat melihat pertentangan antara Orang UMNO dan Orang Anwar, Orang Kit Siang dan Orang Hadi/Orang Nik Aziz.

Orang Anwar ialah Azmin, Azizah dan Nurul Izzah manakala Orang Kit Siang ialah Guan Eng dan isterinya.

Semoga, tindakan Presiden UMNO mahu mengutarakan ciri-ciri penting Orang UMNO ini akan diselami dan dihayati oleh semua ahli UMNO sekarang.

Akhir kalam, DS Najib menyebut, "Di sudut lain, sambil menghadam peradaban Melayu, orang UMNO perlu bermuhasabah ke dalam diri masing-masing. Masih wujudkah semangat Tun Tuah di sanubari? Masih bergemakah kekentalan jiwa Tun Fatimah?

Mahu tidak mahu, orang UMNO harus berusaha tanpa jemu. Biar berdepan apa pun cabaran, pastikan UMNO menang, biar dilintang apapun dugaan, orang UMNO mesti terus berdamping dengan rakyat. Sedarlah kita bahawa, dalam sistem demokrasi, tidak ada tempat kedua. Kita wajib jadi juara. Kesimpulannya, kemuncak pengorbanan adalah menjunjung kepentingan dan maruah parti, bukannya kepentingan dan maruah peribadi.


Tepuk dada, tanya selera wahai ORANG UMNO.

Thursday, December 1, 2011

UMNO BERBUDI KEPADA MALAYSIA

(Gambar AgendaDaily)

Oleh Ibrahim Yahaya

Jika rakyat Malaysia terutama generasi muda yang mendengar Ucapan Dasar Presiden UMNO, DS Najib Razak, pagi tadi menerusi kaca televisyen atau di skrin besar di PWTC tidak dapat memahami dan menghayati sejarah perjuangan UMNO kepada Malaysia dan rakyatnya, maka negara ini akan menuju ke arah kemusnahan.

Sebaliknya, jika mereka faham dan hayati, alhamdulillah dan sudah pasti ada cahaya di hujung terowong untuk membawa Malaysia menjadi negara maju pada 2020 seperti yang diilhamkan oleh negarawan ulung, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ini penting kerana sejak 2008 lagi, pembangkang terutama dap yang dianggap ibu kepada segala kepala rasis di negara ini mula menyerang institusi yang ada roh Melayu seperti pasukan polis dan tentera, SPRM, kakitangan kerajaan sehinggalah kepada media yang mempertahankan orang Melayu iaitu Utusan Malaysia. Mereka menghina dan mencerca seolah-olah merekalah yang paling bersih dan jujur. Sebenarnya, merekalah yang bergelumang dengan taik dan kekotoran serta hipokrit. Mereka mempunyai pelbagai wajah yang adakalanya mampu memukau golongan yang keliru.

Tugas kepala rasis ini semakin mudah selepas menobatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) yang mendapat pelbagai manfaat sebagai rakyat dan pemimpin UMNO, menjadi jurucakap utama dap termasuklah sanggup bersekongkol dengan pendekatan 'matlamat menghalalkan cara' yang mampu mengharu-birukan pemikiran rakyat negara ini.

Pembangkang menyusun stategi untuk melenyapkan budi dan jasa UMNO kepada Malaysia dengan pelbagai fitnah dan tohmahan. Yang paling menyedihkan ialah menidakkan kepentingan wira dan wirawati negara dengan usaha mereka mengagungkan komunis sehingga menimbulkan kemarahan kepada bekas anggota keselamatan. Yang lebih menghiris hati ialah usaha mereka memperlekehkan negarawan ulung negara termasuklah Tunku Abdul Rahman yang berjaya memerdekakan negara menerusi perundingan.

Perbuatan pembangkang kini adalah satu peristiwa hitam dalam sejarah politik negara. Pembangkang seolah-olah dirasuk oleh nafsu bercelaru mereka dan menggunakan media baru untuk menghamburkan segala tohmahan terhadap kerajaan. Mereka juga sanggup mengetepikan titah Raja-Raja Melayu serta mempersendakannya. Raja-Raja Melayu yang sejak dulu lagi menjadi simbol perpaduan rakyat di negara ini tidak dihormati. Malah bendera Malaysia juga mahu ditukar oleh pemimpin parti rasis.

Oleh itu, hari ini, DS Najib terpaksa menjelaskan budi dan jasa UMNO kepada Malaysia terutama dalam membawa negara ini menjadi aman dan makmur. Bagi Presiden UMNO itu, bukan mudah untuk membawa Malaysia ke arah ini jika UMNO tidak mempunyai kesungguhan dan kebijaksanaan kerana banyak negara yang lebih dahulu merdeka dan mempunyai banyak hasil mahsulnya tersungkur dan semakin sepi di zaman ini.

Hakikatnya, budi dan jasa UMNO inilah yang membolehkan rakyat tidak mengira kaum mendapat faedah dan manfaat sepanjang masa. Waima pelaksanaan DEB juga telah menguntungkan orang bukan Melayu kerana mereka terus menjadi penerajui ekonomi walaupun ada bantuan diberikan kepada Bumiputera sejak merdeka lagi.

Usaha melenyapkan kepentingan dan jasa UMNO ini seharusnya ditentang oleh rakyat negara ini kerana dalam keghairahan pembangkang untuk mengejar impian mereka, kata nista dan cercaan semakin menjadi-jadi termasuklah melemparkan penghinaan warna kulit terhadap Menteri Besar Perak, DS Dr Zamry Abdul Kadir.

Inilah kepala rasis yang perlu ditentang oleh orang UMNO dan Melayu kerana golongan ini pandai bermuka-muka dan mengambil kesempatan daripada kelemahan bangsa Melayu untuk mengapai impian mentadbir negara ini. Mereka inilah yang kini sibuk memperkudakan parti-parti Melayu pembangkang yang pemimpinnya seolah-olah dipukau dan ditarik hidung seperti lembu bagi memastikan cita-cita besar mereka tercapai.

Untuk itu, bangsa Melayu perlu bersatu terutama generasi muda agar peristiwa khianat dan pembelotan yang menjatuhkan Empayar Melaka tidak berulang kerana wujudnya Si Kitol dan Raja Mandeliar. Pembelot dan petualang ini perlu dicari sehingga ke lubang cacing agar kuasa Melayu tidak disingkirkan di bumi bertuah ini.