Sunday, December 25, 2011

ADA SUKA BUAT BUSUT

Oleh AgendaDaily

Ramai yang fikir isu perang mulut antara Pengerusi DAP Karpal Singh dan Timbalan Ketua Menteri 2 Dr P. Ramasamy semakin reda dengan komitmen jawatankuasa DAP Pusat tubuh badan khas selesaikan isu tersebut.

Tiba-tiba pagi Sabtu, Karpal Singh meletup lagi, apabila mengeluarkan kenyataan supaya Ramasamy meletak jawatan dari parti tersebut.

Semalam, media melaporkan, Ramasamy memberitahu bahawa wujud golongan yang sedang berkomplot untuk menggulingkan beliau.

Karpal berkata bekas ahli akademik itu perlu meletakkan jawatannya selepas membuat berbagai-bagai tuduhan serius terhadap pemimpin-pemimpin parti.

"Kedudukan Dr Ramasamy dalam kerajaan negeri tidak lagi dapat dipertahankan kerana dia telah mencabar keputusan jawatankuasa tiga anggota parti itu tidak merujuk masalah dalaman parti kepada pihak media," katanya dalam satu sidang akhbar pagi ini.

Karpal Singh berkata Dr Ramasamy telah mendedahkan dakwaan mengenai pemimpin-pemimpin parti dan ahli-ahli mana-mana tanpa asas.

Beliau merujuk kepada laporan dalam akhbar berbahasa Inggeris pada Jumaat yang memetik Dr Ramasamy sebagai berkata pengkritiknya berkomplot terhadapnya kerana dia tidak bertindak balas terhadap rundingan mereka untuk mendapatkan projek.

"Ini adalah satu tuduhan yang serius. Sehingga kini, Dr Ramasamy tidak menafikan membuat kenyataan itu," katanya.

Ramasamy yang juga Timbalan Setiausaha Agung DAP terlibat dengan pergaduhan dengan Karpal selepas mengeluarkan kenyataan "godfather" yang patut beri laluan kepada calon lain dalam pilihanraya akan datang.

Karpal kemudiannya membalas keras kenyataan tersebut dalam Konvensyen DAP Pulau Pinang.
 
DAP Pusat pada 15 Disember mengeluarkan kenyataan bahawa pergaduhan kedua-duanya telah diselesaikan.-24/12/201.

(Renungan Rimau : Orang Melayu jangan terpedaya dengan sandiwara ini. Dap dari dulu parti perkauman Cina. Jika ada yang nampak kuat, mereka akan dibiarkan bergaduh sehingga reput. Maka bolehlah mereka buat busut seperti kesukaan anai-anai.)

2 comments:

Postcard Printing said...

Oh Very cute. Thanks for update... Door Hangers

Anonymous said...

Tak mengapa, lepas ini akhbar Tamil akan mengeluarkan kenyataan mereka silap membuat laporan dan sebenarnya Ramasamy tak kata apa2 pun.