Tuesday, February 7, 2012

KAMPUS WAJIB AMAN

Oleh AgendaDaily.

PUTRAJAYA : Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi) Sabtu lalu bersama 19 NGO lain memulakan Jelajah Aman Kampus, Kembara Mahasiswa ke seluruh negara termasuk di 25 institusi pengajian tinggi sebahagi sebahagian usaha untuk mengumpul maklum balas bagi diserahkan kepada Perdana Menteri.

Selain itu, Presiden Aspirasi Mohd Shahar Abdullah berkata, program tersebut sebagai langkah penerangan kepada mahasiswa seluruh negara supaya golongan tersebut tidak terpengaruh dengan dakyah serta penipuan pihak yang cuba memutarbelitkan pemikiran mereka.

“Ancaman pemesongan pemikiran mahasiswa ini dilakukan untuk menanam perasaan benci kepada pemerintah melalui ruang siber, pengedaran risalah di kampus dengan tujuan merosakkan kepimpinan negara pada masa depan," katanya ketika berucap dalam majlis perasmian Konvoi Aman kampus, Jelajah Mahasiswa di Dataran Putra, Putrajaya pagi Sabtu.

Ahli Parlimen Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor melancarkan konvoi tersebut dalam satu majlis ringkas yang turut disertai oleh Pengerusi Majlis Belia Putrajaya Tun Faisai Aziz.

Menurut Mohd Shahar, program tersebut bermula 6 sehingga 19 Febuari melibatkan jelajah 20 kereta dan empat bas ke seluruh negara kecuali Sabah dan Sarawak.

"Untuk Sabah dan Sarawak kita akan adalah live telecast dengan mahasiswa di sana, kita akan kumpulkan sebanyak mungkin maklumat yang diperolehi dan akan serahkan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, sebelum beliau menemui mahasiswa dalam satu perhimpunan khas pada Mac nanti," kata beliau.

Program anjuran Aspirasi ini turut mendapat sokongan daripada berbagai-bagai NGO termasuk Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia, Gagasan Pelajar India 1Malaysia.

Program selama tiga minggu yang akan menjelajah ke-20 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan lima institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) itu adalah bersandarkan kepada empat asas utama.

Pertama, bagi memastikan suasana keharmonian dan kedamaian yang sedia ada di kampus sentiasa dipelihara agar penekanan sepenuhnya terhadap kecemerlangan sahsiah diri serta akademik dapat direalisasikan.

Kedua, bagi menyuntik semangat patriotik kepada mahasiswa agar terus memahami secara rasional terhadap dasar-dasar yang sedang dan akan dilaksanakan oleh kerajaan.

Ketiga, menyediakan sebuah wadah penyampaian maklumat yang tepat, berkesan dan terancang berkaitan penjelasan isu-isu semasa agar dapat member impak terhadap sosiopolitik negara serta pembangunan intelek mahasiswa.

Keempat, untuk menterjemahkan sokongan majoriti terhadap kepimpinan Perdana Menteri dan negara melalui kutipan tanda tangan mahasiswa serta warga kampus.-6/2/2012

(Renungan Rimau : Eloklah diingatkan kepada mahasiswa supaya tumpu kepada pelajaran dan tidak payah ikut mereka yang suka berdemonstrasi tetapi pelajaran entah ke mana. Mahasiswa harapan ibu bapa dan negara. Jangan jadi kacang lupakan kulit. Jika sudah ada ijazah atau phd, nak melalak buatlah. Atau masuk politik untuk dapat pendapatan yang baik terutama pemimpin pembangkang yang dapat berpuluh ribu sebulan jika mereka adalah ahli parlimen, Adun, Exco dan pengerusi anak syarikat negeri. Masyukk banyak...itu sebab semua tidak mahu lepaskan jawatan dan beri peluang kepada muka baru).

No comments: