Apa yang susah sangat hendak mengucapkan terima kasih selepas menerima hadiah atau sumbangan? Ini yang menimbulkan tanda tanya kepada penulis apatah lagi mendengar nasihat Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim dalam satu majlis di Jelebu semalam.
Dalam ucapannya, Dr Rais meminta rakyat yang sudah menerima BR1M itu mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menyerahkan baucar kepada mereka. Jangan ambil terus, tidak pandang kepada pemberi dan terus berlalu. Ini katanya bertentangan dengan usaha KPKK untuk menggalakkan nilai-nilai murni di kalangan masyarakat.
Oleh itu, mulai sekarang, mereka yang menerima BR1M perlu mengucapkan terima kasih kepada pemberi pada hari itu sama ada Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri atau sesiapa saja yang menghulurkan bantuan daripada kerajaan kepada rakyat.
Bagi sesetengah pihak perkataan 'terima kasih' itu kecil dan tidak perlu diucapkan tetapi ingatlah bahawa amalan ini perlu ditanam di peringkat diri sendiri lagi agar segala bantuan dan pemberian itu diterima dengan rasa kesyukuran.
Seterusnya perasaan terima kasih ini diterjemahkan kepada keikhlasan kerajaan dan menyediakan peruntukan untuk rakyat yang berpendapatan di bawah RM3,000. Inilah pertama kali sejak merdeka idea untuk memberi wang tunai sebanyak RM500 dilaksanakan oleh kerajaan di bawah pimpinan Dato Sri Najib Tun Razak.
Ini adalah rentetan kepada pemberian ikhlas kerajaan daripada pemberian RM100 untuk pelajar sehinggalah kemudahan asas untuk rakyat seperti Klinik 1Malaysia, Kedai 1Malaysia dan pusat penjualan ikan 1Malaysia yang sudah tentu ditujukan kepada rakyat berpendapatan rendah.
Oleh itu, jangan lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada pemberi BR1M. Jangan terpengaruh dengan sikap pembangkang yang menganjurkan, "orang beri kita ambil tetapi tidak perlu menyokong orang yang memberikan itu." Persoalannya mereka pula tidak memberi apa-apa selain janji kosong.
Thursday, February 2, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment