Dalam kajian oleh sekumpulan pensyarah UITM pada Julai hingga Disember 2011, mereka mendapati bahawa akhbar perdana adalah medium terakhir akan dibaca oleh rakyat manakala SMS/MMS akan menjadi sumber maklumat utama pada PRU13.
Kajian yang dibentangkan pagi ini di Minggu Media Sosial Malaysia (MMSM)di PWTC juga mendapati bahawa televisyen dan radio juga menduduki tiga tangga terbawah sebagai medium rakyat mendapat maklumat.
Selepas menemuramah kira-kira lebih 28,000 responden di seluruh negara, mereka mendapati selain SMS/MMS, rakyat akan mendapatkan maklumat daripada risalah, individu parti politik, ceramah, akhbar alternatif, akhbar tabloid, internet diikuti televisyen, radio dan akhar utama.
Hasil kajian ini sudah pasti perlu diberi perhatian oleh semua pihak yang bertanding pada PRU13 terutama kerajaan sekarang bagi memastikan mereka terus diberi mandat. Ini penting kerana dalam kajian itu juga mendapati lebih 65 peratus responden sangat puas hati dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan pada waktu kajian.
Bagi penulis, semua medium mempunyai kelebihan mereka sendiri dan sudah pasti jika dibuat bandingan di antara semua medium yang disenaraikan ia berada dalam kategori yang berbeza di mana ada yang boleh dihantar dengan cepat tetapi sedikit manakala ada juga yang perlu dibeli di pasaran tetapi penuh dengan maklumat dan penjelasan.
Apapun, pemimpin tertinggi parti politik sudah pasti merancang medium apa yang perlu digunakan dengan sebaik mungkin kerana dalam kajian itu juga memaparkan rakyat sudah tidak memperdulikan janji-janji pilihanraya sebaliknya mereka juga mahu melihat calon yang akan ditampilkan oleh parti. Mereka juga boleh menggabungkan penggunaan medium itu yang mendatangkan hasil terbaik.
Ini sudah tentulah membabitkan winnable candidate seperti yang dinyatakan oleh PM, DS Najib Razak yang mana dalam kajian ini memaparkan ciri-ciri mereka itu ialah penampilan yang baik, kukuh dalam plitik, berkebolehan, timbang rasa dan berdisiplin.
Wednesday, February 15, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment