Oleh Ibrahim Yahaya
KUALA LUMPUR: Siapa yang untung jika pemimpin politik di negara ini asyik menyebarkan fitnah dan membuat pelbagai tuduhan terhadap pemimpin lain? Mereka mengambil masa untuk mencari dan mencungkil kesalahan orang untuk kepentingan politik. Ada yang mengupah orang untuk menyebarkan tuduhan palsu itu.
Yang pasti, rakyat dan negara akan rugi. Yang tentu, rakyat akan merasa muak dan mereka pasti mengharapkan budaya ini segera diberhentikan sebaliknya berilah tumpuan kepada usaha membangunkan negara.
Untuk itu, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim, mahu budaya memfitnah dan membuat tuduhan terhadap pemimpin diberhentikan terutama di dalam media sosial dan akhbar.
Baginya, budaya ini bukan saja merobek perpaduan tetapi juga membantutkan segala perancangan untuk membangunkan negara ini. Apakan tidaknya, asyik berpolitik saja maka program membangunkan negara akan terabai termasuk menghasut rakyat menentang kerajaan.
Berucap merasmikan Bahagian UMNO Jelebu, Dr Rais berkata negara-negara lain seperti Singapura, China dan Australia tidak mengamalkan budaya membuat tuduhan ini. Ia bukan satu isu di negara-negara berkenaan.
"Malah media mereka dipenuhi dengan berita bagaimana untuk membangunkan negara" katanya.
Beliau berkata, di negara ini media sosial terutama facebook serta twitter menjadi saluran popular untuk menghina pemimpin dan pelbagai tuduhan dibuat untuk menjatuhkan maruah seseorang.
Umat Islam, katanya, perlulah menjauhkan diri daripada terjebak dalam budaya memfitnah ini dan jangan membuang masa dengan kerja-kerja yang tidak berfaedah itu.

1 comment:
Lawak betul. Yang Utusan dengan TV3 hari-hari buat apa?
Post a Comment