Wednesday, July 4, 2012

JANGAN TIPU RAKYAT



Oleh Ibrahim Yahaya

KUALA LUMPUR : Melihat gambar diatas sudah pastilah beberapa perkara yang akan terserlah di mata penonton. Pertama sudah tentulah tetamu yang ditemuramah dalam Wanita Hari Ini (WHI) pada tengah hari ini iaitu Datin Seri Rosmah Mansor. 

Kedua pastilah penonton akan dapat melihat super yang tertera iaitu Ekspresi Remaja Perdana Menteri. Untuk pengetahuan semua ini dinamakan super bagi tajuk perbincangan dalam WHI iaitu iaitu program remaja dan Perdana Menteri bukanlah super tetamu yang hadir iaitu DS Rosmah.

Super untuk tetamu biasanya digunakan seperti Datin Seri Rosmah Mansor, Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Jauh bezanya.

Seperti juga RTM dalam rancangan Selamat Pagi 1Malaysia yang menggunakan super yang sama iaitu Ekspresi Remaja Perdana Menteri, temuramah dengan DS Rosmah adalah mengenai program Persatuan Pandu Puteri Malaysia untuk menganjurkan program golongan muda bertemu dengan Perdana Menteri pada 7 Julai ini.

Bagaimanapun, alangkah malangnya ada pihak iaitu pemain media sosial yang propembangkang menyebarkan di internet dan twitter bahawa RTM dan TV3 telah menabalkan DS Rosmah sebagai Perdana Menteri hanya kerana kedua-dua stesen itu menggunakan super Ekspresi Remaja Bersama Perdana Menteri.

Ini satu tindakan tidak bijak untuk mengelirukan rakyat bahawa RTM dan TV3 sudah membuat kesilapan dalam membuat super itu yang seolah-olah kata mereka menabalkan DS Rosmah sebagai Perdana Menteri. Sudah tentu ini satu tindakan kurang bijak untuk memperbodohkan rakyat di negara ini.

Mereka yang melakukan perbuatan tidak baik ini perlulah memikirkan kesan terhadap tindakan mereka kerana jika dilihat apa yang ingin dilakukan oleh DS Rosmah ialah untuk menggerakkan remaja bertemu dengan pemimpin bagi memberi peluang mereka menyuarakan pandangan kepada Perdana Menteri.

5 comments:

zaza neza said...

sebenarnya.. mmg nama program tuh betol.. program ni mmg Program Ekspresi Remaja bersama Perdana Menteri..dh bnda ni akn diadakn d stadium merdake pd 7 julai ini.. :) tv3 mmg btol tp yg dtg msok tv td isterinya.. coz rosmah tu pon terlibat sama.. saya bercakap coz saya menyertai program ini.. jd tolonglah jgn wat cerita yg tak betul okay..tak tahu buat dunno je.. jgn sebar2kn cerita yg tak betul.. terima kasih

Anonymous said...

Biar apa jua rintangan,cabaran dan tentangan ,akan kami pertahankan "F.L.O.M" yang teramat kami kasihi.

Kasih sayang kami tidak pernah berbelah bahagi kepada "F.L.O.M" yang tak ternilai jasa dan pengorbanannya.

Semoga "F.L.O.M" sentiasa anggun di mata dunia

AriahJudah said...

Pelik betul le ada jugak orang yang sanggup buat dosa kering. senang2 saja buat fitnah. kononnya mau pengaruh pembaca le tu. Saya memang benci dengan orang cam ni datuk. Harap2 mrk cepat2 le sedar diri.

Anonymous said...

Teruskan usaha suci murni-mu wahai F.L.O.M. Walaupun banyak dugaan,kau masih anggun berdiri dan kami amat menyayangi-mu wahai F.L.O.M.
F.L.O.M. nama-mu harum diseluruh dunia.

Anonymous said...

Betapa kami menyanjung tinggi keanggunan dan kecantikan yang ditampilkan oleh F.L.O.M. yang sentiasa berkilau bercahaya,dihiasi dengan pakaian islam wasatiyyah yang sebenarnya.