Wednesday, May 16, 2007

HIKAYAT JINNAH BROK (19)

Ramai beruk sudah berkumpul di depan rumahku. Mereka ingin tahu sama ada berita mengenai Tok G mati jatuh daripada pokok itu benar atau sebaliknya. Aku sudah beritahu mereka berita itu tidak benar. Tetapi tidak seekor pun mahu berganjak. Mereka mahu kepastian. Mereka tidak mahu aku menceritakan apa yang tidak benar. Mereka mahu melihat sendiri Tok G hidup dan sihat. Jika Tok G tiada masalah mengapa berita itu disebarkan. Ibarat api marak ketika kebakaran musim panas.

Sebenarnya aku sudah menghantar rakan untuk mendapatkan berita mengenai Tok G. Cuma yang dia tidak buat ialah pergi ke rumah Tok G. Umbun hanya pergi setengah jalan. Lepas itu dia balik. Ini kerana Umbun sudah mendapat kepastian daripada Daun yang ditemui di pertengahan jalan bahawa Tok G tidak apa-apa. Daun memberitahu Umbun, Tok G hanya tergelincir saja dan sempat berpaut kepada beberapa dahan dan ke tanah. Tok G tidak jauh ke tanah. Setelah mendapat penjelasan itu, Umbun pun balik memberitahu aku dan beruk lain. Tetapi mereka tidak puas hati dan mahu Umbun pergi semula ke rumah Tok G. Mereka mahu Umbun menemui Tok G. Mereka akan berada di depan rumahku sehinggalah Umbun balik membawa berita sebenarnya.

Aku terpaksa menyediakan makanan untuk mereka. Jinnah pun ada bersama anaknya, Jibam. Anaknya diserahkan semula oleh manusia sehari selepas Jibam hilang bersama lori sampah. Bukan main gembira lagi hati si Jinnah. Kepulangan anaknya itu disambut meriah di mana Jinnah memberi makanan kepada jiran-jirannya. Dalam pertemuan itu, Jinnah menasihatkan ibu-ibu beruk supaya menjaga anak mereka baik-baik. Ibu bapa beruk jangan lalai menjaga anak-anak hingga menyebabkan mereka hilang. Janganlah sibuk memetik buah-buahan sehingga meninggalkan anak mereka. Janganlah sibuk makan di atas pokok sehingga anak di pangkal pokok dibiarkan berseekoran. Silap-silap menjadi habuan si ular sawa. Apatah lagi anjing liar yang kelaparan.

Menjelang tengahari, Umbun pun pulang. Dia membawa berita gembira bahawa Tok G masih hidup dan tidak mengalami sebarang kecederaan. Maka legalah beruk di kawasan penjagaanku. Mereka mula beredar selepas mendengar cerita daripada Umbun itu. Umbun turut memberitahu beruk-beruk di situ bahawa Tok G menasihatkan mereka agar jangan mendengar khabar-khabar angin yang disebarkan oleh beruk-beruk yang tidak bertanggungjawab.

Namun, beberapa beruk yang hadir di rumahku berpendapat bahawa jika tidak ada angin takkan pokok akan bergoyang. Oleh itu, mereka kata adalah lebih baik mengetahui yang sebenar daripada pihak-pihak rasmi yang boleh dipertanggungjawabkan. Umpamanya seperti aku, wakil beruk yang boleh memberi pengesahan mengenai sesuatu khabar angin. Wakil rasmi perlu segera menjalankan tugas mereka. Jangan biarkan berita itu tersebar tanpa sebarang pengesahan atau pembetulan daripada pihak rasmi seperti wakil beruk. Aku pun turut bersetuju mengenai perkara itu.

Memanglah selalunya perkara-perkara yang sensitif itu akan dibesar-besarkan. Namun, kesihatan Tok G memanglah menjadi perhatian beruk-beruk di Bukit Putra kerana ketika ini dia ialah pemimpin perwakilan beruk. Tok G batukpun perlu dipastikan ia bukan batuk kering. Tok G perlu sihat. Sebarang kejadian yang tidak diingini perlu ditangani dengan baik agar Bukit Putra diuruskan dengan baik.

Kini yang tinggal di rumahku ialah Jinnah, Jibam dan Ekson.

Aku terus membawa setandan pisang untuk mereka nikmati. Jinnah bercerita mengenai kejadian minggu lalu di mana seekor beruk yang dihormati di bahagian utara bukit hampir menemui maut akibat terbau bahan toksid yang dibuang oleh manusia keparat. Manusia ini membuang toksid di Bukit Putra tanpa mengira nasib penghuninya. Manusia keparat itu mahu keuntungan saja. Dengan mencampakkan bahan toksid itu ke dalam hutan, mereka tidak perlu belanja banyak. Ketika kejadian itu, Jidul sedang melalui kawasan berkenaan dan tiba-tiba dia terus pitam. Nasib baik, beberapa beruk yang mengutip biji getah menemui Jidul sedang terbaring. Mereka terus membawa Jidul ke rumah anaknya, Badak yang kemudiannya mendapat rawatan dukun di kawasan itu.

Sebagai membalas dendam kepada tindakan manusia keparat itu, Badak dan dua puluh rakannya telah merosakkan tanaman manusia di kampung sebelah utara itu. Beruk-beruk jantan itu telah mematah-matahkan dahan pokok buah-buahan dan juga mencabut sayur-sayuran yang ditanam. Penduduk kampung yang berang dengan tindakan beruk itu membaling kayu dan ada antaranya menembak menggunakan senapang patah. Nasib baik tiada beruk yang terkorban dalam tragedi yang diberikan nama "Badak Berendam". Ini mengambil sempena kejadian Badak yang terjatuh ke dalam kolam ikan penduduk berkenaan ketika cuba melarikan diri. Mereka bertempiaran apabila mendengar tembakan. Nasib baik, Badak diselamatkan oleh beberapa rakannya.

GURU BAIK, ANAK MURID PUN BAIK

Dapat SMS daripada AMY - "Salam. Happy Teachers' Day. Walaupun u bukan cikgu, tapi ilmu yang dikongsi dan dicurahkan sama macam cikgulah juga." Terima Kasih Amy.

Sebenarnya Amy, saya pernah mengajar di beberapa institusi pengajian tinggi termasuk Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Akademi TV3. Ramai juga anak murid saya. Mereka akan menegur saya apabila bertemu di mana saja, malah ada juga yang membuat komen dalam blog ini. Saya mengajar ilmu kewartawanan dan tidak hairanlah anak murid saya sudah menjadi editor, wartawan, pengacara rancangan dan juga pembaca berita. Tahniah untuk mereka yang sudah berjaya dan berusaha lagi kepada mereka yang masih belum mencapai kejayaan.

Pada hari guru ini, saya mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang pernah mengajar saya di Masjid Tanah English School, Sekolah Tinggi Melaka, UiTM dan Universiti Kebangsaan Malaysia. Mereka datang dalam pelbagai bentuk (they come in various shapes and sizes) tetapi mempunyai satu hasrat untuk memberi ilmu kepada anak murid. Kepada semua guru tidak kira anda berjaya memberi ilmu sepenuhnya, separuh atau sedikit saja, sumbangan anda amat bermakna terutama dalam menjadikan saya seorang insan yang berguna kepada negara, bangsa dan agama. Hanya tuhan saja yang akan membalas jasa guru saya.

Namun, saya berdoa agar guru-guru di negara ini sentiasa kreatif dalam mendidik anak murid mereka. Ini penting bagi memastikan anak murid memperolehi ilmu yang diberikan dengan hati yang terbuka. Saya mencadangkan mereka menggunakan teknik yang mudah dan sesuai untuk mendapatkan perhatian anak murid agar mereka selesa dan gembira mendapat ilmu yang diberikan. Ini mengingatkan saya kepada Cikgu Ahmad di MTES yang bagi saya adalah guru paling kreatif dan membolehkan saya memahami erti kehidupan dan alam sekeliling.

Ketika di sekolah rendah lagi, Cikgu Ahmad telah berjaya menarik minat saya untuk memikirkan dan mencari ilmu mengenai kehidupan di alam ini termasuk kemajuan teknologi. Walaupun beliau mengajar bahasa Melayu tetapi Cikgu Ahmad telah berjaya membuat saya berfikir secara kreatif dan sentiasa mencari ilmu sepanjang masa. Bayangkan ketika di peringkat sekolah rendah lagi, Cikgu Ahmad telah berjaya mengaitkan ilmu sains dan sejarah dengan teknik bersahaja.

Soalannya ialah jika orang dulu-dulu bangun daripada kubur dan melihat kapalterbang, adakah mereka akan lari? Ketika itu, saya merasakan mengapa perlu orang dulu-dulu lari apabila melihat kapalterbang seperti mana saya melihat sekarang. Lantas beliau terus mengadaikan bahawa jika kita dihidupkan semula pada masa depan dan melihat rumah terbang ke sana dan kemari, sudah tentu kita akan lari bertempiaran. Begitu juga orang dulu-dulu akan lari bertempiaran jika mereka melihat kapalterbang atau kereta di jalan raya. Itulah yang dinamakan kreatif dan berjaya menarik minat anak murid untuk berfikir dan memahami apa yang diajarkan.

Teknik saya pula ialah memberikan pelbagai contoh daripada pengalaman ketika mengajar ilmu kewartawanan. Ini menarik minat anak murid untuk mendengar "cerita" yang akan diselitkan pelbagai ilmu seperti untuk menjadi wartawan yang baik, membentuk penulisan kreatif dan bertenaga, cara membuat laporan sidang akhbar atau membuat laporan mengenai peperangan. Jika guru terlalu menekankan kepada buku saja tanpa menyelitkan "cerita-cerita" menarik ini, sudah tentu anak murid akan bosan dan tidur. Oleh itu, saya mencadangkan agar IPTS dan IPTA mengambil mereka yang berpengalaman untuk mengajar seperti yang dilakukan di negara-negara maju.

Tuesday, May 15, 2007

TAK SAYANGKAN MULUT?


(America Ferrera. Gambar oleh AFP/Getty Images)

Ketika ramai orang di negara ini yang "tidak sayangkan mulut" dengan mencaci, menghina, mengutuk atau melemparkan pelbagai tuduhan terhadap orang lain tanpa takut dikenakan tindakan, senyuman seorang artis di Amerika Syarikat telah diinsuranskan. Ini kerana anak kelahiran Los Angeles ini mempunyai senyuman manis yang perlu ada pada semua rakyat di negara ini.

Senyuman America Georgina Ferrera, bintang "Ugly Betty" telah diinsuranskan sebanyak 10 juta dolar atau lima juta pound (RM 35 juta) dengan Lloyds of London. Gambar Ferrera terpampang di tiang LRT di Jalan Maarof, Bangsar.

Ikuti laporan AFP mengenai [ Betty Suarez ] di sini.

Monday, May 14, 2007

SUKA MAKAN SERUNDING?


(Ayam Tikka)

Jika anda gemar memasak ikutilah blog [ Serunding ] untuk mendapatkan resipi Chef Norzailina Nordin.

PELAWAT SAYA UMMC (4)

RAKAN TV3/ RTM DAN X-TV3

1. Abdullah Sani (TV3)
2. Abu Bakar Atan (TV3)
3. Adnan Ghailan
4. Aiza
5. Ameruddin
6. Amir Hamzah
7. Awang
8. Azian
9. Azmah dan suami
10. Azrul
11. Azmi
12. Cheree
13. Fadzil Aziz
14. Fairuz (Yut)
15. George
16. Haida Baba Zain dan suami
17. Halim Majid
18. Hasnah
19. Ibrahim
20. Izad
21. Jaharah Yassin
22. Kamarul Bahri Abdul Kadir (banyak kali)
23. Kamarul (wartawan)
24. Laili
25. Lia
26. Maheran Mohd Salleh
27. Norshimah Abbas
28. Prem
29. Rahim Daim (TV3)
30. Ita (isteri Rahim)
31. Raju
32. Rashdan
33. Razip
34. Ridhuan Raflis (TV3)
35. Rosli Nordin
36. Rozi
37. Shafik
38. Suhaila
39. Syahbuddin Abdullah
40. Syeikh Abdul Rahman
41. Tengku Asri
42. Tumpang Sabtu
43. Wan Sandari
44. Wan
45. Wong
46. Yana
47. Yazid Naim
48. Zarul
49. Zaki Rahim dan Tengku
50. Zainol
51. Zaiton Othman
52. Zuraida Arif

RAKAN TAULAN

(RH, Mearia, Mazni dan Rugayah)

1. Awin (Uni Tower)
2. Ajie (Proton)
3. Aidi
4. Ainuddin Dahlan
5. Azizan Kassim (Kampung Londang, Masjid Tanah)
6. Azly (Designer)
7. Bahrum Mahusin
8. Charles Raj
9. Ganesan (Berita Publishing)
10. Haji Iskandar Astar dan isteri, Zaiton
11. Haji Zuhri, isteri dan anak
12. Karen (isteri Ainudin)
13. Lela dan suami
14. Lt Kol (B) Sobri
15. Mazni, suami, anak dan menantu.
16. Mejar (B) Abdul Rahman Ibrahim
17. Mohd Desa Omar
18. Muru
19. Rogayah dan suami
20. Yacob (Uni Tower)
21. Zain Ariff
22. Zarith, isteri dan anak.

NSTP DAN X-NSTP

1. Azizi Othman
2. Azwan Azman Azmawati
3. Ahmad Burak dan anak
4. Azhar Abu Samah
5. Delaila Hussain
6. Fatimah
7. Hazliza
8. Haslena Jaafar
9. Haji Johari Mohd
10. Matt Metro
11. Mastura, suami dan anak
12. Norliza
13. Nurul
14. Othman Mamat
15. Raja Azhar
16. Raja
17. Rashid Yusof
18. Razak Rafflis
19. Rosli Safar
20. Rusmin dan anak
21. M Thillinadan

KELUARGA


(Emak, Azian dan Abang)

1. Zainab Mohd
2. Zainal Yahya
3. Zaleha Yahya
4. Zakaria Yahya
5. Norshimah Setambal
6. Osman
7. Hamidah
8. Nora
9. Syuhada
10. Azian
11. Asya
12. Datuk Mejar Jeneral (B) Sulaiman Yusof
13. Datin
14. Johari Abu Bakar
15. Kak Nor
16. Bang Kassim
17. Ramnah Abu Bakar
18. Aimran
19. Ibrahim
20. Rafeah Abu Bakar
21. Omar Ibrahim dan isteri
22. Rashid Abdul Kadir
23. Rahman Abdul Kadir, Isteri dan anak
24. Ahmad Abdul Kadir
25. Piah Abdul Kadir, suami dan anak
26. Rohizan Hashim
27. Sobri
28. Nadzri Yahaya dan anak
29. Norzailina Nordin (Chef dan novelis terkenal)
30. Bang Ya
31. Lani
32. Abdul Rahim dan anak
33. Atan Aziz, isteri dan anak
34. Kapten Kamarul
35. Alin dan anak
36. Saili, isteri dan dua anak
37. Adik Saili dan suami


(Kakak dan RH)

Sunday, May 13, 2007

TAHNIAH CHONG WEI DAN MISBUN

Lee Chong Wei muncul juara perseorangan lelaki Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia selepas menundukkan pemain China, Bao Chunlai 21-16, 21-15 pada perlawanan akhir di Stadium Istora Senayan di sini hari ini.

Ini berita gembira bagi rakyat negara ini apatah lagi Chong Wei yang baru beralih berlatih dengan legenda badminton negara, Misbun Sidek. Saya pernah menulis mengenai peralihan kejurulatihan Chong Wei dengan [ Misbun ] sebelum ini yang diharapkan dapat menghasilkan kejayaan cemerlang. Hari ini, apa yang dinyatakan terbukti boleh dilaksanakan dan mencapai kejayaan. Ini membuktikan jurulatih Malaysia juga cemerlang jika diberi peluang.

Bernama ada cerita mengenai kejayaan [ Chong Wei ] di Jakarta.

Friday, May 11, 2007

MELAYU ...JANGAN JADI PENAKUT

Kebelakangan ini masyarakat di negara ini terutama kaum Cina heboh memperkatakan mengenai dasar yang ingin diperkenalkan oleh Maybank bagi menjaga kepentingan peguam Melayu. Maybank dimiliki oleh PNB. Banyak ceramah, tulisan dan artikel mengenai isu ini. Daripada pemimpin pembangkang hinggalah kepada pemimpin parti komponen Cina dalam Barisan Nasional (BN) menyuarakan ketidakpuashatian mereka terhadap dasar yang diperkenalkan untuk menjaga kepentingan bangsa Melayu.

Bagi mereka dasar ini seolah-olah tidak baik untuk negara ini. Dasar ini memalukan dan mengetepikan dasar meritokrasi. Mereka menggambarkan dasar ini akan menyebabkan peguam bukan Melayu akan menderita dan tidak mendapat sebarang perniagaan atau bantuan daripada institusi kerajaan di negara tercinta ini. Dasar ini dikatakan berbaur perkauman. Pengenalan dasar ini seolah-olah menunjukkan kerajaan tidak lagi sensitif dengan kepentingan kaum lain. Kerajaan digambarkan seolah-olah mengetepikan kepentingan kaum lain. Asakan demi asakan menyebabkan Maybank menarik balik dasar itu. Maybank tunduk, rebah menyerah kalah kerana desakan perkauman ini. Mereka juga ingin membabitkan Ambank yang diterajui oleh Tan Sri Azman Hashim.

Saya tidak perlu tahu apa yang ingin diperjuangkan oleh PNB kerana sebagai institusi yang menjaga kepentingan Melayu, mereka mempunyai think tank untuk membentuk dasar mereka. Sudah tentu dasar itu dibuat untuk menjaga kepentingan Melayu. Biasanya dasar yang menjaga kepentingan Melayu akan menjaga kepentingan kaum lain juga di negara ini. Yakinlah. Ini sudah terbukti sejak kita menikmati kemerdekaan lagi. Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein, pernah berkata bahawa "sebarang dasar yang baik untuk orang Melayu akan turut menguntungkan kaum lain juga". Ini kenyataan yang relevan sepanjang masa. Percayalah. Ini bukan perkauman tetapi ia adalah sesuatu yang logik di negara ini. Persoalannya, apakah PNB tidak boleh membuat dasar yang menjaga kepentingan orang Melayu? Ini adalah satu perkara yang perlu dilihat dan difikirkan oleh pemimpin Melayu yang seharusnya mempunyai "kekuatan semangat" untuk memperjuangkan kepentingan orang Melayu.

Bagi saya, tidak perlu diperheboh-hebohkan dasar yang diperkenalkan oleh Maybank itu kerana setahu saya walaupun banyak dasar yang diperkenalkan untuk bangsa Melayu, yang mendapat faedahnya ialah kaum lain. Kita tidak perlu pergi jauh lagi daripada Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang banyak menguntungkan usahawan Cina berbanding dengan bangsa Melayu. Usahawan Cina mahir dalam usaha mendapatkan apa yang mereka mahu walaupun ada dasar untuk mempertahankan kepentingan orang Melayu. Ramai juga rakan Cina saya yang mendapat faedah ini. Bagi saya, mereka ini adalah individu yang kreatif dan berusaha gigih. Tidak hairanlah maka ada istilah "ali baba" yang merujuk kepada usahawan Cina mempergunakan rakan mereka daripada bangsa Melayu.

Selain itu, banyak dasar atau tindakan yang diperkenalkan oleh masyarakat Cina terutama dalam perniagaan tidak banyak dihebohkan oleh pemimpin Melayu. Mungkin dilakukan secara senyap. Adakah pemimpin Melayu takut atau lebih rela untuk berdiam diri? Apakah inilah cara terbaik untuk menjaga hati orang lain? Jika mereka takut, maka mereka tidaklah layak untuk menjadi pemimpin Melayu seperti pemimpin kaum lain yang bersuara bagaikan nak rak apabila sesuatu dasar itu membabitkan kaum mereka.

Bagi mereka yang mempelajari keadaan politik di negara ini memahami bahawa ada beberapa parti yang memperjuangkan kuat nasib kaum Cina. Ini termaasuk pembangkang seperti DAP dan diikuti oleh parti dalam BN seperti MCA dan Gerakan. Memang menjadi pengetahuan ramai terutama pengkaji politik Malaysia bahawa mereka amat mengetahui DAP memperjuangkan 200 peratus kepentingan Cina diikuti Gerakan iaitu 150 peratus dan MCA 130 peratus. Itulah punca permintaan DAP yang terlalu melampau untuk kaum Cina adakala tidak rasional dan terus ditolak. Langkah ini seterusnya diikuti oleh Gerakan. Mereka akan bertindak memperjuangkan terus kepentingan Cina dan memberikan cadangan yang lebih munasabah. Jika ini tidak tercapai, ia terus disusuli dengan perjuangan MCA untuk mendapatkan apa yang diperlukan oleh kaum Cina.

Renungkanah apa yang berlaku kepada akhbar The Star dengan duit iklan yang mencurah-curah masuk ke kantung mereka. Bandingkan pula dengan Kumpulan NST yang semakin jauh tertinggal dari segi kutipan iklan. Ia semakin kurang. Malay Mail yang dulu banyak iklan classified kini hanya boleh memandang "cemburu" dengan pencapaian The Star. Ramai yang berkata NST menjadi begitu kerana mereka terlalu selesa ketika berada di atas suatu ketika dulu. Mereka amat megah. Mungkin juga. Tetapi tengoklah juga dengan perkembangan iklan dalam akhbar Cina dan majalah berbahasa Cina.

Inilah strategi yang digunakan oleh parti berasaskan kaum Cina di negara ini. Alasan parti komponen BN ini ialah jika kemahuan kaum Cina tidak diendahkan maka undi dalam pilihanraya akan datang, diberikan kepada pembangkang. Persoalannya siapakah pembangkang itu. Tidak lain ialah DAP, parti berasaskan kaum. Rakyat Malaysia harus rasional dan terus menjaga kepentingan Malaysia. Negara ini perlu aman dan sentosa. Jangan biarkan timbul sengketa berpanjangan. Ini menyebabkan orang luar sentiasa menunggu untuk bermulanya kekecohan ini bagi menunjukkan Malaysia sudah tidak aman lagi. Maka tinggallah laungan bahawa Malaysia ini stabil dan aman. Orang luar dengan senang lenang "menangguk di air keruh".

Luahan saya ini bukan kerana ingin menghasut mana-mana pihak tetapi sama juga seperti pemimpin Cina dari parti pembangkang dan komponen BN serta blogger yang menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap dasar PNB. Jika saya tidak bersuara, saya rasa tidak ada orang lain yang akan bersuara kerana mereka takut kepentingan mereka akan ditarik balik atau diketepikan. Saya bersuara sebagai seorang individu yang gelisah dengan perkembangan yang tidak sihat di negara ini.

Sebagai orang Melayu, saya juga berhak bersuara terhadap tindakan yang tidak betul dan adakalanya tidak dihebohkan lagi. Umpamanya, pergilah ke kompleks beli-belah di seluruh Malaysia. Tengoklah berapa ramaikah usahawan Melayu yang diberikan tempat untuk berniaga. Boleh dikira dengan jari. Apa sudah jadi dengan institusi yang menjaga kepentingan usahawan Melayu? Apakah pemimpin Melayu tidak sedar atau tidak mahu memastikan lebih ramai usahawan Melayu berniaga di kompleks beli-belah? Apakah mereka mahu melihat penjual nasil lemak dan goreng pisang berterusan berada di tepi jalan, malah sesetengahnya berada di tepi longkang yang kotor dan menjijikkan.

Kedua, ada juga pemilik kompleks beli-belah yang berani membenarkan penjual daging babi kering menjual bahan mereka di tempat di mana orang Melayu atau Islam banyak berkumpul dan makan. Yang menyedihkan di kawasan tertutup dan berhawa dingin. Kedai ini diletakkan berdekatan dengan restoran makanan segera yang ramai dikunjungi oleh orang Melayu. Tidakkah pemilik kompleks beli-belah ini sensitif mengenai perkara ini? Apakah dasar mereka hanya berasaskan keuntungan dan bukannya berlandaskan perpaduan kaum? Orang luar juga pernah menegur kepada saya mengenai perkara ini. Kini saya mengambil kesempatan untuk bertanyakan kepada PBT yang dipertanggungjawabkan untuk memastikan perkara itu tidak berlaku sewenang-wenangnya. Tolonglah perhatikan perkara itu. Janganlah kerana terlalu menjaga hati orang lain sampaikan perkara asas tidak dihiraukan atau diabaikan.

Saya bukan kakitangan kerajaan atau swasta. Saya bekerja sendiri untuk mencari sesuap nasi untuk keluarga. Ini pandangan peribadi yang amat risau, gelisah dan lemas dengan sikap pesimistik sesetengah pihak. Tegurlah, kutuklah atau buat tuduhan terhadap saya. Mungkin ini akan membuat saya tersedar daripada kerisauan dan kegelisahan yang memanjang ini. Baik untuk negara, baik untuk saya.

(Nota: Kenyataan Ketua Pemuda Umno [ di sini ]. Artikel yang mempertahankan tindakan Maybank seperti dalam akhbar [ Utusan Malaysia ] dan [ Berita Harian ].

Thursday, May 10, 2007

TRAGEDI JALAN MAAROF

Ketika sesak di Jalan Maarof, Bangsar, lewat petang ini seorang remaja keluar daripada kereta. Bergegas meluru ke tiang LRT. Berselindung di sebalik tiang daripada pandangan pemandu dan penumpang kereta ke arah Kuala Lumpur. Seterusnya.....melakukan tindakan tidak senonoh di khalayak ramai. KENCING seperti seekor anjing liar (seperti tidak pernah ke sekolah atau belajar pendidikan moral atau ibu bapa tidak pernah menegurnya).

Maka pemandu kenderaan dari arah Kuala Lumpur ke Kampung Abdullah Hukum yang sudah tentu "menyaksikan" lagak anjing liar itu membunyikan hon. Apabila selesai melakukan tindakan biadap itu, remaja berkenaan terus berlari mengejar kereta ditumpanginya yang sudah bergerak ke hadapan.

Beginikah perangai generasi muda sekarang? Macam mana nak jadi negara maju? Rancanglah aturcara membuang air anda. Barulah mentaliti kelas pertama.

Saya, Cynta dan Iyra menyaksikan Tragedi Jalan Maarof ini. Apabila kereta kami melepasi tiang LRT itu, Iyra pun mengeluarkan statement of the day ........."got a lot of water daddy". Tamat.

ZARA SALIM DAVIDSON




Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah akan melangsungkan perkahwinan dengan Zara Salim Davidson pada 17 Mei ini.

Wednesday, May 9, 2007

HISHAM...DOA KAMI UNTUKMU



TERBARU (11 Mei 2007)

Datuk Hishamuddin selamat menjalani pembedahan semalam.

Doa kita semua dimakbulkan ALLAH SWT.

Ketika ini, beliau berehat di PMC.


----------------------------------------------------------------------------------

Hisham,

Semua rakan-rakan kini berdoa kepada ALLAH SWT agar pembedahanmu esok akan berjalan lancar tanpa sebarang kesulitan. Kami juga berdoa agar kamu segera sembuh untuk menjalani kehidupan seperti biasa.

Bacalah doa ini sebanyak mungkin kerana ALLAH SWT maha mendengar dan maha mengetahui.

BISMILLAHIRAHMANNIR RAHIM
BISMILLAHILLAZI LAA YA DURRU
MA'ASMIHI SYAIUMPIL ARDLI
WALAPISSAMA'I
WAHUAS SAMIIUL ALIIM