Friday, May 11, 2007

MELAYU ...JANGAN JADI PENAKUT

Kebelakangan ini masyarakat di negara ini terutama kaum Cina heboh memperkatakan mengenai dasar yang ingin diperkenalkan oleh Maybank bagi menjaga kepentingan peguam Melayu. Maybank dimiliki oleh PNB. Banyak ceramah, tulisan dan artikel mengenai isu ini. Daripada pemimpin pembangkang hinggalah kepada pemimpin parti komponen Cina dalam Barisan Nasional (BN) menyuarakan ketidakpuashatian mereka terhadap dasar yang diperkenalkan untuk menjaga kepentingan bangsa Melayu.

Bagi mereka dasar ini seolah-olah tidak baik untuk negara ini. Dasar ini memalukan dan mengetepikan dasar meritokrasi. Mereka menggambarkan dasar ini akan menyebabkan peguam bukan Melayu akan menderita dan tidak mendapat sebarang perniagaan atau bantuan daripada institusi kerajaan di negara tercinta ini. Dasar ini dikatakan berbaur perkauman. Pengenalan dasar ini seolah-olah menunjukkan kerajaan tidak lagi sensitif dengan kepentingan kaum lain. Kerajaan digambarkan seolah-olah mengetepikan kepentingan kaum lain. Asakan demi asakan menyebabkan Maybank menarik balik dasar itu. Maybank tunduk, rebah menyerah kalah kerana desakan perkauman ini. Mereka juga ingin membabitkan Ambank yang diterajui oleh Tan Sri Azman Hashim.

Saya tidak perlu tahu apa yang ingin diperjuangkan oleh PNB kerana sebagai institusi yang menjaga kepentingan Melayu, mereka mempunyai think tank untuk membentuk dasar mereka. Sudah tentu dasar itu dibuat untuk menjaga kepentingan Melayu. Biasanya dasar yang menjaga kepentingan Melayu akan menjaga kepentingan kaum lain juga di negara ini. Yakinlah. Ini sudah terbukti sejak kita menikmati kemerdekaan lagi. Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein, pernah berkata bahawa "sebarang dasar yang baik untuk orang Melayu akan turut menguntungkan kaum lain juga". Ini kenyataan yang relevan sepanjang masa. Percayalah. Ini bukan perkauman tetapi ia adalah sesuatu yang logik di negara ini. Persoalannya, apakah PNB tidak boleh membuat dasar yang menjaga kepentingan orang Melayu? Ini adalah satu perkara yang perlu dilihat dan difikirkan oleh pemimpin Melayu yang seharusnya mempunyai "kekuatan semangat" untuk memperjuangkan kepentingan orang Melayu.

Bagi saya, tidak perlu diperheboh-hebohkan dasar yang diperkenalkan oleh Maybank itu kerana setahu saya walaupun banyak dasar yang diperkenalkan untuk bangsa Melayu, yang mendapat faedahnya ialah kaum lain. Kita tidak perlu pergi jauh lagi daripada Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang banyak menguntungkan usahawan Cina berbanding dengan bangsa Melayu. Usahawan Cina mahir dalam usaha mendapatkan apa yang mereka mahu walaupun ada dasar untuk mempertahankan kepentingan orang Melayu. Ramai juga rakan Cina saya yang mendapat faedah ini. Bagi saya, mereka ini adalah individu yang kreatif dan berusaha gigih. Tidak hairanlah maka ada istilah "ali baba" yang merujuk kepada usahawan Cina mempergunakan rakan mereka daripada bangsa Melayu.

Selain itu, banyak dasar atau tindakan yang diperkenalkan oleh masyarakat Cina terutama dalam perniagaan tidak banyak dihebohkan oleh pemimpin Melayu. Mungkin dilakukan secara senyap. Adakah pemimpin Melayu takut atau lebih rela untuk berdiam diri? Apakah inilah cara terbaik untuk menjaga hati orang lain? Jika mereka takut, maka mereka tidaklah layak untuk menjadi pemimpin Melayu seperti pemimpin kaum lain yang bersuara bagaikan nak rak apabila sesuatu dasar itu membabitkan kaum mereka.

Bagi mereka yang mempelajari keadaan politik di negara ini memahami bahawa ada beberapa parti yang memperjuangkan kuat nasib kaum Cina. Ini termaasuk pembangkang seperti DAP dan diikuti oleh parti dalam BN seperti MCA dan Gerakan. Memang menjadi pengetahuan ramai terutama pengkaji politik Malaysia bahawa mereka amat mengetahui DAP memperjuangkan 200 peratus kepentingan Cina diikuti Gerakan iaitu 150 peratus dan MCA 130 peratus. Itulah punca permintaan DAP yang terlalu melampau untuk kaum Cina adakala tidak rasional dan terus ditolak. Langkah ini seterusnya diikuti oleh Gerakan. Mereka akan bertindak memperjuangkan terus kepentingan Cina dan memberikan cadangan yang lebih munasabah. Jika ini tidak tercapai, ia terus disusuli dengan perjuangan MCA untuk mendapatkan apa yang diperlukan oleh kaum Cina.

Renungkanah apa yang berlaku kepada akhbar The Star dengan duit iklan yang mencurah-curah masuk ke kantung mereka. Bandingkan pula dengan Kumpulan NST yang semakin jauh tertinggal dari segi kutipan iklan. Ia semakin kurang. Malay Mail yang dulu banyak iklan classified kini hanya boleh memandang "cemburu" dengan pencapaian The Star. Ramai yang berkata NST menjadi begitu kerana mereka terlalu selesa ketika berada di atas suatu ketika dulu. Mereka amat megah. Mungkin juga. Tetapi tengoklah juga dengan perkembangan iklan dalam akhbar Cina dan majalah berbahasa Cina.

Inilah strategi yang digunakan oleh parti berasaskan kaum Cina di negara ini. Alasan parti komponen BN ini ialah jika kemahuan kaum Cina tidak diendahkan maka undi dalam pilihanraya akan datang, diberikan kepada pembangkang. Persoalannya siapakah pembangkang itu. Tidak lain ialah DAP, parti berasaskan kaum. Rakyat Malaysia harus rasional dan terus menjaga kepentingan Malaysia. Negara ini perlu aman dan sentosa. Jangan biarkan timbul sengketa berpanjangan. Ini menyebabkan orang luar sentiasa menunggu untuk bermulanya kekecohan ini bagi menunjukkan Malaysia sudah tidak aman lagi. Maka tinggallah laungan bahawa Malaysia ini stabil dan aman. Orang luar dengan senang lenang "menangguk di air keruh".

Luahan saya ini bukan kerana ingin menghasut mana-mana pihak tetapi sama juga seperti pemimpin Cina dari parti pembangkang dan komponen BN serta blogger yang menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap dasar PNB. Jika saya tidak bersuara, saya rasa tidak ada orang lain yang akan bersuara kerana mereka takut kepentingan mereka akan ditarik balik atau diketepikan. Saya bersuara sebagai seorang individu yang gelisah dengan perkembangan yang tidak sihat di negara ini.

Sebagai orang Melayu, saya juga berhak bersuara terhadap tindakan yang tidak betul dan adakalanya tidak dihebohkan lagi. Umpamanya, pergilah ke kompleks beli-belah di seluruh Malaysia. Tengoklah berapa ramaikah usahawan Melayu yang diberikan tempat untuk berniaga. Boleh dikira dengan jari. Apa sudah jadi dengan institusi yang menjaga kepentingan usahawan Melayu? Apakah pemimpin Melayu tidak sedar atau tidak mahu memastikan lebih ramai usahawan Melayu berniaga di kompleks beli-belah? Apakah mereka mahu melihat penjual nasil lemak dan goreng pisang berterusan berada di tepi jalan, malah sesetengahnya berada di tepi longkang yang kotor dan menjijikkan.

Kedua, ada juga pemilik kompleks beli-belah yang berani membenarkan penjual daging babi kering menjual bahan mereka di tempat di mana orang Melayu atau Islam banyak berkumpul dan makan. Yang menyedihkan di kawasan tertutup dan berhawa dingin. Kedai ini diletakkan berdekatan dengan restoran makanan segera yang ramai dikunjungi oleh orang Melayu. Tidakkah pemilik kompleks beli-belah ini sensitif mengenai perkara ini? Apakah dasar mereka hanya berasaskan keuntungan dan bukannya berlandaskan perpaduan kaum? Orang luar juga pernah menegur kepada saya mengenai perkara ini. Kini saya mengambil kesempatan untuk bertanyakan kepada PBT yang dipertanggungjawabkan untuk memastikan perkara itu tidak berlaku sewenang-wenangnya. Tolonglah perhatikan perkara itu. Janganlah kerana terlalu menjaga hati orang lain sampaikan perkara asas tidak dihiraukan atau diabaikan.

Saya bukan kakitangan kerajaan atau swasta. Saya bekerja sendiri untuk mencari sesuap nasi untuk keluarga. Ini pandangan peribadi yang amat risau, gelisah dan lemas dengan sikap pesimistik sesetengah pihak. Tegurlah, kutuklah atau buat tuduhan terhadap saya. Mungkin ini akan membuat saya tersedar daripada kerisauan dan kegelisahan yang memanjang ini. Baik untuk negara, baik untuk saya.

(Nota: Kenyataan Ketua Pemuda Umno [ di sini ]. Artikel yang mempertahankan tindakan Maybank seperti dalam akhbar [ Utusan Malaysia ] dan [ Berita Harian ].

1 comment:

ahm said...

well said datuk

issue is that how do we translate that into action.

even our last malay bank, standing has been ripped off it's malayness by cimb. our last hope maybank although already half malay (another half was acronimly dropped from the word malayan)has also been disturbed.

one pm to another the same chinese tycoons remained, while for melayu kaya they were being chased out from the malay land.

what left now only the kebaya nyonya and songket...