Saturday, March 31, 2007

MISBUN....KEBOLEHANMU TERUS DISANJUNGI....



(MISBUN Sidek berbincang dengan Ben Yoneyama, Eskekutif kanan Yonex dan Tsutomu Hamanaka, Pengarah Persatuan Badminton Jepun sambil diperhati oleh Salim. (Gambar oleh NUSA MAHSURI))

Nama [ Misbun Sidek ] mula menjadi sebutan pada 1976. Ini kerana beliau menjadi juara kebangsaan pada tahun itu ketika bangsa Melayu sedang mencari-cari jaguh dalam permainan badminton.

Kejayaan Misbun dan adik-adiknya, hasil latihan tersusun Datuk Haji Sidek, memeranjatkan semua pihak malah ada yang masih sangsi dengan keupayaannya sehinggalah beliau mengulangi kejayaan dalam pertandingan seterusnya. Sejak kejayaan itu, Misbun mewakili negara dan kemudiannya menjadi jurulatih negara pada 1990.

Sebagai seorang jurulatih, Misbun berjaya mendidik Roslin Hashim dan adiknya, Mohd Hafiz dan Chong Wei sehingga menjadi pemain yang digeruni lawan. Kejayaan Mohd Hafiz menjuarai All-England adalah saat-saat manis pencapaian Misbun yang bertindak sebagai jurulatih peribadi.

Kini, Misbun terus mencurahkan baktinya kepada negara dengan mendidik lebih ramai pemain badminton negara. Kepercayaan dua orang pemain utama negara untuk ingin berlatih di bawahnya membuktikan Misbun adalah antara jurulatih terbaik dunia yang akan menjadi legenda negara. Baca [ di sini ] mengenai keinginan dua pemain negara untuk memperbaiki permainan mereka dengan berlatih di bawah Misbun.

Jasa Misbun amat besar dan perlu dihargai. Kita berdoa agar semangat Misbun akan subur selama-lamanya dan terus melatih pemain-pemain negara untuk seratus tahun lagi.

4 comments:

Anonymous said...

Datuk,saya setuju,Misbun juga adalah hero badminton negara.

ibrahim yahaya said...

Sdr Azad,

saya membangkitkan cerita Misbun kerana tertarik dengan pengakuan dua pemain negara bahawa di bawah bimbingan Misbun, permainan mereka bertambah baik.

jurulatih tempatan sama baik dengan jurulatih luar.

hanya kita perlu sediakan gaji dan insentif lumayan untuk mereka membimbing pemain negara.

dalam bolasepak, kita ada Hj Rahman.

mereka perlu diberikan kebebasan merencanakan program latihan pemain tanpa campurtangan pihak tertentu.

Fauziah Ismail said...

Hi Tiger
We become good in what we do, not only because we have the skills or talent, but the passion for it.
The Sidek brothers, especially Misbun, had that in them to become champions.
Also, back then, winning is about giving something back to the country. Now, winning is about getting something (in terms of rewards) from the government.
Sports, too, have been made a profession, no longer a national service.

ibrahim yahaya said...

Sdr Fauziah,

Agreed. This family had passion.

They also had the most important element in everything that we do... discipline and determination.

Representing the country was an honour to them. What more, to become the champion. This should be emulated by the younger generation.

Rewards will come along naturally.