Friday, June 15, 2012

SIAPA YANG TIADA NAFAS?

Oleh Ibrahim Yahaya

Pelbagai petunjuk yang diberikan oleh DS Najib Tun Razak kebelakangan ini memberi gambaran bahawa PRU13 akan diadakan tahun hadapan. Antaranya ialah pengumuman mengenai Bajet 2012 pada akhir tahun ini dan pemberian BR1M yang kedua, yang mungkin diadakan pada 2013.

Ataupun pengumuman beliau ketika bertemu dengan wakil rakyat sebelum Dewan Rakyat bersidang tempoh hari, yang mahu mereka bekerja keras sehingga tahun hadapan. Betul ke?

Mungkin ramai yang tidak bersetuju PRU13 diadakan tahun depan terutama mereka yang sudah menunggu terlalu lama atau sudah penat untuk masuk gelanggang. Mereka yang sudah tidak sabar-sabar untuk menjadi calon dan sudah mengeluarkan banyak wang. Nasib badan.

Bagaimanapun, bagi pengikut setia DS Najib iaitu TS Muhyiddin Yassin mahu semua pihak dalam BN jangan cepat putus asa tetapi terus menanam semangat untuk memberikan khidmat yang terbaik untuk BN. Dalam ertikata lain terus bekerja siang malam untuk memastikan BN cemerlang dalam PRU13. Teruskan momentum dan menggerakkan segala jentera sehingga memastikan BN menang besar.

Persoalannya, jika PRU13 diadakan tahun hadapan, siapa yang tiada nafas lagi? BN atau pembangkang?  Ataupun siapa yang tinggal nyawa-nyawa ikan nanti kerana kekurangan wang atau fulus. Bab semangat ini, pastinya pembangkang masih kuat terutama pelbagai sentimen yang ditiupkan oleh pemimpin utama mereka terutama mengenai kaum, agama, hak asasi dan terbaru penghinaan terhadap institusi Raja-raja Melayu.

Malah, Lim Kit Siang pula mahu membawa Tun Dr Mahathir Mohamad, orang yang disayangi oleh ramai rakyat negara ini ke muka pengadilan. Bab itu, TDM sudah menjawab bahawa beliau tidak takut dan gentar. Yang negarawan ulung itu takut ialah tindakan penganiayaan terhadapnya.

Bagi BN, sudah tentulah mereka mempunyai pelbagai sumber yang membolehkan terus bernafas dan membantu rakyat. Jangan tanya daripada mereka perolehi kerana sebagai kerajaan sudah tentu mereka mempunyai kantung-kantung yang mampu membantu mereka terus bernafas untuk membantuk rakyat.

Bagaimana pula dengan pembangkang, adakah mereka mempunyai cukup wang? Tanpa wang, adakah semangat mereka terus membara untuk memastikan PRU13 ini memenangi banyak kerusi?

Jika dilihat kepada semangat dan kekuatan berkempen, sudah tentulah markah tertinggi diberikan kepada PAS yang kerap mengadakan ceramah.  Asyik-asyik mengadakan ceramah menghentam kerajaan. Mengutarakan isu yang disukai oleh pendengar ceramah, walaupun tidak semestinya betul dan tepat.

Setidak-tidaknya, jika ada ceramah, penceramah akan dapat duit sedekah yang sama ada dikutip menggunakan kain atau tin biskut. Duit ceramah itu bolehlah penceramah, tidak kira Presiden atau Timbalan Presiden menggunakannya untuk peribadi atau parti. Kini parti itu mahu membina lebuhraya di Kelantan, kenalah bagi guna duit itu sikit dan bukanlah semata-mata masuk poket sendiri seperti amalan sebelum ini.

Bagaimana pula dengan Dap dan PKR?

Ramai yang beranggapan DS Anwar Ibrahim mempunyai wang yang banyak untuk terus bernafas sehingga tahun hadapan. Namun, persoalannya berapa banyak lagi yang beliau ada? Jika masih banyak, sudah tentulah beliau terpaksa berkongsi dengan kawan-kawan lain dalam memastikan nafas pembangkang berterusan dan tidak tercungap-cungap menjelang tahun hadapan.

Melainkan, beliau mahu menggunakan untuk partinya sendiri atau untuk keluarga.

Bagi Dap, sejak dulu mereka tidak bimbang kerana ada saja jutawan Cina yang akan membantu mereka. Hanya petik jari saja, maka jutawan yang mendapat projek di Pulau Pinang akan berlari-lari memberikannya kepada parti itu. Inipun untuk tujuan mendapat projek lagi pada masa depan.

Kesimpulannya, siapa yang tiada nafas menjelang PRU13, jika ia dibuat tahun depan?


Thursday, June 14, 2012

KL JADI PENGKALAN KANDUNGAN

Malam tadi, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim, melancarkan MY1Content yang diusahakan oleh TM dengan kerjasama SKMM dan Finas.

Ia bertujuan mewujudkan pasar jualan bagi pelbagai barangan daripada muzik sehinggalah ke aplikasi yang bukan saja mampu mendapat sambutan di kalangan pembeli tempatan tetapi juga antarabangsa.

Usaha ini yang dianggap sebagai pemangkin industri kandungan perlu disokong dan media massa sudah pasti boleh memainkan peranan untuk menyebarkan maklumat berhubung MY1Content kepada masyarakat agar mereka segera menggunakannya.

Usaha ini secara langsung bertujuan untuk menggalakkan Kuala Lumpur menjadi pengkalan kandungan atau content yang strategik bukan saja di rantau ini tetapi juga di dunia.

Banyak kelebihan yang membolehkan KL menjadi pengkalan kandungan dan yang paling penting ialah sokongan padu kerajaan dalam memastikan impian ini tercapai.

Kini terpulanglah kepada karyawan tempatan terutama bakat muda untuk mengambil inisiatif mewujudkan lebih banyak kandungan yang boleh dipasarkan ke peringkat antarabangsa.

Tuesday, June 12, 2012

LAGU KELDAI...

MANA ADA BAA....

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin menafikan laporan sebuah portal berita kononnya beliau akan meninggalkan UMNO dan menyertai pembangkang di Sabah. 

Ahli Parlimen Beaufort itu berkata, khabar angin itu tersebar kerana beliau pernah mengadakan pertemuan dengan pemimpin dari parti lain di Sabah bagi membincangkan dan menyelesaikan masalah rakyat.
“Saya bercakap begitu (berjumpa dengan pemimpin lain di Sabah) supaya ada penambahbaikan, ada jaminan dan ada perubahan dari segi kepemimpinan pada peringkat negeri dan harapan rakyat sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13),” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.
Kelmarin, Malaysiakini melaporkan khabar angin kononnya Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO itu, dan Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Datuk Wilfred Bumburing akan menyertai majlis anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), sekali gus menyertai pembangkang. 

Lajim berkata, melalui perbincangan seumpama itu pelbagai perkara penting berkenaan masalah rakyat Sabah dapat diketahui. 

“Rakyat meletakkan harapan yang besar kepada kerajaan negeri dan Persekutuan dalam menangani apa juga masalah dihadapi mereka, contohnya pada peringkat saya seperti masalah air dan banjir yang tidak sudah-sudah dialami rakyat. Ini semua saya suarakan demi rakyat,” katanya. 

Mengulas mengenai penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menangani masalah pendatang tanpa izin di Sabah yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak awal bulan ini, beliau berkata rakyat di negeri itu perlu diberi kefahaman yang jelas berkenaannya. 
“Setelah RCI diumumkan mungkin rakyat Sabah mahu tahu apa tindakan susulan yang diumumkan mengikut terma rujukan?..mestilah ada tindakan awalan dan apa yang perlu dibuat yang jelas,” katanya. 

Sementara itu di RANAU, bekas Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Tan Sri Kasitah Gaddam menafikan dakwaan kononnya beliau antara pemimpin Sabah yang akan menyertai PKR. 

“Tidak benar sama sekali bahawa saya berhasrat untuk menyertai mana-mana parti pembangkang,” katanya kepada BERNAMA. 

Selain Kasitah, laporan akhbar kelmarin menyebut beberapa pemimpin lain yang bakal menyertai PKR termasuk bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Osu Sukam, bekas Timbalan Ketua Menteri dan ADUN Banggi, Datuk Amir Kahar Mustapha, dan Naib Presiden Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Senator Datuk Maijol Mahap. 

Sambil menyifatkan laporan itu tidak tepat, Kasitah yang juga bekas anggota Parlimen Kinabalu (sekarang Parlimen Ranau) berkata: “Saya akan meneruskan perjuangan bersama-sama UMNO-Barisan Nasional demi kepentingan dan masa depan rakyat dan negeri Sabah,” katanya.

JANGAN GUNDAH GULANA

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim dalam twitternya pagi ini meminta pembangkang tidak gundah gulana dalam isu peluang untuk membentangkan manifesto pilihan raya mereka di RTM pada PRU13. Janji itu akan dikotakan oleh kerajaan.

Baginya, pembangkang tunggu sajalah selepas Dewan Rakyat dibubarkan dan ketika itu mereka boleh bersiap sedia untuk menyatakan manifesto mereka di RTM. Ini adalah antara perkara yang dipersetujui oleh kerajaan mengenai usaha penambahbaikan perjalanan pilihan raya di negara ini.

Sebenarnya, pembangkang sudah mempunyai banyak ruang dalam menyatakan apa yang tersirat di hati terutama penggunaan sepenuhnya media sosial dan IPTV yang semakin mendapat tempat di hati generasi muda. Oleh itu, tidak payahlah membuat sebarang isu apabila peluang di RTM itu diberikan nanti.

Sunday, June 10, 2012

CHINA PRESS BANTAI GUAN ENG

China Press bantai Lim Guan Eng, anak kesayangan Lim Kit Siang.

Eloklah baca dalam blog atau surat khabar untuk mengetahui mengapa China Press yang selalunya 'sayang' pembangkang tiba-tiba marah kat Guan Eng.

Mungkin LGE sudah pijak kaki orang maka orang pun mula menjerit.

Kadangkala orang macam ini elok juga kita kena kritik supaya dia sedar diri.

Wednesday, May 30, 2012

SEDIH SIASATAN DIBERHENTIKAN

KUALA LUMPUR: Seorang bekas pegawai kanan Badan Pencegahan Rasuah (BPR) yang mendakwa terbabit dalam siasatan kes Mohamed Azmin Ali dan isteri, Shamsidar Taharin pada 1995 mempersoalkan tindakan menghentikan siasatan kes berkenaan. 

Beliau berkata, tindakan bekas Ketua Pengarah BPR, Datuk Shafee Yahaya yang mendapat arahan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu tidak sepatutnya berlaku kerana memang jelas Mohamed Azmin dan isterinya memiliki harta yang tidak setimpal dengan pendapatannya.
Sebagai Setiausaha Sulit Anwar ketika itu, katanya, Mohamed Azmin hanya memperoleh pendapatan bulanan RM2,442 tetapi mampu membeli dua rumah dan harta lain.
“Saham yang dimiliki Mohamed Azmin dan isterinya juga umpama seorang ahli perniagaan. Cuba kita lihat bagaimana isteri seorang penjawat awam mempunyai saham dengan nilai keseluruhan melebihi setengah juta. 

“Itu tak termasuk baki di dalam akaun bank yang pernah satu ketika mencecah lebih RM300,000. Cuba lihat keadaan yang saya nyatakan di atas. Adakah kita mempercayai penjawat awam boleh hidup sedemikian?” katanya. 

Kenyataan bekas pegawai kanan BPR itu disiarkan dalam portal Malaysia Today, semalam, bertajuk ‘Kenyataan asal pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam bahasa Malaysia’. 

“Mengapa siasatan BPR dihentikan... siapa yang mempunyai kuasa memberhentikan siasatan ini? Adakah orang yang memberhentikan siasatan ini bersekongkol dengan Mohamed Azmin atau pun takut kepada pemimpin ketika itu,” katanya. 
Beliau mendakwa, siasatan ke atas Mohamed Azmin dilakukan kerana dikatakan mempunyai harta peribadi yang banyak ketika berkhidmat dengan Anwar yang juga Menteri Kewangan. 

“Berikutan itu, berdasarkan maklumat dan laporan polis yang diterima, satu kertas siasatan dibuka dan semasa siasatan dibuat mendapati gaji Mohamed Azmin hanya RM2,442 sebulan tetapi mampu membeli dua rumah. 

“Rumah pertama ialah banglo dua tingkat di Setapak berharga RM284,118 dengan deposit RM14,181, manakala bayaran bulanan RM3,376.75. 

“Yang kedua, rumah berkembar di Taman Melawati berharga RM210,000 dengan deposit RM60,000 dan bayaran bulanan RM1,110.35. Jika dicampurkan kedua bayaran bulanan ialah lebih kurang RM4,500. Ini saja dah menunjukkan hutang Mohamed Azmin melebihi sekali ganda gaji bulanannya. 

“Di mana Mohamed Azmin mendapat wang tambahan menampung bayaran hutang ini? Tak mungkin semua gajinya digunakan untuk membayar hutang rumah... bukankah ini menunjukkannya dia mempunyai pendapatan yang lain. Itu tidak diambil kira di mana beliau mendapat wang untuk membayar wang deposit rumah itu,” katanya. 

Katanya, siasatan yang dijalankan BPR juga membuktikan Mohamed Azmin memiliki dua kenderaan iaitu jenis BMW bernombor BBN 3 berharga RM160,529.81, manakala bayaran deposit ialah RM120,529 dan bayaran bulanan ialah RM875 sebulan. 

Beliau berkata, kereta kedua ialah jenis Proton Perdana bernombor WDU 64 berharga RM80,767.81 dengan ansuran bulanan sebanyak RM700. 

“Jika kita lihat komitmen bulanan bagi kedua-dua kereta ini ialah kira-kira RM1,700, pada ketika itu nilai yang besar..., mana tak kalau dilihat gaji Setiausaha Sulit Timbalan Perdana Menteri pada masa itu baru RM2,000 lebih,” katanya. - BERITA HARIAN.

Monday, May 28, 2012

MELAYU YANG BUKAN MELAYU (3)

Oleh Ibrahim Yahaya

KUALA LUMPUR : Apabila ada pihak yang ingin memastikan mereka mesti berjaya menumbangkan kerajaan dengan apa cara sekalipun, ia pasti menimbulkan kerisauan kepada Perdana Menteri. Keadaan ini tidak seperti PRU yang terdahulu. Apakah kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyatakan pembangkang ingin membuat keganasan jika kalah PRU13 boleh berlaku? Apa akan jadi?

Sebagai orang nombor satu negara, sudah tentu DS Najib mahu Malaysia terus aman makmur  menuju ke arah negara maju pada 2020. Beliau mahu rakyat hidup dalam sejahtera sepanjang masa bukan bermusuh-musuhan antara satu samala lain. Bergaduh kerana isu-isu remeh dan perkauman.

DS Najib Razak juga tidak mahu diingati di mana kekecohan negara berlaku pada zamannya seperti juga kejadian 13 Mei 1969 pada zaman Tunku Abdul Rahman yang memaksa Tun Abdul Razak Hussein mengambilalih tampuk pemerinthan. Malah, DS Najib pasti tidak mahu negara ini hancur semata-mata kerana ada pihak yang sengaja menimbulkan angkara semata-mata bagi mendapat kuasa.

Beberapa kali, DS Najib mengulangi agar semua pihak perlu bertindak sebagai anak jantan untuk sama-sama bertanding pada PRU13 dalam keadaan aman damai .Sebagai anak jantan mereka akan menyerahkan kepada rakyat untuk menentukan masa depan hidup mereka, bukan membuat kacau bilau.  Lihatlah resmi ayam jantan yang bergaduh untuk mendapatkan perhatian ayam betina. Jika mereka kalah, ayam itu akan terus berlalu. dan pastinya tidak membuat demonstrasi atau kacau bilau. Pemilihan rakyat adalah muktamad bagi membolehkan mana-mana parti yang menang menubuhkan kerajaan.

Penubuhan Jawatankuasa Penambahbaikan Pilihan Raya adalah manifestasi bahawa DS Najib bersedia untuk memperbetulkan apa yang ditimbulkan oleh pembangkang. Malah wakil pembangkang dijemput untuk menganggotai jawatankuasa ini. Malangnya, pembangkang bermain politik setelah bersetuju dengan pelbagai perkara terutama memastikan SPR dapat menjalankan tugas secara profesional mereka masih tidak puas hati dan membuat pelbagai desakan termasuk ingin mengemukakan Laporan Minoriti.

Apa yang disyorkan pembangkang ialah untuk menyokong kumpulan yang menganjurkan Bersih 3.0 yang ingin menghasut rakyat bahawa PRU13 akan datang tidak bersih sehingga membolehkan  BN menang. Begitu mudah tuduhan yang dilemparkan kepada kerajaan dan SPR sehingga menyebabkan usaha memperbetulkan keadaan dilaksanakan secara berterusan.

Kebimbangan DS Najib membuatkan beliau mengambil langkah berhati-hati sebelum mengumumkan tarikh pilihan raya akan datang. Walaupun ramai di kalangan ahli politik yang mengesyorkan ia diadakan pada September depan, DS Najib pasti mempunyai tarikhnya sendiri setelah mendapat pandangan daripada kumpulan penasihatnya. Kita tunggu.

bersambung....