Saturday, November 21, 2009

MASJID NABAWI SIBUK SELEPAS SUBUH

(Masjid Nabawi di Madinah)
MAKLUMAT KEMENTERIAN KEBUDAYAAN DAN PENERANGAN ARAB SAUDI
Keluasan Masjid Nabawi : 4,000 meter persegi.
Kos perbelanjaan sehingga kini : 50 bilion riyal
Kapasiti jemaah : 1 juta orang (luar dan dalam masjid)
Bilangan menara : 10 menara
Jumlah payung gergasi : sehingga 250 payung


MADINAH, Arab Saudi : Kesempatan berada di Masjid Nabawi selepas subuh sehingga jam 8 pagi untuk menziarahi makam Rasulullah SAW dan Makam Syuhadah membolehkan saya melihat bagaimana sibuknya keadaan di Masjid itu selepas subuh.

Selain jemaah yang bersembahyang di dalam dan luar masjid serta melakukan ziarah, petugas di masjid itu sibuk menjalankan tugas mereka termasuk yang memperbaiki lampu, membersihkan lantai di luar masjid serta kerja-kerja lain.

Apa yang boleh dilihat kesibukan di waktu pagi di Masjid Nabawi itu seperti sebuah 'lapangan terbang' yang sibuk dengan pelbagai kegiatan termasuklah kenderaan yang membawa pelbagai barangan sama ada untuk keperluan pembaikan atau kerja-kerja pengubahsuaian.

Jika anda berpeluang untuk melihat sebentar dalam kesibukan beribadah, apa dirasai amat berlainan sekali berbanding ketika masuknya waktu solat di mana ia hanya dipenuhi oleh jemaah di merata dunia. Tiada kenderaan besar dan kecil lagi.

Pelbagai peralatan dan kenderaan terkini digunakan untuk membersih dan memperkemaskan Masjid Nabawi termasuklah penggunaan kenderaan pembersih termoden selain kakitangan yang bertugas secara manual.

6 comments:

cikmanggis said...

alhamdulillah,semoga dato dan datin sihat dan dapat menjalankan ibadah haji dgn sempurna.Salam buat datin Rohaiza.

AYIE SHAHRI SARIPAN said...

Masih terbayang-bayang di mata keindahan Masjidin Nabawi semasa mengerjakan ibadah Umrah pada Mac lalu... Seronok pada masa itu dapat masuk ke Raudhah... Selamat menjalani ibadah umrah dan Haji.. Datuk..!!!!

Mohd Nadzri Kamsin said...

Selamat menjalankan ibadah di sana.

ibrahim yahaya said...

Cikmanggis,

Kami sihat kerana ramai saudara-mara dan rakan taulan yang mendoakan. Terima kasih kepada kalian yang memberi sokongan. Semoga dapat menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah SWT pada musim haji ini. Amin.

ibrahim yahaya said...

Sdr Shahri,

Musim haji ini jika dapat masuk dan bersembahyang di Raudhah memanglah tergolong dalam kumpulan 'mereka yang terpilih'. Ini kerana bilangan jemaah yang begitu ramai sehingga mencecah setengah juta yang berusaha bersembahyang di Raudhah. Usaha pasti berjaya. Semoga selepas umrah akan dapat Ayie mengerjakan haji. Amin.

ibrahim yahaya said...

Sdr Nadzri,

Terima kasih. Semoga Sdr dan keluarga sihat sentiasa dan dilindungi oleh Allah SWT.