Monday, November 23, 2009

TPM ARAB SAUDI PUJI MALAYSIA

JEDDAH, Arab Saudi : Keupayaan dan khidmat cemerlang Tabung Haji sudah diketahui ramai. Mendapat pujian ramai pihak kerana berjaya memudahkan urusan pengurusan haji bagi rakyat negara ini. Ramai rakyat Malaysia yang mendapat khidmatnya.

Malah, ada negara terutama negara Islam yang sedang membangun ingin mempelajari ilmu pengurusan tabung haji yang diilhamkan oleh Yang Mulia Profesor Diraja Ungku Aziz. Eloklah disebarkan pengetahuan untuk kebaikan umat Islam sejagat.

Petang ini, dalam satu sidang media di Arafah selepas menyaksikan perbarisan petugas keselamatan pada musim haji ini, Timbalan Perdana Menteri Kedua Arab Saudi, Putera Naif Abdul Aziz (gambar) memuji Tabung Haji kerana pengurusan yang terbaik. (Eloklah diteruskan pengurusan yang baik dan cemerlang. Tiada sebarang kesilapan lagi).

(Soalan dikemukakan oleh wakil Oasis, Astro - Sdr Rahim (dibesarkan di Mekah) yang boleh berbahasa Arab. Cakap bahasa Arab 'macam air'. MasyaAllah. Saya ingin bertanya dalam bahasa Inggeris tidak dipanggil walaupun sudah memberi nama dan menghantar soalan. Mungkin sidang media terlalu panjang. Lebih sejam. Apa punya nasib lah).

Tahun ini, dikhabarkan lebih 100,000 petugas keselamatan akan memberikan perkhidmatan terbaik bagi memastikan jemaah haji dari seluruh dunia yang dianggarkan lebih tiga juta - selamat dan selesa mengerjakan haji.

Menjawab soalan kemungkinan ada kekacauan daripada pihak tertentu, Putera Naif yang juga Menteri Dalam Negeri berharap tiada pihak yang akan mencetuskan sebarang masalah kerana setiap umat Islam mahu mengerjakan haji dengan sempurna.

Semoga umat Islam di seluruh dunia berdoa agar haji tahun ini berjalan dengan sempurna.

(Renungan Rimau: Turut serta kerana dijemput oleh rakan daripada Kementerian Kebudayaan dan Penerangan. Sidang media berlangsung dalam bahasa Arab. Selepas sidang media, semua pihak bergegas pulang ke hotel. Sehingga setakat ini maklumat diperolehi daripada rakan dari negara lain yang boleh berbahasa Arab. Itupun ada yang tidak mengikuti sepenuhnya sidang akhbar itu. Mungkin, boleh baca dalam akhbar Arab Saudi pagi esok. Mungkin ada cerita Tabung Haji. Mungkin tiada).

2 comments:

AYIE SHAHRI SARIPAN said...

Datuk,
Kira bertuahlah Datuk dapat sama hadir pada sidang media tu... Sy ni lama dah tak pergi apa2 sidang media untuk buat reporting... Terkenang zaman2 jadi reporter dulu... Apa2 pun laporan Datuk dari Arab Saudi memang best... Dalam sejarah RTM, pertama kali Ketua Pengarah Penyiaran buat laporan haji... Tahniah Datuk..!!! Datuk, jangan lupa jaga kesihatan.. Pesan kat Datin Rohaiza juga... Kalau di Makkah, banyak2 minum air masak / mineral water or paling bagus air zamzam tu Tok... Rindu kat senyuman Datuk... yang kadang kala tak berapa nak senyum.. Heheheh... Anak buah Datuk di RTM semua sihat2... Selamat Hari Raya Aidiladha Datuk and Datin.... Mesti seronok buat Ibadah Korban di sana kan..heheheeh... Ok, kami semua mendoakan kesejahteraan dan kesihatan Datuk dan Datin di sana... Selamat meneruskan ibadah haji buat Datuk Haji Ibrahim Yahaya dan Datin Hajjah Rohaiza... Insya-Allah.. Amin...

ibrahim yahaya said...

Sdr Ayie,

Sudah biasa membuat laporan. Terima kasih dan doakan kami selamat mengerjakan haji. Amin.