Saturday, December 24, 2011

BERPIJAK DI BUMI NYATA

(Utusan Malaysia) KUALA LUMPUR 23 Dis. - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengambil masa dua jam untuk menyiasat pejabat Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) di Jalan Solaris, Bukit Kiara di sini bagi membantu siasatan dakwaan penyelewengan isu dana membabitkan syarikat itu dan pembelian kondominium mewah di ibu negara.

Lapan pegawai SPRM, diketuai Penguasa Wan Abdul Rahman Wan Mohd. Salleh dilihat memasuki pejabat NFC itu sejak pukul 3 petang dan keluar kira-kira pukul 5 petang bagi mencari bahan yang boleh membantu siasatan.

Sebaik sahaja keluar, mereka dilihat membawa bersama empat sampul surat mengandungi dokumen-dokumen berkaitan termasuk sebuah unit pemprosesan pusat (CPU).

Sementara itu, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, pemeriksaan yang dilakukan petang ini mendapat kerjasama baik daripada semua kakitangan NFC.

"Tiada tangkapan dilakukan hari ini, hanya beberapa dokumen yang berkaitan disita bagi membantu siasatan berhubung isu NFC.

"Masih terlalu awal juga untuk SPRM memaklumkan status siasatan. Saya minta semua pihak beri ruang kepada SPRM untuk menyiasat secara terperinci berhubung isu ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

SPRM baru-baru ini memaklumkan, tindakan pengumpulan bukti dan keterangan telah bermula sejak isu berkenaan dilaporkan dalam Laporan Audit Negara 2010 yang menyatakan projek tersebut tidak mencapai sasaran yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

SPRM telah menerima aduan daripada satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mendakwa berlaku penyalahgunaan wang pinjaman yang diperolehi oleh NFC bagi membeli kondominium mewah berharga RM9.8 juta yang dibeli di Lembah Klang.

(Renungan Rimau : Ada rakan sudah menjangka bahawa pembangkang akan buat pentas ceramah dekat kondo yang dibeli oleh NFC jika DS Sharizat bertanding di Lembah Pantai pada PRU13. Pembangkang memang pandai buat gimik politik seperti dalam pilihan raya negeri Sarawak yang memilih bangunan yang Ada kaitan dengan TS Taib untuk buat pentas ceramah. DS Dr Khir Toyo didapati bersalah oleh mahkamah, pembangkang kata hooray, jika DSAI yang bersalah nanti, apa pulak kata pembangkang.)

No comments: