Thursday, December 1, 2011

UMNO BERBUDI KEPADA MALAYSIA

(Gambar AgendaDaily)

Oleh Ibrahim Yahaya

Jika rakyat Malaysia terutama generasi muda yang mendengar Ucapan Dasar Presiden UMNO, DS Najib Razak, pagi tadi menerusi kaca televisyen atau di skrin besar di PWTC tidak dapat memahami dan menghayati sejarah perjuangan UMNO kepada Malaysia dan rakyatnya, maka negara ini akan menuju ke arah kemusnahan.

Sebaliknya, jika mereka faham dan hayati, alhamdulillah dan sudah pasti ada cahaya di hujung terowong untuk membawa Malaysia menjadi negara maju pada 2020 seperti yang diilhamkan oleh negarawan ulung, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ini penting kerana sejak 2008 lagi, pembangkang terutama dap yang dianggap ibu kepada segala kepala rasis di negara ini mula menyerang institusi yang ada roh Melayu seperti pasukan polis dan tentera, SPRM, kakitangan kerajaan sehinggalah kepada media yang mempertahankan orang Melayu iaitu Utusan Malaysia. Mereka menghina dan mencerca seolah-olah merekalah yang paling bersih dan jujur. Sebenarnya, merekalah yang bergelumang dengan taik dan kekotoran serta hipokrit. Mereka mempunyai pelbagai wajah yang adakalanya mampu memukau golongan yang keliru.

Tugas kepala rasis ini semakin mudah selepas menobatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) yang mendapat pelbagai manfaat sebagai rakyat dan pemimpin UMNO, menjadi jurucakap utama dap termasuklah sanggup bersekongkol dengan pendekatan 'matlamat menghalalkan cara' yang mampu mengharu-birukan pemikiran rakyat negara ini.

Pembangkang menyusun stategi untuk melenyapkan budi dan jasa UMNO kepada Malaysia dengan pelbagai fitnah dan tohmahan. Yang paling menyedihkan ialah menidakkan kepentingan wira dan wirawati negara dengan usaha mereka mengagungkan komunis sehingga menimbulkan kemarahan kepada bekas anggota keselamatan. Yang lebih menghiris hati ialah usaha mereka memperlekehkan negarawan ulung negara termasuklah Tunku Abdul Rahman yang berjaya memerdekakan negara menerusi perundingan.

Perbuatan pembangkang kini adalah satu peristiwa hitam dalam sejarah politik negara. Pembangkang seolah-olah dirasuk oleh nafsu bercelaru mereka dan menggunakan media baru untuk menghamburkan segala tohmahan terhadap kerajaan. Mereka juga sanggup mengetepikan titah Raja-Raja Melayu serta mempersendakannya. Raja-Raja Melayu yang sejak dulu lagi menjadi simbol perpaduan rakyat di negara ini tidak dihormati. Malah bendera Malaysia juga mahu ditukar oleh pemimpin parti rasis.

Oleh itu, hari ini, DS Najib terpaksa menjelaskan budi dan jasa UMNO kepada Malaysia terutama dalam membawa negara ini menjadi aman dan makmur. Bagi Presiden UMNO itu, bukan mudah untuk membawa Malaysia ke arah ini jika UMNO tidak mempunyai kesungguhan dan kebijaksanaan kerana banyak negara yang lebih dahulu merdeka dan mempunyai banyak hasil mahsulnya tersungkur dan semakin sepi di zaman ini.

Hakikatnya, budi dan jasa UMNO inilah yang membolehkan rakyat tidak mengira kaum mendapat faedah dan manfaat sepanjang masa. Waima pelaksanaan DEB juga telah menguntungkan orang bukan Melayu kerana mereka terus menjadi penerajui ekonomi walaupun ada bantuan diberikan kepada Bumiputera sejak merdeka lagi.

Usaha melenyapkan kepentingan dan jasa UMNO ini seharusnya ditentang oleh rakyat negara ini kerana dalam keghairahan pembangkang untuk mengejar impian mereka, kata nista dan cercaan semakin menjadi-jadi termasuklah melemparkan penghinaan warna kulit terhadap Menteri Besar Perak, DS Dr Zamry Abdul Kadir.

Inilah kepala rasis yang perlu ditentang oleh orang UMNO dan Melayu kerana golongan ini pandai bermuka-muka dan mengambil kesempatan daripada kelemahan bangsa Melayu untuk mengapai impian mentadbir negara ini. Mereka inilah yang kini sibuk memperkudakan parti-parti Melayu pembangkang yang pemimpinnya seolah-olah dipukau dan ditarik hidung seperti lembu bagi memastikan cita-cita besar mereka tercapai.

Untuk itu, bangsa Melayu perlu bersatu terutama generasi muda agar peristiwa khianat dan pembelotan yang menjatuhkan Empayar Melaka tidak berulang kerana wujudnya Si Kitol dan Raja Mandeliar. Pembelot dan petualang ini perlu dicari sehingga ke lubang cacing agar kuasa Melayu tidak disingkirkan di bumi bertuah ini.

1 comment:

MERBOK TIMES said...

Salam,
Ada parti yang mengamalkan amalan Orang Utan, hanya meletak anak beranak dan kawan taulan di dalam jawatankuasa tertinggi.

Ketua Umum kata anggok macam kokka mereka pun anggok.

Orang Utan tidak ada demokrasi kerana mereka mereka amalkan demonstrasi.