Saturday, December 17, 2011

MASIH BERMIMPIKAH KITA?

GEORGETOWN 17 Dis. – Seramai 310 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahagian Bukit Gelugor di sini keluar parti hari ini untuk menubuhkan sebuah badan dikenali sebagai Pertubuhan Kebajikan Sahabat Islam Pulau Pinang.

Timbalan Ketua Bahagian, Roslan Rahman Shah yang turut keluar parti itu berkata, pertubuhan itu akan dinaungi Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim.

Roslan yang menyertai parti itu sejak tiga tahun lalu, berkata, keputusan meninggalkan perjuangan mereka bersama PKR dibuat kerana kecewa terhadap parti itu yang “gagal membela nasib dan kebajikan rakyat”.

"Kami bertindak untuk keluar parti kerana tidak lagi mempercayai pucuk pimpinan parti di peringkat negeri serta pusat, dan tindakan mungkir janji yang ditonjolkan mereka (pemimpin) kepada kami di peringkat akar umbi,” katanya kepada pemberita di sini.

"Kami akan memperjuangkan nasib orang Islam di negeri ini khususnya orang-orang di Bukit Gelugor dan Pertubuhan kami adalah mesra BN,” katanya. – BERNAMA

(Renungan Rimau : Better late than never. Bilalah lagi ahli PKR hendak keluar beramai-ramai dari parti itu setelah mereka sedar dari tidur? Apakah mereka masih tidak nampak dengan apa yang berlaku dengan parti itu? Apakah mereka menunggu sehingga bulan jatuh ke riba? Atau rocket mencari orang Melayu untuk terus diperkudakan? Sukar untuk memahami orang sebegini.).

No comments: