PRK Hulu Selangor semakin hangat dan banyak maklumat. Ini kerana pelbagai maklumat kini tersebar di seluruh kawasan yang kurang 12 ekar sama besar dengan Melaka. Lebih besar daripada Perlis. Besar tu. Maklumat ini disebarkan dalam pelbagai bentuk termasuk ada yang mempunyai gambar dan lukisan kartun.
Ejen kenit memberitahu DT bahawa PKR paling banyak menyebarkan risalah sejak dua tiga hari ini yang sudah tentu untuk menarik perhatian pengundi. Malah mereka mempunyai pasukan yang berdiri di tepi jalan di pekan untuk menyebarkan risalah itu selain menghantar ke rumah pengundi. Penuh peti surat. Nak buang mana ni?
Tidak hairanlah jika TPM kelmarin menggunakan istilah 'kilang fitnah' yang diusahakan oleh pembangkang untuk menyebarkan maklumat yang pelik-pelik. Antaranya mereka mempersoalkan kelayakan calon BN Kamalanathan yang dalam dakwaan mereka sijil palsu atau yang serupa dengannya. Kilang fitnah? Besar tu. Tentu banyak pakai kertas dan dakwat yang jika digunakan wang untuk rakyat miskin lebih banyak faedah.
Apapun, itulah pilihanraya. Semua mahu menang. Ada yang menghalalkan cara untuk mencapai matlamat.
Di tepi-tepi jalan kini, banyak poster dan kain rentang yang dipasang oleh kedua-dua parti yang bertanding. Bagi BN, mereka menggunakan gambar PM dan calon. Ada juga sedikit-sedikit menggunakan gambar orang lain termasuk TPM. Mugilan pun ada poster yang mahu pengundi menyokong Kamalanathan.
Bagi PKR, mereka menggunakan banyak poster yang memaparkan gambar calonnya. Ada juga gambar DS Nik Aziz yang meminta pengundi mendoakan agar calon PKR menang. Perrrggggh. Ada juga poster yang memaparkan gambar Zaid dengan perkataan yang meminta pengundi memilihnya dan menghentikan permainan 'adu-domba'. Perrgggh. Siapa yang adu-domba? DAP ke yang kini berusaha mengadu-dombakan penyokong PM dan TPM dengan mengatakan TPM tidak menyokong 1Malaysia. Bankrap isu ke?
Namun, yang pasti poster BN kali ini lebih ceria dan menarik. Tidaklah hanya warna biru saja. Malah ada poster yang menggunakan warna 'pink' atau gambar besar PM bersama rakyat dan generasi muda. Ada juga terpampang gambar PM melawat Nik Aziz yang memaparkan bagaimana PM sanggup turun melawat pemimpin PAS itu. Ada juga gambar PM yang melawat flat yang kemudiannya diperbaiki bumbungnya di Taman Sentosa.
Orang Hulu Selangor kini sudah pasti mempunyai banyak maklumat. Sama ada diperolehi menerusi risalah atau bahan cetak, mereka juga boleh melihat pelbagai poster dan gegantung yang menjelaskan isi hati orang yang menggantungkannya. Selamat membaca.
Friday, April 23, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
itu yang ejen ko nampak.... pasal mata dia tertutp dengan rm!!! poster altantuya, injin jet, kapal selam langsung tak nampak!!! kjalau setakat melawat nik azis kat hospital je tak yah nak pasang posterla.... keling ngan cina pon ramai yang ziarah tgna di hospital... tunjukla gambat bini rosmah piem ko tu tengan cium hajarul aswad kat kaabah, barula nampak cantik... tak pon gambar masa dinner dengan minah monggol ke.....dan kalau setakat umum peruntukan pasang bumbung tu keling mabuk pon boleh, bukan duit bapak dia.....duit rakyat. tu pon belum tentu jadi, pasal... bukan baru sekali ni pm ko tu menipu rakyat. janji pr manek urai dulu pon terbarai. cakap betul macam pm...............(p***mak)
Post a Comment