Wednesday, April 21, 2010

WAKIL RAKYAT UNTUK SEMUA KAUM

KUALA KUBU BARU : Parlimen Hulu Selangor ada tiga kawasan DUN. Anehnya, tiga DUN dimenangi oleh BN tetapi Parlimen dimenangi oleh PKR. Itupun, majoriti 198 undi. Sikit tu. Mungkin pengundi pada 2008 tidak mahu calon BN menang. Sebab...mereka saja yang tahu. BN pun sudah tahu, agaknya.

Kali ini, BN mengemukakan calon baru daripada parti yang sama. Ini yang perlu dipuji kerana sejajar dengan semangat 1Malaysia. Persahabatan dalam politik. Bukan untuk kepentingan pemimpin tertentu. Seperti dibuat oleh sesetengah pihak. Pemimpin BN memberi tempat kepada MIC walaupun ramai orang Melayu menjadi pengundi. Lebih separuh dan ada antara mereka mahukan calon UMNO. Apa nak buat, persahabatan itu lagi penting daripada hanya memikirkan satu kaum saja. Apapun, langkah bijak.

Oleh itu, pemilihan calon MIC itu sudah tentu akan menggembirakan pengundi India kerana jika BN terpilih Ahli Parlimen mereka ialah daripada kaum mereka. Nanti dulu, bukan itu yang ingin ditonjolkan oleh BN kerana pemimpin mereka tidaklah sebodoh itu. tidak sebodoh sesetengah orang. Mereka mahu calon yang dikemukakan mewakili semua kaum. Waima Melayu, Cina atau India. Yang penting mereka perlu memberi perkhidmatan terbaik kepada semua bangsa.

Pemilihan Kamalanathan perlu dianggap tepat kerana beliau yang fasih berbahasa Melayu, Inggeris dan Tamil mampu menjadi 'kapala' di Parlimen Hulu Selangor yang menggabungkan ADUN dari MCA dan UMNO. Segala perancangan boleh dibuat dengan segera dan teratur. Bolehlah bercakap dalam apa bahasa saja. Asalkan semua orang faham.

Jika tidak, amat memeningkan. Peruntukan untuk Ahli Parlimen boleh disatukan dengan Adun demi kepentingan masyarakat setempat. Mereka juga boleh memikirkan kaedah terbaik untuk memastikan rakyat mendapat faedah. Bukanlah Ahli Parlimen tidak sekepala dengan ADUN, yang pasti banyak masalah.

Kamalanathan sudah berikrar untuk bekerja kuat. Maka pengundi perlu memegang ikrarnya itu untuk memastikan beliau bekerja kuat. Jika malas, Pilihanraya Umum pun dah dekat dan mereka bolehlah menentukan nasibnya kemudian.

Bagi calon PKR, beliau orang luar yang diimport dari Kelantan. Dulu UMNO dan kini PKR. Malah beliau kini sudah menjadi orang kuat Penasihat UMUM PKR. Akibatnya, ada yang berasa hati dan merajuk. Jangan merajuk dalam politik. Tidak elok.

3 comments:

No To Mafrel said...

Apa kata Datuk tentang kerajaan PR Selangor salah guna kemudahan kerajaan negeri utk berkempen? mentang mentang la deper berkuasa ek!

zach said...

jika pengundi bijak mereka akan memilih Datuk Zaid memandangkan latarbelakang politiknya selain memilih seorang pemimpin beragama Islam kerana itu kewajipan orang Islam melilih pemimpin yang beragama Islam daripada seorang yang belum diketahui lagi kemampuannya. Lagipun HS adalah kawasan majoriti orang Melayu jadi mengapakah harus mereka serahkan kepimpinan kepada orang bukan Melayu. Saya keciwa kerana UMNO yang memperjuangkan Melayu menyerahkannya kepada bukan Melayu. Di manakah perjuangan untuk melayunya.

Anonymous said...

Melayu mudah lupa.... kebiadapan mereka terhadap bangsa kita...
Melayu mintak maaf..........bila mempertahankan bangsa sendiri....
Itulah UMNO............