Tuesday, April 20, 2010

PELBAGAI AJAIB DI HULU SELANGOR

KUALA KUBU BARU : Mula-mula empat, kemudian tiga dan kini sudah tinggal dua. Satu, belum tentu. Mungkin dua sehingga 25 April ini. Sudah pasti BN dengan PKR. Kamal lawan Zaid. Calon yang mahu menonjolkan bahawa beliau mewakili pelbagai kaum dan calon yang buat semua. Semua boleh. Aneh.

Daripada riak-riak mereka yang telah mengunjungi Hulu Selangor, pertandingan dikatakan sengit. Pasti hebat. Bagi yang baru datang, mereka mempunyai pelbagai ramalan. Hairannya, baru satu hari, mereka sudah boleh membuat ramalan. Merekalah tok tujum paling handal di Malaysia. Ramalan mereka ada yang percaya. Aneh.

Anehnya, dalam beberapa hari pelbagai peristiwa berlaku termasuklah mereka yang tidak percaya lagi dengan seseorang itu. Mereka keluar dan sertai parti lain. Mereka merasakan pemimpin itu sudah mula menetapkan hala tujunya sendiri. Yang mereka tidak tahu ialah sebenarnya pemimpin itu sudah lama menetapkan hala tuju sendiri. Aneh.

Apapun, penduduk Hulu Selangor pasti tahu calon terbaik untuk mereka. Mereka mesti memilih pemimpin yang sempurna. Pemimpin yang mahu bekerja untuk rakyat. Mereka yang sanggup turun ke bawah. Bukan, paksa diri untuk turun ke bawah. Bukan, hanya kali ini mahu turun ke bawah sedangkan selama ini di atas kayangan.

Pengundi perlu menggunakan undi mereka untuk masa depan negara. Jangan bagi kepada orang yang tidak tahu hala tuju. Kejap masuk parti ini, lepas tu keluar. Masuk parti lain dan lepas ini tidak tahulah. Bagi kepada orang yang ada pendirian iaitu untuk membela nasib rakyat tidak mengira bangsa. Bukan aneh.

3 comments:

Anonymous said...

DIY,
Pilih yg tepat & ada hala tuju. Ejen kenit tak cite menarik dari HS?

aimdaim

Bingai @ Bangang said...

tak de beritakan lagi sorang nak tarik diri? senang sket. tak yah nak gaduh gaduh. menang tanpa bertanding je. hehehe

Orang yang prihatin said...

http://www.myartis.com/2010/04/adik-pembaca-berita-rtm.html

Maybe Datuk boleh baca mengenai berita ini..