Sunday, April 4, 2010

YANG PENTING BN MENANG...

MACHANG 3 April - Barisan Nasional (BN) berkemungkinan besar akan mengekalkan calon dari MIC untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor berasaskan formula yang telah dipersetujui oleh semua pimpinan komponen parti berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kepimpinan BN mengambil kira semua pandangan tetapi apa yang penting adalah muafakat dan kerjasama di antara komponen dalam menghadapi pilihan raya kecil itu.

Beliau menarik perhatian, sistem penggiliran calon kerusi Parlimen Hulu Selangor tidak perlu diadakan kerana perjanjian tersebut telah disepakati oleh semua pemimpin komponen.

"Saya tidak fikir perlu ada begitu (penggiliran), kita sudah ada formula yang dipakai sekian lama dan disepakati oleh pemimpin BN sama ada pilihan raya kecil atau umum.

"Dalam hal begini contohnya di Hulu Selangor, ini kerusi MIC dan kemungkinan besar akan kekal kepada MIC dan itu perlu diambil kira dahulu," katanya.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan program Juara Rakyat peringkat Kelantan di Sekolah Menengah Kebangsaan Hamzah I di sini hari ini.

Bekas Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor, Datuk Ramli Abd. Rahman telah mencadangkan pucuk pimpinan BN mewujudkan sistem penggiliran calon di kerusi Parlimen Hulu Selangor mengikut parti komponen setiap kali pilihan raya.

Berdasarkan sejarah, pemilihan calon BN di kawasan tersebut agak unik kerana ia pernah diwakili UMNO, MCA dan kemudiannya MIC.

Muhyiddin berkata, BN tidak mengambil mudah pilihan raya kecil tersebut walaupun sentimen rakyat telah berubah selepas setahun pentadbiran di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Apa yang penting perlu ada strategi tepat, jentera yang mantap dan perlu menghadap pengundi kerana setiap pengundi adalah penting,"katanya.

(Renungan Rimau : Ada yang mahu Palanivel, ada yang mahu Kamala dan ada yang mahu calon UMNO. Ada calon yang akan menyambung talian hayat. Masing-masing menjanjikan bahawa calon mereka akan menang. Mereka yakin pengundi akan memilih calon yang dikemukakan berbanding calon PKR. Alasannya rakyat sudah bosan dengan PKR kerana menabur janji tetapi selalu sepi. Tiada apa pun dan banyak pembohongan. Itu sebab mereka yakin BN akan menang. Bagi penulis, yang penting wakil rakyat yang kuat kerja dan memastikan segala projek dan program menguntungkan rakyat. Bukan tolak pembangunan termasuk menyusahkan urusan hendak membuat universiti. Bukan roboh bangunan yang menyebabkan rakyat kehilangan pendapatan dan merana. Zaman sekarang zaman untuk menolong rakyat bukan mengetepikan mereka. Zaman kegawatan memerlukan pemimpin yang dinamik dan berfikiran waras. Bukan pemimpin yang gemar berpolitik dan mencari kesilapan orang untuk merobohkan bangunan atau melalak tidak tentu pasal. Rakyat tahu menilai pemimpin yang baik.)

5 comments:

Anonymous said...

Datuk Tiger,
BN kena letek calon winable bukan calon kitar semula. P94 mrmpunyai very knowledgeble voters ini berdasarkan keputusan PU 12, tiga kawasam DUN bawah P94 semuanya diberikan kepada BN tetapi Parlimen yang diwakili oleh MIC yang lebih tepat lagi Datuk G. Palanivel ditolak. Saya dibertahu bahawa Samy Vellu sanggup letak jawatan sebagai Presiden MIC jika Palinivel diberi peluang sekali untuk bertandingan pada PK 25 April ini. Jika Palani juga diberi peluang, it is as good as given a free ride to PKR. Voters Hulu Selangor sayang BN tapi benci sangat kepada MIC.

EX Journo

Anonymous said...

Datuk,
Jika MIC dipilih dan G.palanivel calonnya, amat sukar BN hendak menang.
Senario politik Hulu Selangor dah banyak berubah. Isi hati pengundi juga sukar diubah. sejak PU lepas. Hasrat yang tersurat dan tersirat teah mereka buktikan pada PU lepas. harap BN tidak membuat kesilapan seperti PK Bukit Gantang, Kuala Terengganu dan Pematang Pauh.

AJS

Anonymous said...

Datuk Tiger,
Berita yang tidak gemar didengari:
MIC bertanding BN Kalah
UMNO Bertanding PKR Kalah
Bebas, MIC, PKR bertanding, PKR menang.

Bebas, UMNO, PKR bertanding < PKR menang.


Wartawan Tua

zainal mohd jais said...

Dato', kerusi tu pernah di tgn UMNO, kemudian MCA, kemudian MIC. Bukankah itu penggiliran.
Dalam keadaan keyakinan tinggi, BN tak boleh take for granted, dan lebih baik jgn underate silent protes di luar jangka.
Memang susah nak menarik rambut dalam tepung Dato'.
Pengundi dah diajar untuk tak bercakap, tapi menghukum di kertas undi. Jangan yakin sangat bacaan kita betul.

Anonymous said...

PM dan DPM hendak calun UMNO tapi kedua2nya takut dekat Samy Vellu kerana Samy ada banyak 'rahsia' kedua2 pemimpin itu.....jadi terpaksalah ikut cakap Samy tu. BN kalah pun tak apa asalkan 'rahsia' tak dibongkar.....selamat bertanding.....silap2 hari calun BEBAS menang....