KUALA LUMPUR 4 Sept. - Teguran serta peringatan oleh Sultan Perak dan Sultan Selangor berhubung nasib orang Melayu perlu dipandang serius.
Presiden Majlis Belia Malaysia, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata, semua pihak tidak kira sama ada rakyat, tokoh korporat mahupun ahli politik perlu mengambil peringatan daripada teguran tersebut kerana ia cukup kritikal dalam menentukan nasib masa depan orang Melayu.
Katanya, teguran berterusan Sultan Perak dan Sultan Selangor mengenai perkara itu mencerminkan penelitian mendalam baginda berdua terhadap nasib orang Melayu di negara ini sebelum menitahkan mereka supaya bersatu kerana khuatir situasi perpecahan yang semakin kronik.
"Kalau kita lihat kepada situasi orang Melayu sekarang ini, saya tidak hairan mengapa Sultan Perak dan Sultan Selangor menitahkan kita supaya bersatu kerana pemimpin-pemimpin parti politik Melayu sendiri bertelagah sesama sendiri, inikan pula rakyat.
"Sepatutnya golongan pemimpin yang menjadi contoh kepada rakyat. Kalau mereka terus bertelagah sesama sendiri, saya percaya orang Melayu semakin sukar untuk bersatu,'' katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kebelakangan ini sering mengingatkan orang Melayu agar bersatu mempertahankan agama dan bangsa daripada anasir yang cuba mencabar institusi Islam.
Sementara itu, Setiausaha Satu Majlis Muafakat Melayu Malaysia (MMMM), Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan berkata, sikap orang Melayu yang hanya bergantung kepada kerajaan semata-mata merupakan kelemahan yang kini dipergunakan oleh kaum lain.
"Orang Melayu perlu segera sedar dan jangan hanya bergantung kepada kerajaan kerana ia merupakan kelemahan ketara kita. Sebaliknya kita perlulah bersatu dan mengatur strategi yang jitu untuk mempertahankan bangsa dan agama,'' tegasnya.
Bagi Ketua Umum Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Osman Abu Bakar pula, titah Sultan Perak serta Sultan Selangor itu wajib dipatuhi oleh orang Melayu.
"Sultan merupakan ketua agama dan juga ketua orang Melayu di Malaysia. Jadi adalah wajib bagi kita menuruti perintah baginda untuk kebaikan bangsa kita,'' katanya. - MM.
(Renungan Rimau : Cakap Tok Nal tu betul. Orang Melayu, tidak kira apa parti pun perlu memikirkan cara terbaik untuk menyuarakan kepentingan bangsa. Pemimpin kaum Cina tanpa mengira parti dan agama duduk semeja untuk membincangkan masa depan mereka di satu tempat setiap tahun. Mereka adalah NGO atau persatuan budaya yang di dalamnya terdiri orang DAP, MCA, GERAKAN atau parti Cina lain yang mahu bersatu menegakkan dan memperjuangkan kepentingan kaum. Di luar berbalah, di dalam bersatu. Pemimpin politik ketepi, pemimpin kaum mahu bersuara. Malah meja besar yang sesetengah tidak berkenan perlu dipecah agar tiada yang gundah dan dibuat semula bagi memastikan semua pihak puas hati. Selepas meja baru dibuat, maka mereka 'duduk semeja' membincangkan kepentingan kaum dan keadaan semasa di negara ini. Mungkin termasuk kelekaan Melayu berbalah dan bertelagah. Alahai Melayu.)
Sunday, September 5, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Salam Datuk,
Amat betul kenyataan ini ...sampai bila bangsa Melayu ini hendak teruskan dengan perkara yang merugikan.. Pangkal usaha ini hendak lah datang dari pemimpin Melayu sendiri..Itu saja... Saya ingin menyeru sebagai seorang Melayu bawahan dan berdoa agar dihari raya ini ...sambutlah salam dengan pelukan yang perlu dimulakan dengan tangisan kesalnya diantara Tun Dr. M dan DS Anwar ... tengoklah reaksi seterusnya, insyaallah.
Salam Ramadhan dan Selamat menyambut EidulFitri yang mulia.
ferdaos
Meja baru tu dah pun dibentuk....PERKASA.
Ferdaos,
Anwar tu kan peliwat, mana bolepeluk dia, nanti dia syokkk.
jika diimbas sejarah, Melayu akan bersatu dan berkorban apabila segalanya telah hilang. rujuk:Melaka, Merdeka. Kita bukan jenis bangsa yang belajar daripada sejarah. ini kerana kita sendiri pun tidak memahami apa disebalik sejarah tersebut.
Jika untuk mencapai kemerdekaan dahulu, wadah melayu untuk bersatu adalah UMNO. Tetapi kini, ego politik itu amat besar sehingga melayu tidak boleh bersatu kerana perbezaan politik. ditambah lagi dengan kewujudan Melayu yang telah menerima nikmat tetapi bersikap liberal dan kacang lupakan kulit sehingga sanggup mempersoalkan hak bangsa sendiri. kewujudan PERKASA dilihat sebagai satu wadah melayu, tapi suka tak suka di negara kita ini, political will itu yang akan menentukan sama ada melayu akan terus berkuasa di negara ini atau seperti lagu Warisan, 'Air mata darah bercampur keringat, bumi dipijak milik orang'
ptd-kokak.blogspot.com
Salam Datuk,
Bile cerite kesah orang Melayu ni..teman idak le berape gemor..yang tentu..rase getik tu ade le. Isu tak sepakatnye orang Melayu ni yang teman nampok bukannya berkait dengan manusia yang anggap dirinye tu orang Melayu tapi yang sebenor tak sepakat tu adalah pemimpin-pemimpin politik yang memimpin orang Melayu (tak kire le dari parti manepun)dan la ni ditambah pulak dengan seekor katak yang cuba yakinkan orang ramai bahawa dia adalah Melayu dan boleh pimpin Melayu. Ni le masalah sebenor orang Melayu yang sepatutnya kite beri tumpuan/fokus. Disebabkan deme berebut nak jadi juara abih dipengaruhnya orang-orang Melayu supaya sokong deme atas nama Melayu. Sedor le kengkawan semue. Deme tu le yang memecahkan orang Melayu. Camane nak disameratekan semue rakyat kat Malaysia ni? Cube mike tengok balik acuan pembentukan negara kite sebelum merdeka..Acu mike baca balik laporan Suruhanjaya Reid.. sememangnye kene ikut kepentingan kaum. Rundingan antara ketua-ketua kaum Melayu, Cina dan India masa tu telah dibuat dan diperkenan oleh Duli-Duli Tuanku. Kenape masa Tunku Abd Rahman berunding dengan orang Melayu supaye trime je syarat British bagi kat orang bukan Melayu dengan hak kewarganegaraan..kite setuju? Bile udah setuju..Suruhanjaya Reid karang le benda tu dalam Perlembagaan Persekutuan. Itu le yang dinamakan kontrak sosial walaupun perjanjian bertulis antara kaum tu takde. Jadi mengikut konteks Perlembagaan..kite tak boleh lari dari menjaga kepentingan kaum masing-masing. Masalah mula timbul bila si Nuar Brahem tak puas hati kene terajang oleh Tun M dulu..dia terpakse le cari jalan camane nak dapat sokongan sume orang. Dia nyanyi le lagu Malaysia untuk semua la..ketuanan rakyat la.. meraban teben betui le mamat ni..kalau betul dia ikhlas nak selamatkan orang Melayu..patutnye dia kene betulkan UMNO dan selamatkan UMNO terlebih dulu. Same le Ku Li..deme berjuang hanye kerane nak jadi PM.. bukan pasai nak selamatkan Melayu. Cine ni sebenornye deme tu ikut sape yang kuat dan boleh bagi keuntungan kepada deme jer. India pun same jugak. Tapi kalau deme rase deme boleh take over Malaysia dari orang Melayu..lagi le deme suke. Cube le kite belajor sikit kesilapan orang melayu Singapura yang termakan dengan konsep sama rate yang dinyanyikan oleh Lee Ikan Yu tu. Same rate ke deme tu sekarang ni? Nak azan pun kena kat dalam mesjid je. Oleh itu..kite pakat dengor le teguran Duli-Duli Tuanku kite ye..Mike kenne ingat setiap inci tanah kat Malaysia ni sebenornye adalah milik Duli-Duli Tuanku. Tu pasai dalam geran tanah mike disebut perkataan "hakmilik". "Hak" tu ertinya kepunyaan.."milik" tu ertinya "Raja/Malik". Kite ni duduk atas tanah kita bile diberi kebenaran oleh Raja. Camane nak memertabatkan Melayu kalau Raja Melayu disanggah oleh Melayu sendiri. Kalau negara kita ni tukar jadi republik..mike ingat Lim Lit Siang atau karpal Singh tu boleh ke bela Melayu? Same le macam Lee Ikan Yu tu..sentiasa bimbang kalau-kalau orang melayu di nusantara kepulauan Melayu ni bangkit secara total. Jadi digunenye mane-mane orang Melayu yang b oleh khianat pada bangsanye sendiri untuk terus melemahkan bangsa Melayu. Sedor le kite sebelum nasik jadi bubur. Kalau Tok Jib tu tak betui camane skalipun..wajib kite slamatkan UMNO dan perbetulkan balik UMNO secara holistik. Janga marahkan nyamuk abis kite bakor kelambu. PRU 13 dah tak lame..takkan Melayu asyik nak jadi Lebai Malang jer sejak dari zaman penjajah. Selamat Melayu..selamat Malaysia..selamat hari raya aidul fitri.
Post a Comment