Penyelia Sekolah Harapan Melaka, Saimah Hiran (tiga dari kiri) bersama kakitangan sekolah bermesra dengan salah seorang daripada lima pelajar pertama yang mendaftar di Jalan Pegawai, Melaka. - Utusan/ABDUL RAZAK LATIF .
DIY berdoa agar usaha yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Melaka untuk mewujudkan Sekolah Harapan bagi gadis hamil mencapai matlamatnya untuk membantu golongan yang amat memerlukan itu. Ini secara langsung mengelakkan kegiatan membuang bayi yang banyak disiarakan dalam akhbar sejak dari dulu lagi.
Sebelum ini, pendekatan 'pak sanggup' memang ada di kampung-kampung di mana ibu bapa yang menghadapi masalah anak gadis hamil mencari mereka yang sanggup menutup 'aib' keluarga itu dengan pemberian balasan tertentu. Usaha berterusan perlu dibuat untuk membantu golongan ini agar mereka sentiasa terasa disayangi walaupun sudah terlanjur. Dalam pada itu, usaha memberi pendidikan agama perlu diteruskan oleh semua pihak agar kejadian seumpama itu dapat dikurang dan dihapuskan.
Monday, September 20, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
DIY, apa salahnya membantu meringankan beban bagi yang sudah terlanjur....... jangan hanya tahu mengumpat keji, mencaci... bantulah..
Syabas pihak yang menganjurkan... bukan nak menggalakkan maksiat, mengelakkan pembunuhan...
Remaja yang mengandung mungkin bukan kerana kehendak mereka tetapi dirogol, minuman mereka diletakkan dadah, dirogol oleh bomoh, bapa sendiri atau sebagainya harus dibantu agar mereka tidak meneruskan dosa dengan menghapuskan bayi mereka yang tidak berdosa.
aku puji usaha di atas kewujudan sekolah dan rumah harapan ini, tapi aku rasa apabila nak daftar banyak sangat borang nak kena isi dan banyak pula prasyarat yg dikenakan, usaha itu akan menjadi halangan pada matlamat asal.
Kita harus tahu kes2 pembuangan bayi berlaku kerana kebanyakkan wanita ini disisihkan keluarga, ditinggalkan boyfren, dirogol, dianiaya, mereka tidak berpelajaran dan kerana tertekan dgn masyarakat sekeliling. Adakah mereka ini akan datang ketempat ini sekiranya syarat-syarat yg begitu ketat dilakukan?
Salam Tok Rimau,
Dah lama saya tak komen. Pada pandangan saya, Sekolah harapan ni memberi peluang kepada yg dah terlanjur untuk memperbaiki kesalahan mereka & tempat berlindung dari umpatan masyarakat. Diharap mereka betul2 insaf atas perbuatan terkutuk yg telah mereka lakukan. Cuma harap2 sekolah ni tak jadi tempat 'lepas diri'.
DIY, Salam takzim,
Dari satu segi langkah menubuhkan rumah harapan itu bagus. Tetapi jangan sampai ia jadi HARAPAN untuk mereka yang senghaja nak bersuka suka. Kalau apa apa berlaku "Rumah Harapan kan ada.
TIMBANGKANLAH !!
Antara untunk menyelamat dengan untuk menggalakka MAKSIAT 111
Jangan ada udang disebalik 'MEE'.
Saudara,
saya mmg setuju sekolah ni..dan saya berasal dari Jasin.
Saya 'paste' kan pandangan peribadi saya, cuba yakinkan, ramai org Jasin yg tak berapa setuju di beberapa forum.
"Yang penting,dan perlu ingat , hidayah bukan ditangan kita,Allah tentukan, kita mampu merancang dan mesti merancang..
mmg betul didikan dr rumah, tp 24 jam, brapa lama masa di rumah, brapa lama diluar..mesti ada formalised and structured strategy to overcome this new trend before it becomes a culture then bammmm.tsunami..so tak boleh nak kata, salah didikan ibu bapa semata-mata, now the issue is becoming a responsibility to each and every one of us ,, let the one who has the power to formalise the plan,,kita berdoa, semoga apa yg dirancang dipermudahkan..memang it sound weird,'buat sekolah mengandung' but who knows, it turns up good, we never know. only Allah knows.
Again, hidayah bukan ditangan kita,Allah tentukan, kita mampu merancang dan mesti merancang."
Post a Comment