Monday, September 13, 2010

PDRM AKAN TERUS CEMERLANG

KUALA LUMPUR 13 Sept. – Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Ismail Omar yang memulakan tugasnya hari ini berjanji akan memberikan khidmat terbaik kepada seluruh rakyat dan negara dengan berpaksikan undang-undang dan bidang kuasa yang diperuntukkan kepadanya.

Beliau berkata, tanggungjawab berat yang digalasnya memerlukan sokongan dan kerjasama erat daripada semua pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam merealisasikan objektif PDRM berlandas Akta Polis Perkara 3 (3).

"Tidak ada seorang KPN yang mampu menjalankan tugasnya sendirian dengan kudrat yang ada tanpa bantuan dan sokongan dari pegawai dan seluruh anggota. Saya melihat kepada lapan KPN sebelum ini di mana mereka mampu menjalankan tugas yang diamanahkan dengan baik, dan saya yakin mampu melakukan perkara yang sama dengan bantuan dan sokongan semua pihak,” katanya ketika berucap pada Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Negara di Mes Pegawai Bukit Aman di sini hari ini. Ismail berkata, pada hari pertama memulakan tugas, beliau akan bertemu empat mata dengan semua pengarah, timbalan pengarah dan ketua polis negeri.

Terdahulu, Ismail menandatangani serah terima tugas jawatannya sebelum ini kepada Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Hussin Ismail yang dilantik sebagai Timbalan KPN. Ismail, 57, dilantik sebagai KPN menggantikan Tan Sri Musa Hassan yang tamat kontraknya semalam selepas berkhidmat 41 tahun dalam pasukan. Pelantikan Ismail sebagai KPN dan Hussin, 57, sebagai Timbalan KPN diumumkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada 1 September lalu. – Bernama.

(Renungan Rimau : PDRM telah menjalankan tugas yang cemerlang sejak sekian lama. Yang perlu diperkemaskan ialah individu tertentu yang tidak mempedulikan 'maruah' pasukan dengan menjadi talibarut pihak tertentu. Tidak hairanlah jika ada operasi menangkap 'jerung' tertentu maklumat sudah disampaikan kepada kumpulan pembiaya dan jerung lepas lari. Yang dapat nama buruk ialah PDRM.)

3 comments:

Anonymous said...

KALAU REKRUT BARU DI LATIH SELAMA 3 BULUN BANYAK KITA DENGAR MASALAH...ZAMAN 1969.. POLIS TRANING PUN 3 BULAN.. TAPI CARAI LATIHANA AMAT BERBEZA.. LA NI LEMBUT.. BERBUDI BAHASA..MCM DI SEKOLAH BANYAK GAGAL KEKALKAN DISIPLIN JIKA PENGETUA BERLEMBUT.. KERANA ITU ADALAH PERATURAN, RAMAI KONSELOR DI SANA TAPAI GAGAL MEMBENTUK.. SERUPA POLIS.. ADA CAWANGAN 'BAKA' PUN GAGAL MEMBENTUK MEREKA KERANA SIKAP MEREKA SEJAK DI BANGKU SEKOLAH DAN PERGAULAN SEBELUM MASUK POLIS.. DAN BANYAK LAGI PERLU DI BICANGKAN..POLITIK PUN ADAKALA MENJATUHKAN SEMANGAT MANA YANG NAK KERJA.. BANYAK KEJADIAN DI POLITIKKAN..DI SPIN MEMBAWA IMEJ BURUK PADA PDRM

jebat said...

DIY,
Salam Takzim,

PDRM terus maju dan bangkit berkhidmat untuk negara.

Awas tekanan POLITIK yang nyanyok. Jangan peduli gangguan POLITIK.

Teruskan khidmat yang cemerlang dan terbilang.

Anonymous said...

POLIS BOLEH CEMERLANG JIKA SEMUA BALAI UPGRED LAA, RUMAH POLIS KINI SUDAH JADI PEJABAT, BEREK BUJANG PUN TAK ADA SEBAB ITU BUJANG JADI HANTU SEKARANG DUDUK LUAR ' HAPI' NO BODY SEE APA MEKE BUAT, OFIS POLIS SEMUA TAK ADA, ADA BALAI AIRCON LAMA ROSAK, KERUSI SEMUA PATAH, MEJA SEMUA BURUK, ITU PEGAWAI KABINET BESI SIMPAN FAIL BELI SENDIRI.. ... ITU BARANG KES GUA TENGOK MACAM KEDAI BESI BURUK..RAMAI PAKAR SEMASA UJUD SURUHAJYA PERGI ITU LUAR NEGERI APA MEREKA LIHAT.. SAMPAH , BESI BURUK KA..ORANG TANGKAP , BARANG SIMPAN..POLIS CAKAP ITU BARANG KES.. JIKA JUMPA DADAH DALAM SUNGAI MAHU ANGKAT SUNGAI SIMPAN BALAI KA.. ATAU JIKA JUMPA DADAH DALAM BILIK HOTEL ITU BILIK MAHU HANKAT SIMPAN BALAI KAH..POLIS MESTI UJUDKAN PERJAWATAN/ LOGISTIK / KAWASAN/ TEMPAT UNTU SEMUA BARANG KES YANG PENTING BUKAN SIKIT SIMPAN..LEPAS ITU JADI BESI BURULK...POLIS SAYA INGAT ADA CADANG TP KERAJAAN TAK MAU DENGAR/ TAK ADA DUIT/ KERJA MEKA MAU BUAT TAPI SEMUA TAK ADA SENDIRI SAYA DENGAR WANG POKET KELUAR.. USIA POLIS 24 TAHUN TAPI MASIH KETINGGALAN ATAU SUDAH NYANYOK...KERAJAAN mau MENANG PRU13 INI SEMUA MAHU TENGOK..menteri jangan mahu glemour...Lu turun sendiri tengok bukan melawat bawa 200 reporter mari.. Nasib gua Bapak Polis.. lama pencen.. nasib gua tak minat keja Polis...