Gerakan mereka semakin tersusun. Selepas berdemonstrasi di Kedutaan Malaysia di Jakarta baru-baru ini, kini ada usaha menyemarakkan rasa marah kepada negara ini ke seluruh Indonesia. Maka berlaku kegiatan 'menyerang' kepentingan negara termasuk cawangan CIMB di republik itu.
Kini mereka mula memasuki ruang maya kita dengan menyerang laman sesawang. Serangan ini dalam bentuk memporak-perandakan laman itu atau menghantar mesej yang menghina pelbagai individu di negara ini termasuk pemimpin tertinggi negara. Mereka juga mula mengadu-dombakan rakyat di negara ini dengan kenyataan berbaur perkauman. Mereka mengata orang Melayu, Cina dan India. Mereka mahu menimbulkan perasaan sakit hati antara kaum di negara ini. Awas dan segera bertindak rakyat Malaysia tercinta.
Inilah perbuatan anasir subversif yang mahu mengerohkan hubungan antara Malaysia dan Indonesia. Malah mereka mula menunjukkan kurang ajar dengan menghina Yang Dipertuan Agong kerana mengetahui ia secara langsung 'menyakitkan hati' bangsa Melayu dan rakyat keseluruhannya di negara ini.
Oleh itu, setiap rakyat Malaysia harus bertindak tegas dan cergas untuk menghalang kegiatan yang dilakukan oleh golongan pelampau ini. Ini termasuk membuat laporan polis jika ada kegiatan seumpama itu termasuk menghantar mesej berbaur perkauman atau menghina Raja-raja Melayu. Mereka juga perlu melaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi tujuan penyiasatan terperinci golongan pelampau ini. Mereka perlu menyimpan bukti kegiatan tidak bermaruah ini untuk tujuan penyiasatan.
Wednesday, September 1, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
DIY,
Saya merasakan sudah tiba masanya kita mengharamkan terus warga Indonesia daripada mencari rezeki di sini, segeralah dihantar pulang semua pekerja-pekerja yang berasal di indonesia ke negara mereka. Mereka sememangnya langsung tidak berterima kasih kepada negara kita selama ini.
http://suaragenerasimuda.blogspot.com
Post a Comment