Friday, March 18, 2011

PRU KE 13 TAHUN INI? (1)

Apakah PM akan mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 pada tahun ini? Inilah persoalan yang banyak diperkata dan dibahaskan oleh ahli politik dan mereka yang berminat dalam bidang politik termasuk golongan akademik. Yang tidak berminat itu, mereka akan mengambil tahu apabila tiupan serunai PRU 13 bermula sejurus selepas PM mengumumkannya. Adakalanya mereka lebih sibuk daripada ahli politik.

Hakikatnya, banyak faktor yang perlu dilihat mengapa PM mengadakan PRU 13 pada tahun ini. Pertama ialah kemenangan besar BN iaitu melebihi dua pertiga majoriti di Parlimen. Ini perlu untuk memastikan segala perkara yang dirancang boleh dilaksanakan dengan mendapat kelulusan Parlimen. Ini termasuklah program yang membabitkan kepentingan rakyat seperti projek-projek besar dan sesuatu akta membabitkan masyarakat. Jika keadaan tidak mengizinkan agar BN menang besar, sudah tentulah pelaksanaan PRU 13 pada tahun ini tidak memberi makna kepada kerajaan sekarang. Apakah dengan menang majoriti mudah sudah mencukupi? Ini persoalan yang perlu ditanya oleh kerajaan sekarang. Bagi penulis, ia tidak menguntungkan.

Kedua ialah apakah rakyat sudah kembali kepada BN sehinggakan dengan mengadakan PRU13 pada tahun ini memberikan keuntungan besar kepada BN. Dalam hal ini, PM sudah tentu perlu melihat aliran pengundian sejak selepas beliau mengambilalih terutama Pilihan Raya Kecil yang diadakan. Terbaru ialah di Merlimau dan Kerdau. Jika aliran pengundian membuktikan rakyat sudah kembali kepada BN, maka adalah selamat diadakan pada tahun ini. Jika tidak ia seperti menempah maut dan sediakan kain putih panjang sepertimana yang penulis sebut sebelum ini untuk membuat bendera atau kain kapan.

Ketiga ialah mengenai kekuatan pembangkang sekarang yang boleh memberikan saingan kepada BN. Ini penting kerana jika pembangkang kuat terutama di negeri-negeri yang diperintah dan di tempat lain, maka calon BN sukar untuk memenangi kawasan yang selama ini menjadi kubu kuat pembangkang. Melainkan pengundi sudah bosan dan tidak mempercayai pembangkang kerana pelbagai isu yang timbul termasuklah tindakan keluar beramai-ramai pemimpin utama dalam PKR dan juga pelbagai isu yang boleh diselesaikan oleh DAP dan Pas, dua parti yang berbezaa fahaman. Selain itu, apakah pakatan pembangkang kali ini benar-benar boleh menyekat kemaraan BN terutama dalam menggapai dua pertiga majoriti yang memperlihatkan simbol kembalinya kekuatan BN.

Bersambung....

1 comment:

jebat said...

P R U 13,

Tahun ini ke ,
Tahun depan ke,

Apalah nak dirisaukan sangat !

Kalau tahun ini .. .. .. Mungkin BN menang lagi

Kalau tahun depan .. .. mungkin PKR kehadapan.

Itu pun kalau kes Boss nya di mahkamah menang !!

Jangan risau pasal Pilihan Raya..
Selagi dia ada !!
Jangan tak ade,
Jadi macam Mesir lah kite,
Atau macam LIBYA,

Apa ruginya kita
Selagi pilihan raya ada,
Lebih-lebih najib balek ke PEKAN,
Rosmah balek Negeri Sembilan,
Mahyudin dan Hisham balik JOHOR,

Shafie menyeberang laut,
Mohammad Zahid balik ke Bagan Datok,
Mereka balik ke rumah masing masing,

ITU SAHAJA,
JANGAN RISAU...
(maaf perkataan tak tertur bukan sasterawan)