Penulis rasa PRU13 semakin dekat. Kalau dulu penulis merasakan ia akan diadakan pada September ini tetapi ia mungkin lebih awal daripada itu. Selepas PRN Sarawak atau dalam Jun atau Julai. Hanya PM saja yang akan mengumumkannya. Apapun, penulis yakin semua pihak sudah bersedia jika PRU13 diadakan pada tahun ini. Jika ada masalah, mereka terpaksa menyelesaikan dalam masa terdekat bagi memastikan masalah itu tidak menjejaskan kemenangan calon parti.
Kenyataan negarawan Tun Daim Zainuddin dalam Mingguan Malaysia Ahad lalu sebenarnya memberikan satu perspektif baru kepada BN. Dalam wawancara panjang itu, TD menyatakan rakyat hari ini kembali yakin dengan Kerajaan BN dan akan menyokong BN dalam pilihan raya akan datang. Kenyataan yang dibuat bukan untuk semata-mata untuk menyedapkan hati pemimpin BN terutama PM tetapi sudah pasti hasil maklumat yang diterima oleh TD. Sebagai negarawan, TD sentiasa dikunjungi oleh pemimpin pelbagai peringkat selain daripada usaha TD mendapatkan maklumat daripada orang bawahan. Berpakaian kemas tetapi sederhana TD mampu rapat kepada rakyat tanpa sebarang masalah. Rakyat sudah pasti menerima pemimpin yang berpakaian sederhana dan bercakap lembut. Yang penting, pemimpin inilah yang banyak membantu Tun Dr Mahathir Mohamad dalam menguruskan kewangan negara sehingga boleh dibanggakan sehingga kini.
Berdasarkan kenyataan TD pada masa lalu bahawa beberapa negeri akan jatuh ke tangan pembangkang termasuk Selangor, sudah tentu kenyataan kali ini memberi satu nafas lega kepada pemimpin BN terutama PM. Ini kerana usaha selama ini untuk memastikan rakyat mendapat pembelaan di bawah Gagasan 1Malaysia mendapat tempat di hati rakyat. Ini penting kerana sesuatu dasar yang dilaksanakan perlu diterima oleh rakyat sama ada ia dibuat secara rasmi atau tidak rasmi. Umpamanya, slogan Malaysia Boleh masih tetap berkumandang di setiap pelusuk tanahair kerana rakyat yakin bahawa kata-kata semangat ini mampu mempertingkatkan usaha mereka untuk mengharumkan nama negara.
Begitu juga Gagasan 1Malaysia yang dianggap satu pendekatan terbaik untuk memastikan rakyat negara ini didahulukan. Kenyataan ikhlas PM bahawa zaman kerajaan tahu semua sudah berlalu menyaksikan bahawa beliau sanggup mendengar luahan dan rungutan rakyat semata-mata untuk memastikan negara ini terus maju. Ini dibuktikan dengan program 1Malaysia seperti Klinik 1Malaysia yang dilaksanakan untuk membantu rakyat.
Peranan KPKK dan 18 agensi di bawahnya dalam memastikan rakyat memahami Gagasan 1Malaysia semakin terserlah daripada mula diperkenalkan pada April 2009. Dalam satu kajian Jabatan Penerangan mendapati lebih 85 peratus rakyat di negara ini mengetahui apa itu 1Malaysia dan bersedia untuk menghayati dalam kehidupan mereka. Ini ditambah lagi dengan usaha RTM untuk menyiarkan lagu 1Malaysia ciptaan karyawan tempatan di samping memperkenalkan Salam 1Malaysia yang amat popular sekarang. Program Merakyatkan Seni (PMS) oleh JKKN yang dilaksanakan di seluruh negara nampaknya mendekatkan rakyat untuk memahami lebih mendalam budaya antara satu sama lain. Ini juga membabitkan karyawan dari Sabah dan Sarawak yang diberikan tempat di setiap persembahan yang diadakan oleh JKKN.
bersambung....
Tuesday, March 29, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment