Wednesday, March 23, 2011

PRU KE 13 TAHUN INI? (3)

Faktor kelima ialah adakah parti komponen BN sudah bersedia untuk menghadapi lawan mereka? Ini penting kerana jika parti komponen tidak bersedia atau masih bermasalah adalah sukar untuk menawan kerusi yang tewas. Perkembangan sejak beberapa PRK yang lalu menyaksikan pengundi sudah mula kembali ke BN. Ada juga yang tidak mengundi BN tetapi ada juga yang tidak mengundi pembangkang. Sama Ada mereka tidak keluar mengundi atau menunjukkan rasa kurang senang kepada semua pihak. Dalam ertikata lain mereka ini tergolong sebagai orang di atas pagar. Kumpulan ini perlu ditarik oleh parti-parti komponen untuk memastikan mereka mengundi BN pada PRU13 nanti. Jika tiada usaha BN untuk menarik mereka, Ada kemungkinan mereka berpatah balik ke pembangkang atau tidak mahu keluar mengundi.

Parti komponen, selain memperbaiki segala kelemahan, mereka perlu membantu BN dalam menjelaskan isu-isu yang dibangkitkan oleh pembangkang. Jangan biarkan UMNO berperang bersendirian. Bersatu bertambah mutu. Mereka perlu ada keyakinan diri dan bukan siang-siang sudah mengalu kalah. Mereka juga jangan menimbulkan sebarang rasa tidak puashati secara terang-terangan sehingga orang lain boleh mengeksploitasikan situasi. Jangan fikir bersuara lantang itu hebat kerana ia juga memberi kesan sebaliknya. Bersuaralah dengan penuh hemah dan beradab.

Bersambung.....

No comments: