Thursday, March 24, 2011

PRU KE 13 TAHUN INI? (4)

Faktor seterusnya ialah usaha untuk mendaftar pengundi baru yang boleh membantu menambah undi BN. Usaha ini perlu berterusan dan perlu mempunyai angka yang banyak. BN perlu membuat perbandingan terhadap usaha yang dibuat oleh pembangkang terutama di Pulau Pinang yang kini menjangkau ratusan ribu orang. Jika jumlah yang berjaya didaftar masih kecil, maka parti-parti komponen perlu memperhebatkan diri untuk mengadakan lebih banyak jeyarawara mendaftar pengundi ke seluruh negara.

Untuk menarik pengundi muda mengundi BN, usaha perlu diperkemaskan untuk menyediakan bahan-bahan maklumat yang boleh diperolehi remaja iaitu menerusi Internet. BN yang mempunyai barisan blogawan perlu menyusun semula agar bentuk serangan Dan mempertahakan diri diselaraskan di seluruh negara. Bukan main tangkap muat saja tetapi benar-benar menyakinkan. Bahan-bahan yang disiarkan perlu menjelaskan tohmahan pembangkang terutama yang membabitkan separuh benar.

Pembangkang boleh bercakap dan menjanjikan bulan bintang seperti yang terkandung dalam buku jingga atau buku Jin-gay. Mereka boleh berbuat demikian kerana mereka tidak akan rugi untuk berbuat demikian. Berbeza dengan BN kerana mereka mempunyai kewibawaan yang perlu dipertahankan dan tidak boleh merapu serta berjanji yang bukan-bukan. Ini penting kerana rakyat sudah pasti akan melihat bahawa segala janji itu palsu. Oleh itu, BN perlu mempertingkatkan usaha untuk menjelaskan apa yang terkandung dalam buku Jin-Gay itu adalah satu perkara yang sudah dilaksanakan dan ada janji-janji yang pasti membuat negara ini bankrap. Dalam ertikata lain, sesiapa saja yang berkuasa akan memastikan negara ini tidak bankrap dan janji untuk rakyat dalam buku Jin-Gay tidak boleh dilaksanakan terutama membabitkan kewangan yang besar. Bagi pembangkang sudah tentulah mereka akan mencari pelbagai alasan untuk menerangkan kepada rakyat bahawa perkara itu tidak boleh dilaksanakan jika mereka mampu memenangi PRU. Melihat kegagalan mereka memerintah beberapa negeri selama ini, sudah pasti rakyat bijak untuk menilai kebolehan mereka.

Bersambung....

No comments: