Tuesday, March 29, 2011

SIAPA NAK BELI JAM?

Siapa nak beli jam?
Tidak mahal
Walaupun mahal
Asalkan dijual

Siapa nak beli jam?
Tidak perlu
Walaupun ia diperlukan
Sebagai bahan bukti

Siapa nak beli jam?
Tidak mahu simpan
Walaupun boleh simpan
Jadi perbualan

Siapa nak beli jam?
Tidak mahu jual
Kalau hendak tanya
Siapa pemiliknya
Dimana diperolehi
Macam mana diperolehi
Mengapa ada di sini?
Polis tak tangkap ke?
Banyak soalan
Boleh Jalan

Tidak mahu jual
Tidak kebal

2 comments:

Anonymous said...

Water Sprinkler untuk dijual.
Sesuai untuk di gunakan dimana mana,
Samada padang golf atau laman rumah,
Specifikasi : Boleh pancut dua kali dalam masa 20 minit.


JG.

tok selampit said...

cepatnya masa berlalu
dulu di dalam
kini di luar

cepatnya masa berlalu
dulu pernah ke dalam
kini selalu ke luar

cepatnya masa berlalu
dulu dah kena
kini kena lagi

cepatnya masa berlalu
dulu kebal
kini bebal

cepatnya masa berlalu
dulu hebat
kini bejat

cepatnya masa berlalu
kenapa masih tak ingat

cepatnya masa berlalu
ke mana hilangnya jam itu

ohhh patutla..
cepatnya masa berlalu....