Friday, May 27, 2011

LETAK JAWATAN KERANA VIDEO SEKS

ANKARA 26 Mei – Mahkamah Turki memutuskan untuk memindahkan siasatan berhubung skandal video seks membabitkan pemimpin-pemimpin kanan Parti Pergerakan Nasionalis (MHP) kepada seorang pendakwa khas di Istanbul.

Sepuluh anggota kanan MHP meletakkan jawatan daripada parti dan menarik diri daripada bertanding pada pilihan raya umum pada 12 Jun ini, selepas rakaman video menunjukkan mereka mengadakan hubungan seks yang disiarkan di Internet.

Parti itu mengemukakan aduan kepada pendakwa di Ankara untuk mengenal pasti dalang komplot itu dan dalam dokumen aduan, MHP turut menuduh dalang terbabit memperolehi data peribadi secara haram, melakukan peras ugut, mencabul kehidupan peribadi dan melemparkan penghinaan.

Permohonan MHP itu akan digabungkan dengan siasatan mengenai kes sama yang sedang dijalankan oleh pendakwa khas di Istanbul.

Parti itu turut mengemukakan aduan kepada Majlis Tertinggi Pilihan Raya (YSK) berhubung parti-parti politik dan pertubuhan media menggunakan skandal video seks itu dalam kempen pilihan raya bagi memburuk-burukkan MHP.

‘‘YSK perlu menyiasat ucapan yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan di Bursa dan memutuskan sama ada ucapan itu melanggar peraturan YSK,’’ kata peguam MHP, Hamit Kocabey, semalam.

Beliau menuduh kerajaan enggan bertindak untuk mencari dalang komplot anti-MHP itu.

“Serangan ke atas kami dirancang rapi dan dijalankan oleh kumpulan tertentu,” katanya.

Sementara itu, salah seorang pemimpin kanan MHP terbabit, Ihsan Barutcu yang meletak jawatan ekoran skandal video seks itu, mahu meneruskan hasrat bertanding pada pilihan raya negara ini pada bulan depan.

Tindakannya itu bertentangan dengan arahan pucuk pimpinan MHP dan kesnya itu akan dibawa kepada Lembaga Disiplin parti untuk dipecat.

Barutcu adalah salah seorang daripada 10 pemimpin kanan MHP yang meletak jawatan dalam parti selepas mereka diugut dengan pendedahan video yang menunjukkan mereka bersama wanita yang bukan isteri mereka atau pernyataan politik yang kontroversi.

Beliau akan dirujuk kepada lembaga disiplin MHP dan mungkin dipecat setelah didapati gagal mengisytiharkan kepada pihak berkuasa pilihan raya mengenai pengundurannya sebagai calon pilihan raya.

Dua lagi pemimpin MHP yang meletak jawatan ekoran skandal tersebut ialah Deniz Bölükbasi dan Osman Çakir telah menarik balik pencalonan mereka. Pemimpin kanan lain terbabit akan mengambil tindakan serupa tidak lama lagi.

Perletakan jawatan para pemimpin kanan berkenaan telah menggoncang MHP, yang merupakan parti ketiga terbesar dalam Parlimen Turki, menjelang pilihan raya pada 12 Jun ini. – AGENSI.

(Skandal Seks : Dalam tempoh terdekat dua orang meletakkan jawatan iaitu Pemimpin Kanan MHP, Ihsan Barutcu dan bekas Pengarah Urusan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn. Yang lain tu, bila agaknya?)

2 comments:

john brown said...

bro tiger,
di malaysia ni lain sikit. sekiranya berlaku sesuatu skandal, pemimpin tertentu bukan mahu letak jawatan, tetapi sibuk minta kerajaan tubuh jawatankuasa siasat bagaimana skandal tersebut diketahui ramai, bagaimana boleh tersebar, siapa yang sebarkan dan macam2 lagi hinggakan muka sendiri yang keluarpun tak mengaku. selepas tu minta anak bini dan rakan-rakan seperjuangan cakap bukan dia dalam gambar tersebut.

jebat said...

Salam takzim DIY,

Itu di Turki,

Bagaimana dengan sakandel sex di negara kita.

Mula-mula Vijindran,
Kemudian CSL,
Lepas tu DSAI,

Tak ada kepeuesan lagi....persins