Friday, December 9, 2011

BUANGLAH YANG KERUH

Pada 25 Ogos lalu, DuniaTiger ada menyiarkan bahan berita mengenai perlantikan Naguib Razak sebagai Ketua Pengarah Finas yang baru berkuatkuasa 1 September menggantikan Mahyiddin Mustakim yang tamat kontrak pada akhir Jun lalu.

Dalam tulisan itu, DT ada menyebut "perlantikan Naguib ini adalah satu perkara yang memeranjatkan bagi sesetengah pihak kerana sebelum dua nama disebut akan memegang jawatan itu ialah pengarah Ahmad Idham dan seorang ahli akademik, Dr Megat Al-Imran dari Universiti Putra Malaysia.

Itulah yang dikatakan rezeki di tangan tuhan. Bagaimanapun, Naguib bukan orang asing dalam bidang perfileman dan dokumentari kerana beliau pernah menghasilkan dokumentari seperti Anak Duyung, The Boatmaker & the Sea Glass Enclosure: Tokyo Invisible dan Becoming A King: Inside The Coronation of The Agong yang pernah disiarkan di saluran TV antarabangsa, Discovery Channel
."

Bagaimanapun, selepas tiga bulan ARTIKEL itu disiarkan, masih ada pihak yang membuat pelbagai komen dengan perjalanan Finas sekarang.

Adakah yang membuat komen itu datangnya daripada orang yang sama atau pun mereka yang benar-benar mahu menyatakan 'ada permasalahan' di Finas?

Bagi DT, eloklah mereka yang ada masalah itu bertemu dengan KP untuk 'menjernihkan air yang keruh', itupun jika ada. Jika tidak, berilah peluang kepada KP baru untuk menjalankan tugas dengan selesa.

3 comments:

Anonymous said...

macam mana nak ambik yg jernih kalau airnya suma nya keruh..tepuk dada tanya selera..

Anonymous said...

Memang ada masalah pun skang kat finas, setiap kali aku kesana ada je aduan pasal KP dgn pegawai khas dia ni

Anonymous said...

KP baru finas asyik bercuti je kejenya.. Kami org industri film pun susah nk jumpe.. Pegawai khas dia pun makan duit jugak!. Dia bercuti jugak!.

Haram. Datuk Mahyidin lagi bagus oowh